![]() |
| Sekadar ilustrasi sebab ayam goreng, bukan nugget. But the point is still there 😂 |
Tak tahu la sama ada korang ada app Threads dan aktif atau tidak kat situ kan, tapi one way or another, korang mungkin akan pernah nampak pos atau video seorang mbak dari Indonesia ni pasal satu pencapaian hidup dia sekarang: boleh makan nugget banyak tanpa perlukan nasi.
![]() |
| Untaian penuh boleh baca DI SINI. |
Sejujurnya, pos itu dekat di hati aku.
Sebab sama la kita. Dulu-dulu kalau parents beli nugget, akan ada limit seorang dapat 2-3 ketul je. Nugget pula brand biasa-biasa yang murah dan banyak, jenis salut breadcrumbs oren tu. Yang brand mahal macam Ayamas, kena kumpul duit sendiri kalau nak. Makan pun mesti dengan nasi bagi kenyang betul-betul. Jadi redha la kita kutil nugget tu sikit-sikit bagi lambat habis.
Memori childhood 😂
Jadi apabila pos mbak tu kata dia bahagia sebab dah mampu beli nugget dan makan banyak sorang-sorang tu, I get you, mbak. Aku pun sekarang stok nugget sentiasa ada dalam peti which is solely for me. Takde kongsi dengan orang lain, dan bukan jenis nugget salut breadcrumbs tu tapi versi nugget tempura yang lagi banyak rasa isi ayam haa 💅
Pastu lagi bahagia sebab dulu kena beli guna duit sendiri, tapi sekarang MyKasih pun dah boleh beli makanan frozen. Lagi jimat duit aku dan makin tinggi kebebasan nak makan nugget sahaja ke, dengan nasi ke, dengan makanan lain ke. Nak seketul, 10 ketul, ikut suka la. Takde kena limit-limit dah sebab hak sendirian berhad. Tapi biasanya aku makan 3 je sebab terbiasa hehe
Healing our inner child, orang kata. Dalam bahasa Indonesia, mereka guna singkatan MKKB (Masa Kecil Kurang Bahagia).
Rata-rata komen dalam pos mbak tu sama macam aku, yang tumpang happy tengok dia happy tu. Cumanya biasa la dalam banyak-banyak orang, tak dapat tidak, ada juga komen yang seakan memperlekehkan. Sebab bagi sesetengah mereka:
"Nugget je pun. Mahal sangat ke tak mampu makan banyak?"
"Ada ke orang makan dengan nasi? Nugget bukan lauk sihat."
"Ada ke orang makan dengan nasi? Nugget bukan lauk sihat."
"Parents tak pernah bagi kami nugget masa kecik. Kami makan real food je."
Haaa yee ye. Terpaling nugget is murah sebab parents korang mampu beli dan dari kecik makan nasi dengan lauk sebenar, bukan processed food, tahniahhh. Nah pingat sebab kaya, sihat, dan tak sedar diri tu privileged ahahah 🏅
Haaa yee ye. Terpaling nugget is murah sebab parents korang mampu beli dan dari kecik makan nasi dengan lauk sebenar, bukan processed food, tahniahhh. Nah pingat sebab kaya, sihat, dan tak sedar diri tu privileged ahahah 🏅
Kami yang miskin ni pun tahu je makanan proses macam nugget tu tak sepenuhnya sihat. But at that point and time, sihat tak sihat belakang cerita asalkan kenyang, ada tenaga nak buat aktiviti harian macam belajar atau kerja cari duit. Sama macam orang yang hari-hari rela telan mi segera sebab tu je paling murah, boleh buat stok banyak.
Kami makan untuk hidup je 😌
Lagi-lagi kalau macam aku ni yang dua-dua parents kerja, bukan setiap hari sempat masak lauk fresh tinggalkan kat rumah. Pastu akunya picky eater pulak. Kalau arwah mak masak tapi lauk tu bukan something yang aku boleh makan due to smell and texture, tak ke kebulur? Sebab tu biasanya ada stok makanan frozen macam nugget dan sosej ni untuk kami jadikan lauk dengan nasi.
Lagi-lagi kalau macam aku ni yang dua-dua parents kerja, bukan setiap hari sempat masak lauk fresh tinggalkan kat rumah. Pastu akunya picky eater pulak. Kalau arwah mak masak tapi lauk tu bukan something yang aku boleh makan due to smell and texture, tak ke kebulur? Sebab tu biasanya ada stok makanan frozen macam nugget dan sosej ni untuk kami jadikan lauk dengan nasi.
Untuk kisah macam mbak tu pulak, harga makanan frozen macam nugget ni boleh dikatakan lagi tinggi di Indonesia, dan kuantiti mungkin lagi sikit.
Ada juga yang kata gaji mereka lebih murah berbanding harga nugget tu, so kalau makan nugget semata, tak berbaloi. Kalau dibandingkan dengan makanan berunsur nasi, lagi baik beli nasi sebab dapat banyak, lagi kenyang lama. Dan tempat mereka pun mudah juga ada penjaja yang jual nasi portion banyak + murah gitu. Ikut lokaliti masing-masing kan.
So siapa yang tak pernah jumpa orang makan nasi dengan nugget, yang masa membesar tak pernah makan sendiri macam tu, dari kecik sampai ke besar melahap ayam ikan daging sebenar bukan yang dah diproses jadi nugget, sosej, daging burger, bersyukur la dengan nikmat Allah sebab korang masuk kategori mampu.
Count your blessings, or count your days.
Buat lagi bunyi perlekehkan cara orang lain yang kurang mampu ni survive, aku jekk karang 😂
Tu je la kot nak bebel. It was quite random tapi saja la nak buka topik lepas 2 bulan cuti kat sini. Masa puasa haritu rasa macam nak menaip jugak tapi MasyaAllah panas nak mampos cuacanya pun. Sampai sekarang ni hujan boleh kira jatuh berapa sudu je di area aku. Guruh je lebih, hujannya tidak. Hari-hari bermandi peluh literally ya.
Aku malas betul nak buat apa-apa di siang hari. Most of my activities rekod content ke apa, aku buat waktu malam lepas berbuka masa tu. Tapi tu la tahu-tahu dah habis puasa dan Raya Aidilfitri pun tak pos satu apa juga, dan kita ni hampir nak masuk Raya Haji dah pulak.
Life is unexpected gittew 😂
Bye dan Assalamualaikum.







Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤