Cara mohon sample di TikTok untuk newbie affiliate | NaSa
Entri sebelum ni dah bincang pasal cara mohon sample di ShopeeSo kalini kita sambung diskusi pasal cara mohon sample di TikTok pula. Asalnya nak satukan sekaligus je dalam satu entri tapi sebab yang TikTok ni rumit sikit ada banyak jenis sample, terpaksa la pecahkan. So if you're a newbie affiliate yang nak explore TikTok, semoga entri ni membantu ya ☺️


CARA MOHON SAMPLE DI TIKTOK


Di mana boleh cari produk yang boleh bagi sample?

1) TikTok Shop tu sendiri
2) Discover section di Product Marketplace (bercampur dengan produk biasa)
3) Sample Zone di Product Marketplace (semua seller yang ada sample)

Berbeza dengan Shopee, interface TikTok ni jauh lebih mudah nak kenalpasti seller mana yang bagi sample atau tidak. Bawah gambar produk tu akan ada siap-siap label sama ada kita boleh mohon "Free Sample" atau beli "Refundable Sample". Jadi tak kena buka satu-satu page produk tu. Kalau masa skrol marketplace tu nampak ada benda menarik yang ada peluang sample, kita boleh terus mohon. Lagi jimat masa.

1) TikTok Shop
2) Discover section
3) Sample Zone

Ada berapa jenis sample di TikTok? Apa bezanya?

So kat atas ada 2 jenis nama sample yang aku highlight kan, bukan macam Shopee yang cuma ada 1 jenis. Dan setiap satu tu bergantung pada kos barang tersebut masa kita mohon.

๐Ÿ”ธ Free Sample
Sample yang diberi adalah percuma sepenuhnya. Affiliate tak perlu keluarkan duit pun. Cara mohon sample yang kategori "Free Sample" ni sangat straightforward. Cuma pilih jenis barang yang kita nak, setuju dengan syarat ditetapkan, dan sahkan delivery details untuk hantar barang tu. Pastu tunggu je la seller akan approve atau tak.

Free Sample - Lepas pilih produk, boleh terus submit

Untuk jenis Free Sample ni, ada kuota untuk setiap affiliate mohon dan berbeza ikut level affiliate (antara Level 0 hingga Level 8). Makin banyak jumlah sale kita sebulan, makin tinggi la level, dan makin banyak jumlah sample yang boleh dimohon. Peluang approve pun lagi tinggi kalau seller nampak data korang tahap masyukkk~ ๐Ÿ˜‚

๐Ÿ”ธ Refundable Sample
Affiliate kena beli dulu barang tu melalui  Refundable Sample system, dan dalam tempoh 60 hari, kena buat content sampai berjaya dapatkan minimum jumlah sale yang ditetapkan oleh seller. Ada yang tetapkan minimum 1 sale, ada yang nak 3 sale, ikut seller la. Yang pasti, ni kena keluar modal sendiri dulu dan kena effort lebih. Kalau tak, burn modal la kiranya.

Kalau lepas 60 hari tu sistem sahkan kita berjaya capai jumlah minimum sale dan order tu pun completed (pembeli tak cancel, tak return, dan tak refund), harga barang yang kita bayar masa beli dulu tu nanti seller akan bagi balik kat kita. So in essence, produk tu akan jadi free sample juga akhirnya.

Refundable Sample - Lepas pilih produk, kena bayar dulu

By the way masa order Refundable Sample ni, kita boleh guna free shipping voucher macam beli barang biasa juga. So kalau ada voucher tu, eloknya guna la. Sebab aku pun tak pasti sama ada seller akan refund harga produk sahaja atau semua kos masa beli sample tu. Kalau refund semua, takpe. Kalau cuma refund harga kos barang, rugi ahh kita nanti haha

Dan yang ni rasanya tak ada kuota yang bergantung pada level macam Free Sample biasa. So boleh beli sample banyak-banyak dan pulun buat content sampai dapat banyak sale. Tapi MESTI checkout melalui butang Refundable Sample bawah tu. Jangan add to cart dan bayar di TikTok Shop biasa sebab nanti data takkan masuk sistem dan tak layak dapat refund.

Sekali lagi nak ingatkan, Refundable Sample ni hanya seller kena pulangkan duit kita lepas kita capai sale. BUKAN kita kena return barang lepas buat content. Sebab ramai affiliate yang keliru "refund" tu sama macam kita beli barang biasa dan kena pulangkan lepas dapat refund ๐Ÿ˜…

Free sample memang kita kena cari sendiri je ke?

TikTok pun ada tempat seller hantar senarai barang yang dia nak ajak kita tolong promote iaitu melalui "Collab Invites". Selain offer higher commission, boleh kata kat sini hampir 90% seller akan tawarkan free sample juga. Dan jenis sample dalam Collab Invites ni ada 2 jenis:

Free Sample - Sama macam Free Sample normal di atas. Approve atau tidak bergantung pada seller, so masih ada kemungkinan kena reject atau disidai sampai request expired.
Auto-approved Sample - 100% CONFIRM DAPAT. Kita tinggal pilih nak barang apa je ๐Ÿฅฐ


Tapi satu la pasal Invite Collab TikTok ni. Kadang seller tu yang chat kita suruh mohon sample, tak pun dia spam invite hari-hari sampai serabut asyik naik nama dia je. Tapi lepas kita mohon tu dia reject cakap "awak tak cukup syarat" atau kena sidai. Menyakitkan hati la juga sebab kau yang terhegeh-hegeh suruh pilih barang, bukan aku yang minta dulu? Faham tak? ๐Ÿ˜‚

So yeah cekalkan hati la ngadap seller kat sini. Belum campur yang jenis spam invite kat orang yang tak sama niche dengan produk dia pun. Bayangkan aku ni niche Lifestyle dalam rumah tiba-tiba asyik dapat invite racun pokok dan racun beruk??? Pening mak aihh

Berapa lama kena tunggu untuk tahu sample diluluskan?

Sama macam Shopee iaitu dalam masa 7 hari. Tapi TikTok cuma hantar notification dalam app kalau permohonan kita tu approved atau declined je. Kalau disidai sampai expired, dia tak inform. So pandai-pandai la ingat sendiri untuk remove barang tu dari showcase untuk elak rugi kuota sebab showcase kita ada limit 2000 produk sahaja. Kalau penuh nanti takleh add barang best lain ๐Ÿ˜‚

Kalau jenis nak jimat masa, boleh juga withdraw request lepas 2-3 hari dan cari sample lain pula. Tapi TikTok ni ada kuota permohonan untuk satu barang. Kalau kena reject atau kita sendiri cancel, kita cuma boleh mohon sample yang sama tu lepas 30 hari dari permohonan lama, bukan macam Shopee yang unlimited boleh mohon banyak kali. So choose your sample wisely.

Lepas dapat sample TikTok, kena buat apa?

SEMESTINYA KENA BUAT CONTENT JUGA.

Lepas je kurier tu tanda parcel tu "delivered" di rumah kita, automatik kita ada 13 hari 23 jam 59 minit untuk buat content bagi sample tersebut. Tapi pilihan content tu limited kepada LIVE atau video DALAM TIKTOK SAHAJA. Kalau pos review di media sosial lain, dia tak kira. 

Dan content TikTok ni ada tempoh menunggu dulu sebelum sample tu dikira clear. Selagi tempoh ni tak habis, selagi tu kuota sample akan berisi dan kita tak boleh mohon sample lain.

LIVE - Wajib pin produk tu dalam Live sekurang-kurangnya 10 minit
Video - Wajib ada di profile sekurang-kurangnya selama 3 hari

Boleh pantau status dua-dua jenis sample tu di 'Manage Samples'.
Suka interface TikTok ni sebab ada countdown baki berapa hari untuk siapkan content

Kenapa ada produk yang orang kata boleh mohon sample, tapi kita takde butang mohon tu? 

Ni bergantung pada jumlah sale (GMV) kita setiap bulan, sebab ada seller yang tetapkan hanya affiliate yang dapat sekian sekian je boleh mohon sample dia. Contohnya ada yang minimum 1k, 3k, 10k. So kalau sale kita rendah, takde la butang Free Sample untuk mohon tu ๐Ÿ˜Œ

Sample tu kena pulangkan ke lepas dah buat content?

TAK PERLU PULANGKAN. Benda-benda bernama Free Sample ni tak kena pulangkan, sama juga dengan Refundable Sample tu. Simpan je kat rumah untuk buat lagi banyak video, yang mana lagi berbaloi sebab TikTok ni kadang-kadang seller tolong run ads bagi video kita. Membantu la dapat view lagi tinggi dan sale meriah ๐Ÿคญ

.
.
.

Entah la aku rasa tu je kot pasal cara untuk mohon sample di TikTok ni. Kalau ada apa-apa info tambahan terkini, nanti la aku update. For now, teruskan semangat buat content ya. Tapi pastikan jangan repeat video lama atau curi video orang lain. Sebab TikTok ni laaaaagi strict berbanding Shopee dan sangat pemurah dengan violation. Kang kalau banyak sangat point kena tolak, mau akaun kena ban huhu

Lagi sekali, kalau nak tahu cara mohon sample di Shopee juga, boleh baca kat sini ๐Ÿงก

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 0 comments

Add your comment

Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya ๐Ÿ˜˜

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then ๐Ÿ˜˜

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS