[REPUBLISH] Handmade Beaded Curtains | NaSa

[REPUBLISH] Handmade Beaded Curtains

by NaSa, October 13, 2013
Kisah bermula masa berbual dengan Narfa haritu. Pasal pintu. Pintu yang menghubungkan common room dengan bilik kitorang. Kosong sangat bahagian tu. Dan dalam bicara kami, terkeluar pula pasal idea masing-masing nak hias bilik sendiri. Kat rumah la, bukan kolej.

Satu benda yang Narfa cakap, beaded curtains. Gantung atas pintu biar jurai-jurai warna-warni. Cantik jugak. Cadang nak beli gantung kat pintu yang agak kosong tu. Tapi ongkosnya agak boleh melubangkan poket. Kami-kami ini memang orang takdak banyak duit.

Alternatifnya, tak payah beli. Malah aku rasa boleh aje pun dapat beaded curtains tanpa pakai duit banyak. Tak payah belanja puluhan ringgit. Main cakap aje masa tu. Saja tutup perbualan sebelum masing-masing pergi sambung buat kerja. 

Tapi otak macam takleh lupa pasal idea beaded curtains tu. Tangan laju letakkan pen yang diselit antara telunjuk dan jari hantu. Kotak lebih hasil bunga merah hari tu dicapai lalu mula dibuka. Gear kepala berpusing-pusing. Terus kerusi diundur ke belakang.

Masuk bilik, ambil gunting dan lain-lain perkakas. Kembali ke meja, projek kraf tangan sekali lagi bermula. Malah sekali lagi si penulis lupa ambil gambar step by step. LOL. Penjelasan bertulis takdak gambar pun kira jadi naa...

Kredit kepada encik Google.
Comey bohh.. Tapi kalau bukan pink lagi cantik. 

Basically, idea aku lebih kurang macam gambar kat atas. Aku pernah nampak yang seakan-akan gambar ni masa pergi kedai hadiah hari tu. Rasa macam nak renggut simpan dalam beg pastu lari jauh-jauh biar tuan kedai tak sempat tangkap. XD

Namun aku masih sayangkan nama baik aku. Jadi biarlah kita ambik alternatif lain daripada risikokan diri masuk lokap sebab rosakkan harta benda orang. Jom buat beaded curtains sambil kitar semula bahan buangan.

Alat yang diperlukan untuk handmade beaded curtains yang betul-betul made by hand:

1. Kotak bijirin (banyak-banyak)
2. Kertas warna
3. Gunting
4. Gam UHU
5. Stick glue (macam gincu tu)
6. Seltape besar (untuk tekup bentuk bulat besar)
7. Apa-apa benda bulat yang 1/3 daripada seltape tadi (untuk bulat kecil) [Aku guna tutup botol Spritzer yang gelen tu]
8. Cotton string
9. Pisau (cutter)
10. Pemebuk lubang

Langkah-langkah:

>> Mula-mula, tampal kertas warna pada bahagian luar kotak bijirin. 
>>>>>Suka hati la nak warna apa-apa pun. Disarankan macam-macam warna agar nampak lebih cantik.
>>>>>Makin banyak warna, makin lama nak siap. Tapi memang akan puas hati. ;)

>> Tekup bentuk-bentuk bulat besar pada kotak bijirin dan  gunting. 
>>>>>Kuantiti ikut suka hati sendiri. Nak meleret ke lantai boleh, nak pendek tahap lalu bawah dia tak cecah rambut pun boleh.

>> Guna tutup botol Spritzer tu dan tekup bulat kecil kat tengah-tengah bulat besar tadi.
>>>>>Toksah bazirkan duit beli bijirin baru sebab nakkan kotak lebih untuk bulatan kecil. Tekup tu pun tak payah center sangat. Biar senget-senget sikit. Seni, kau. seni.

>> Boleh pilih nak guna gunting atau cutter untuk potong bahagian bulat kecil tu.
>>>>>Aku guna cutter sebab kalau gunting, kena pusing-pusingkan bulatan tu. Nanti kotak renyuk. Tak cantik.

>> Lepas siap, tebuk lubang pada bahagian atas kedua-dua jenis bulat tu. 
>>>>>Aku guna penebuk besi yang satu lubang tu. Macam nak terbelah tapak tangan sebab keras. Tapi takde alternatif lain. Unless korang nak cucuk lubang guna pensel untuk elakkan sakit, sila.

>> Gunting cotton string ikut kesesuaian. Ukuran biasa dalam 4-6cm. Masukkan dalam lubang dan sambungkan setiap bulatan jadi bentuk rantai.
>>>>>Manusia profesional akan guna cecincin besi. Tapi aku takde budget hebak-hebak. Lagipun dalam hutan kot? Mana nak cari?
>>>>> Boleh susun kepingan bulatan ikut suka. Kecik besar kecik besar, kecik-kecik dulu baru besar atau besar-besar dulu baru kecik.

>> Lekatkan hujung cotton string guna gam UHU.
>>>>>Hati-hati jangan sampai banyak sangat gam kena kat hujung jari. Kelak melekat forever, tak merasa pakai cincin kahwin nanti.

Dan hasilnya...

My masterpiece :)
Even though they are not beads and more like 'sekeping', i would still call them beaded. Haha...

Serius cantik air mata rasa nak meleleh weh. Tak sangka. Aku berjaya!! Nampak aje aku hati dingin muka senada suka tengok movie Saw 1-7 sorang-sorang sambil makan. Sekali dihadapkan dengan benda macam ni, lembut jugak tangan aku nak berkarya. LOL

Hilang kejap stres semasa dan selepas buat benda ni. Masa letih study kat common room, pusing belakang sikit dan terpegun kejap tengok indahnya warna-warna. Kerut di dahi pun berganti dengan senyum yang menghiasi bibir.

Alhamdulillah.
Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS