[REPUBLISH] Tutorial Shawl Pulak Dah εïз | NaSa
Assalamualaikum.


Hari ini mood di dalam hati adalah sangat gembira. Makanya sang penulis akan tukar kata ganti nama diri untuk seketika dan beralih daripada kekasaran kurang budi bahasa 'Aku' kepada kelembutan penuh sopan santun 'Saya'. Kasi nampak ciri-ciri gadis Melayu terakhir gitu. Hikhik.. tumpang lalu

___________
(-_-)"
____________
Abaikan kebangangan di atas, please. TQ.
____________

Berbalik kepada cerita asal, adapun saya akhirnya berjaya juga menemukan satu cara pemakaian pashmina yang sesuai dengan bentuk muka dan kehendak jiwa raga. Tak payah lagi dah duk ulang pakai tudung bawal tiga segi yang sama selang tiga hari sekali semata-mata sebab tak reti pakai pashmina yang melambak dalam almari. Usah lagi takut muka selebet sebab pashmina melekap kat dahi sana-sini macam bapuk baru belajar jadi perempuan. Sebaliknya, saya kini boleh bertransformasi.
Transformasi ini?

Transformasi negara bersama BN?

Eh taklah..
Transformasi lain.
Macam kat bawah! 
Amacam? Muka nampak bujur sikit tak kalau pakai camni?

Lama tau godek-godek cik YouTube untuk cari tutorial pakai tudung stail gini. Macam nak berdarah bijik mata baca satu demi satu description video. Belum masuk dosa bertambah sebab menyumpah line internet yang slow mengalahkan kura-kura patah kaki. Tapi Alhamdulillah. Usaha yang dicurahkan membawa juga diri ini ke puncak kejayaan. 

Terima kasih cik Syafika Rahim sebab upload video yang tunjuk tutorial ni kat YouTube. Terubat rasa geram kat hati sebab yang ditaipnya 'Pakai pashmina jadi tudung bawal', tapi yang selalu keluar asyik 'Pakai bawal jadi shawl'. Menyampah!

Sesiapa yang bermasalah ada pashmina tapi takleh pakai sebab nanti muka nampak terlebih bulat, boleh la cuba stail ni jugak. Klik aje nama cik Syafika tu untuk ke video beliau. Tapi ALERT! Gaya yang cik Syafika ajar tu tak sama macam yang saya pakai. Sebab diri ini tak suka pakai inner neck, maka otak mula la jadi terlebih kreatif dan memandai-mandai tukar arahan pemakaian untuk jadikan stail tu sebagai BEBAS INNER NECK. Haha

Tak suka pakai inner neck jugak? Nak tahu alternatif untuk pakai pashmina stail bawal tanpa inner neck? Boleh la tengok kat bawah. 
(◕‿◕) 

 Okey. Masa tutorial, kita pakai inner neck dulu sebab nak tunjuk cara betul lipat pashmina untuk membentuk bawal.

 Tak susah. Ambik je salah satu hujung tudung dan lipat jadi tiga segi. Produk akhir, nanti pashmina akan jadi bentuk trapezium. Tahu trapezium kan?

Letakkan bahagian tiga segi tu atas kepala kemudian pin kat bawah leher.
Ni salah satu improvement yang sengaja diubah daripada tutorial cik Syafika. Tak pakai inner neck, takleh la nak pin tudung kat kepala, kan? Tapi stail gini lagi kemas rasanya. huhu..

 Step ni sama je. Ambik bahagian yang panjang dan lilitkan ke atas kepala.


 Wops! Ada ruang terbukak la. Tak pakai inner confirm akan nampak leher, kan?
Jangan bimbang.
Tindihkan bahagian pashmina yang berjuntai tu dengan bahagian depan belah kiri.
Ambik satu pin dan pin ke bahu. Nak lagi kemas, boleh pin sekali dengan baju.

Produk akhir.
Oh, ya! Boleh juga pinkan pashmina kat bahu yang sebelah lagi. Nanti taklah bergerak-gerak aje sampai bahagian belakang jadi singkat.

 Pandangan dari belakang.

Senang kan kalau pakai pashmina macam ni? Tak payah susah-susah beli inner mahal-mahal atau banyak-banyak warna sebab nak padankan dengan warna tudung. Tapi kalau nak pakai dengan inner jugak, tak ada hal. Ikut suka hati sendiri la nak stail yang macam mana. Yang pasti, saya memang tak boleh pakai inner neck. Leher rasa geli-geli. Hehe..

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS