Meroyan Pendek: Jerawat sebijik tak payah la bising :( | NaSa
Assalamualaikum

Warning: Gambar mungkin emmmm menggelikan sikit haha


Lama tak update blog. Busy nak mampoih dan malas bergabung, itu la makan dia lol.

Anyway, saja nak bagitahu yang sis dah berjaya tamatkan pengajian. Tapi belum kira habis complete lagi la sebab baru lepas presentation untuk Latihan Industri (LI) @ internship. InsyaAllah kalau result LI tu lulus, kita tinggal konvo je pasni hehe

Sebab tu la sementara jadi penanam anggur berjaya di rumah tunggu result LI keluar, aku nak update blog sikit. Alang-alang blog pun dah naik sawang kan.

Tapi update kali ni lebih kepada meroyan la. Dan meroyan tu lebih tertuju kepada orang-orang yang bila naik jerawat sebijik dua, dia punya meroyan tu seolah-olah jerawat dia adalah jerawat paling teruk di dunia.

Puuii...bitch please la...

Selagi kau tak pernah merasa 10-12 pori tersumbat dan membentuk jerawat besar yang sakit dan pedih gila macam kat bawah ni...

November 2017: Masa aku baru start praktikal :'(
Gila punya dekat sampai habis segala bulu roma nampak hahahahahahah

Atau jerawat batu naik berkampung di muka macam ni...
Terima kasih Dnars Skincare #jaritengah
Atau mana-mana keadaan jerawat yang memang penuh satu muka dan merah menyala, gatal tahap nak garu muka di jalan tar, atau senang cerita memang jerawat teruk gila nak mati la...

Rasanya kau dah boleh chill sikit kot pasal jerawat sebijik dua kau tu.

SEBAB SEBIJIK DUA JE KOT??!!!!

Serius aku memang banyak kali jumpa orang macam ni yang aku rasa naaaaak je lempang sedas pakai selipar jamban saiz 9. Biar berakal sikit kepala dia sebelum nak meroyan pasal jerawat depan aku yang tak pernah tak berjerawat ni.

Macam tak ada otak.

Jerawat naik sebijik dua je. Tak obvious pun. Takde merah-merah sebab inflammation yang dari jauh dah nampak. Naik kat tempat yang boleh cover dengan bedak/light makeup pula tu. Tapi dia punya meroyan, siap pakej merengek, rasa diri hodoh nak mampos, tak nak jumpa orang ramai, hilang keyakinan diri, eh semua lah. Baik di tempat belajar, baik di tempat praktikal, ada je spesis macam ni yang buat aku naik darah.

Sis, kau nak cerita jerawat sebijik kau tu hodoh? Habis aku yang jerawat satu muka ni apa? Hodoh gila babi?

Aku tak kisah kau nak komplen pasal jerawat. Jerawat memang buat keyakinan diri hilang. Tapi beragak la. Pandang sikit kiri kanan, ambik kira perasaan orang yang berjerawat teruk ni bila dengar komplen kau tu.

Memang dia tak cakap pun aku hodoh gila babi tapi kalau dah tiap hari duk komplen pasal jerawat sebijik dia tu, jujur aku cakap aku akan terasa weh yang aku ni lagi hodoh daripada dia. Padahal orang yang komplen tu bukan lawa mana pun hahahah *gelak jahat*

Sumpah down teruk weh kalau kena menghadap orang macam ni.

Aku ni dah la lepas berhenti pakai Dnars, jerawat batu naik setompok penuh di pipi kiri kanan. Pastu walaupun dah tukar kepada produk yang lebih selamat dan sesuai, masalah hormon tak stabil pula buat hal. Kalau orang lain cuma naik jerawat masa nak period, aku ni sebelum period, jerawat naik. Semasa period, jerawat naik. Selepas period, pun masih lagi ada jerawat naik.

Konklusinya, aku ni tak pernah la merasa kulit bebas jerawat, whitehead, blackhead, parut semua tu. Paling-paling kalau ada hari takde jerawat pun, whitehead mesti penuh juga atas dahi. Padahal rutin skincare aku elok je cukup semua siap pakai sunblock. Air pun minum air putih, jarang-jarang minum air manis. Sayur pun wajib ada setiap kali makan nasi.

Orang lain main hentam je pakai produk apa², skip sunblock, makeup tak tanggal elok-elok, makan makanan tak berkhasiat semua. Tapi elok je kulit diorang takde masalah. Jujur cakap kadang-kadang aku benci, tahu tak? Tak adil betul :'(

Sebab tu la aku ni kalau boleh, tak mintak banyak pun, cuma nak mintak orang-orang yang selalu meroyan pasal jerawat sebijik dua mereka tu kurangkan je kadar meroyan diorang bila jerawat naik. Kesian la kat aku dan member lain yang ada masalah kulit ni. Lagi-lagi bila lepas diorang meroyan, ada pula kawan lain datang support konon jerawat dia tu hodoh.

Babi la....kalau dah semua berjemaah nak setuju yang jerawat sebijik dua dia tu hodoh, semua seolah-olah nak kata yang aku yang berjerawat penuh ni memang lagi hodoh ke? Aku terasa, tahu tak? Korang buat aku makin down, tahu tak?

Cuba korang imagine kalau korang yang ada kat tempat aku, agak-agak best ke tak best bila hari-hari kena hadap benda macam tu?

Sebab dah biasa kulit "flawless" kan....baru naik jerawat sebijik dua, terus bising macam mati laki. Apa pun tak boleh la orang zaman sekarang ni.

Tapi ada hikmahnya juga Allah jadikan aku seorang yang selalu berjerawat. Sebab aku dapat peluang untuk timba lebih ilmu berkenaan kesihatan kulit. Aku jadi lagi rajin membaca artikel pasal punca-punca masalah kulit, kenapa ia terjadi, macam mana nak atasi, dan secara tak langsung mental & fizikal aku jadi lebih bersedia dan tahu nak buat apa kalau tiba-tiba je bangun tidur tengok ada jerawat baru naik. Takde la meroyan tak bertempat.

Jadi, kepada saudara saudari di luar sana yang ada masalah jerawat teruk ni, anggaplah ia satu keberkatan yang penuh pengajaran. Sebab bagi aku, ia memang ajar aku erti bersyukur weh. Bersyukur dapat timba ilmu banyak dan bersyukur bila ada masa kulit aku jadi sihat sikit.

Serius...dalam sebulan tu kan, kalau ada satu hari yang jerawat takde kat pipi, aku rasa macam wow diri dah cukup lawa dah tu. Pastu bisik kat diri sendiri "OK we can do this!!! Tinggal nak hilangkan parut je lagi pastu kita akan flawless!!" Biarlah esok-esok lepas tu jerawat naik balik pun HAHAHAHAHAHA. Takpe. At least dapat juga la merasa konfiden tu kan ;)

SOOOO.....Tu je la kot aku nak meroyan.

Sebelum aku akhiri entri blog ni, suka aku ingatkan kepada saudara saudari yang ada masalah jerawat macam aku, kita ni tak hodoh. Orang yang kata orang berjerawat tu hodoh sebenarnya yang hodoh.

Dan kalau anda jenis kulit flawless yang suka pandang rendah pada orang berjerawat, ingat sikit yang kulit flawless awak tu rezeki Allah. Jangan nak sombong sangat. Sekali Allah nak tarik, bila-bila je. Jadi daripada awak duk buat orang rasa rendah diri sebab masalah jerawat mereka, lagi baik kalau awak bagi tips-tips kulit sihat biar kita ni sama-sama lawa. Apa masalahnya, kan?

Azam kulit aku tahun 2018, nak bersih daripada jerawat dan cela yang lain je. Tak putih cerah pun takpe, yang penting sihat. At least biar la aku konvo nanti dengan kulit muka bebas jerawat. Baru la lebih konfiden nak naik pentas ambik skrol dan ambik gambar grad. Tu je aku nak.

Doakan aku tau <3
Aku pun doakan korang juga supaya satu hari nanti kulit korang lawa teruk kalah Angelina Jolie hehehe


Ke arah mencapai kulit sihat tanpa jerawat,
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. be confident of who you are.. and hati2 dengan produk2 merepek kt luar sana.. jgn pakai sembarangan.. mostl bnyk mercury..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS