Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #2 | NaSa

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #2

in , , , by NaSa, January 29, 2019
Assalamualaikum

Entri harini kita sambung pasal hari kedua Minggu Suai Kenal (MSK) a.k.a minggu orientasi di UUM haritu. Sepatutnya update siri orientasi ni sampai habis dulu baru update pasal bilik tapi aku malas nak tunggu sebab ada beberapa junior yang bakal masuk UUM tanya pasal tempat tinggal so aku update la pasal bilik dulu biar senang mereka baca ✌🏼

Hari kedua MSK ni bermula dengan solat Subuh macam biasa la bagi Muslim. Tapi takde la kewajipan cam “semua wajib turun jemaah” tu. Solat sendiri kat bilik je sebelum turun sarapan. Lepas makan, berkumpul ikut course dan naik bas ke Pusat Pengajian Asasi di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 6 untuk sesi pengaktifan portal pelajar.

Portal pelajar ni kira one stop centre untuk pelajar check status terkini pasal status akademik, finance, merit, parcel, etc semua tu. Maklumat portal pelajar ni ada dia hantar melalui emel macam kat atas lepas kita daftar dan ambil kunci bilik. Kalau ikutkan mudah je nak buat sendiri tapi sebab aku tak faham je yang buatkan benda tu susah. Tersalah buat karang, satu kerja nak kena betulkan balik. Baik tunggu buat ramai-ramai mengikut arahan pakar.

Aku ingat tau masa malam pertama orientasi sebelum tu, para fasilitator pening nak tugaskan siapa untuk handle budak-budak International Business (IB) dan International Affairs (INTAFF) masa nak aktifkan portal nanti. Sebabnya lepas asingkan kami ikut course baru semua perasan student untuk 2 course tu ramai gila. Course lain biasa je kuantiti dia. Bahkan Tourism Management ke apa entah lagi rilek sebab sorang je student kat TM kahkahkah

Sardin y'all
Kanak-kanak IB dan INTAFF punya ramai ni tahap sebuah bas tak cukup nak bawa kami ke DKG 6. Kena naik 2-3 buah bas. Tu pun setiap bas kemain padat. Jangan kata kerusi la, kalau dapat tempat tangan nak berpaut tu pun dah cukup bersyukur lol.

Lepas sampai DKG 6 ni, aku tak ingat kami naik makmal aras berapa di fakulti mana tapi yang pasti jauh la kami berjalan dan tinggi la kami daki tangga. Penat wey. Baru nak pergi makmal dah pancit belum campur lagi dengan menunggu giliran nak masuk makmal. Campur pula dengan student dari inasis-inasis lain. Gila punya ramai. Fed up aku menunggu.

Ni pemandangan masa menunggu giliran aktifkan portal tu. Berkelompok manusia depan lif. Kat koridor lagi teruk dia punya beratur memanjang. Semua menunggu nak masuk makmal.

Like I said, boleh je aktifkan portal tu sendiri guna mobile data. Cumanya mungkin sebab manusia terlalu ramai so the traffic became congested. Banyak kali aku try login guna data sendiri tapi tetap tak boleh. Tu yang nak tak nak kena guna komputer dalam makmal sebab sah-sah komputer tu lagi laju. Tak sampai 2-3 minit pun ambik masa untuk login, set security questions, dan tukar password. Pastu dah boleh keluar. Laju gila. Proses menunggu tu je apa punya azab kehkehkeh.

Lepas dah siap aktifkan portal, kami bergerak pula ke DKG 5 untuk sesi bersama pusat pengajian. Ada taklimat pasal overview course dan nasihat sedikit sebanyak pasal cara susun subjek, kelebihan kursus, peluang kerjaya etc…

Hobi aku memang suka duduk di depan hehe
Kalau anda masih ingat akan fail peribadi pelajar yang warna biru masa hari pertama MSK tu, haa fail tu kena bawa sekali masa sesi bersama pusat pengajian ni sebab nanti ada orang yang akan semak dan kutip. Naya la siapa lupa bawa atau dokumen belum complete sebab nanti penat je kena hantar sendiri ke pejabat HEA ke HEP entah.

Masa menunggu sesi bersama pusat pengajian tu bermula, ada mereka agihkan borang kaji selidik ni. Aku tak tahu pun apa motif dia suruh isi. Dah la aku kena isi dua kali kahkahkah. Tapi mungkin related dengan minat pelajar dengan bidang public speaking dan bahasa kot? Nak cari siapa berminat nak masuk dalam kelab sedemikian? Idk

Lepas sesi perjumpaan bermula, pelajar diagihkan pula dengan buku panduan untuk kursus IB yang mengandungi senarai subjek, minor, dan cadangan jadual setiap semester. Part yang aku paling tertarik nak baca masa tu, pilihan bahasa asing yang pelajar IB boleh pilih. Best juga ada Spanish, Jepun, Korea, German etc.

Aku upload gambar ni di story WhatsApp kan tanya pendapat pasal bahasa apa aku patut pilih. Pastu Miss Ema, my English lecturer di KPM dulu reply baik belajar Mandarin. Katanya dia dulu belajar French pastu lepas habis belajar, tak ramai orang yang dia boleh talk to in French untuk mantapkan penguasaan bahasa tu pastu akhirnya banyak dah lupa. Kalau Mandarin at least kita boleh bercakap dengan kawan-kawan Chinese untuk praktis. Boleh jadi bonus masa apply kerja jugak kan.

Sekali imbas betul la apa Miss Ema cakap tu. In fact pelajar IB yang belajar Mandarin dan ambil minor dalam Logistics ni ada kelebihan lain tau. Mereka boleh extend satu sem untuk belajar subjek yang related dengan Logistics dan nanti boleh grad dengan DOUBLE DEGREE in IB dan Logistics (aku lupa nama penuh dia). Tapi BEST GILA kot sambung satu sem je tapi terus dapat double degree.

Kena pula aku memang niat nak ambil minor Logistics. Tapi tu la wajib ambik mandarin. Aku rasa nak belajar bahasa Jepun. Tapi at the same time aku nak juga double degree tu. DILEMA!!! Hahahahaha

Tapi keputusan aku tu belum muktamad pun sebab persaingan untuk kelas bahasa Jepun dan Korea sengit. Setiap sem buka 1-2 kelas dan cuma ada 25 seat. Mana tak cepat habis. Berbanding bahasa Mandarin, ada sampai berbelas kelas lol. Nanti la aku decide nak ambil bahasa apa hehehe

Ramai macam semut bersepah
Lepas habis sesi bersama pusat pengajian tu, tiba waktu makan tengah hari. Punya sesak manusia kat sekitar sampai kami kena naik ke kawasan kelas aras satu untuk cari tempat kosong untuk makan.

Tapi dugaan berderet menimpa sebab lepas penat menunggu lama-lama di makmal komputer, tambah pula bersejuk lama-lama tunggu Pengarah pusat pengajian habis bagi taklimat, eh boleh pulak makanan lambat sampai? Dari sebelum pkul 1 tengah hari sampai dah masuk waktu Zohor, tak kunjung tiba pun nasi tu. Budak inasis lain masa tu dah kenyang dah weh 😭

Nak sejukkan hati budak-budak ni, ada la fasilitator agihkan roti dan air buat alas perut. Tapi sebab makanan tu tetap tak sampai-sampai, last sekali mereka suruh kami berpindah ke venue seterusnya untuk sesi petang bersama alumni. Katanya nanti makan kat situ terus and I was like…apa ni?? Tak tahu ke orang lapar ni sensitif?

Tapi ada kisah di sebalik tu rupanya. Kalau korang ingat, roommate aku kan fasilitator. Malam tu ada la kawan fasilitator dia datang bilik, gosip-gosip. Terdengar la aku kisah makanan tengah hari untuk pelajar inasis kami tu sebenarnya hilang. Ada kes mixed up cemana entah sampai orang lain tersalah ambil nasi inasis kami. Sebab tu lama nak menunggu nasi ganti. Pun boleh 🤦🏻 kahkahkah

Pukul 1.40pm camtu kot baru dapat lunch? Lapar tahap walaupun takde sudu, kami redah makan dengan tangan sebab peduli apa susah nak basuh tangan pun. Asalkan kami kenyang. Aku duduk dengan budak-budak INTAFF. Tak kenal pun diorang siapa tapi yang pasti golongan gila-gila la. Dalam kesuraman DKG (masa tu lampu depan belum buka) dan kesingkatan masa untuk makan sebelum program bermula, diorang tak habis-habis meloyar buruk. Mujur aku tak tersedak je dalam gelap tu sebab banyak gelak lol

Sesi bersama alumni ni ringan je. Borak-borak santai bersama alumni yakni bekas pelajar UUM yang kini menjadi pensyarah di UUM. Salah seorangnya ialah Dr. Alisha, pensyarah aku dalam kelas Fundamental of Transports & Logistics. Dr. Alisha ni study di London tau so accent dia memang bunyi British la. Bagi aku kelas Dr. ni best sebab Dr. suka cerita pasal pengalaman dia dan bagi banyak related info pasal logistics field (plus kelas banyak cancel hehe). Tapi ada classmates yang kureng sikit sebab katanya Dr. cakap laju dan susah nak faham.

Hmm… kau tahu jenis yang bila lecturer tanya faham ke tak, dia jawab faham, tapi lepas habis kelas dia kata sebenarnya dia tak faham? Haa classmate yang komplen tu jenis macam ni la. Sebab Dr. selalu cakap kot kalau rasa dia cakap laju, bagitahu nanti dia perlahankan rentak dia. Tapi diorang jugak yang kata no problem. Manusia kan… suka depan cakap lain, belakang cakap lain.

Sesi di DKG ni tamat dalam pukul 5 petang camtu. Masa ni dah barai jugak la menunggu bas balik inasis. Walaupun sebenarnya banyak duduk je takde buat benda melibatkan fizikal, tapi mental tu penat nak proses semua info yang dapat hasil menadah telinga dengar pengarah dan alumni pusat pengajian bercakap. Mujur petang kat inasis takde aktiviti dah. Terus dinner dan rehat tunggu aktiviti malam pukul 8pm.
Sesi bersama pengetua inasis TM
Sebelah malam, ada sesi pertemuan dengan pengetua inasis pula. Sorry aku lupa nama beliau haha. Dan tak ingat sangat pun bercakap pasal apa masa ni. Sesi berkenalan dengan staf-staf tonggak peneraju inasis yang lain je aku ingat. Tapi nama dan jawatan mereka tu aku lupa juga hahaha maaf tuan puan. InsyaAllah sem depan saya cuba kenal setiap orang.

Aktiviti malam kedua ni tak banyak sangat pun. Aku rasa hari kedua ni hari dengar orang bercakap je. Student pun dilepaskan awal sebab nak bagi cukup masa untuk prepare bagi majlis ikrar keesokan harinya. Mana tahu ada nak gosok baju dan tudung putih bersih mereka kan (aku la tu salah sorang daripada mereka hehe).

Majlis ikrar di Dewan Muadzam Shah (DMAS) masa hari ketiga nanti pun sama nak kena dengar orang bercakap lagi. Beza sikit sebab nanti kami pun nak kena guna banyak suara sebab nak baca ikrar lagi, menyanyi lagi, cheer lagi. Fikir je dah penat, belum buat lagi tu 😆

Anyway setakat ni dulu cerita untuk hari kedua MSK. Nanti aku sambung pasal hari majlis ikrar pula. Menarik tau hari ni sebab rasa macam puteri bunian buat rombongan lawat dunia manusia jap sebab memutih je budak-budak pakai tudung putih berkeliaran di sekitar DMAS. Yang macam pengantin pun ada sebab pakai baju kurung putih polos. Rasa macam di kenduri kahwin hahaha.

Jumpa lagi di entri akan datang.

Bye~ Assalamualaikum 😘
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Hi! Nak tanya bilik kita dapat randomly or based on kehadiran masa hari pendaftaran? maksudnya kita might be roommate dgn org yg beratur before kita? thankyou :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Rasanya bilik memang dah ditetapkan sebelum masuk. Sbb haritu masa sy daftar, dia terus bagi kunci yg sebilik dgn senior. So tak semestinya akan duduk dgn budak² sama batch. Tp yg pasti tidak akan bercampur dgn pelajar berlainan agama la utk keselesaan beribadah 😊

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS