Selamat Datang ke Inasis TM, UUM | NaSa

Selamat Datang ke Inasis TM, UUM

in , , , by NaSa, January 28, 2019
Assalamualaikum

Yuhuuu~ apa khabar anak-anak? Harap anda semua dalam keadaan baik ❤

Cuti sem aku ada berbaki dalam seminggu lebih lagi ni. 10 Februari ni dah kena start kelas balik huuuu cannot wait. InsyaAllah 8 Februari ni aku bertolak balik ke UUM naik bas catar yang diuruskan anak-anak UUM sendiri.

Niat asal nak naik bas ekspres tapi kalau naik bas pagi, aku sampai petang dan nanti pejabat inasis dah tutup untuk aku ambil kunci bilik. Kalau bas malam, sampai dinihari cam creepy pula nak cari teksi atau Grab kat stesen bas Changlun tu. Jadi naik bas catar je la sebab dia hantar balik inasis terus. Senang.

Dan bercerita pasal inasis, kali ni aku nak bercerita sikit pasal bilik inasis TM yang aku inapi sepanjang satu semester ni. Saja aku nak tulis supaya membantu sedikit sebanyak bagi bakal anak-anak UUM di masa akan datang. Sebab aku tahu akan ada yang satu spesis dengan aku iaitu sejenis yang sebelum pergi ke sesuatu tempat, mesti akan kaji dulu keadaan kat situ macam mana untuk bantu buat persiapan.

Macam sebelum aku masuk UUM ni, gigih aku google bentuk rupa bilik inasis TM sebab nak senaraikan apa aku perlu bawa nanti. Almaklumlah rumah jauh so better bawa siap-siap apa yang perlu so tak payah kalut di masa depan. Tapi sayangnya walaupun banyak keyword aku guna, takde satu pun blog yang ceritakan dengan lanjut pasal keadaan bilik inasis TM. Yang ada semua pasal inasis lain dan tu pun entri dari bertahun-tahun yang lepas. Stres sis tau.

Jadi alang-alang aku dah pernah masuk dan tinggal di inasis TM tu, apa kata biar aku je tulis entri pasal inasis TM biar keyword tu wujud hehehe. Maka terimalah…gambar-gambar segenap ceruk dalam bilik yang gigih aku snap haritu 😆

First off, kita mulakan dengan pemandangan sebaik kita buka pintu bilik ye. Apa yang kita akan mula-mula nampak?
Haaa masuk terus nampak almari, guys. Tak boleh buat apa hahaha. Sebelah almari tu ada palang yang biasa kita guna untuk sangkut kain tuala. Aku biasa sangkut bakul toiletries.

And you can see suis kipas dan lampu jugak kat situ. Satu je kipas dan lampu ye sebab bilik ni kecil ngam-ngam muatkan 2 orang je. Satu kipas pun dah cukup buatkan kami sejuk malas nak bangun pagi.
Almari TM ni kan, hampir sama dengan almari aku masa di KPM Ayer Molek dulu sebab dia besi pastu warna oren. Kawan-kawan perempuan aku yang tengok gambar almari ni semua “Weyy almari Aymo do!” Kawan lelaki je yang tak boleh relate sebab almari diorang jenis kayu lama.

Tapi kalau compare dari segi design, ada beza sikit sebab yang kat UUM ni ada ruang letak kasut kat bawah pastu kat atas tu ada space letak barang. Kalau KPMAM punya dia takde tempat letak kasut tapi ada rak berpintu kat bahagian atas. Satu lagi beza, almari KPMAM ada cermin kat belah dalam pintu almari tapi UUM punya takde ergh.


Kau nak tahu di mana cermin dalam bilik inasis TM ni?

Ada sekeping je kat pintu bilik tu. Seksa sangat la jemah kalau pagi-pagi nak pergi kelas aku nak pakai bedak apa semua pastu roommate pula nak pakai tudung ke apa. Nasib ada beli cermin lain letak dalam almari.

Ni pandangan kalau berdiri depan pintu menghadap tingkap. Boleh dilihat jelas keluasan bilik yang lebih kurang sekangkang monyet yang duduk dalam rimba UUM ni. Kalau nak OTP dengan pakwe, walau berbisik macam mana sekalipun bawah bantal dan selimut, dijamin roommate akan dengar.

Jarak antara dua katil tu pun dalam semeter lebih je aku rasa. Culture shock jugak la kejap sebab kat KPMAM dah biasa ruang tengah bilik luas gila sampai boleh study group ramai-ramai 9-10 orang masa musim test/exam hahaha. Tapi masuk UUM ni takde study group apa pun sebab member pun takde. Siapa je nak bertandang ke bilik aku macam dulu. Hanya mampu bersembang berdua dengan roommate aku je hari-hari #foreveralone

By the way kan…tengok la katil kami!!!!
Ada laci bawah katil dan OREN jugak sebab ikut tema penaja yakni Telekom Malaysia (TM) 😉 Honestly walaupun bilik ni kecil, banyak gila space nak simpan barang sampai aku tak terguna pun laci katil ni.

Tapi tikar getah tu tak termasuk dalam pakej bilik ni. Lantai memang pure konkrit ye. Setengah orang memang biar je lantai simen tu kosong. Tapi aku tak tahan kalau kaki sejuk so syukur sangat roommate aku dah beli tikar getah ni masa dia masuk. Walaupun cukup-cukup untuk cover ruang antara katil tu je sebab nak buat tempat solat, tu pun dah okey. At least ada jugak lapik. Lantai kat ruang meja study tu takpe sebab kakak aku dah belikan karpet jadi SAYA OKEY 😎
Ni ruang meja study kami. Kau tengok la laci meja pun warna oren hahaha semua benda sedondon. Bawah meja ni sepatutnya ada palang besi untuk kita letak kaki tapi meja aku ni entah macam mana boleh takde palang tu. Pengguna meja ni sebelum ni karate sampai patah ke apa?

Plus kalau perhati betul-betul rak buku tu kan, papan dia menurun ke bawah weyyyyy banyak sangat ke buku yang pengguna sebelum ni susun atas tu hahahaha. Aku sampai takut kalau rak buku tu runtuh timpa aku tau tak 😂

By the way di dinding sebelah meja study ni la terletaknya plug. Setiap pelajar dapat satu plug sendiri jadi tak perlu gaduh-gaduh ye. Dan pelajar boleh bawa extension sendiri so lantak kau nak bawa extension berapa lubang sekalipun. Ada lampu belajar juga kat dinding tu so boleh la pasang yang tu kalau rasa nak berjaga malam. Kesian member kalau pasang lampu tengah lol.

Ni pemandangan lepas aku siap kemas bilik. Lawa kan cadar aku. Serius navy blue dengan kuning memang lawa teruks. Orang datang bilik pun puji cadar aku cantik fuhhh kembang hidung I kejap. Dan selimut hitam tu aku baru beli di Pasar Raya Ten Ten sebab ada diskaun peh best je dia bulu-bulu lembut. Tebal dia pun best sebab rasa kena peluk haha.

Dan meja study tu awal-awal je nampak bersih suci kemas kan. Hakikatnya lama-lama……
Bersepah jugak. Tapi gigih kan aku siap beli alas meja dari kedai RM2 sebab nak rasa home sweet home gituuuu~ hahahahahaha

Perkara terakhir aku nak sentuh pasal cerita inasis ni, aku rasa la kan, setiap inasis ni ada perabot yang mengikut colour scheme tersendiri. Aku rasa je la sebab aku cuma nampak perabot beberapa inasis je, tak nampak semua hehe. Contoh:
Inasis Bank Rakyat
Credit: Aqilah
Aku ambil dari story WhatsApp beliau hehe. Tapi nampak kan tema katil dan meja belajar dia kelabu/oren?
Inasis Tradewinds
Credit: Aiman
Ni pun sama rembat dari story WhatsApp. Sebab masing-masing lepas final paper semua pakat share gambar tengah kemas barang nak balik bercuti kan ahaha. Tradewinds ni tema perabot dia putih/biru. Barisan hehehe
Inasis Yayasan Al-Bukhary
Credit: yasarahhh
Ni je gambar yang tak rembat dari story WhatsApp. Sara yang send kat group kami masa hari kedua orientasi sebab nampak tak papan siling atas katil dia tu? Entah macam mana benda tu boleh jatuh pulak. Dan ye anda boleh lihat tema perabot YAB ni kuning/kelabu. Pastu cadar Sara pulak full black. Fuhhh serius ni tema paling stail hahaha jeles I tau.

Panjang entri kali ni kan. Penuh dengan gambar je. Tapi aku suka sebab rasa function pula blog aku kahkahkah. Semoga sesiapa yang rasa nak cari info pasal bilik inasis TM ke apa dapat ambil manfaat la dari entri ni. Sebab aku tahu betapa fed-up nye bila dah google macam-macam tapi tak jumpa apa-apa yang berguna sobs.

Nanti kalau free aku cerita pasal benda lain pulak. (Walaupun aku hari-hari je free tapi tu la mood M(alas) tu melanda hahaha)

Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Bye. Assalamualaikum.
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Nak tanya,bantal tuh mmg dah disediakan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantal tidak disediakan. Hanya tilam je yang ada. Cadar, bantal, selimut etc semua kena bawa sendiri 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Blok bangunan bentuk L so tandas ada kat luar di setiap bucu tu

      Delete
  3. apa beza setiap inasis tu? ikut course ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada inasis yg ikut course mcm TM ni mostly utk student course international business, international affairs, law etc. Ada yg ikut aktiviti student mcm MISC mostly utk atlet. Ada juga yg utk student asasi dan yg khas utk student perempuan shj. Tapi mostly setiap inasis random je letak ikut kekosongan

      Delete
  4. For new student, normally stay which inasis ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Accommodation determined randomly before students register on first day, except for some courses that might require student to be put in certain inasis only

      Delete
  5. Hahaha, aku la tu yg cri maklumat dlu psl inasis sblm masuk.. selamat la ade blog sis yg cter psl inasis TM ni.. btw aku kemasukan oktober 2020/21

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa aku pon cari jugak sebelum masuk oktober 2020/21 ni 🤣. Semoga bertemu 😅

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS