Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #3 | NaSa

Minggu Suai Kenal (MSK) UUM: Hari #3

in , , , by NaSa, January 30, 2019
Assalamualaikum.

Dah masuk entri ketiga bercerita pasal minggu orientasi sesi A181 2018/2019 di UUM ni kan? Bosan dah agaknya siapa yang baca lol.

Tabah la anak-anak. Termasuk entri yang ni, tinggal lagi dua entri je siri MSK ni nak habis. Lepas ni aku pun tak tahu dah nak update pasal apa. Mungkin pasal aktiviti “Discovering UUM” pulak kot. Tapi tak janji la aku rajin ke tak nak menulis ✌🏼

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita sambung kepada hari ketiga MSK yakni hari majlis ikrar. Hari yang buat kami yang berhijab ni berbelah bahagi nak beli tudung putih sebab pakai sekali je masa majlis ikrar ni. Lepas ni takde dah nak pakainya sebab tudung putih kot? Bila pakai muka jadi ekstra gelap tau tak?

Seperti biasa aktiviti bermula lepas sarapan pagi. Tapi kami tak terus naik bas ke Dewan Muadzam Shah. Sebaliknya beratur dulu depan kafe sebab nak susun student ikut warna tudung, baju, seluar, dan kasut. AJK Protokol cerewet wey. Pastu muka pun cerius duk arah-arah orang aduh stres sis tengok walaupun aku tahu dia cuma melaksanakan kerja 😂

Untuk susunan dalam dewan, yang lelaki ni dia utamakan yang pakai kemeja putih, seluar slack hitam dan kasut hitam/gelap untuk beratur depan. Siapa yang kasut coklat, seluar tak hitam, tak pakai necktie UUM tu dia push belakang dulu. Yang perempuan pula, dia dahulukan yang pakai baju dan tudung putih pure, kasut pula hitam/gelap.

Tapi tu la siapa je ada baju kurung putih pure? Unless pakai baju kurung sekolah menengah tu boleh la haha. Aku rasa dalam ramai-ramai kat TM tu, 2-3 orang je la pakai baju kurung putih polos yang sekali pandang aku ingatkan pengantin nak pergi menikah lol.

Berapa lama entah nak susun budak tu. Yang lelaki senang setel sebab semua pakai kemeja so paling-paling pun check warna seluar dan kasut sama ke tak. Yang perempuan ni lama sebab dah la populasi perempuan paling ramai, baju kurung pun aneka warna dan corak, nak susun sorang-sorang baju cerah baju gelap memang berabad la ceritanya haha.

Akhirnya susun yang baju kurung pengantin tu je paling depan pastu gerak naik bas ke dewan.

The tahi cicaks of UUM tengah tunggu nak masuk dewan lolol

Sampai-sampai je di dewan, dah nampak khalayak ramai bersesak padat macam ni. Aaa risau pula takut kena menunggu lama. Tapi mujur inasis kami datang tu terus boleh masuk dewan. 


Bila masuk, berlakulah sesi susun pelajar ikut inasis pula. Aku dapat row belah kiri dewan, hampir ke belakang. Dan sebanyak-banyak kerusi empuk yang disusun, dapat kat aku kerusi plastik weh. Pastu nampak je kerusi depan aku ni kerusi baru kan. Tapi sebenarnya line yang inasis aku duduk ni dapat kerusi lama yang dah berkerak. Hahahah apa punya nasib la.


Row depan dah penuh uuuu. Tapi aku curious satu je. Tadi sebelum naik bas beria kata bahagian tengah dewan untuk yang pakai tudung putih je. Siapa pakai tudung selain putih akan disusun di bahagian belakang dewan. Sebab nak seragamkan warna tudung bila ambil gambar katanya. Tapi ni ada je sister sorang pakai tudung corak-corak siap ada bunga besar atas kepala duduk depan aku? 🤔


Raptai dulu sikit sebelum kedatangan  tetamu kehormat dan dif jemputan. Kita praktis bangun nyanyi lagu Negaraku satu kaliiii~

Selain Negaraku, kena nyanyi lagu rasmi UUM juga iaitu Biru Warna. Ada lirik dia dalam buku panduan dan video pun ada di youtube but heck tak ramai yang hafal. Semua sing along dengan MV yang ditayang masa program je. Mujur lagu Biru Warna ni senang nak ingat (berbanding lagu MARA yang banyak part high note tu 😂)

By the way yang duduk kat bahagian atas belah kanan dewan tu Inasis Bank Rakyat dengan international students kalau tak salah. Kawan-kawan aku, Aqilah, Fatin & Mai, yang tercampak ke Bank Rakyat tu ada kat situ la. Kalau tadi aku bising kata kerusi yang aku duduk tu buruk kan, diorang kata bersyukur la sebab seat kat atas tu takde tempat bersandar pun. Lagi parah. Insaf terus aku hahaha.

The boys really looked like tahi cicak weh hahahahaha


Ni pandangan dewan dari bahagian atas (click to enlarge). Boleh nampak lautan anak bunian memenuhi dewan. Saja I minta Fatin dengan Aqilah tangkapkan sebab nak tempek dengan gediknya dalam blog ni. Thank you, guys 😙

And wow diorang kat atas ni memang betul-betul duduk macam tu je, takde tempat nak bersandar. Tak dapat kubayangkan lenguh belakang tu macam mana. Dah la majlis berjam-jam. Dari pagi ke petang pula tu sobs 😢

Bacaan ikrar berlangsung lepas habis segala sesi ucapan daripada pengarah HEP dan MPP. Aku takde la gambar masa baca ikrar tu sebab aku pun tengah sibuk berikrar kan hahaha. Tapi lepas habis sesi ikrar tu ada la sesi menyanyi lagu wajib masa orientasi, Gemuruh by Faizal Tahir. Famous sungguh lagu tu lol. Pastu lagu lain, Sayangi Malaysiaku by Bunkface dengan lagu apa entah.


Sebelum majlis start, sebenarnya wakil MPP yang jadi MC tu ada pesan nyanyi biar semangat tapi hakikatnya kami ni agak sendu jugak la hahaha. Harapkan pasang flashlight je duk hayun-hayun phone nak kasi nampak meriah tapi tetap so-so je.

Orang lain aku tak tahu la mungkin sebab duk malu-malu lagi nak bergaul, nak serlahkan sisi liar ke apa. Tapi kalau masalah aku sendiri, aku mengaku lemau sebab aku tak tahu lirik kahkahkah. Dah lama tak layan lagu Melayu nak buat macam mana. Selain tu, masalah utamanya adalah lapar. Dari pagi sampai ke tengah hari kot duk tahan sejuk dalam DMAS.

Roti lejen masa MSK. Jangan harap nak jumpa Gardenia

Dekat 1.30 tengah hari baru dilepaskan untuk lunch. Dengan ramainya, dengan bisingnya, pening aku cari khemah inasis TM nak ambil makanan. Dah la setiap inasis ni ada cara sendiri nak bagitahu budak-budak freshie ni pasal lokasi khemah masing-masing.

Inasis yang guna placard tulis nama inasis besar-besar ni ok lagi. Tapi inasis MAS tu ya Rabbi… boleh dia pakai megaphone duk jerit “MAS di sini, MAS di siniii~” dengan suara nyaring dan berlagu. Geram aku nak sekeh sebab bingit hahahahah.

Bunian KPM di UUM
Dari kiri: Fatin, Mai, Aqilah, haa aku la tu

Lepas siap makan sorang-sorang di tangga Dewan Tan Sri Othman, roger-roger la member KPM lain tanya lokasi. Tiga orang ni muncul katanya dah sampai DTSO jugak. Haaa merasa la kejap kami buat mini reunion. Sara je hilang dari radar. Yang budak lelaki lain confirm tak ada sebab DTSO ni surau sementara untuk perempuan sahaja.

Tapi ni pun dapat jumpa kejap je. Boleh la nak gosip sikit, snap gambar sekeping. Pastu tahu-tahu fasi dah bising di group suruh balik ke DMAS untuk program seterusnya bersama Timbalan Naib Canselor. Maka kembali solololololo la aku sebab yang tiga orang ni bergerak meninggalkan daku pergi ke Bank Rakyat sobs

Masuk DMAS semula, lokasi tempat duduk dah bertukar. Daripada duduk hampir dengan belakang dewan, kalini inasis TM duduk betul-betul depan pentas. Terasa istimewa kejap.


Ni masa sesi bersama Pusat Kokurikulum atau nama pendeknya, pusat Ko-K. Strict oi syarat Ko-K. Tak hadir 3 kali tanpa surat boleh fail. Terus berkobar-kobar semangat tak nak ponteng. Dah la kena pergi Ko-K ni selama 4 sem weh. Kalau kena repeat, sanggup ke nak ulang sampai 5-6 sem? I is tak sanggup. Dah la 1 jam kredit je hahaha.

Taklimat pasal Ko-K je dah berapa lama. Lepas habis sesi tu aku ingatkan dah boleh balik sebab dah petang kot. Tapi rupanya ada lagi……… Kalini dengan PALAPES pulak.


Datang tanpa diduga gerombolan ni. Sekali tengok ahli PALAPES ni pakai uniform lengkap  siap bawa senjata ni nampak cool tapi tu la sesi PALAPES ni drag masa lama gila weh. Dah nak pukul 6.30pm pun masih duk bercakap pasal kelebihan masuk PALAPES lagi sebab nak.tarik pelajar masuk. Point yang diulang-ulang: MAKAN FREE, DAPAT ELAUN.

Ye aku tau masuk dapat elaun banyak. Siapa je tak nak duit. Tapi compare dengan Ko-K lain yang cuma ada kelas hari Sabtu, PALAPES ni training Jumaat & Sabtu tau. Tu yang tak nak tu. Kawan-kawan aku yang masuk Wataniah di KPM dulu pun surrender tak nak masuk PALAPES sebab katanya serik dah 😅

Dan sebab nak menunggu sesi PALAPES ni lama sangat dicampur pula dengan sejuk aircond, tak semena-mena perut aku masuk angin kaw-kaw punya. Sakit yang amat sangat. Nak berjalan pun tak larat. Last sekali roommate aku minta AJK Kebajikan hantar aku balik. Dua kali rasa istimewa sebab I balik naik kereta & dia hantar terus ke inasis lol.

Mujur lepas rehat sikit dan makan malam, sakit tu dah hilang. Dapat la aku join aktiviti sebelah malam dengan tenang.


Aktiviti malam ketiga ni adalah latihan dalam kumpulan. Nak bentuk 12 kumpulan punya pasal, dia suruh berkumpul ikut bulan kelahiran masing-masing. Aku ni kalau ikut IC, lahir bulan Oktober. Tapi sebab kanak-kanak Oktober ni ada 18-19 orang, tak pasal-pasal aku dipindahkan ke group November sebab group tu tak cukup orang dan dia kata satu group nak ada 15 orang sahaja 😢

Usai bahagi kumpulan, setiap group diberi satu nama haiwan dan satu jenis emosi dan kami dikehendaki untuk guna kedua-duanya membentuk nama kumpulan kami. Kami dapat ‘Semut’ dan ‘Gatal’.

Aku tak tau la macam mana mereka terfikir gatal tu adalah satu emosi tapi takpe la. Kita ikut je la. Dan nama kumpulan yang kami cipta, ‘SETAL’. Cara sebut tu pula kena yakin macam nak sebut ‘Stail’ lol

Asal boleh, guys. Asal boleh.

Inilah kumpulan Setal yang tak berapa nak stail tu lol

Aktiviti masa LDK ni lebih kurang masa orientasi KPM dulu-dulu jugak. Main bom negara, pisang goreng, charades. Kelainan sikit part game tayar kereta kebal ke apa entah namanya. Dia bagi surat khabar pastu kami kena bentuk satu bulatan yang boleh muatkan 5 orang dalam tu untuk berjalan stail tayar kereta kebal dari depan pentas sampai belakang dewan. Pelik-pelik 🤣
Haaa nak buat macam mana untuk membentuk tayar kereta kebal tu???

Tapi tahukah anda, pembentukan group ni bukan setakat untuk aktiviti malam ketiga ni sahaja?

Tiba-tiba je diumumkan yang setiap group kena cabut undi pasal tema persembahan yang kami kena buat pada hari TM Gala Night lepas tamat orientasi. Tu dah unexpected dah sebab eh pehal tetiba ada gala night bagai kan. Pastu boleh pulak wakil group kami cabut tema ‘Battle dance’?!!? Ya Rabbi…………

Tapi tu cerita untuk entri lain sebab setakat ni dulu untuk hari ketiga MSK. Aku pun dah penat menaip. Nanti dalam masa terdekat aku update pasal hari terakhir MSK dan pasal TM Gala Night. Okbai.

MALAM PENUTUP MSK BACA 👉🏼 DI SINI


Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS