Seni September | NaSa

Seni September

in , , by NaSa, September 30, 2020
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik tak sangka dah nak habis dah bulan September ni. Cepat je masa berlalu. Tahu-tahu cuti semester pun dah nak habis. Minggu lagi satu dah kena start kelas balik secara online. Fuhh antara tak sabar dan tak redha tu sama banyak 😂

Alang-alang cuti dah nak habis ni, aku rasa nak abadikan la sikit gambar aktiviti aku masa bulan September ni. Saja buat penyeri blog biar ada content. Biar la hakikatnya aku dah upload gambar ni di Instagram pun hehe. Takpe yang ni versi higher quality tak kena compress teruk cam Instagram biasa buat.

Kalau sesiapa pernah baca entri yang pasal aku terkandas di UUM dulu tu, tak tahu la masih ingat ke tak yang aku ni pernah buat quilling arts masa bosan menunggu pengumuman PM bila boleh balik tu kan. Ya itulah aktiviti utama aku masa cuti semester ni pun selain daripada tengok anime, baca manga/webtoon, dan tidur hehe.

Untuk pengetahuan, quilling art ni adalah sejenis seni yang menggunakan kaedah menggulung kertas yang dah dipotong nipis-nipis panjang-panjang. Lepas gulung tu, kertas tu boleh la dibentuk jadi macam-macam bentuk yang kita nak. Pastu cantum la jadi bunga ke, daun ke, atau nak buat potret muka orang dan haiwan pun boleh, nak buat perkataan pun boleh. Atas kreativiti masing-masing.

My working space. Semua cukup lengkap susun depan mata biar senang ambik hehe

Kalau ikutkan, aku lebih menjurus kepada bidang buat perkataan. Dalam dunia quilling art, kami panggil “quilling typography”. Sebabnya aku suka pusing-pusing kertas nak ikut bentuk huruf tu sampai jadi, terutamanya tulisan berangkai. Walaupun stres sampai mencarut-carut juga kekadang tu, tapi bila hasil akhir dia tu menjadi, rasa puas hati tau 😆

Aku start terjebak dengan quilling art ni sejak tahun 2014. Asalnya sebagai hobi je (which aku akan cerita lebih spesifik dalam entri lain), tapi sekarang seni quilling art ni boleh la jadi side income sikit sejak aku dah nampak ciri-ciri mahir lepas 6 tahun menggulung ni kan.

Tapi biasa duit hasil jualan tu tak tahan lama pun sebab aku akan spend beli lebih banyak kertas dan manik hiasan untuk projek quilling art di masa depan yang biasanya aku tak buat pun sebab malas dan sayang nak guna lol perangaaai.

Walaupun customer aku takde la ramai (sebab aku pun tak promote sangat), tapi tetap ada la 2-3 orang hamba Allah yang sudi percayakan aku untuk siapkan secebis dua quilling art ni untuk dijadikan hadiah bagi orang kesayangan mereka. Terharu I. Tu yang nak share kat sini kali ni sebagai kenangan hehehe. Selamat mencuci mata semua ♥️

1) ZAKIYAH

Ni first customer tau. Aku pun tak expect tengah membodo-bodo je kadang gulung, kadang tak, kadang update IG, kadang sendu, tapi ada juga customer masuk tanya ambik order tak? Dah alang-alang tengah cuti dan pokai maka harus la kita terima tempahannya kan hehe

Ni saiz 6R (15x20cm).

Honestly design macam ni penat sikit nak buat sebab bunga, daun, dan hiasan lain semua tu disusun tanpa banyak gulungan. Kalau pakai kertas 100gsm ke atas elok la sebab tebal kan jadi senang la nak gam. Tapi sebab customer ni request shades of pink, dan kertas pink yang aku ada semua 80gsm, so memang bertabah habis la nak kasi dia berdiri tegap tu.

Alhamdulilah hasil akhirnya tetap menjadi dan customer pun puas hati so kita pun tumpang happy la kan 😁

2) AMIRAH

Ni hadiah hari jadi anak buah sendiri ni. Takde orang order pun. Kalau nak kata order pun, kiranya aku order dengan diri sendiri la sebab nak hadiahkan untuk anak buah aku haha


Member pun suka sebab warna oren ni mengingatkan dia kepada watak anime kegemaran dia, Hinata Shouyo dalam Haikyuu 😅 terjebak jadi otaku macam aku pulak dah hahah

 3) ANIS

Repeat order daripada customer tahun lepas khas untuk hadiah hari jadi kawan baik beliau. Terharu juga bila dia mesej haritu sebab tak sangka pula ingat lagi kat aku walaupun dah setahun berlalu. Terima kasih sis sebab percayakan saya untuk buat hadiah kawan-kawan sis 😊♥️

Anis dan yang Dijah bawah ni saiz 4R (10x15cm).

 4) DIJAH

Ni pun sama seperti di atas. Previous customer tu order sampai dua sekaligus hehe. Bertuah kawan-kawannya. Murah juga rezeki customer tu sebab tak berkira dengan kawan-kawan.

Abaikan tulisan berangkai buruk acah kaligrafi tu hehe
Alang-alang hadiah hari jadi kan, kena la ada kad ucapan sekali. Yang ni customer tak request pun asalnya tapi aku yang tanya nak ke tak sebab aku boleh buatkan. Memula dia kata takpe tapi pastu kawasan Kota Setar kena PKPD kan sebab Kluster Sungai tu (customer ni orang Kedah).

Jadi dia ubah fikiran untuk buatkan kad dan minta poskan ke alamat kawan-kawannya terus sebab nak jumpa face to face kang risiko pula. I pun okey je la buatkan sebab aku pun suka bab cardmaking ni 😚

 5) FATIN

Ni kawan sendiri yang tempah lepas tengok aku pos gambar Zakiyah tadi di story WhatsApp. Sekian lama aku duk promote secara tak langsung di situ, akhirnya ada juga yang sangkut ya. Alhamdulilah 😂

Tapi kalau yang Zakiyah tu susah sebab kertas 80gsm ringan kan, ni mencabar sebab kawan aku ni boleh pula cakap design dan warna semua terserah kat aku. Dia cuma bagi teks pilihan yakni nama dia je. Pulak dah hahahahah

Saiz sama macam Zakiyah 6R.

Lama juga la fikir nak buat macam mana untuk piece yang ni kan sebab takde limitation untuk warna apa yang nak diguna. Tu yang last sekali aku guna banyak-banyak warna je. Meriah dan menyelesaikan masalah tak tahu nak guna warna apa sebab semua warna ada hahahah

Memula insecure juga takut tak cantik sebab first time jugak aku guna warna dalam outline tulisan tu. Pastu bunga bos tu pula macam kosong je jadi tulisan tu nampak hambar. Lepas aku beranikan diri cat dengan watercolor dalam bunga tu baru la nampak hidup sikit. Dan kawan aku pun suka hasil akhirnya jadi hilang la gundah gulana hati I 😌

Apa pendapat anda, kawan-kawan? Cantik tak? Cantik tak? (muka gedik minta attention hahahah)

Kalau ada yang rasa berminat tu, boleh la jenguk Instagram aku di @serialquiller_. Boleh tengok design lain juga. Kot la ada rasa nak bagi hadiah kat orang tersayang ke, nak buat hiasan bilik sendiri ke kan hehehe

Buat masa ni ada 2 lagi tempahan yang aku nak kena siapkan. Alhamdulilah dah hujung-hujung cuti sem ni banyak la pula order masuk. Elok la boleh aku kumpul duit buat beli data untuk kelas online pasni. Sambil tu kumpul sekali buat simpanan kot-kot PKP 2.0 dijalankan pasni.

Tak minta betul-betul jadi pun. Sediakan payung sebelum hujan je sebab penat woo PKP. Fizikal dengan mental stress. Tapi tetap juga ada malaun yang saban hari duk cucuh nak suruh PKP dijalankan lagi. Katanya best nanti boleh sambung buat kopi dalgona, tidur, layan netflix amboi goyang kaki betul hidup. Tapak dahi hang satgi 😑

Setakat tu je buat masa ni. Jaga diri kawan-kawan. Toksah la keluar pergi tempat ramai-ramai kalau takde keperluan. Ayuh jaga keselamatan kita sama-sama. Semoga bilangan kes makin menurun dan kita pun bebas COVID lepas ni Aminnn...

Terima kasih kerana membaca. Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. wah cantik2 la...saya dah ad dh bahan quilling ni..tapi entah bila nak start tk thu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena paksa-paksa diri juga nak menggulung ni. ada hari rajin, sehari boleh siap satu projek. datang angin malas, sebulan pun tersadai gitu je 😂

      Delete
    2. betul2...kalau rajin semua benda jadi.Kalau malas..satu apapon tk jdi..hahaha

      Delete
    3. singgah sini ^^Y

      https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

      Delete
  2. sebelum ni pernah viral pasal quilling ni. saya tengok pun wahhh cantiknyaa hasil kerja quilling ni 😍 sangat unik dan hebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. fokus dan kerajinan tu kena tinggi haha tp tu la mood nak datang rajin tu ya Allah susahnya nak dapat 😂

      Delete
  3. Hai awak! Cantiklah! Nanti boleh saya tempah untuk kawan-kawan saya tu 🙋🏼‍♀️. Btw, saya pun student UUM juga tapi saya pun ada tulis blog juga. Boleh jenguk blog saya kalau sudi 👋🏼

    ReplyDelete
  4. Cantik, kemas dan gabungan warna yang dinamik dan tak membosankan!

    ReplyDelete
  5. Seni quilling ni sangat cantik. Pernah juga terfikir nak buat... tapi, kurang kerajinan maka tinggallah angan-angan...

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS