Review: Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum by Yello Skincare | NaSa
Assalamualaikum


Apa khabar, kawan-kawan?

Tak sangka kita dah semakin beranjak meninggalkan tahun 2020. Tahu-tahu dah masuk bulan November. Maksudnya tinggal sebulan lebih je sebelum kita memasuki tahun 2021 dan tinggalkan tahun yang penuh suka duka ni. Rasanya lebih kepada duka sebab kusangka boleh jumpa kereta terbang, rupanya corona. Ke laut Wawasan 2020nya. Dugaan Tuhan hmm

Berbalik kepada topik kita, entri harini adalah untuk memberi ulasan atau nama mat salehnya, review berkenaan satu produk yang aku guna sebelum ni. Produk yang dimaksudkan tu macam nama dalam tajuk di atas tu tulis, Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum. Ya panjang kan nama produknya. Untuk memudahkan cerita, kita panggil Snowmeric je.

Snowmeric ni adalah serum keluaran Yello Skincare sama seperti mask kunyit Yellow Gorgeous yang aku review tempoh hari. Dalam entri mask tu kan aku pernah kata serum ni baru dilancarkan dan kalau ada rezeki nanti aku nak beli. Alang-alang PTPTN masuk tanpa diduga haritu, memang rezeki la tu sebab tu aku beli terus sambil topap Skintella Serum Kayman. Sejenis tamak haloba haha

"YELLO SNOWMERIC Hydra-Boost Brightening Serum is packed with carefully selected brightening actives, supported by skin-replenishing ingredients to brighten overall skin complexion and provide hydration to the skin." - Source: Yello Skincare Official Website
Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum is suitable for:
1) Brightening skin complexion.
2) Fading fresh dark marks.
3) Delivering sufficient hydration.
4) Soothing inflamed skin.
5) Enhancing barrier-repair.
Sesuai dengan namanya yang mengandungi perkataan 'brightening,' Snowmeric ni fungsi utamanya lebih kepada meningkatkan seri wajah. Sebab tu boleh tahan impressed la bila aku tengok featured main ingredients yang terpampang di kotak dan botol tu iaitu 5% Niacinamide, 2% Alpha Arbutin, dan Ascorbyl Glucoside (nama lainnya, vitamin C).

3 bahan ni set-set pudarkan parut untuk kulit mulus dan flawless ni. Sesiapa yang pernah menyaksikan zaman kenaikan jenama The Ordinary di Malaysia tahu la betapa laku keras dua produk Niacinamide dan Alpha Arbutin tu sebab semua rakus mengejar kulit yang sekata tanpa parut dan nampak glowing gitu, Bezanya kalau jenama lain kena beli produk berasingan untuk dapatkan 3 bahan tu, Snowmeric ni semua ada dalam sebotol je. Advanced la sikit haha

Snowmeric ingredients.

Bahan-bahan yang terkandung dalam Snowmeric:
Water, Niacinamide, Butylene Glycol, Glycerin, Beta-Glucan, Ascorbyl Glucoside, Alpha Arbutin, Curcuma Zedoaria Root (White Turmeric) extract, Tremella Fuciformis extract, Xanthan Gum, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Sodium Hyaluronate, Allantoin, Citric Acid, Sodium Citrate.

One thing aku suka pasal cara Yello Skincare senaraikan bahan-bahan Snowmeric ni kan, jadual yang kotak kuning tu. Sebab biasanya kita akan tengok banyak jenama cuma senaraikan bahan tu ikut nama bahan yang paling banyak sampai bahan paling sikit kan. Tapi Snowmeric ni siap ada jadual tu yang asingkan bahan-bahan mengikut fungsi mereka. Contoh: 
  • Niacinamide untuk Brightening
  • Beta-Glucan untuk Soothing
  • Water sebagai Solvent
  • Preservative bukan pakai Paraben eh tiberrr haha

It might not mean much for others tapi faedahnya bila dia asingkan macam tu, jadi mudah la juga aku faham apa kegunaan setiap bahan dalam Snowmeric tu. And apparently some brightening actives ni boleh keringkan kulit dan sebabkan irritation. Kerana itulah Snowmeric ni digabungkan bersama bahan-bahan yang hydrating dan soothing untuk elakkan masalah kulit kering tu. (Sumber: Blog Yello Skincare)

Multipurpose country bak kata Sajat kahkahkah. Patutlah ada kotak untuk bahan Hydrating/Soothing tu. Almaklumlah my one braincell ni bila sebut pasal Yello Skincare, aku teringat kulit bebas parut je sebab produk utama dia yang Oatmeal Turmeric Mask and Scrub tu pun fokus utama kepada tu kan.


At a retail price of RM89, setiap botol Snowmeric ni mengandungi 30ml serum yang diisi ke dalam botol plastik warna kuning penutup coklat ni. For some reason, 2 warna ni bila digabung bersama aku teringat kunyit dalam tanah je. Sesuai la dengan imej Yello Skincare yang gunakan kunyit sebagai ramuan utama dalam kedua-dua mask dan serum mereka kan haha

Berbeza dengan botol Skintella Kayman yang jenis kaca berat, botol Snowmeric ni fully diperbuat daripada plastik. Good thing sebab ringan dan senang bawa. Tapi sebab botol dia opaque dan pumper dia tu jenis yang ditekan rapat oleh mesin kilang so tak boleh pusing untuk buka sendiri, jadilah dia set-set yang susah nak intai baki serum lol. Aku kena pegang botol tu depan tempat cerah dan tenung lama-lama baru la nampak sikit-sikit tahap mana serum tu masih berbaki.

The pumper shape.
Tak tau la memang ketat atau aku takde tenaga tapi memang takleh dibuka

Selain tu, botol ni juga guna kaedah airless pump yang tarik serum tu ke tahap paling atas instead of ada straw yang sedut dari bawah macam Skintella Kayman. Understandable la sebab serum ni kan ada vitamin C. Jadi seboleh mungkin produk ni perlu dielakkan daripada terkena cahaya dan terdedah kepada udara untuk elakkan pengoksidaan yang akan jejaskan kualiti vitamin C dan serum tu secara keseluruhan. Baru la efektif.

Date of opening space.

Lain yang unik pasal botol Snowmeric ni, bawah ikon tempoh serum bertahan tu ada satu tempat khas untuk kita tulis bila tarikh serum ni dibuka. Jadi mudah la untuk kita ingatkan diri sendiri supaya habiskan guna serum ni sebelum tempoh serum tu expired tiba.

I find this fancy sebab most products takde tempat khas macam ni. Atas kerajinan dan kesedaran pengguna la nak catat ke tak bila produk tu pertama kali dibuka. For beauty enthusiasts, mungkin mereka catat satu-satu. Tapi dapat kat marhaen macam aku, ke lautan pasifik sana la nak catat tarikh. Paling-paling pun hafal ikut bulan je pastu lama-lama lupa hahahah

Tapi walaupun ruang "Date of Opening" tu fancy, satu masalah yang aku perasan di bahagian ni adalah, ikon tempoh tahan lama serum tu terlalu kecil bagi aku. Sumpah aku tak tahu berapa nombor yang dia tulis kat situ. Aku nampak yang dia single digit sebab takde nombor 1 kat depan tapi nombor sebenar tu tak dapat nak agak. 9 bulan? 6 bulan? 5 bulan? 


Terjawab persoalanku, serum ni sebaiknya digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas dibuka as in dipam buat kali pertama. Agaknya kalau guna lepas 6 bulan tu, kurang berkesan la kot. Kot la. Kot.

Pandangan penuh belakang botol Snowmeric ni.

Not exaggerated tau part ni. Kalau tak percaya, try buka full image ni dan try zoom ikon tu nampak ke tak haha. Memang aku kejap nampak macam dia tulis 9 bulan. Kecikkan mata sikit nampak macam nombor 5. Pastu terfikir pula biasanya shelf life produk ni dia bagi dalam sifir 3 so 6 bulan kot hahaha main teka-teki pula aku jadinya

Aku cuba juga cari kot-kot dia ada tulis di kotak tu tapi puas kubelek, enggak ketemu ye pasal shelf life Snowmeric lepas buka ni. Basic info macam ingredients, directions, batch number, contact info etc yang lain tu je ada. Di website pun takde tulis unless kalau check di blog mereka baru jumpa.

Full view of Snowmeric box packaging.
(Ye aku potong kotak tu hahaha)

Tapi aku beli ni masa bulan Mac 2020 dan sekarang dah pun November 2020 kan, mungkin saiz ikon tu dah ditingkatkan untuk later batch? Siapa tahu kan.

Cuma kalau kata la belum ditingkatkan dan anyone from Yello Skincare (in fact whatever skincare pun) ada terbaca blog ni kan, please please PLEASE besarkan saiz ikon shelf life after opening tu untuk kesejahteraan mata customer haha. Tak pun print extra di kotak tu pun boleh. Yang penting jelas dilihat. 

Aku dah la rabun susah nak nampak. Nak ambik gambar dan zoom dengan kamera, kamera pun tak boleh nak pickup gambar ikon tu sebab kecik sangat. Bila zoom makin kabur dan makin tak nampak. Padahal aku guna mode HD kot lol

Ok habis meroyan pasal tu. Kita beralih kepada tekstur serum Snowmeric ni pula :)

Look at that clear, runny texture.

Seperti Skintella Kayman, serum Snowmeric ni pun jenis clear DAN kegemaran aku, tak ada bau. As in tak ada bau fragrance yang melampau la sebab dalam ingredients list dia pun memang takde fragrance kan. Kalau ikutkan masih ada juga slight smell yang datang daripada ingredients yang digunakan tu sendiri tapi takde la tahap overwhelming sangat. Jenis sekali lalu je bau dia. My sensitive nose is happy ye dengan ciri ni.

Tapi tekstur dia agak cair berbanding Skintella Kayman. Kalau pump ke jari memang rugi sebab nanti dia meleleh ke celahan jari. Struggle aku nak tempek-tempek jari tu ke muka sebab tak nak membazir serum lol. Memula tu terbazir juga sebab dah terbiasa dengan serum Kayman yang pekat sikit boleh direct pump ke jari. So lepas tu aku belajar dari kesilapan dan pump ke tapak tangan je.

Dan mungkin sebab design pumper dia yang airless, tekstur dia, atau aku sendiri yang tak reti kawal power masa tekan pump tu, aku tak tahu la. Tapi bagi aku Snowmeric ni agak susah kalau nak pump sikit-sikit untuk dapatkan half pump. Dia sekali pump je, memang sampai 4cm+ serum tu terpancut keluar. Kemain jauh hahah. 

Aku pula kalau 1 pump serum, tak cukup. 2 pump, banyak sangat (macam buat maggi gitu 1 bungkus tak cukup, 2 bungkus tak habis hahah). Jadi nak dapatkan half pump tu kena sangat berhati-hati masa tekan pump tu sebab taknak terlebih power.

And...the result after using Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum is......


Unfortunately my skin didn't really like it 😅

Aku kecewa tau, kecewa. With those powerful ingredients, with those (supposed) amazing benefits, at that reasonable price (considering the list of ingredients), tapi akhirnya tak sesuai dengan kulit la pulekkk. Nak buat macam mana kan. Lain orang, lain masalah dan penerimaan kulit. Kali ni rezeki aku la tak dapat nak terima khasiat serum ni macam orang lain. "Your mileage may vary" kan. Redho saja la.

Kenapa kulit aku tak boleh nak terima?

1) Low absorption rate on my skin
- For some reason serum ni bagi aku agak susah nak serap. Setiap kali lepas pakai, aku tunggu 3-5 minit tadah muka depan kipas lepas pakai Hada Labo pun, serum tu macam tak serap sepenuhnya dan kulit aku jadi rasa melekit. 

Ni akan jadi masalah bila aku pakai moisturizer sebab nanti mudah jadi pilling yang terasa macam ada habuk bergumpal atas muka tu. Quite a tragedy sebab tekstur dia yang thin consistency tu sepatutnya mudah je nak serap huhu sedih aku.

Mula-mula jadi macam tu sebab aku salah teknik masa pakai. Terbuat macam pakai Skintella Kayman pula urut-urut je atas muka. Tapi sebab consistecy dua serum ni berbeza, Snowmeric ni tak serap macam Skintella la. Dia cam 50% serap, 50% melekit.

Lepas baca tweet Sunny di twitter Yello Skincare kata kena tap-tap di muka baru aku ubah cara pakai. Masa tu baru la absorption rate meningkat tapi tahap 80% camtu je. Baki 20%  lagi tu tetap melekit dan rasa tak selesa.

Beza application Snowmeric dan Skintella.
Nampak kan beza sikit cara pakai tu.
Snowmeric kena gently pat.
Skintella kena massage. Tapi gently pat pun boleh dan macam optional yang digalakkan for maximum absorption. Sunat muakkad gittew.
Jadi kalau pakai cara salah, memang tak banyak la kadar penyerapan tu haha

2) Not exactly eczema-friendly to my skin
- My skin ye. MY SKIN. Orang lain aku tak tahu. Kalau mereka yang ada ekzema tapi boleh je pakai Snowmeric ni dengan selesa, tahniah. But sadly in my case, it did not happen huhu. Padahal ramuan Snowmeric tu sepatutnya elok untuk eczema juga, e.g. Beta-glucan. 

Aku pun pernah baca tweet kak Ama founder Yello Skincare ni masa dia kena flare-up ekzema di muka (especially mata) dulu. Beliau sendiri ada pengalaman ekzema jadi takkan la beliau buat produk yang not eczema-friendly kan. Maksudnya ni mungkin personal problem aku sorang je la. 

Dan aku ada je buat patch test masa memula try pump serum tu untuk tengok tekstur dia. Ada la aku calit di muka sikit dan tunggu 24 jam untuk tengok ada kesan negatif ke tak. Surprisingly takde pun. Kesan melekit tu pun tak rasa sangat (sama ada sebab pakai sikit atau sebab aku pakai sebelum tidur so tak sedar haha). 

Tapi lepas start pakai 2 kali sehari pagi dan malam tu la baru perasan selain muka aku rasa melekit, it also stings a lot and felt so uncomfortable 😭😭😭

Tambah pula aku start pakai tu masa PKP baru dilancarkan akibat Covid-19 dan aku pula terkandas di UUM tak boleh baik kampung, ekzema di muka aku memang on off la flare up sebab stress duduk dalam bilik sorang-sorang. 

Bilik pun dah tukar ke aras paling bawah depan kawasan parking. Jadi lagi la mudah berhabuk berbanding bilik tahun lepas dan lagi kerap la aku flare up, Bersisik kulit bawah mata aku sikit-sikit haha. Moisturizer Simple aku pun elok-elok takde masalah terus jadi menyucuk di muka juga bila kulit jadi macam tu. Penat sis.

Tapi tak bermaksud Snowmeric ni takde kesan yang baik bagi aku. Dalam pada melekit dan menyengat sikit-sikit tu, aku teruskan juga pakai sebab  ekzema aku takde la tahap teruk sangat pun. Ada hari yang kulit aku takde flare up dan rasa ok je tak pedih lepas pakai (tapi melekit tetap ada lol). Lagipun Snowmeric mahal kot. Kalau nak give up lepas beberapa hari tu macam rugi la pula kan. 

Bila degil teruskan pakai tu la aku perasan yang kesan brightening Snowmeric ni memang ampuh ya. Terutamanya pada parut jerawat yang baru. Lepas jerawat surut dan tinggal parut merah tu, sapu Snowmeric 2-3 hari je dah nampak inflammation dia berkurang. Daripada warna merah, parut tu memudar jadi warna coklat. Jadi kesannya tu memang seperti yang diharapkan la daripada bahan-bahan yang mereka gunakan.

Final rating untuk Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum: Aku bagi 3.5 ⭐
0.5 ⭐ hilang sebab sukar diserap sepenuhnya di kulit aku.
0.5 ⭐ lagi hilang sebab tak sesuai dengan ekzema di muka aku. 
0.5 ⭐ lagi hilang sebab agak pricey. 

Not condemning the price sebab tengok la bahan apa mereka guna kan. I know those premium babies are not cheap. This is just from a broke person's perspective yang belum tentu mampu repeat order sebab di luar bajet haha 😅

Kepada Snowmeric, selamat tinggal sayang. Tak ada rezeki kita bersama hukhukhuk. Lepas ni aku cuma boleh repeat beli OTMS je la. Tak pun kalau Yello Skincare nak release produk baru lagi lepas ni, boleh kita try lagi hehe.

Sebelum berpisah, here's a fun fact:
Untuk tugasan kokurikulum Kewartawanan sem lepas, kami kena ambil gambar orang atau objek daripada pelbagai sudut untuk tugasan kumpulan. Tapi sebab PKP groupmate dah ramai balik rumah, aku volunteer pusing-pusing UUM ambil gambar Snowmeric sebagai subjek. 

Gambar pertama di atas tu dan di bawah ni antara gambar yang kami hantar. Dapat A+ do hahahahah. Masih ada la ruang untuk aku kata "terima kasih Snowmeric Hydra-Boost Brightening Serum" 😂

Terima kasih kerana membaca. Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 6 comments

Add your comment

  1. oh,once dah bukak, then tarikh luput dia lepas 6 bulan eh.. ok noted this

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lepas guna for first time tu dia tahan selama tempoh tu je lepas buka. setiap produk lain² tempoh tu. kena rujuk pada ikon shelf life dia la hehe

      Delete
  2. Masalah kulit kita sama, jerawat and eczema. Eczema tertumpu dekat bahagian mata and leher, jerawat pulak jerawat cystic tapi sekarang dah elok sebab pakai benzoyl peroxide. Sampai harini tak jumpa lagi produk moisturizer yang sesuai dengan kulit saya. Even yang cakap for oily skin or sensitive skin pun still trigger jerawat lepas 2-3 hari pakai lepastu apply balik benzoyl peroxide the following day.

    ReplyDelete
  3. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. Untuk cuba zarzou, saya cadangkan BHS. Untuk zarzou dah bottle kedua BHS and i like it. Malangnya untuk RSS tak berkesan kat muka saya, dia claim untuk reduce acne and redness tapi muka saya memberontak dan semakin breakout. Back to BHS dan muka semakin helok.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS