[REPUBLISH] Google AdSense: Tertuntut Tanpa Sengaja | NaSa
Assalamualaikum

Kisah ni nak kata sedih, tak adalah sedih pun sebab dapat duit kot. Siapa je tak suka duit. Lagi-lagi tengah musim panini kobid nainting ni kan.

Tapi nak kata gembira, tak juga. Sebab dasar Adsense...musnah niat nak menabung aku hahahahah
Permulaan, Januari 2020. Saat mula-mula bertatih kumpul duit Adsense melalui blogging.
Ceritanya bermula lepas aku dah berjaya kumpul pendapatan Adsense ni melebihi nilai minima threshold yang dia benarkan untuk tebus iaitu USD100. Lama tau aku nak kumpul duit sebanyak ni. Setahun lebih tunggu bermula hujung 2019 sampai May 2021 baru merasa tiga angka sebab tak aktif sangat menulis kan. Duit naik 5-9 dolar setiap bulan tu pun hasil orang ramai masuk di entri aku berkaitan Kolej Profesional MARA, UUM, dan review aku je. Alhamdulillah ada juga rezeki trafik banyak kan.

Masa dekat-dekat nak cecah USD100, aku excited juga. Selalu la duk kira kalau convert kepada matawang Ringgit, berapa ratus aku boleh dapat. Tapi lepas dah lebih nilai USD100 tu, aku niat nak kumpul je duit tu biar cecah lebih banyak. Sebab tu aku biar je duit tu diam-diam dalam Adsense tu dan tak hiraukan prompt Google yang suruh aku update kaedah pembayaran tu.

Pertama, sebab aku malas nak cari details pasal butiran bank yang dia minta tu. Kedua, aku nak kumpul lama-lama. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Aku siap tukar lagi nilai minima duit Adsense untuk dideposit tu biar jadi USD200.

Tapi sebab serabut dengan emel Google duk bagitahu duit dah cukup, update alamat dan nombor akaun, yadda yadda yadda, aku akhirnya update juga la semua butiran yang dia nak tu. Pastu warning prompt yang selalu merah di Adsense tu pun hilang la. Tenang kejap I sebab ok dia dah tak kacau dah pasni masa nak tengok blog performance.
Ia di mana-mana hahaha
Rupa-rupanya...diam-diam ubi berisi ya.

Sehari lepas lengkapkan butiran bayaran tu, tiba-tiba dapat emel daripada Google kata "bayaran Adsense dah dipindahkan. Kalau tak terima dalam masa 5 hari, kena check dengan pihak bank." Ahh sudahhhh
Pantas dia bergerak
Mula-mula check, belum ada apa-apa lagi transaksi dalam akaun bank. Almaklumlah dia emel tu hampir jam 6 petang dan aku terus check, mana nak adanya. Bank dah tutup haha. Tapi sehari kemudian, bila aku check akaun Maybank, betullah duit Adsense dah masuk. Berapa? Rahsia hehe.

Gembira tapi ada rasa menyesal sikit sebab update butiran akaun masa tu. Rupanya bila dia kata "paid monthly bla bla bla" tu, Google memang akan bayar secara automatik bila dah lepas minima threshold dan dah ada nombor akaun bank atau alamat rumah kita haha. Kenapa la aku boleh tak hadam betul-betul ayat tu. Kalau tak, boleh kumpul lebih lama pastu tunggu hari yang matawang USD lebih tinggi baru aku claim. Untung sikit 😂

Tapi agaknya inilah jawapan kepada rezeki yang aku harapkan daripada Tuhan haritu.

Jujurnya, beberapa hari sebelum duit Adsense tu dibayar, kewangan aku memang agak sempit sebab baru lepas bayar bil Wi-Fi yang aku guna untuk PdPR atas talian ni. Campur pula pil Yasmin untuk stabilkan hormon aku dah masuk kotak terakhir dan dah nak habis. Runsing la macam mana aku nak bayar bil Wi-Fi dan teruskan beli ubat tu sedangkan duit PTPTN dah nak habis. Pastu dah nak masuk cuti sem pula. Lagi lama la nak tunggu PTPTN seterusnya. Dah la aku ni memang bayar apa-apa guna duit PTPTN sendiri dan tak harapkan duit family jadi memang agak semput lol

Banyak sangat fikir nak buat aktiviti apa dan nak berjimat macam mana untuk kumpul duit bayar Wi-Fi dan beli ubat tu, ehhh tahu-tahu dapat duit Adsense pula yang nilainya cukup-cukup untuk tanggung kos kedua-duanya untuk 2 bulan. Alhamdulillah sangat. Jadi walaupun ralat sebab duit Adsense tu tertuntut tanpa sengaja sedangkan nak kumpul USD100 tu bukan main lama, tapi sebab dia elok masuk pada waktu yang memang aku perlukan maka tak mengapalah. Rezeki memang tak pernah salah alamat dan masa.

Ini pun boleh jadi motivasi kepada diri sendiri juga untuk teruskan tulis blog dengan isi-isi yang lebih berilmiah supaya boleh kumpul lebih banyak duit Adsense lepas ni hehe. Maka ayuh la kita kembali naikkan angka dalam akaun Adsense tu daripada $0.00 kepada angka yang lebih besar. Lebih bagus kalau jumlahnya panjang macam nombor telefon kan 😂

Itu saja perkongsiannya. Jumpa lagi dalam entri seterusnya. Terima kasih kerana membaca.

Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Takpelah rasa hasil pertama. Macam mana rasa guna duit AdSense? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kaya bila duit masuk hehe. Tapi tak guna lagi sbb sayang. Pasni bila perlu baru guna 🙈

      Delete
  2. Alhamdulillah. Syukur. rezeki diwaktu yang tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betull. Syukur sangat hehe. Semoga kita lagi murah rezeki pasni 💪🏼

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulilah rezeki. Semoga kita sama² lebih murah rezeki lepas ni 😊

      Delete
  4. Tahniah. Bila baca post ni semangat pula rasa. Doakan saya yang baru nak bermula dalam dunia blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😊 InsyaAllah semoga sama² lebih rajin dalam blogging dan lebih murah rezeki lepas ni. Selamat maju jaya 💪🏼

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS