Masak-masak: Roti Jala Jelita Dua Warna | NaSa
Assalamualaikum

Cerita lama ni...tapi saja la nak update daripada biar je gambarnya berhabuk dalam galeri. Sekurang-kurangnya ada juga content dalam blog kan. Jadi, ayuhlah kita sama-sama buat roti jala lawa pula kali ni.
Cantik tak roti jala saya??
Roti jala ni aku ter-rajin nak buat lepas kenduri kahwin kakak aku di tengah-tengah PKP Februari 2021 haritu (kot?). Bukan nak bagi makan kat pengantin pun. Saja nak try sebab masa tu di Facebook ramai duk kongsi roti jala dua warna, roti jala bunga ros, roti jala pelangi, dan sebagainya yang memang meriah. Lepas kenduri kahwin kakak aku pun, ada lagi baki kerutuk daging yang mak aku masak untuk tetamu.

Alang-alang design roti jala yang nak dibuat tu lawa, bahan mencicahnya dah ada, dan bahan nak buat roti jala ni pun senang dapat, maka aku sebagai seorang yang memang rajin buat roti jala ni mesti la cuba buat sendiri kan.

Bahan-bahan yang digunakan:
• Empat cawan tepung
• Empat cawan air (pastikan saiz cawan untuk air dan tepung sama)
• 1/2 sudu kecil garam
• Satu biji telur
• Tiga sudu besar minyak masak (boleh diganti dengan mentega yang dicairkan)
• Pewarna makanan kuning (boleh diganti dengan serbuk kunyit)

Tapi sebab kita nak buat roti jala dua warna, bosan la kalau guna pewarna kuning je. Sebab tu dalam gambar di atas boleh tengok aku guna warna merah jambu dan hijau. Acah nak warna pastel sebenarnya tapi sebab masa duk titik-titik pewarna makanan tu, nampak macam tak berubah je warna dia. Tu yang titikkan makin banyak. Akhirnya warna lepas masak eh terang sangat la pula ahahaha
Warnanya buat aku teringat watak Cosmo dan Wanda dalam kartun The Fairly Oddparents 😂 
Cara buatnya tak susah pun. Campurkan kesemua bahan dalam senarai tu dan kisar guna blender sampai sebati. Guna mixer pun boleh. Asal semua bahan beraduk elok, tepung tak berketul, dan warna pun memuaskan hati, bolehlah adunan ni dijala atas kuali non-stick untuk elakkan mudah hangit dan melekat.

Masa nak bakar tu, nak sapu kuali guna minyak pun boleh, tak sapu pun takpe sebab kan dah bubuh minyak dalam adunan roti jala tu. Kalau guna kuali non-stick yang bagus kualitinya, lagi elok tak payah risau melekat. Macam kuali aku. Sayang saiz dia kecik je jadi tak boleh nak besarkan saiz roti jala tu.

Macam mana nak bakar roti jala ni supaya jadi setiap belah berwarna lain?
Tontonlah video tutorial saya di bawah haha
Punya gigih nak main tukar-tukar botol tu.
Bentuk dia pun kenapa aku tengok dah macam otak hahaha
Aku tunjuk video putaran roti jala je la. Bab gulung atau lipat roti jala tu, ikut suka hati la nak buat bentuk macam mana kan. Cumanya nak habaq, kalau buat roti jala warna kuning yang biasa tu dah penat, buat roti jala dua warna ni dua kali ganda penat. Nak bancuh warna lain-lain lagi, nak isi botol lain-lain lagi, nak putar botol lain-lain masa tengah masak tu lagi. Tambah pula cuaca panas. Mak aii lencun baju nak perhabis semua bancuhan tu.

Lagipun niat asal aku masa ni kan, sebenarnya nak buat roti jala bunga ros. Sebab tu aku buat warna merah jambu dan hijau. Tapi tu la sebab kuali kecik, tak boleh nak lukis garisan panjang dan garisan gelombang untuk hasilkan bentuk bunga ros lepas digulung tu. Terbantut harapan aku.

Kuali non-stick aku yang lebih besar tu pula dah kurang kualitinya. Lapisan non-stick tu dah terkikis banyak dan tinggal besi je sebab dah lama sejak 2014 ke 2015 entah. Kalau masak apa-apa atas tu, melekat la ceritanya. Haba pun tak dibahagi elok sangat. Tengah cepat masak, tepi duk mentah lagi. Uiii fedap aku roti jala aku hangit dan keras sebab tengahnya melekat susah di kuali tu lepas masak.

Kejadian kelakar yang nak dijadikan cerita pula, lepas masak sebekas roti jala tu aku biar la kejap atas meja sebelum masuk bilik sebab nak check notification dalam phone. Aku tak teringat masa tu nak tutup bekas tu dengan penutup dia. Lepas masuk dapur balik, aku dah pelik bila check bekas tu sebab kenapa ada satu slot roti jala kosong? Rasa macam tadi aku isi penuh sama banyak setiap sisi kiri kanan bekas tu?

Kemudian aku dengar bunyi mengunyah bawah meja maka aku pun tunduk la nak tengok. Elok je nampak ada seekor makhluk berbulu ni tengah melahap roti jala aku yang hilang tu. Bila masa entah dia panjat meja curi roti jala tu, aku pun tak tahu. Cepat dan tangkas betul bergerak hahahah. Speechless sis kejap sebab tak tahu pula kucing makan roti jala 😂
Bertuah punya kucing
Dah rezeki dia, nak buat macam mana kan. Nasib kau la Miyu. Untung tangan kau bukan jenis macam manusia boleh ceduk sekali kerutuk daging tu cicah dengan roti jala. Kalau tak, mau lagi terperanjat aku masuk dapur tengok kucing kenduri roti jala macam tu lol.

Roti jala dua warna dah berjaya. Lepas ni aku nak try buat roti jala bunga ros tu lagi sekali. Tak puas hati betul la sebab tak jadi haritu. Pantang guwe menyerah sebegini hahaha. Doakan saya berjaya 💪🏼

Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di entri seterusnya.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS