Ulasan Filem: The Con-Heartist (2020) | NaSa

Ulasan Filem: The Con-Heartist (2020)

in , , by NaSa, July 01, 2021
Assalamualaikum

Sinopsis:
Filem ni mengisahkan tentang Ina (Pimchanok Leuwisetpaiboon) yang telah ditinggalkan oleh teman lelakinya yang lebih muda, Petch (Thiti Mahayotaruk) selepas dia gigih buat pinjaman bank demi teman lelaki dia tu. Dasar lelaki anak ikan kan. Habis kikis harta teman wanita ni, dia berpindah kepada mangsa seterusnya pula. Akibatnya, tinggal Ina seorang diri terperangkap dengan pinjaman bernilai 500,000 baht (hampir RM65,000) yang akan ambil masa 5 tahun untuk dibayar. 
Ina.
Siap tampal sticky notes di dinding buat kalendar bila nak habis bayar hutang
Sehabis mungkin Ina berjimat-cermat catu makan minum dan keperluan hidup semata-mata nak kumpul duit buat bayar balik pinjaman tu. Padahal Petch duk bahagia hidup mewah kikis duit sugar mommy lain. Dasar jantan tak guna. Harap senyum je manis masa mula-mula bercinta tapi hati ibarat ular. Jumpa orang lagi kaya, blah macam tu je. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.
Petch.
Setiap kali dia senyum, ada sound effect tau. Buat aku rasa nak sepak je hahaha
Salah satu cara Ina jana pendapatan tambahan, dia buat video review macam influencer di YouTube sambil minta sumbangan daripada penonton kot la ada yang murah hati nak derma sikit-sikit untuk tolong jelaskan hutang tu. Tapi butiran akaun bank Ina tu disalahguna oleh Tower (Nadech Kugimiya), scammer yang cuba tipu Ina untuk transfer duit masuk ke akaun dia. Mujur Ina ni bijak sikit je dapat putar balik scammer tu siap boleh tahu lagi nama dan alamat penuh si scammer tu.
Tower.
Saat-saat kantoi lol how the tables have turned
Nak elakkan Ina report polis dan sebab tempted tengok Petch duk guna banyak barang mewah hasil dibela sugar mommy, Tower setuju untuk berkomplot dengan Ina dan scam balik Petch untuk dapatkan balik duit Ina. Bahkan siap target nak dapat 6 kali ganda dari jumlah 500,000 yang Ina nak claim tu. Macam-macam strategi mereka guna. Siap panggil member datang backup jadi pelakon tambahan. Kemudian... jeng jeng jeng...

Ulasan
Pertama kali tau aku terlintas nak buat ulasan filem. Saja cari kelainan sikit tahun 2021 ni. Biasanya aku memang jarang tengok filem sebab malas nak explore cari filem baru. Paling-paling pun tengok anime je bila ada mood. Tapi filem The Con-Heartist ni aku tertarik nak tengok sebab lepas keluar di Netflix, ramai kongsikan beberapa babak yang bagi aku sangat menghiburkan. Tu yang gigih cari masa nak tengok padahal tak sedar diri assignment berlambak haha. Tapi tak menyesal sebab filem ni tak mengecewakan.

Filem bertemakan con-artist ni bukan pertama kali orang buat. Tapi setakat ni, ni filem con-artist pertama kot yang aku tengok guna genre romantik komedi. Sebelum ni ada juga aku tengok movie tipu-tipu orang tapi biasanya yang tu banyak aksi mendebarkan sebab ye la nak mengelak dari ditangkap polis kan. 

Tapi The Con-Heartist ni lain sikit sebab takde libatkan polis pun. Beberapa scene yang ada polis tu pun cuma sebagai pak pacak di belakang je. Ada satu scene je yang polis betul-betul tangkap orang. Tu pun dalam suasana kelakar yang bodo-bodo betul aku rasa lol. 

Memang elemen komedi dalam filem ni fitulis dengan agak bagus sampai teruk juga aku gelak. Momen kelakar dia tu memang buat rasa macam "Ya Allah kau ni dah kenapa..." 😂 Chemistry antara para pelakon pun aku suka sebab nampak natural je interaksi mereka. Ina dan Tower comel teruk.

Paling utama, lakonan masing-masing memang mantap dan menjiwai watak tu macam diri sendiri walaupun sesetengah karakter tu personaliti dia jenis secondhand embarrasment tinggi ataupun ada habit yang ewwww sampai buat aku rasa meremang hahaha
Samson (dibaca: tersembur-sembur bunyi Zamzun)
Dia ni paling ewww tapi juga antara paling kelakar hahaha
Orang kata aktor yang bawakan watak Samson ni sebenarnya kacak tau di dunia sebenar. Cuma karakter dia dalam filem ni je Allahu dengan rambutnya, dengan giginya, dengan bercakap tersembur bab paip bocor tu. Menjadi sungguh dia berlakon. Dia punya impak tu  memang kuat. Walaupun muncul kejap je di awal rancangan Ina dan Tower, ramai yang share babak si Samson ni di hotel tu sebab kelakar teruk 😂
Jone.
Rakan subahat yang macam abang untuk Tower
Lagi seorang watak yang bawa impak kuat bagi aku. Dia muncul sekejap-sekejap je tapi setiap kali muncul tu berdekah la. Tampak misterius. Tapi hakikatnya bodo-bodo je. Apa yang aku sangka dia akan buat, memang lain dengan apa yang dia buat haha. Karakter Jone ni ada buat lawak matang sikit di beberapa babak terutama kalau dia jumpa Tower jadi viewers' discretion is advised kalau tak selesa bab tu huhu 👀
Jone ni la watak utama bagi babak yang aku kata sangat menghiburkan tu. Dasar akal panjang kan. Konon nak nampak tengah buat panggilan telefon, padahal... Yakin itu perlu ya 😂

Plot keseluruhan filem bagi aku agak bagus. Elemen romantik komedi suspen plot twist semua ada. Bab-bab cliche tu ada juga tapi tak boleh lari la kalau dah nama pun genre romkom kan. Penghujung dia bagi aku agak sweet sebab ehem ehem taknak bagi spoiler hahaha.

Dan pengajaran daripada filem ni, desperate macam mana pun kita nak dapatkan kekasih, jangan sekali-kali buat pinjaman bank atas nama kita untuk dia hanya sebab "cinta". Sedangkan isteri buat pinjaman untuk suami pun belum tentu suami bertanggungjawab nak sama-sama bayar, inikan pula teman lelaki yang belum ada ikatan rasmi. Dunia ni belum tentu ada con-artist macam Tower nak tolong kita scam orang untuk balas dendam. Silap hari bulan dia scam kita dulu. Tak ke dah jatuh ditimpa tangga macam tu.

Rating keseluruhan untuk filem ni, 4.2 bintang. Baki bintang tu ditolak sebab Samson lol

Filem ni ada di Netflix jadi kalau nak tengok, boleh la usha di situ. Sebelum berpisah, saja nak lampirkan beberapa sedutan gambar sebab tak ada sebab hehe
Tower from rempit...
...to phewitt~ 
Menyampah la tengok watak dia ni senyum hahahahah
Boleh tak nak cakap mereka sepadan haha
Bila Jone dan Petch yang sama-sama kaki kencing bertemu, apa agaknya yang berlaku?
And patutlah muka Ina nampak familiar tau masa aku tengok filem ni. Rupanya aktres sama yang bawakan watak Nam dalam filem Crazy Little Thing Called Love, berganding dengan Mario Maurer yang bawakan watak Shone. Famous woh filem tu masa sekolah menengah dulu. Berapa kali aku repeat tengok sebab Nam dan P-Shone tu comel. Dengan member  diorang yang perangai sekepala tu lagi. Meriah hahaha

Itu saja kali ni. Jumpa lagi.
Assalamualaikum dan bye.

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Tak leh blah yang si samson tu hahahah. Geli teruk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll struggle betul tengok part dia. Siap sembur masuk dalam air. kesian Ina & Tower 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS