Juadah Jumaat #7 : Alkisah nasi khao mok | NaSa

Juadah Jumaat #7 : Alkisah nasi khao mok

in , , by NaSa, March 18, 2022
Assalamualaikum

Nasi khao mok Thailand

Penampilan nasi ni sepatutnya include daun salad dan tomato tapi salad takde dan aku tak suka tomato so aku letak timun je la. Sambal pun sepatutnya cair sikit (panggil sambal air lada). Tapi kali ni mama buat on the spot pakai apa ada je dan mood dia pun entah nak buat sambal goreng jadi ai tak boleh komplen apa-apa la sebab bukan ai yang masak. Ai tukang makan je hehehe

Juadah ni istimewa tau untuk family aku jadi ada benda la sikit nak cerita pasal ni.

Nasi khao mok (atau sebutan Malaysia nasi komok/khomok) adalah juadah berasaskan nasi yang berasal dari Thailand. Nasi ni dipanggil juga nasi beriani siam yang mana bagi aku, mungkin sebab cara masakan yang lebih kurang serupa kot. Nasi beriani kan ada tanak nasi sambil masak dengan ayam atau daging sekali dalam tu. Nasi khao mok ni pun sama sebab biasa mama taruk ayam sekali dalam beras tu.

Tapi bezanya, ayam dalam nasi tu untuk buat perasa stok ayam je kot sebab nanti nasi khao mok ni dihidangkan dengan ayam goreng. Nak guna ayam goreng biasa pun boleh tapi mama biasa buat ayam goreng ala-ala berempah sikit. Tapi bukan jenis ayam goreng berempah yang ada daun kari tu la.

Masa aku kecik-kecik dulu, nasi khao mok ni belum terkenal lagi. Tahu pun sebab mama kan keturunan Thailand gitu jadi kami masak sendiri la di rumah. Sebab tu masa tu jarang jumpa nasi ni di kedai dan orang pun tak tahu nasi khao mok ni apa. Sampaikan kawan-kawan pun gelak kalau dengar aku cakap nama nasi ni khao mok sebab mereka kata macam nama "katak gomok".

Biadap hahahahah

Tapi gelak, gelak juga. Masa sekolah menengah, nasi ni selalu juga kawan-kawan dan geng cikgu/ustazah tempah dengan aku tau untuk jamuan kelas hujung tahun. Sebab walaupun namanya pelik tak pernah didengar bagi mereka masa tu, tapi nasi khao mok ni sedap kot.

Aku start jual nasi khao mok di sekolah menengah aku untuk jamuan masa tingkatan dua kot. Seingat aku la, aku ada cadangkan kat classmates untuk tempah nasi kat parents aku untuk jamuan kami kalau mereka tak tahu kedai mana jual nasi yang murah dan sedap. Sebab biasa kalau tempah di kedai ni, ada yang nama je gah tapi rasa kurang kan. Ada juga yang ambil mudah buat nasi cikai je sebab budak sekolah yang beli dan duit kelas bajet untuk setiap pelajar tak sebanyak orang kerja.

Tapi sebab family kami dah biasa ambil tempahan nasi dari masjid dan orang sekitar untuk buat juadah buka puasa setiap kali Ramadhan, aku boleh jamin la mama masak sedap. Aku pun terlibat dengan aktiviti bungkus makanan tu dan tahu betapa padatnya setiap bekas makanan tu sebab mama abah memang jenis tak berkira. Jadi aku yakin classmates tak rugi kalau tempah nasi dengan kami hehe

Elok kautim dengan kawan-kawan, aku bawa seposen pergi ke public phone depan bilik guru dan call abah tanya "Boleh ke kalau kelas kami nak tempah nasi khao mok bajet RM4 untuk seorang pelajar?"

Dan sejujurnya family kami dulu agak susah tau sebab mama abah bukan berpendidikan tinggi, jadi duit belanja rumah pun bergantung pada pendapatan mereka jual mee sup di kedai tepi jalan je. Bila ada tempahan macam ni, membantu la sikit untuk family buat duit lebih kan. MAKA ONZZZ!! 😂

Hasil sukses jual nasi khao mok ni kat classmates, merebak pula cerita dalam kalangan cikgu/ustazah yang aku jual nasi sedap haha. Sampaikan untuk jamuan tahun seterusnya, kami order nasi sama untuk kelas dan aku siap ambil order ekstra daripada cikgu dan ustazah dalam bilik guru. 

Yang mana guru yang kenal rapat dengan aku tu biasanya sold la beli 2-3 bungkus nasi khao mok asing untuk makan di rumah. Yang mana tak kenal aku sangat tu, biasa cuba beli sebungkus gitu je untuk cuba dulu. Sebab masa tu memang nasi khao mok ni tak ramai kenal. Tapi sekali cuba tu, biasa lepas tu kalau aku ambil order lagi, memang ramai la cikgu/ustazah pakat beli hehe

Paling lejen memori jual nasi khao mok ni masa aku tingkatan tiga kot. Elok-elok duk dalam kelas, guru kelas aku (arwah Teacher Noriza) panggil nak jumpa kejap. Ingatkan sebab apa. Rupanya ada batch tingkatan berapa entah nak buat jamuan tapi tak tahu nak tempah nasi apa untuk makanan cikgu-cikgu. Maka tak setel la hal nasi cikgu tu tapi masalahnya jamuan tu esok kot. 

Jadi Teacher Noriza tanya aku kalau tempah nasi dengan aku, mama abah boleh buat ke tidak sebab ye la masa dah last minute sangat kot. Kalau tanya awal, boleh juga beli bahan awal kan. Ni tanya tengah hari masa mama abah tengah busy buat persiapan nak keluar meniaga mee sup tu. Takut tak sempat la nak cari ayam, sayur, beras semua. Nak perap ayam dan sediakan rempah nasi lagi.

Tapi aku call juga la abah tanya "boleh ke ambil tempahan nasi emergency camtu?" Mama abah kata takpe boleh. So aku ambil duit dengan teacher dan lepas habis kelas tambahan petang tu, mama abah tutup kedai awal sikit datang ambil aku di sekolah dan terus pecut pergi pasar di Kota Bharu cari bahan memasak (pasar Wakaf Bharu dah tutup). 

Alhamdulilah rezeki dapat jumpa kedai ayam yang masih ada ayam mentah fresh walaupun masa tu dah dekat pukul 7 petang. Rezeki abang kedai ayam tu la kami beli 6 ke 7 ekor ayam gitu. Aku ingat lagi harga ayam tu semua cecah RM130 haha. Esoknya, memang dengan aku sekali kena kerah untuk tolong masak dan bungkuskan nasi khao mok emergency tu. Dan dipendekkan cerita, selamat la jamuan sekolah tu sebab makanan untuk cikgu-cikgu ada walaupun order last minute.

Gituu asyik duk throwback cerita pasal diploma di KPM dan degree UUM je kan. Sekali-sekali kita throwback cerita pasal sekolah menengah pula hehehe

Ni alkisah dahulukala la masa nasi khao mok ni belum dikenali ramai. Tapi tahun jaman now (at least sebelum COVID), kan ramai yang jenis kaki travel dan share makanan negara luar macam Jepun Korea Thailand etc. Jadi nasi khao mok ni dah makin popular. Di Kelantan pun makin banyak gerai yang jual nasi khao mok. Tapi family kami tak beli pun sebab sejujurnya kualiti tak sama dengan yang kami biasa makan. Ye la dah biasa makan masakan mama yang lebih superior dan authentic kan.

Bukan nak kata semua nasi khao mok yang kedai tu tak sedap. Tapi nasi khao mok kedai ni macam hit and miss gitu. Kebanyakan yang jual ni adakala jenis "jumped on the bandwagon" je, iaitu jual sebab tengok nasi khao mok ni popular je. Tak salah pun cari rezeki jual benda trending atau popular. Lumrah meniaga kan. Kita tulis blog pun kadang cari dan guna trending keywords sebagai topik kan.

Cuma nasi khao mok ni kalau rezeki dapat kedai yang tukang masak memang pure Siam atau pandai masak guna rempah secukupnya, sedap la nasi tu. Tapi segelintir peniaga ni ada yang mengaku nasi khao mok Siam, tapi masa dia masak tu kedekut rempah dalam nasi dan ayam. Sambal air lada pun lebih air daripada lada.

Aku tak beli tapi kadang-kadang ada orang masjid bagi kat abah dan aku makan tu kecewa sikit la. Sebab dapat nasi berwarna kuning je dan ayam goreng biasa. Tak ada rasa lemak dan rempah nasi yang sepatutnya. Tak pasal-pasal bagi imej yang tidak sesuai pada kualiti nasi khao mok yang sebenar. Dia macam kedai jual chicken chop cheese harga mahal melambung tapi bila beli, letak cheese sekeping je atas ayam tu. Tu pun cheese yang paling murah di supermarket. So kualiti tak sepadan harga?

Panjang pula cerita pasal nasi ni. Tu je la kot nak kongsi kenangan pasal nasi khao mok ni. Tapi macam tak cukup puas hati lagi dengan gambar ni sebab tak cukup elemen sepatutnya kan. Takpe pasni kalau buat lagi nasi khao mok ni dan sempat ambil gambar lebih cantik yang meriah dengan sayur, aku share balik di sini 😉

FUN FACT:
Nasi khao mok ni punca aku tak jadi pindah sekolah untuk tukar ke aliran sains lepas dapat keputusan PMR cemerlang. Sebabnya nampak cerah masa depan nak meniaga lagi di sekolah dan aku pun malas nak pindah ke asrama atau naik bas ke/dari sekolah baru tu. Maka aku stay je di sekolah lama tu ambil aliran akaun dan seterusnya sambung ke peringkat tinggi dalam bidang perniagaan haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Teringin pulak akak nak rasa nasi khao mok resepi keluarga NaSa ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput berkunjung ke Kelantan, kak. Mana tahu ada rezeki jumpa hehe

      Delete
  2. aduh teringin juga nak try. mesti sedap sampai cikgu2 repeat order..hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS