Tanda "Verified" baru di MySejahtera rasa macam influencer pula | NaSa
Assalamualaikum

Awak-awak semua dah update aplikasi MySejahtera ke belum?

Aku baru je lepas update. Tu pun lepas tengok ada kawan-kawan duk kongsi gambar screenshot muka baru MySejahtera masing-masing yang ewahhh sangat.

Kenapa?


Aplikasi MySejahtera kini ada lambang "VERIFIED" di bawah nama kita, sebelah nombor kad pengenalan.


Rasa macam tiberr sangat lepas aku tengok ni hahahah

Biasa kalau ada tanda Verified gini, sis teringat aplikasi media sosial je, macam Instagram dan Twitter. Sebab cuma ada segelintir je orang yang boleh dapat tanda "Verified" pada akaun media sosial masing-masing. Contohnya ahli politik, ahli sukan, pelakon/penyanyi/selebriti, atau sesiapa je la tokoh/insan berpengaruh yang ada ramai followers kan. Sebab tu melekat nama Instafamous dan Tweetfamous.

Apabila MySejahtera pun dah ada terpampang tanda "Verified" ni, boleh la nak merasa ala-ala influencer sikit. Sebab kalau nak tunggu akaun sosial media sendiri ada logo tu, lammmmmbat lagi nak tercapai. 

Bezanya di MySejahtera ni, kita tak kumpul followers ramai pun. Yang follow aktiviti pergerakan kita cuma Kementerian Kesihatan Malaysia je hahaha

Apa maksud tanda "Verified" dalam MySejahtera ni?


Katanya pengguna yang dah sahkan (verified) akaun masing-masing akan dapat akses penuh kepada semua fungsi dalam aplikasi MySejahtera tu berbanding dengan pengguna yang tak sahkan identiti masing-masing. Contohnya:
  • Kemaskini status kesihatan
  • Laporkan kontak rapat
  • Terima arahan House Surveillance Order (HSO) dan Home Assessment Tool (HAT)
  • Tarikh temujanji vaksin
  • Sijil vaksinasi

Boleh rujuk gambar infografik yang aku ambik dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ni.

maksud lambang verified sah segera di aplikasi mysejahtera

Jadi tak ada kena mengena pun lambang "Verified" tu dengan status kita konon upgrade jadi influencer. Tapi tu la. Saja rakyat Malaysia ni nak menggedik reramai 😂

Nak join kami rasa syok sendiri jadi influencer di MySejahtera tak?

Haa kalau anda pun nak ada perkataan "Verified" macam tu, boleh la pergi update aplikasi MySejahtera masing-masing sekarang. Kalau keluar perkataan "Verifiy Now" atau "Sahkan Segera", nanti ikut je apa dia suruh buat di situ. 

Untuk mereka yang ada tanggungan (dependent) macam isteri dan anak-anak, nama mereka pun kena sahkan sekali tau dalam MySejahtera tu.


Cuma yang ajaibnya, aku tak ada pun kena buat step kat atas tu sebab lepas aku update di Playstore, buka MySejahtera tu tahu-tahu je nama aku dah terus verified. Lain orang, lain status kot.

Buat awal la tak kalut. Karang nanti dia hantar notifikasi NOTIS PENTING macam bawah ni pula. Semangat betul nak bagitahu dia dah update aplikasi tu 😂


Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Sama, lepas tekan update terus jadi verified... apa2 aje lah haha

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS