Musim selsema berjemaah | NaSa

Musim selsema berjemaah

by NaSa, August 05, 2022
Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan? Ada sihat ke?

Sebab aku sekarang tengah tak sihat. Harini dah masuk hari keempat dah duk sok-sek sok-sek bersin je kerja. Almaklumlah tengah musim selsema pulak sekarang lepas COVID reda sikit ni.


Macam mana boleh kena selsema tu? Aku pun tak tahu.

Haritu mula-mula Amir Faris yang start selsema sampai tak pergi sekolah. Pastu abah pula yang start sengau hidung duk bersin. Tapi dua-dua tu rilek je takde demam panas ke apa lepas tu. Cepat je sembuh. Tapi lepas dapat kat aku, hambek kauu lemah satu badan.

2 malam lepas pun jenuh nak lap kepala dengan tuala basah sebab suhu badan tinggi sangat. Nak tidur pun susah sebab delirious semacam. Aku tidur tapi rasa tak tidur sebab kepala duk bermimpi yang rasa macam bukan mimpi. Rasa macam tengah berfikir ke apa entah. Punya melalut sebab otak tak betul waktu panas tu.

Jenis antibodi lemah memang macam ni kan. Ingat yang masa aku kena selsema yang taktau COVID ke tidak haritu pun, seminggu juga terlantar atas katil. Pakej batuk takde suara sekali. Mujur kalini aku cuma demam dan bersin je. Takde la seksa sangat dalam bilik ni sebab tak kena hadap sakit tekak.

Mujur ada baby boy sekor ni teman dalam bilik walaupun salah waktu nak bermanja sebab sis tengah teruk tersumbat hidung 😂

Banyak juga faktor kenapa boleh start selsema ni. Perubahan cuaca salah satunya.

Sebab 2-3 bulan dah Kelantan (or at least tempat aku ni) duk hadap cuaca panas je. Hujan jarang-jarang. Suhu hari-hari repeat 32-33 Celsius. Pastu masuk bulan Ogos ni, tetiba la jadi hujan dan mendung pula hari-hari. Daripada panas tetiba drop jadi sejuk, mesti la mencabar terutama untuk yang jenis sensitif dengan suhu macam aku ni.

Ke sebab banyak bercampur dengan orang sekeliling pun boleh jadi juga kan. Sebab sejak PKP dah habis dan kita boleh keluar ke mana-mana tanpa sekatan ni, banyak juga la berjumpa dengan orang lain yang entah sihat atau tidak. Aku pun 2 minggu lepas banyak keluar rumah sebab pergi akademi memandu kan. Kot la masa tu ada tercuit virus orang yang demam ke apa.

Tapi ini mungkin juga berkait dengan penyebaran Influenza-Like Illness (ILI) yang merebak sejak COVID berkurang.


Ramai dah aku tengok orang komplen mereka dapat penyakit yang bersimptom sama macam yang ditulis pasal ILI tu. Aku pun nyaris syak macam penyakit sama sebab kebanyakan simptom tu aku ada, tapi aku tak sakit tekak dan batuk pun jadi sis husnudzon ni cuma selsema biasa. Tak nak la sakit yang berat-berat kan sebab aku malas nak pergi klinik ni. Tak larat nak tunggu.

Apa yang pasti, sejak penularan ILI ni, hasilnya Malaysia menghadap krisis kekurangan ubat pulak. Kan ramai orang borong paracetamol ubat demam ubat batuk etc untuk stok sendiri di rumah sebab tak larat nak beratur di klinik dan hospital yang penuh tu. Sampai-sampai kedai dan farmasi pun banyak kehabisan stok. Aku pergi supermarket sekitar sini pun tengok sendu je rak-rak ubat (especially Panadol) sebab kosong.

Kalau orang yang borong ubat untuk kegunaan family tu, aku faham la. Tapi yang jenis borong ubat sebab nak jual pada harga mahal ni memang minta carutan ya.

Aku ni biasanya guna Panadol jenis Optizorb sebab mudah berkesan untuk aku, lagi-lagi apabila migrain. Tahun lepas aku dah restock banyak tapi habis sebab sakit gigi. Pastu lupa nak restock balik sebab rasa macam belum ada keperluan. Wwaktu demam ni baru sibuk nak mencari huhu

Tapi waktu aku tengok di Shopee kan, kemain gilababi seller pakat markup harga untuk panadol tu 🤬

Harga sekotak Panadol Optizorb (36 biji) tu kalau beli di farmasi atau drugstore macam Watsons, harga biasa dalam 14-16 ringgit je. Sepapan (12 biji) biasa dalam 5-6 ringgit. Farmasi online di Shopee pun biasa jual harga range macam tu (yang aku restock tahun lepas tu beli dari Shopee la).

Tapi punya la orang ambil kesempatan dalam kesempitan ni, ada yang markup harga sepapan Panadol tu jadi 12-15 ringgit, sekotak pula 48-58 ringgit. 2-3 kali ganda daripada harga sebenar. Pehh cepat benor kau jadi kaya. Nyampah.

Dan mereka yang jual harga tinggi ni bukan farmasi online pun sebab kebanyakan farmasi online memang dah sold out stok panadol mereka. Sedangkan GlaxoSmithKline (GSK) yang pengeluar Panadol tu sendiri pun takde stok dah di Shopee Mall. Sebaliknya geng markup harga tu adalah individual seller atau kedai barang lain yang tiba-tiba terselit jual ubat. Ada satu seller tu nama dia fashion house tapi ehhh laaa sempat pula ada stok panadol ratus-ratus ya. Panadol tu sejenis barang fesyen ke? 👀

So maksudnya ada la tu yang memang manipulasi keadaan gawat ubat ni untuk cari untung kan. Sebab kalau dah orang desperate nak cari stok ubat, harga mahal macam mana pun mesti mereka sanggup juga beli sebab takut sakit melarat nanti. 

Sis malas nak komen lebih sebab kang ada yang justify tu cara diorang cari rezeki ke apa. Tapi ketahuilah siapa yang sengaja borong ubat sampai habis pastu jual balik harga tinggi sebab nak untung tu, anda keji ya.

Musim sekarang dah susah dengan inflasi harga barang keperluan, tambah pula dengan kau menyusahkan lagi orang sebab menyulitkan stok ubat-ubatan pula.

Emosi aku, emosi 😤

Tapi at least mujur la aku demam ni LEPAS habis ujian JPJ. Kalaulah demam masa ujian tu, mungkin kena repeat kot sebab sumpah otak tingtong ni. Tak boleh berfikir dan berfungsi dengan baik. Entah-entah orang suruh stop atas bukit, aku drive terus je turun sampai bawah hahaha

Tetiba sis rindu pula waktu PKP dulu sebab 2 tahun kan berkurung dalam rumah je tak ke mana-mana. Tu yang sihat walafiat je takde demam ke apa. Tapi ni dah balik ke fasa hidup yang macam dulu, maka mudah la kita demam semula. Macam tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19 tu, waktu di UUM ada 4-5 kali aku kena pergi ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU UUM) sebab kejap demam, kejap batuk, pastu demam lagi 😅

Tapi PKP lama-lama tak best juga sebab susah orang nak kerja. Apa guna badan sihat tapi tak boleh makan sebab takde duit kan?

Yang penting, sama-samalah kita jaga diri di waktu yang serba mencabar ni. Semoga kita dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dielakkan daripada sebarang penyakit.

Aku pun harap demam aku ni akan kebah sepenuhnya harini atau esok. Sebab suhu badan dah kembali normal lepas jenuh tekap dengan tuala basah semalam. Hidung pun dah tak kerap tersumbat walaupun masih banyak bersin. Tak larat oi nak demam lama-lama. Banyak lagi benda nak buat ni.

Nak tulis stok entri banyak-banyak pun tak kesampaian haritu sebab tetiba la kena cuti rehat atas katil pulak. Sendu hidup ai 🤧

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Sama la akak pun jenis yg kalah dgn virus selsema. Kena ambik vaksin influenza baru kuat sikit antibodi, klu tak sikit2 kena jangkit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi-lagi bila berjangkit tu, kita lagi teruk daripada orang yang mula-mula kena dan jangkitkan kat kita. sendu je rasa huhu

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS