Kokurikulum Kewartawanan (Journalism) di UUM | NaSa

Kokurikulum Kewartawanan (Journalism) di UUM

in , by NaSa, September 15, 2022
Assalamualaikum
 

Sambungan daripada entri tentang program International Business Management di UUM. Kali ni berkisar pasal aktiviti kokurikulum pulak. Tapi cerita kokurikulum di UUM ni aku semangat sikit la nak tulis sebab kursus Kewartawanan yang aku ambil di sana sangat menepati citarasa aku.

Berbeza dengan di KPM dulu sebab masuk badan uniform JPAM ada senior kekwat. Sukan bola tampar pula cikgu tak ajar sangat. Pishang mat. Aku pun tak ingat dapat apa dari 2 kelas tu haha

MAKLUMAT ASAS KOKURIKULUM KEWARTAWANAN UUM


Kursus: KEWARTAWANAN (JOURNALISM)
Kod: VTME1011
Jam kredit: 4 JAM (1 jam x 4 semester)
Unit: UNIT SENI DAN KREATIVITI, UUM
Hari kelas: SABTU
Perjumpaan per semester: 7 KALI

Ye kokurikulum UUM ni kena ambil selama 4 semester ya. Itu je la yang leceh sikit pasal UUM ni sebab LAMA. Aku rasa kalau di IPT lain, kokurikulum ambil 1-2 sem je. Ni pun mujur aku suka kursus aku. Tak la renyah sangat nak pergi kelas. Kalau tidak, mungkin akan jadi menyampah macam di KPM dulu huhu

Itulah pentingnya pilih apa-apa bidang yang kita minat ya. Kalau tidak, mesti sebal nak tunggu habis 🙃

Masa aku masuk UUM dulu, ada 48 kursus kokurikulum yang boleh dipilih. Dari badan beruniform, bisnes, seni muzik, seni lukis, aktiviti outdoor, teknologi, sukan, pembangunan insan, banyak la. Benefit universiti besar kan. Boleh tawarkan pelbagai kursus yang kena dengan citarasa ramai pelajar.

Klik gambar untuk besarkan

Pemilihan kursus kokurikulum ni kena buat sebelum daftar masuk di UUM. Kalau tak daftar tapi kursus tu masih ada kekosongan lepas orientasi, boleh pergi add manual di Pusat Kokurikulum. Tapi kalau kursus yang pelajar nak tu penuh, boleh add masa sem dua lepas ada kelas kosong.

Dan aku, nampak je ada KEWARTAWANAN dalam senarai tu, terus rasa THIS IS IT. My time to shine! ✨

Tak fikir panjang, kursus lain dalam senarai tu pun aku dah tak pandang, dah terus set dalam kepala nak masuk kursus Kewartawanan tu. Waktu daftar kursus dalam sistem UUM pun, terus pilih kod Kewartawanan. Sebab inilah masa nak manfaatkan tabiat aku menulis tanpa brek dalam blog tu kan.

And I totally SLAYED the course, okay?

Gred kursus Kewartawanan aku tu setiap semester dapat A+ tauu haaaa 😂


**Dari sini, kokurikulum akan dipendekkan kepada "ko-k" dan dirujuk sedemikian dalam entri ni.

Nak kata kursus Kewartawanan ni senang untuk skor gred tinggi, emm tak jugak kot.

Penulisan berita ni terikat kepada format yang strict. UUM pun ada format berita sendiri. Setiap tugasan kena pastikan topik sesuai, jaga tatabahasa, isi teratur, cukup 5W+1H, ada gambar dan caption sesuai. Kot la dapat lecturer strict, mau kena kritik feeling wartawan kena marah dengan ketua pengarang haha

One senior I met di dobi siap persoal kenapa aku masuk Kewartawanan. Sebab dia pun ambik ko-k sama tapi bagi dia bosan sebab kena banyak menulis dan edit berita. Katanya kalau masuk ko-k lain lagi okey. Kemain dia pesan kat aku macam dah kenal lama. Padahal baru first time jumpa di dobi tu 😂

Tapi tu la dia tak tahu aku blogger haha. I asked for this. Kena tulis cerita dalam bentuk berita? Takde hal.

Sebab dah biasa kerah idea dan buat research untuk tulis topik dalam blog kan, jadi tugasan berita tu bagi aku "just another writing" la. So in general, kalau ada minat dalam bidang penulisan walau sedikit pun, Insya Allah tak ada masalah masuk ko-k Kewartawanan sebab tak rasa berat nak cari idea menulis.

Kalau tak minat menulis pun takpe jugak. Asal rajin siapkan tugasan tu ikut syarat dan on time hahah

TUGASAN DALAM KOKURIKULUM KEWARTAWANAN UUM


Difficulty tugasan ko-k Kewartawanan ni makin menaik setiap sem. Topik dan aktiviti pun sama.

Tapi bergantung pada silibus dan kerajinan lecturer jugak kot. Sem 1 kami dapat lecturer lelaki, duduk dalam kelaaaas je. Mungkin sebab masa ni pun baru belajar basic Kewartawanan. Dalam kelas belajar simple je macam ciri-ciri dan tugas wartawan, format dan cara tulis berita, latihan tatabahasa, etc.

Sendu je dengar lecturer bercakap di depan. Kelas pukul 2.30 sampai 4 petang pulak. Mengantuk bohh 😴

Sem 2-3, kami dapat lecturer perempuan. Madam ni lebih rajin sebab selalu buat kelas di Pusat Sukan dan kawasan selain kelas. Siap buat Jawatankuasa dan lantik AJK untuk buat aktiviti lagi. Jadi banyak juga la kami buat aktiviti outdoor, pusing kampus buat liputan berita, main game. Meriah haha

(Sem 4 je online sebab Covid 🤧)

Masa ni buat aktiviti ala treasure hunt di dataran depan Pusat Budaya dan Seni UUM

Overall, tugasan setiap sem ko-k Kewartawanan ni memang tak lari dari tulis berita.

Untuk individu, biasanya ada beberapa tugasan. Setiap tugasan tu pula kurang-kurang kena tulis satu berita. Kalau kumpulan, sampai 5-6 berita plus buat video. Pandai-pandai la bahagi tugas. Topik berita tu biasanya lecturer bagi topik am, atau bebas je nak tulis pasal event dalam UUM.

Kumpulan tu macam biasa la kena pandai pilih ahli. Tak pun kena ada seorang yang power penulisan untuk jadi editor. Dapat ahli yang tak patuh rules tatabahasa dan guna ejaan rempit, naya kena tolak markah kalau tak baiki. Yang penting, kena ikut format berita UUM, bukan berita dari luar.

Format berita UUM

Latihan tatabahasa dan penulisan umum


Soalan masa masuk kelas pertama dalam semester 1

Latihan tatabahasa untuk asah kemahiran guna perkataan yang betul dalam penulisan

Penulisan berita daripada topik umum



Aku haritu, guna gambar masa Festival Inasis TM tapi spin cerita pasal UUM nak buat bazar Ramadan dalam kampus. Saja je nak kasi sensasi. Masalahnya terlalu sensasi sampai ada kawan percaya pulak 😅

MPP pun ada sidang media kauuuu 😂

Kenapa kawan aku si Hajar rasa berita tu betul, aku pun tak tau.
Tapi sorry la sebab terbagi fake hope hahahah

Penulisan berita tentang program yang dihadiri


Ye kena hadir program dan tulis berita pasal program tersebut jugak. Boleh la feeling macam wartawan yang dijemput ke majlis-majlis tertentu untuk buat liputan kan. Pastikan kena ambil gambar sendiri untuk lampirkan dalam berita tu. Effort lebih nanti dapat la markah lebih.

Waktu hadir ke seminar Kewartawanan Multimedia. Gigih aku snap gambar siap rekod video masa ni untuk kumpul isi berita.

Isi seminar diolah kepada inti berita.

Waktu ko-k tahap 4, ada seminar jugak tapi buat secara online di Facebook Live sebab Covid kan. Dan dah tukar nama jadi webinar sebab ia boleh diakses melalui laman web.

Yang webinar ni senang sikit sebab lepas program, kan ada recording live tu di akaun hos. Boleh la aku replay video tu banyak kali untuk kutip isi. Gambar pun boleh screenshot dari video tu je so tak payah fikir angle atau gambar kabur sebab hos tu tayang video live tu guna kamera lebih canggih (kot) 😂

Nama-nama tokoh dan tetamu tu pun senang  boleh repeat dengar dari video. Takde la kalut nak dengar dan catat waktu moderator introduce di awal-awal program lol

Laporan berita secara video


Ni biasanya tugasan kumpulan. Masa ni boleh acah-acah jadi wartawan lokasi buat lintas langsung dari pelbagai tempat. Tapi kena la pandai reka situasi yang sesuai dan jalan cerita yang nak disampaikan pasal situasi tersebut. Dan dalam tugasan video ni, haruslah muka tebal sikit sebab kena berlakon.

Kalau satu kumpulan tu semua jenis malu-malu "ala tak reti berlakon la", parah hahaha

Me as wartawan lokasi dalam video pertama

Waktu ni hujung Februari 2020. Covid dah makin merebak kan jadi kami buat situasi kerajaan Malaysia ketatkan syarat kemasukan untuk mereka yang baru sampai di airport dari luar negara. Classmates di belakang tu kumpulan lain sebenarnya tapi function la jadi extra sebagai orang ramai di KLIA 😂

Lakonan siap ada part scan suhu badan, kakitangan KKM buat swab test kat penumpang, ada kawasan isolasi untuk mereka yang ada gejala Covid, semua lengkap. Betul-betul menghayati watak ✅

Antara video lain, ada kena buat dokumentari. Kami buat pasal sejarah silat di Malaysia, siap interview budak-budak yang tengah belajar silat lagi. Terasa sangat berbakat jadi wartawan di sini haha

Terima kasih kepada pelajar ko-k Silat ni sebab bagi kerjasama 💘 Tapi diorang ni kelas silat cekak ke silat gayong entah. Sis lupa huhu

Kelas waktu ni buat di Pusat Sukan. Madam bagi kami masa untuk buat satu video berita pasal apa-apa yang ada di situ. Masa berjalan cari idea tu, nampak kelas ko-k Silat ni tengah berlatih di padang lalu terlintas la idea nak buat video pasal silat. Sebab best pulak tengok mereka buat jurus-jurus silat tu.

Awal-awal tu takut sebenarnya nak approach jurulatih silat tu sebab risau ganggu kelas mereka. Tapi sebab topik silat tu memang menarik sangat, maka tebalkan jugak la muka kan pergi tanya jurulatih tu dan minta izin nak rakam latihan mereka dan interview budak-budak silat tu.

Jurulatih tu setuju ya hahahahah. Siap rekomen pelajar yang sesuai untuk interview dan bagi demo silat. Sporting betul. Alhamdulillah senang kerja. Betul la jadi wartawan ni kena muka tak malu 😂

Kumpulan wartawan tengah mesyuarat untuk rangka soalan interview dan buat storyboard video.
Panas ya masa ni sampai spek aku pun jadi hitam. Mujur padang banyak pokok besar dan teduh.

Berdebar tunggu madam tengok dan bagi green light sama ada video silat tu ok atau tidak

Sesi tayangan video kumpulan masing-masing dalam kelas. Ada muka aku tu.

Tugas-tugas lain


Selain berita dan video, ada juga tugasan macam tulis rencana dan ulasan filem. Aku tengok filem Daulat yang Vanidah Imran berlakon tu. Mantop juga ceritanya. Pastu dapat meme baru bawah ni 😂

Scene dalam filem Daulat yang paling aku suka sebab relatable.
This is totally me dalam kelas 😂

Satu lagi, wartawan kena ada ambik gambar kan jadi kena study pasal jenis sudut gambar jugak. Bab ni menarik actually tapi tugasan tu dapat sebelum cuti midsem yang bertembung dengan PKP. Tak sempat la nak ambik gambar orang sebab ramai ahli dah balik. Aku je terkandas di UUM.

Kebetulan serum Snowmeric Yello Skincare ni baru sampai kat aku sebelum start PKP tu, boleh la jadi subjek kan. So aku buat guna gambar produk je. Tak perlu risau langgar peraturan jarak sosial huhu

Walaupun serum ni tak sesuai dengan kulit aku, tapi terima kasih sebab berjasa bagi aku A+ untuk tugasan ni 😂

AKTIVITI LAIN DALAM KURSUS KOKURIKULUM UUM


Benda wajib untuk semua kursus kokurikulum UUM: kena hadiri program OnCE (On Campus Community Engagement) dan 1MRyD (aku tak tahu nama penuh dia). 2 program ni tak pasti la pasal apa. Soalnya aku tak fokus masa taklimat waktu orientasi dulu haha. Sis cuma tahu wajib pergi je, so aku pergi la. 

Lagipun ada markah jadi takkan nak ponteng. Yang 1MRyD tu bawah kendalian Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) UUM dan menyumbang 10% markah kot. Banyak tuuuu huhu. Jadi bertabah je la kita hadap setiap program tu yang biasanya berlangsung selama setengah hari.

Ni program OnCE rasanya sebab kelas campur dengan bebudak Video Technology. Kalau 1MRyD, satu program satu kelas je.

Aktiviti lain, ada Hari Kokurikulum juga di UUM. Tapi tak tahu la ni acara tahunan atau cuma buat kadang-kadang. Masa tahun 2019 sempat la aku merasa berkumpul ramai-ramai di Dataran PALAPES tu sekali. Pastu sebab Covid tahun 2020, tak ada la program tu. Harapnya pasni akan ada balik sebab best.

Waktu program ni, semua kursus ko-k akan buat persembahan atau pameran pasal apa yang mereka belajar dalam kursus masing-masing.

Aktiviti last ni macam tak wajib dan lebih bergantung kepada lecturer dan classmates ko-k masing-masing iaitu, JAMUAN PERPISAHAN. Kalau yang rajin nak buat, ada la jamuan tu. Tapi kalau malas, takde la.

Masa sem 1 kami takde jamuan masa kelas terakhir sebab lecturer lelaki biasa la tak endah sangat. Mujur lepas tu dapat madam yang prihatin lebih sikit so beliau minta AJK kelas kutip duit dan tempah makanan semua. Boleh la berkumpul makan-makan dengan classmates.

Madam dan AJK tengah bersedia untuk mulakan sesi maqon-maqon

Aku kalau sebut jamuan mesti la akan hadirkan diri kan. Ada makanan kot.

Dari kiri: Ila, aku, Bhavani, dan Lyana.
Datang makan, ambik gambar, pastu balik hahahahah

UNIFORM KOKURIKULUM DI UUM


Kalau ko-k badan beruniform, sah-sah ada baju seragam sendiri kan. Macam PALAPES, SUKSIS, Bulan Sabit, etc tu. Tapi ko-k lain yang bukan badan beruniform pun ada juga baju khas ko-k masing-masing.

Cumanya baju ko-k tu dapat lambat. Hujung sem 1 atau awal sem 2 gitu baru dapat. Mungkin sebab nak tentukan jumlah pelajar dulu baru order kot. Aku dulu pun, tengah-tengah sem 2 baru dapat. Jadi sementara tunggu baju ko-k tu sampai, pelajar baru memang kena pakai t-shirt putih dulu masa kelas.

Pelajar lelaki dan perempuan yang free hair atau non-Muslim, kena pakai t-shirt putih ada kolar. Tapi kalau perempuan bertudung, baju tak ada kolar pun takpe sebab nanti tutup dengan tudung jugak.

T-shirt putih ni kalau tak sempat beli, di Pusat Kokurikulum ada jual rasanya. Orang dalam/luar kampus pun biasa akan ada yang promote. Tapi better beli siap-siap sebelum datang ke UUM.

Gambar kami atas tu memula pakai baju putih, pastu baju bercorak putih-coklat pulak kan? Haaa tu la baju ko-k Kewartawanan untuk batch kami. Warna setiap baju tu berbeza ikut kursus kokurikulum masing-masing. Ada yang pink, hijau, purple, merah. Asal hari Sabtu je, rasa macam nampak pelangi 😂

Tapi tak pasti warna baju tu akan sama atau tukar ikut batch walaupun ambil kursus ko-k yang sama.

.
.
.

Tu je la cerita yang ada pasal kokurikulum aku di UUM ni iaitu kursus Kewartawanan atau Journalism.

Such fun times. Kalau kata masa berundur dan tetiba kena repeat masuk degree di UUM balik kan, aku akan ambik kursus sama jugak. Tak pun kalau ada kursus macam Creative Writing pun best. Boleh belajar tulis cerpen, syair, pantun, etc. Sesuai la dengan hobi menulis aku kan.

Overall sis bersyukur yang UUM ni ada banyak pilihan kokurikulum. Aku ni memang spesis suka penat otak daripada penat badan haha. Kalau semua ko-k di UUM tu jenis pakai banyak tenaga, selalu buat aktiviti outdoor, nak kena banyak berjemur tengah panas, tak larat aku.

Atau jenis yang terlebih kreatif macam melukis, menyanyi, menari pun, susah juga. Sis tak berbakat sangat untuk semua tu. Tangan dan badan terlalu kayu untuk melukis dan menari. Suara pun tak merdu 😂

Wishing the future students in UUM the best of luck untuk semester-semester depan. Semoga korang dapat kursus ko-k yang korang akan suka dan enjoy masa kelas. Sebab nak belajar kelas yang tak best selama 1 semester pun perit. Inikan pula nak hadap kelas tu selama 4 semester huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.


SHARE 0 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS