Teroka rasa 4 negara bersama Aik Cheong Cafe Art Variety Pack | NaSa
Assalamualaikum

Jualan murah 9.9 haritu beli apa, kawan-kawan?

Aku beli produk Aik Cheong lagi. Kali ni kotak Variety Pack yang ada 4 perisa minuman dari siri Cafe Art. Rezeki haritu terjumpa seller di Shopee yang ada subsidi shipping lebih banyak dan postage dikira free. Tak perlu la aku bayar RM1.90 lepas guna baucer "free" shipping Shopee tu huhu


Aku teringin nak beli pek varieti ni lepas baca entri bro Bola Katok sebenarnya. Nampak menarik pula dalam satu kotak tu boleh cuba 4 perisa berlainan daripada Aik Cheong. Jimat duit tak payah beli setiap perisa dalam bundle masing-masing. Kang beli pek besar tapi lidah tak suka, membazir pula.

Sebab tu sabar aku tunggu sale 9.9 di Shopee sebab tahu dah nanti dia akan kurangkan minimum spending. Sekotak Variety Pack Aik Cheong ni harganya RM11 lebih je. So kalau Shopee kurangkan minimum spending kepada RM8-10, tak perlu la aku tambah barang lain untuk free shipping tu kan hehe

Cantik je setiap perisa minuman tu disusun ikut warna macam ni.


Empat perisa Cafe Art yang didatangkan dalam pek varieti ni adalah:
🔸 Cappucino
🔸 Chocolate
🔸 Latte
🔸 Matcha

Aik Cheong perisa coklat tu aku dah cuba haritu, siap compare dengan air coklat Cadbury. Tiga perisa lain tu la yang aku curious nak tahu macam mana rasanya. Gituhhh yakin sekali aku nak mencuba.

Padahal aku bukan peminum kopi pun sebab ada migrain. Kalau terliur nak minum kopi pun, biasanya buat kopi hitam yang campur gula sahaja. Tak pernah lagi aku campur susu pekat.

Kali terakhir aku minum kopi ada susu, masa sekolah rendah. Tu pun serik dah lepas tu sebab manis nak mampos orang tu buat. Tumpah setengah tin susu agaknya. Dasar darah Kelantan hahahahah

Jadi kiranya ni bakal menjadi kali pertama la aku minum kopi bercampur susu lepas sekian lama.


Setiap perisa minuman Aik Cheong ni ada nama unik sendiri yang berkaitan dengan negara asal setiap jenis minuman tu (or so they say).
🔸 Cappucino - Italian Supremo
🔸 Chocolate - Belgian Indulgence
🔸 Latte - French Adora
🔸 Matcha - Nippon Natural

Antara 4 perisa di atas, perisa Matcha tu mungkin akan jadi cabaran paling besar untuk aku. Sebabnya selama ni aku biasa minum teh hijau yang dari daun pure tu, tanpa sebarang gula atau pemanis. Teh hijau yang campur susu sampai manis macam ni aku tak pernah minum lagi.

The only thing with milk matcha yang aku pernah cuba adalah KitKat hijau inspirasi Jepun tu. Tu pun trauma kejap lidah aku sebab pelik sungguh rasanya apabila pahit teh hijau campur manis susu dan lemak coklat. Akhirnya tak habis pun tau KitKat tu tau. Lidah aku tak boleh terima haha

Pasni pun tak tahu la sama ada serbuk Matcha Aik Cheong tu akan habis atau tidak 😅

Aku sebenarnya kalau boleh nak perisa Mocha tau. Sebab yang tu pun dalam siri Cafe Art jugak. Ingatkan Aik Cheong ada la pek varieti lain yang campur perisa Mocha, tapi rupanya ada satu kotak ni je.

Dan yang Mocha tu tak dimasukkan dalam kotak ni sebab namanya akan bertembung dengan negara Cappucino iaitu Itali (nama unik Mocha adalah "Italian Combo"). So kalau letak 2 perisa kopi dari Itali, tak jadi la nama "Variety Pack" Aik Cheong tu kan. Sebab tu dia letak Matcha dari Jepun.

Ini semua taktik!! hahahahah

Tunggu Sale 10.10 bulan depan la baru beli yang perisa Mocha tu pulak. Nanti nak cari seller yang jual peket loose je. Kalau Aik Cheong tak ada kotak yang gabung perisa lain-lain, biar aku gabung sendiri 😂

Review setiap perisa akan menyusul kemudian. Harapnya aku akan rajin nak bancuh air dan rajin untuk menaip jugak. Kalau tidak, serbuk minuman dah habis, rasa pun dah lupa, tapi entri entah ke mana huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Wah, empat perisa empat negara ye.
    Suka minum kopi, tapi tak boleh layan sangat sebab tak boleh tidur malam.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS