Dalam entri yang lepas kan ada cerita yang pertengahan bulan Oktober tu anak buah akan jalani pembedahan mulut (dan tarikh tu adalah birthday dia tau huhu kesiann). Terima kasih kepada semua yang doakan agar prosedur tu berjalan lancar. Alhamdulillah semua selamat dan proses recovery pun ok. Tak ada jangkitan ke apa.
Tapi tu la kusangka panas hingga ke petang, rupanya ada lagi ujian di siang hari. Dan tahu tak ujian anak buah aku tu di mana?
Kena Influenza A, noks. Takde angin takde ribut. Dia sorang pulak tu yang kena. Tak memasal kembali la kami ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) tu.
Biasa kat rumah ni kalau demam ada gilirannya tau, dan jadinya pun masa musim hujan. Selalunya abah start dulu sebab solat 5 waktu tu memang abah pergi jemaah di masjid, so ada la berjangkit dari luar kan. Lepas tu baru kena kat anak buah yang masih kecil, dan lastly baru kami yang dewasa lain ni.
Tapi kalini takde start musim hujan lagi. Abah elok je sihat, yang dewasa lain ni pun elok, tapi tiba-tiba anak buah sorang je demam. Demam pulak bukan jenis bersin memanjang, tapi suhu tinggi dan takde selera dan tenaga. Makan ubat pun tak jadi, sampai dekat seminggu pun tak kebah. Habis lembik dan dehydrated jadinya.
Lepas Maghrib malam 29 Oktober, kami bergegas ke unit emergency HRPZ. Sampai sini lebih kurang 8 malam gitu la. Dah buat saringan, jumpa doktor, buat X-ray, pasang branula segala, dan memang disahkan kena masuk wad. Tapi tu la wad pulak penuh. Lama gila nak tunggu giliran untuk admit tu. Dan ia bukan gila biasa.
Sebab kami expect kurang-kurang jam 3-4 pagi tu dapat la katil kan. Aku ni dah sikit lagi nak beku sebab aircond sejuk gila. Masa makan nasi pun geletar seluruh tubuh. Tapi sampai Subuh tu pun tak dapat-dapat lagi masuk wad so kakak aku suruh balik dulu. Dia sorang je tunggu dengan anak buah tu, diselangi adik aku datang kejap dan hantar sikit bekalan.
Waktu dapat masuk wad tu? Esok malamnya, 30 Oktober. 24 jam berkampung di situ 💀
Sabo je la kita ekk. Asalkan khidmat perubatan dalam tu wad tu nanti diberikan sewajarnya.
Dan yang penting katil kat wad kanak-kanak tu dapat yang jenis pagar tinggi!!
Sebab sebelum ni pun anak buah ni pernah masuk wad tapi dapat katil biasa sebab jenis pagar tu dah habis. Masa tu pulak anak buah masih dalam pantauan nak sahkan autism so belum cukup lagi sesi terapi untuk latih dia cara komunikasi. Memang berperang ler nak suruh dia duduk elok atas katil tu. Habis jarum branula dicabutnya 😅
Tapi masa tu dia admitted sebab pneumonia sahaja. Demam yang melarat sampai dada nampak macam jatuh sebelah sebab susah bernafas. Kalini, demam yang melarat tu disertai sekali dengan hidung berair dan batuk berkahak. Dan lepas doktor jalankan swab test, hambek kau.
Influenza A Pneumonia. Two-in-one jadinya...
Kalini mujur elok sikiiit la pengalaman dalam wad tu sebab anak buah dah boleh communicate sikit-sikit dengan kami. Rutin dia pun dah ada so boleh detect kalau ada benda yang dia tak berkenan tu. Contoh panas nak mandi waktu pagi, malam nak tutup lampu tidur dalam gelap. Jadi tidak la nampak macam dia tantrum tak bertempat. Dugaan anak nonverbal kan.
Cuma masih agak berat bagi kakak aku la sebab dia sorang je jaga sepanjang 4 malam di sana. Kalau anak normal boleh juga kan bergilir dengan adik beradik lain ni untuk tidur di wad sebab kat rumah pun biasa je tidur dengan aku. Tapi sebab dia sakit ni, nak berkepit dengan maknya la sepanjang waktu.
Kaklong pun ambil cuti sampai 2 hari tau untuk bantu uruskan hal hospital ni. Pagi-pagi kaklong belikan nasi hantar ke wad. Tengah hari biasa adik aku pulak pergi biasanya hantarkan stok air batu. Petang aku pulak pergi dengan kaklong. Beli stok makan, bawa baju persalinan, ambil baju-baju yang kakak aku dah pakai. Bak kata Wonderpets, apa yang penting, KERJASAMA!
Abah je la tak pergi sebab tak nak dedahkan abah kepada risiko jangkitan. Nak jalan masuk ke wad tu pun jauh. Dah la kawasan parking sekitar HRPZ tu hauk, manjang takde yang dekat-dekat dengan bangunan hospital hahah
Alhamdulillah tempoh di wad tidak melarat sampai berminggu seperti yang kami risaukan. Anak buah pun bagi kerjasama jugak tak cabut jarum di tangan tu banyak kali macam dulu. Jadi proses masukkan ubat dan air garam untuk tangani simptom dan kurangkan dehidrasi tubuh tu lebih cepat berkesan. Suhu badan jadi lebih stabil dan anak buah pun lebih bermaya untuk makan dan minum sendiri.
Tu yang akhirnya dapat la discaj. Ngam-ngam pulak keluar tu masa hari kedua kaklong minta cuti dari sekolah. Kalau kena bermalam lagi di wad, risau kakak aku yang ting tong dalam wad tu sebab keletihan. Memang kaklong kena ambik lagi cuti hari ketiga huhu. Syukur la semua urusan dipermudah kalini.
Sebelum balik tu ada dapat lagi sebotol ubat antiviral untuk sambung diminum lagi 3 hari sampai habis. Semoga nanti semua simptom influenza tu nyah la dari tubuh anak buah aku eh. Sunyi betul rumah sejak dia masuk wad tu. Lepas balik ni pun banyak tidur je. Makan pun tak lalu lagi walaupun umpan dengan makanan favourite dia. Nasib baik sudi lagi minum air sebab dia suka air sejuk.
Jadi begitulah kisah penutup bulan Oktober dan pembuka November 2026 kami. Kesian ye anak buah aku. Dah la birthday dia tak sambut lagi sebab tarikh tu dia kena berkampung di hospital sehari untuk surgery. Ingatkan sempat la sembuh dan boleh sambut kat mana-mana. Sekali kena extend pulak masuk wadnya huhu
Insya Allah lepas sembuh yang sakit kalini memang kakak-kakak aku ada plan la nak pergi somewhere special. Tapi mungkin masih elakkan tempat yang ramai sangat orang untuk elakkan jangkitan lain pulak. Trauma woo pengalaman hospital ni.
So pesanan khidmat masyarakat untuk semua, sentiasa la berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Kalau rasa tak sihat, jangan keluar rumah dan makan la ubat secukupnya. Kalau rasa nak kukuhkan kesihatan, sila la up-to-date dengan vaksinasi terkini.
Jadi begitulah kisah penutup bulan Oktober dan pembuka November 2026 kami. Kesian ye anak buah aku. Dah la birthday dia tak sambut lagi sebab tarikh tu dia kena berkampung di hospital sehari untuk surgery. Ingatkan sempat la sembuh dan boleh sambut kat mana-mana. Sekali kena extend pulak masuk wadnya huhu
Insya Allah lepas sembuh yang sakit kalini memang kakak-kakak aku ada plan la nak pergi somewhere special. Tapi mungkin masih elakkan tempat yang ramai sangat orang untuk elakkan jangkitan lain pulak. Trauma woo pengalaman hospital ni.
So pesanan khidmat masyarakat untuk semua, sentiasa la berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Kalau rasa tak sihat, jangan keluar rumah dan makan la ubat secukupnya. Kalau rasa nak kukuhkan kesihatan, sila la up-to-date dengan vaksinasi terkini.
Aku ni sampai pergi cucuk vaksin influenza sekali tau sebagai langkah berjaga-jaga. Just in case kalau kakak aku pulak sakit lepas lama di wad tu, dan orang lain sebagai kontak rapat pun berjangkit juga dengan anak buah, at least simptom aku tak berat sangat dan boleh uruskan our family, if necessary. Kemain berfikiran jauh ye haha
Bye dan Assalamualaikum.









Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤