Kelantan tiba-tiba cuti panjang bermula Selasa semalam. Atau mungkin bagi aku je la "tiba-tiba" tu. Sebab kan kita kerja kat rumah je, dalam rumah pun takde budak sekolah. So tak cakna sangat dengan jadual cuti tahunan. Tahu-tahu kaklong balik petang Isnin tu sebab katanya sekolah dia cuti. Tarik sampai Sabtu pulak tu. Kemain lama. Rupanya cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan dan cuti peristiwa haha
Alang-alang kaklong cuti panjang tu, kami buat la satu trip piknik bawa anak buah ke pantai. Buat sesi grounding untuk dia. Kesian dia asyik terperuk main dalam rumah je. Kalau bawa keluar pun, paling jauh memang pergi supermarket beli barang dapur je. Tak puas la budak lasak umur dia tu nak bersukan keluarkan peluh.
Sebelum ni dah lama plan nak pergi pantai ni tapi asyik tergendala je. Cuti sekolah haritu kaklong busy dengan kursus. Pastu bercampur juga dengan musim masa tu asyik hujan ribut je. Nak keluar rumah pun seram dengan guruh, apatah lagi nak lepak tepi laut gini kan.
Kami pergi ke Pantai Sri Tujoh di Tumpat nun. Kira paling dekat dengan rumah la ni. Nak pergi ke pantai belah Bachok rasa macam malas nak redah bandar. Kat sini memang dah selalu datang so dah biasa dengan air dia.
Pagi dalam pukul 10am lebih kami sampai. Malas pergi petang takut ribut. Untung musim cuaca sekarang tengah-tengah antara panas dan hujan. Jadi kami piknik sampai tengah hari pun, tak rasa menyengat sangat cahaya matahari tu. Pastu pantai pun boleh tahan lengang. Perjalanan pun santai je tak jem. Nak bawa kereta 30km/j pun aku rasa boleh je tadi. Takde orang nak hon.
Almaklum la negeri Kelantan je kan yang cuti lama. So ramai pergi bercuti ke luar negeri macam Terengganu dan Pahang. Bukan macam musim cuti yang libatkan satu negara macam hari raya tu, sebab nanti Kelantan ni yang paling jem dengan orang yang balik dari luar negeri 😂
![]() |
| Cantik je warna bunga dia. Agak-agak apa namanya eh? |
Rezeki orang tak ramai dan cuaca pun cerah elok, boleh la aku nikmati pemandangan laut yang tenang dan bunga-bunga yang tumbuh subur atas pasir ni. Kalau hari weekend biasa, nak hampar tikar pun macam berebut tempat. Orang pun ramai lalu lalang, duduk merata. Tak sempat nak tenung bunga aih. Asyik nampak manusia je haha
Kakak aku masakkan spageti tomato, sandwich ham ayam, dan meatball kuah black pepper. Kaklong bawa sotong celup tepung. Buat sendiri di rumah sebab kalau beli di gerai yang ada pantai ni, menu selalunya limited. Balik-balik asyik sosej, kerabu maggi, keropok lekor je. Jemu la jugak. Harga pun agak mencekik, tak macam dulu.
Selain tu, kami siap bawa tong ais yang besar tu, isi dengan ais yang beli di 7Eleven. Kemain. Dah macam nak piknik satu kampung pulak. Padahal kami ni datang berempat je pun haha. Orang lain taknak ikut.
Macam biasa, di mana ada pantai, di situ ada kucing jalanan. Kami sampai tu dah disambut oleh ibu kucing ni. Comel dan jinak. Sopan pun ye jugak sebab rilek je tak kalut nak meminta makanan. Tapi boleh tahan demand dia ni. Kakak aku bagi cebisan ham ayam tu dia tak makan weh. Bagi isi sotong, elok pulak telan. Have-have selera dia 😂
![]() |
| Burung pun banyak duk mandi pasir sebelum berterbangan. Memang tenang. |
Tengok gaya anak buah aku lepas mandi pantai. Habis dia makan dalam 2 senduk spageti. Memang kebulur ler ceritanya sebab sebelum mandi tu dia tak nak makan. Masa kereta baru parking lagi dia dah excited sebut "air, air, air". Kami duk makan kejap untuk alas perut sebab belum sarapan pun dia dah tarik-tarik umi long ajak tengok air.
Excited datang ke pantai favourite dia lepas sekian lama la katakan.
Haa dalam nonverbal dia tu, air memang salah satu perkataan dia kenal sebab tu adalah benda yang dia suka. Tu yang paip Coway kat rumah ni dia selalu tekan sebab nak tengok air mengalir. Masa mandi pun suka pancutkan air dari getah paip tu tinggi-tinggi bagi effect fountain atau hujan. Kebiasaan anak-anak autistik katanya haha
Dan mujur jugak tempoh sejam lebih dia main air tu, dia memang puas hati. Sebab sekitar 12 tengah hari lebih tu, geng lifeguard pantai dah turun buat rondaan untuk pastikan pantai kosong. Sebab katanya waktu tu tak selamat untuk berenang sebab faktor cahaya dan suhu air yang meningkat. Takut kang belum puas main, dah kena suruh naik, kesian pulak kan.
Sekian la aktiviti pendek kita untuk cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan tahun ni. Boleh la kan buat release stress, ceriakan hati tengok kecantikan alam kan. Pasni nak keluar lagi takut takde masa. Anak buah aku nak surgery, kaklong pun sibuk urusan sekolah. Masuk musim hujung tahun ni pulak kan.
Oh, by the way Oktober ni bulan birthday aku ye. Rasa macam nak beli barang dalam wishlist je sebagai hadiah diri sendiri. Tapi tu la lesen kereta yang aku buat tempoh 2 tahun haritu akan expire tahun ni. Maknanya takde hadiah hadiah aih. Kena terbang duit renew lesen dulu hahahah
Oh, by the way Oktober ni bulan birthday aku ye. Rasa macam nak beli barang dalam wishlist je sebagai hadiah diri sendiri. Tapi tu la lesen kereta yang aku buat tempoh 2 tahun haritu akan expire tahun ni. Maknanya takde hadiah hadiah aih. Kena terbang duit renew lesen dulu hahahah
Bye dan Assalamualaikum.















Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤