Selepas 2 tahun jadi pemegang lesen besar untuk kereta, tiba la masa untuk renew lagi. Memula ingat nak buat dalam website MySikap je, tapi tak jadi sebab kami ni ada plan nak ke Thailand guna kereta sendiri. Seeloknya kena ada lesen yang fizikal jugak la. Maka mau tak mau, kena la menapak ke JPJ sinun jugak bersesak-sesak huhu~
By the way sekarang dah ada balik ya lesen bentuk kad keras ni. Tapi tak semua dapat la sebab dia dah tukar jadi sistem berbayar, tak percuma macam dulu. JPJ memang utamakan guna lesen digital pun. So sesiapa yang nak kad lesen tu kena tambah bayaran RM20, tak termasuk dalam kos renew lesen yang RM30 setahun.
Bagi orang yang memandu dalam negara, tak perlu pun ada kad ni. Biasanya orang yang banyak travel ke Thailand naik kereta sendiri yang perlu sebab pihak berkuasa luar negara tu mungkin tak terima lesen digital dalam app semata. Untuk orang yang pergi sana naik pengangkutan lain tu, pun optional kad lesen ni.
In a way, bagus juga sistem gitu sebab kurangkan kos pengeluaran dan kadar pencemaran. Sebab hanya orang yang memang perlu dan sanggup bayar je akan dapat kad. Daripada bagi kat semua orang pastu ramai yang renew lesen tu setahun-setahun je. Rakyat Malaysia yang ada lesen ni berapa juta pulak kan. So dalam setahun tu berapa banyak agaknya kad lesen yang masih elok tapi perlu dibuang sebab dah expired dan tak sah diguna? 🤔
Anyway, sebab kad lesen ni kena bayar, kita pun kena la renew lesen tu bagi tempoh yang lama supaya berbaloi dengan kos tu kan. Aku ingat nak renew 5 tahun terus. Tapi sebab kita renew lesen ni musim birthday, mesti la nak makan dan beli benda best-best jugak kan. So aku renew 3 tahun je dan baki duit tu beli benda lain hahahah
Oh ya aku ada buat permohonan tukar alamat rumah juga sebab alamat dalam lesen tu ikut alamat IC, tapi yang kat IC tu alamat lama. Alang-alang dah keluar design IC baru ni, ingat nak pergi tukar IC sambil update alamat rumah jugak sebelum renew lesen. Tapi dah anak buah aku duk ulang alik hospital bulan lepas, mana sempat. Mujur boleh je tukar alamat di lesen walaupun belum update di IC huhu
By the way bab tukar alamat lesen ni free je. Dan boleh jugak tukar sendiri dalam website MySikap. Aku je yang taktau haha. Lagipun kita dah nak pergi pejabat JPJ terus kan so minta pegawai je la buat sekali harung.
Pejabat kerajaan kalau tak ramai tak sah la kan haha. Nak sampai giliran aku je ada hampir 50 nombor. Dekat sejam aku bertapa kat situ. Pastu ngam-ngam giliran aku, dah scan IC & cap ibu jari, dah swipe kad debit untuk bayar renew & kad lesen, lahhhh tetiba sistem down. Pegawai tak boleh masuk untuk proses sebarang urusan. Tak memasal dia kena refund duit aku.
Ingatkan kena tunggu lama lagi atau aku kena datang hari lain, yang mana aku tak mau la sebab malas nak drive tanpa lesen atas jalan lama-lama kan. Mujur la pegawai tu cuba juga godek-godek komputer dia dan akhirnya dapat masuk kejap. Sempat la lepas transaksi aku sorang sebelum sistem down balik. Alhamdulillah legaaa 😆
Maka kita raikan dengan brownies keju~
Pejabat JPJ yang aku pergi ni di UTC Kota Bharu so dia bersambung dengan bangunan KB Mall kat sebelah tu. Walaupun boleh je turun dan keluar dari pintu bangunan UTC, aku rasa terlintas nak masuk KB Mall jugak untuk cuci-cuci mata masa turun eskalator. Dan kira rezeki la depan pintu masuk tu ada kedai roti Harold's, plus depan kedai tu pula terpampang banner cheese brownies ni.
Kita pulak memang peminat coklat dan keju. Tengok harga pun RM7.50 je, haaa apa lagi memang grab terus la guna baki bajet yang ada lepas renew lesen 3 tahun tu. Self-treat la katakannn 😂
Ulasan pendek cheese brownies Harold's ni:
Walaupun dia kata 'brownies', tekstur dan rasa bahagian lapisan coklat tu tak rasa fudgy dan kaww macam brownies pun. Ia lebih kepada kek kukus coklat moist. Tapi sedap je sebab rasa coklat pahit manis balanced, bukan jenis manis nyilu gigi. Lapisan cheese dia pun tebal dan sedap. Berbaloi dah dengan harga bajet bawah RM10.
Presentation dia pun cantik sebab ada corak marble atas cheese tu. Nak beli buat hadiah untuk diri sendiri atau orang tersayang memang sesuai sebab cantik, sedap, dan harga mampu milik. Jenis lain macam kek coklat sahaja & red velvet pun ada. Boleh repeat beli lagi lepas ni 😋
Dan sekian la perjalanan kita untuk renew lesen kali kedua ni. Kejadiannya masa bulan Oktober lagi. Ni baru sempat nak edit gambar dan menaip hahah. Happy belated birthday to me~ 💖
Bye dan Assalamualaikum.











Add your comment
Komen anda akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤