[REPUBLISH] Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi | NaSa
Assalamualaikum.

Natijah belajar lain-lain tempat ni, selalu tak dapat jumpa kawan-kawan lama, baik dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kena tunggu cuti panjang baru boleh huhah-huhah together. Itupun kalau belajar kat local uni. Bagi sang penulis yang tercampak ke daerah asing yang mengikut kalendar luar negara ni, apa cerita? Kita cuti, orang lain ada kelas lagi. Kita angkut balik kolej, kengkawan lain pulak letak beg depan tangga rumah. Sadis!

Sebab tu masa cuti sem aritu, rasa syukur sangat dapat lepak dengan Cik Fassy, atau nama sebenarnya Wan Siti Fasihah, kawan baik yang dah kenal sejak zaman sekolah menengah. Yang mana walaupun baru first time jumpa, boleh borak sakan macam dah kenal setahun dua, sampai lupa kena masuk kelas lain-lain. Haha.. macam tu ponn boleh.

Daripada sesi lepak-lepak bersama itulah (or actually lebih kepada teman dia jaga rumah), sang penulis berjaya temukan cara melentikkan bulu mata secara semulajadi. Haa... ni bukan cara yang Cik Fassy ajarkan. Tapi lebih kepada produk yang Cik Fassy kenalkan. Itupun dia kenalkan atas tujuan lain. Cuma sang penulis aje memandai sendiri guna untuk benda lain. Peace..

Inilah produknya. Aloe Vera Jelly keluaran De'Bella Kosmetik. Beli sebab tertarik dengan kesan yang dialami Cik Fassy lepas selalu sapu kat muka. Parut jerawat dia hilang dan Alhamdulillah kulit pun makin halus. Lagipun jelly ni pun berguna untuk atasi masalah sakit kulit. Sang penulis pun ngam-ngam bertarung ngan ekzema. Jadi, dua dalam satu gitu.

Dua tiga hari guna, nampak la sikit perubahan. Tapi dasar minah tak konsisten, kejap on kejap off, maka kesan agak lambat nak keluar. Huhu.. nak-nak lepas tu dah jumpa fungsi ketiga yang bersangkut paut dengan kondisi diri penulis. Maka kerajinan nak sapu kat muka tu beralih kepada sapu kat bulu mata.

Iya. BULU MATA.

Sebab...
Antara nasihat orang-orang tua untuk dapatkan bulu mata yang lentik, getuslah mana-mana daun lidah buaya yang bersepah depan rumah tu. Ambik lendir dia, lepas tu sapu sikit kat bulu mata. Amalkan selalu dan Insya Allah, tak payah pakai maskara L'Oréal Paris-kerana-dirimu-begitu-berharga pun tak apa. Tapi duduk dalam hutan ni, mana nak dapat daun lidah buaya, kan? Sebab tu fungsi Aloe Vera Jelly by De'Bella Kosmetik ni diguna secara terpesong sikit.

Nak kata ni gambar 'sebelum' yang betul-betul sebelum sapu Aloe Vera Jelly, tak jugak. Sebab kalau yang betul-betul sebelum guna, bulu mata masa tu pelik sikit. Dia panjang. Tapi terlalu patuh kepada graviti. Tumbuhnya menunduk ke bawah. Kalau terlebih panjang, siap masuk dalam mata. Dah macam apa dah nak tenyeh-tenyeh biji mata depan publik. Mujur lepas dua minggu guna, mana-mana bulu mata yang melentik ke bawah tu, dia mula naik.

Macam mana nak sapu?
Ada dua pilihan. Bagi yang jenis au naturel atau sukakan kesemulajadian, pakailah jari-jemari anda. Pastikan hujung jari dah dicuci bersih-bersih, okey? Manakala bagi mereka yang nak tunjuk lagak diva masa bergaya depan cermin, boleh je guna berus maskara. Ikut citarasa masing-masing la yang mana selesa.

Caranya... Picit sikit atas hujung jari atau berus maskara, kemudian sapukan dengan hati-hati atas bulu mata. Ingat tau, HATI-HATI! Jangan sampai termasuk mata. Walaupun isi Aloe Vera Jelly ni asli, tapi tetap ada sikit kimia dalam tu untuk pastikan jelly lidah buaya tu tahan lama. Jadi kalau kimi bertemu mata, pedih nanti. Nanti kena cuci mata dengan air, dah membazir Aloe Vera Jelly kat situ.

Hasilnya...
jeng jeng jeng...


Kelas kau, jah! Bulu mata melentik 65 darjah ke atas. Pasni tak payah susah-susah cari cermin nak tengok gerangan bulu mata belah mana yang tersangkut dengan bulu mata bahagian bawah. Mengganggu pemandangan sungguh! Haha..

Amalkan selalu setiap kali sebelum tidur, Insya Allah akan dapat kesan yang diingini. Jangan jadi tak konsisten macam sang penulis sudah. Kejap sapu, kejap tak sapu, maka jadilah bulu mata melentik sekerat jalan aje.

Ingat. Hati-hati masa sapu tu. Karang ada efek kat mata, dah hilang satu nikmat daripada Allah. Nauzubillah.

Selamat berhujung minggu semua. =)

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca ;)
SHARE 0 comments

Add your comment

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS