KPM Ayer Molek Pilihan Paling Molek? (Part II) | NaSa
Assalamualaikum.

Ini sambungan part one haritu. Tapi bukan pasal tempat lagi. Sebab kat sini cuma ada kursus Accountancy (DIA) dan Business Studies (DBS) je, tak banyak sangat la tempat yang boleh dijelajah dan dikomen, kan? Cumanya kalau hari tu soalan dia apa rasa hidup satu sem di KPMAM, hari ni soalan dia lebih spesifik.

Apa rasa hidup sepanjang satu sem dengan batchmates yang bermacam-macam ragam?

Jawapan jujur, ada masa best, ada masa buat aku nak lempang semua orang di kiri kanan pipi. Kalau jawapan tipu, everything’s okay. I like it here. Tapi kalau jawapan nganjing, hidup dengan diorang memang best gila babi. Haaa pilih la jawapan mana kau nak. XD

Let’s start with le room 344, bilik kedua aku pernah duduk dengan 3 orang roommate dari lain-lain negeri. Sorang Selangor, hipster. Sorang Negeri Sembilan, anak mak. Sorang lagi Melaka, suka balik rumah. Mentang-mentang rumah dekat lol.

Kiri Ily (N9), tengah Azeera (SEL), kanan Syahirah (MEL). Paling tinggi senyum tak seberapa tu aku.

Muka roommates semua muda-muda sebab memang diorang muda lagi. Masih fresh 18. Aku sorang je yang dah masuk 2-series. Gap umur phewww… Tu yang masa memula kenal aku insecure banyak. Tambah pula aku masuk KPMAM ni tome muka tengah alami fasa paling tak best dalam hidup; alergik terox lepas berhenti guna satu produk lokal yang konon semulajadi ni. Merah satu muka dengan jerawat batu buatkan aku rasa sangat rendah diri gila babi. FUCK produk lokal sampai bila-bila. :(

Masa Minggu Silaturahim (MISRA) a.k.a orientasi, selalu la 4 orang ni berkepit time sahur & berbuka. Sebab belum kenal orang lain lagi kan. Bila dah start kelas baru koleksi kawan tu meluas. Tapi geng lepak selalu muka-muka kat bawah ni je. Geng bilik sebelah-sebelah.

343 dan 344 bergabung membentuk geng gosip, makan, movie night, ngeteh, dan sebagainya,

As I’m the eldest, semua pakat panggil aku kak yong. Tapi kelakarnya, panggil je la. Time bercakap semua “kau-aku”. Memang takde sorang pun kat sini panggil aku kakak. Which I don’t mind sebab aku sendiri tak galakkan orang panggil aku macam tu. Geli den. Rasa tua & terlalu formal. Lagipun “kau-aku” camni pun dah kena kutuk belakang, inikan pula kalau berkakak-kakak. Lagi teruk orang kutuk belakang sebab tak berani luah rasa tak puas hati tu depan-depan. huhu... Sebab tu aku tak faham kenapa setengah perempuan marah sangat orang tak panggil dia kakak. Padahal eleh jarak umur setahun dua je pun. Dan ingatlah manusia, respect is earned if your attitude is right. It cannot be demanded just because of your age. Lol

Next, sembang homeroom pulak.

Bendalah ni sangat famous masa MISRA. Kalau tempat lain macam group tutor-tutee la kot. Selain kebersihan & ketepatan masa, benda ni la yang fasi akan tekankan. Memang selalu sangat la depa ni jerit; ‘BERKUMPUL IKUT HOMEROOM!!’ sepanjang MISRA tu. Penting tahap satu homeroom tak cukup ahli, semua homeroom kena sound.

Tapi blergh… Stres jemah. Baru masuk kot. Aku sendiri pening lalat lagi macam mana aku boleh ada kat KPMAM tu, ni dia suruh cam muka ahli-ahli homeroom pulak. Kalau jenis lawa/hensem gila sampai tengok bayang pun dah kenal, takpe. Ni semua sepesen je dalam lautan budak sem satu tu. Selenge je masing-masing pakai tudung hitam/rambut sikat rapi. XD

Andradite :)

Homeroom ni gabungan budak-budak DIA dan DBS yang diketuai seorang lecturer sebagai advisor. Nak membentuk satu family yang boleh support each other katanya. Tapi so far, aku belum nampak lagi apa faedah homeroom ni. Macam tak berfungsi je. Agaknya sebab baru sem satu, masing-masing ada yang segan lagi tu yang dekat tapi jauh je semua orang. Kena pulak advisor kitorang dan-dan start cuti bersalin lepas kitorang habis MISRA. Dia punya timing... Sangat wow! XD

Disebabkan aku tak nampak apa faedah homeroom, aku try la cari apa masalah homeroom ni. Banyak jugak rupanya. Rata-rata homeroom ada yang advisor kekadang lupa(?!) nak ambik berat. Ahli homeroom pulak ada yang racist terhadap ahli dari course lain (DBS, DBS. DIA, DIA). Ironinya ahli yang sama course pun ada tak suka each other. Pendek kata macam takde rasa family la. Rasa macam kena paksa je berkumpul setiap pagi Jumaat pukul 10.30 sampai 11.00 tu. Tapi… suka atau tidak, homeroom tak boleh ditukar dan pelajar wajib setia sampai grad. Deng! Tapi lama-lama nanti okey la tu kan. XD

Tapi walaupun homeroom tak boleh ditukar, ada satu benda yang boleh ditukar.

Kelas.

DBS 1B. \(^.^)/

Nak bertahan habiskan satu sem dengan diorang, macam-macam carutan pernah keluar. Stres dengan perangai masing-masing. Kadang baik, macam malaikat. Siap bertepuk tampar dah macam best friend forever after. Tapi time tanduk keluar, syaitan pun kalah. Lelaki ah lebih-lebih. Sentap classmate perempuan sampai menangis siap left group whatsapp kelas. XD

Tapi rasa tak legend pulak sebab baru 30 orang berkumpul aku dah pening kepala. Lembik sangat. Budak IPT lain ada lagi ramai kot classmates berbanding aku tapi elok je survive. KECUALI time group assignment sebab IPT yang takde masalah masa group assignment tu bukan IPT namanya. Tu tadika. Dan sape yang takde rasa stres sampai nak menangis time group assignment, besar kemungkinan dia la orang yang paling tak buat kerja dalam group tu. Bala, bala... Hahaha

Sem depan ada kebebasan untuk pilih sendiri nak masuk kelas A, B, C, @ D. Based on siapa cepat dia dapat. Tapi kena make sure dah bayar yuran habis dulu (kot). Aku rasa macam nak try masuk kelas lain, saja nak tukar angin cari pengalaman duduk dengan orang baru. Tapi takut tak kesampaian pulak hasrat sebab kalau ikut sejarah lama, student majoriti akan pilih kelas yang sama macam sem lepas. Buatnya semua dah berpakat dengan geng masing-masing nak penuhkan kelas lama macam dulu memang tak mampu la den nak tukar citarasa. Huhu

Tapi rasanya last-last aku akan masuk kelas B jugak kot. Malas fikir panjang punya pasal. Kalaulah ada pilihan masuk kelas E, kan best? XD
.
.
.
.
Update: Anda bakal pelajar KPMAM? Sila rujuk entri Soalan Lazim Pelajar Baru KPM Ayer Molek untuk dapatkan maklumat lanjut pasal KPMAM :)

Till then,
Assalamualaikum.

SHARE 13 comments

Add your comment

  1. nasa, pinjaman mara dah dpt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjaman? Ke elaun? Tak faham huhu. Boleh jelaskan tak?

      Delete
  2. lulz, lelaki asal lebih sepuluh orang? Miss Oren punya classmate lelaki, 6 orang je weh.. haih haih

    sedih lagi =,=

    kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki sikit la senang nak handle dalam kelas. Ni ramai-ramai bising je nak study pun x boleh :'(

      Delete
  3. Boleh ke kalau gi kelas pakai jubah and shawl untuk yang baru masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jubah boleh pakai, and shawl pun dah dibenarkan sejak tukar pengarah baru ni. tapi kena pastikan labuh dan tutup dada la. tp make sure bawa la tudung bawal sekali especially kaler hitam :D

      Delete
  4. Kak saya ada dengar kalau first sem kita tak boleh pakai shawl kena pakai tudung biasa je and tak boleh pakai jubah. Betul ke?

    ReplyDelete
  5. Salam kak nak tnya, asrama kena bayar ke? Toilet dlm rumah ke luar rumah? Sya nk dftr bulan 7 ni :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asrama percuma, dik. Tak payah bayar. Pasal tandas tu dah explain dalam entri lagi satu. Boleh rujuk link ni :)

      http://officialnasa28.blogspot.my/2016/05/soalan-lazim-faqs-pelajar-baru-tentang.html

      Delete
  6. kenapa removed yg part 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak delete pun. Tu link lama sbb tu tak jumpa. Sekarang dah tukar dah. :)

      Delete
  7. Assalam sis..nak Tanya..nak masuk kolej ni nak kena apply dulu Kan..dia Ada specific tarikh untuk apply ke atau boleh anytime apply?..
    Nak apply untuk adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kalau tak salah, permohonan biasanya akan dibuka bulan Mac (untuk 1st intake bulan Jun bagi pelajar yg baru dapat result SPM) dan bulan November (untuk 2nd intake bulan Januari). Untuk info lanjut boleh tengok di website http://apponline.mara.gov.my/upimonline/index.html. Tarikh permohonan dan keputusan akan dihebahkan di situ 😊

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS