NaSa: MARA
Showing posts with label MARA
Assalamualaikum


"Diploma in Business Studies tu apa benda?"

"Kalau ambil program diploma tu di KPM, belajar apa?"

"Lepas graduate, boleh kerja jadi apa?"

Ni mungkin antara soalan yang jadi tanda tanya kepada mereka yang berminat nak lanjutkan pengajian peringkat diploma di Kolej Profesional MARA (KPM). Jadi jom kenali apakah itu program Diploma in Business Studies di KPM. Nama Melayu, Diploma Pengajian Perniagaan. Tapi kami biasa panggil, DBS.

Perbezaan antara KM, KPM, dan KPTM

in , , , by NaSa, July 11, 2022
Assalamualaikum


Sembang IPT kejap. Macam biasa, brace yourself sebab aku nak bebel panjang nak mampus.

Aku perhati yang salah satu keyword yang popular di blog ni adalah orang cari beza antara beberapa institusi pendidikan MARA tau, iaitu Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM), dan Kolej Poly-tech MARA (KPTM). Berapa banyak MARA daaa 😂
Assalamualaikum

AMARAN: Entri throwback bergambar yang sangat panjang 😂

Dah habis kisah masa orientasi lepas daftar di KPM Ayer Molek, dah cerita juga pasal rutin hidup di asrama Tun Teja. Seterusnya kita sembang pasal kelas la pula. 

Berbeza dengan bilik dan homeroom yang diberi random, kelas ni dah ditetapkan sebelum daftar. Lepas habis MISRA, boleh check senarai nama di papan kenyataan tepi tangga makmal komputer tengok dapat kelas apa. Zaman kami, ada 4 kelas ABCD untuk setiap kursus DBS dan DIA. Aku dapat kelas B dan sepanjang di Aymo tu aku kekal dalam kelas B setiap semester sampai habis belajar hehe #sissetia
Assalamualaikum

Kalau haritu dah cerita pasal program orientasi iaitu MISRA di KPM Ayer Molek (Aymo), kali ni kita cerita pasal asrama di sana pula. Tapi khusus untuk asrama perempuan je la ya sebab aku tak pernah jejak pun asrama lelaki. Biasa lalu je depan tu sebab nak pergi ke surau ✌🏻

Blok asrama di KPM Ayer Molek ni ada empat.

3 daripadanya, blok Tun Ali, Tun Perak dan Tun Mutahir untuk pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan pula semua ditempatkan di blok Tun Teja. Tapi jarak dua kawasan ni seberang jalan je so tak jauh pun.
Assalamualaikum

Jom throwback kisah hidup di KPM Ayer Molek yukkk...walaupun aku sebenarnya dah lebih 3 tahun tinggalkan bumi KPM di Melaka hehehe

Dulu masa belajar selalu rasa nak balik. Ni dah grad rasa rindu kolej pula haha

Saja je nak imbau kenangan lama memandangkan hidup di KPM Ayer Molek dari tahun 2015 sampai 2018 tu adalah zaman sebagai pelajar IPT paling best bagi aku. Hidup degree di UUM ni pun best juga tapi ada COVID kan. Sempat setahun je di kampus UUM. Pastu PKPKP. Sis sedih!!!
Assalamualaikum.

Memandangkan tak lama lagi keputusan SPM dah nak keluar, akak tahu mesti ada adik-adik yang tengah keliru, terpinga-pinga, tercari-cari apa hala tuju yang betul untuk sambung pelajaran kan.

Bukan senang nak buat pillihan woi.

Mana nak pilih? Asasi ke, masuk matrik ke, sambung STPM ke, insaf ambik STAM ke, atau pun lompat diploma terus? Belum masuk part bayaran yuran pengajian dan kos makan minum nanti. Mak ayah bayar sendiri ke? Nak pinjam PTPTN ke? Atau nak apply for sponsorship? Pening, pening....
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atasmu wahai sesiapa saja yang terjumpa entri ini di internet. Kemungkinan besarnya bakal pelajar KPM Ayer Molek lah. Sebab entri ni memang dicipta khusus untuk kalian, terutamanya golongan yang baru first time dengar pasal kolej ni so mesti cam penuh tanda tanya je KPM Ayer Molek ni sebenarnya menatang pa. Tu la lain kali sebelum tick pilihan course dan tempat kat Portal UPIM tu, research dulu pasal kolej-kolej dia. Kahkahkah
Assalamualaikum.

Ini sambungan part one haritu. Tapi bukan pasal tempat lagi. Sebab kat sini cuma ada kursus Accountancy (DIA) dan Business Studies (DBS) je, tak banyak sangat la tempat yang boleh dijelajah dan dikomen, kan? Cumanya kalau hari tu soalan dia apa rasa hidup satu sem di KPMAM, hari ni soalan dia lebih spesifik.

Apa rasa hidup sepanjang satu sem dengan batchmates yang bermacam-macam ragam?

KPM Ayer Molek Pilihan Paling Molek? (Part I)

in , , , by NaSa, December 01, 2015

Assalamualaikum.

Tips untuk menarik minat pembaca: letak tajuk berunsur provokasi.

Lol gurau. Entri ni adalah follow-up kepada entri bulan April haritu. Sepatutnya ditulis sejak lepas habis orientasi lagi tapi dasar pemalas, walau dah beli 70GB kuota wifi di kolej pun tetap takkan tulis. Bila dah balik rumah, takde internet baru nak terhegeh-hegeh. huhu

So, apa rasa hidup sepanjang 1 sem di KPMAM (singkatan kolej dibaca ‘key-pi-mam-pus’)?
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS