NaSa: DBS
Showing posts with label DBS
Assalamualaikum

AMARAN: Entri throwback bergambar yang sangat panjang 😂

Dah habis kisah masa orientasi lepas daftar di KPM Ayer Molek, dah cerita juga pasal rutin hidup di asrama Tun Teja. Seterusnya kita sembang pasal kelas la pula. 

Berbeza dengan bilik dan homeroom yang diberi random, kelas ni dah ditetapkan sebelum daftar. Lepas habis MISRA, boleh check senarai nama di papan kenyataan tepi tangga makmal komputer tengok dapat kelas apa. Zaman kami, ada 4 kelas ABCD untuk setiap kursus DBS dan DIA. Aku dapat kelas B dan sepanjang di Aymo tu aku kekal dalam kelas B setiap semester sampai habis belajar hehe #sissetia
Assalamualaikum

Kalau haritu dah cerita pasal program orientasi iaitu MISRA di KPM Ayer Molek (Aymo), kali ni kita cerita pasal asrama di sana pula. Tapi khusus untuk asrama perempuan je la ya sebab aku tak pernah jejak pun asrama lelaki. Biasa lalu je depan tu sebab nak pergi ke surau ✌🏻

Blok asrama di KPM Ayer Molek ni ada empat.

3 daripadanya, blok Tun Ali, Tun Perak dan Tun Mutahir untuk pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan pula semua ditempatkan di blok Tun Teja. Tapi jarak dua kawasan ni seberang jalan je so tak jauh pun.
Assalamualaikum

Jom throwback kisah hidup di KPM Ayer Molek yukkk...walaupun aku sebenarnya dah lebih 3 tahun tinggalkan bumi KPM di Melaka hehehe

Dulu masa belajar selalu rasa nak balik. Ni dah grad rasa rindu kolej pula haha

Saja je nak imbau kenangan lama memandangkan hidup di KPM Ayer Molek dari tahun 2015 sampai 2018 tu adalah zaman sebagai pelajar IPT paling best bagi aku. Hidup degree di UUM ni pun best juga tapi ada COVID kan. Sempat setahun je di kampus UUM. Pastu PKPKP. Sis sedih!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atasmu wahai sesiapa saja yang terjumpa entri ini di internet. Kemungkinan besarnya bakal pelajar KPM Ayer Molek lah. Sebab entri ni memang dicipta khusus untuk kalian, terutamanya golongan yang baru first time dengar pasal kolej ni so mesti cam penuh tanda tanya je KPM Ayer Molek ni sebenarnya menatang pa. Tu la lain kali sebelum tick pilihan course dan tempat kat Portal UPIM tu, research dulu pasal kolej-kolej dia. Kahkahkah
Assalamualaikum.

Ini sambungan part one haritu. Tapi bukan pasal tempat lagi. Sebab kat sini cuma ada kursus Accountancy (DIA) dan Business Studies (DBS) je, tak banyak sangat la tempat yang boleh dijelajah dan dikomen, kan? Cumanya kalau hari tu soalan dia apa rasa hidup satu sem di KPMAM, hari ni soalan dia lebih spesifik.

Apa rasa hidup sepanjang satu sem dengan batchmates yang bermacam-macam ragam?

KPM Ayer Molek Pilihan Paling Molek? (Part I)

in , , , by NaSa, December 01, 2015

Assalamualaikum.

Tips untuk menarik minat pembaca: letak tajuk berunsur provokasi.

Lol gurau. Entri ni adalah follow-up kepada entri bulan April haritu. Sepatutnya ditulis sejak lepas habis orientasi lagi tapi dasar pemalas, walau dah beli 70GB kuota wifi di kolej pun tetap takkan tulis. Bila dah balik rumah, takde internet baru nak terhegeh-hegeh. huhu

So, apa rasa hidup sepanjang 1 sem di KPMAM (singkatan kolej dibaca ‘key-pi-mam-pus’)?
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS