Soalan Lazim (FAQs) Pelajar Baru Tentang KPM Ayer Molek | NaSa
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atasmu wahai sesiapa saja yang terjumpa entri ini di internet. Kemungkinan besarnya bakal pelajar KPM Ayer Molek lah. Sebab entri ni memang dicipta khusus untuk kalian, terutamanya golongan yang baru first time dengar pasal kolej ni so mesti cam penuh tanda tanya je KPM Ayer Molek ni sebenarnya menatang pa. Tu la lain kali sebelum tick pilihan course dan tempat kat Portal UPIM tu, research dulu pasal kolej-kolej dia. Kahkahkah

By the way, tahniah diucapkan kepada adik-adik yang dapat tawaran ke KPM, tak kisah la KPM mana pun. Banyak kelebihan KPM tau, paling heaven semestinya part yuran pengajian adalah percuma pastu dapat elaun bulanan lagi. Wow! Jadi bersyukur la dik kalau dapat masuk KPM. Tengok di luar sana berapa ramai yang pening sebab baru ambik diploma tapi dah sesak dengan PTPTN. Nanti sambung degree kena tambah hutang lagi pulak. Kalau dapat biasiswa takpe la jugak huhu.

Ok dah. Jom balik ke pangkal jalan.

Entri ni adalah updated version punya sebab entri asal tu ada banyak sangat soalan yang diajukan di bahagian komen sampai mencecah 200. Bila banyak macam tu, ada sesetengah orang malas nak skrol baca semua jadi dia tanya la balik soalan yang sebenarnya dah dijawab. Mendatangkan marah beb. Penyelesaiannya, kita ambil soalan kat komen tu, tulis balik dalam entri blog, pastu delete semua komen. Nampak kemas dan teratur la sikit lol. 

Jadi adik-adik, rajinkan la diri baca semua soalan dan jawapan yang ada. Tak pun kalau malas, cari la keyword soalan yang korang nak tu. Kalau betul soalan tu takde jawapan, baru tanya. Jangan sekali-kali kau tanya soalan yang dah dijawab dik (unless kalau betul-betul tak faham) XD
.
.
.

URUSAN PENDAFTARAN
Q: Duit yuran muafakat dan yuran koperasi kena bank-in sebelum masuk atau boleh bayar masa hari pendaftaran?
A: Sekarang dah ditukar kepada bank-in terus untuk jimatkan masa waktu pendaftaran. 

Q: Kalau dah bayar duit pendaftaran RM320 di pejabat MARA tapi akhirnya tak jadi masuk KPM, duit tu macam mana?
A: Duit pendaftaran RM320 tu akan dikira burn dan MARA tidak akan refund balik. Jadi fikir la masak-masak sebelum buat keputusan.

Q: Saksi dalam dokumen perjanjian ni kena ambik tandatangan siapa?
A: Sesiapa saja yang ada cop jawatan sah. Contoh, tok penghulu, pengetua sekolah, kakitangan kerajaan, peguam, akauntan, etc Sila rujuk senarai saksi yang layak dalam Panduan Mengisi Buku Perjanjian

Q: Macam mana nak matikan setem pada dokumen perjanjian tu?
A: Ambik pisau, bunuh. Lengkapkan butiran yang perlu dalam tiga-tiga salinan dokumen perjanjian tu, pastu beli la 3 keping setem bernilai RM10 di pejabat pos kemudian matikan la di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sana. Kalau nak matikan secara digital yang setem komputer warna hijau tu pun, takpe jugak.

Q: Masa daftar kena bawa salinan original surat beranak, IC mak bapak, result SPM etc ke?
A: Ya, semua salinan original result SPM, surat beranak dan IC pelajar, dan surat beranak dan IC ibu bapa WAJIB dibawa masa hari pendaftaran. Kalau tak, pelajar tak dibenarkan mendaftar. Benda ni dah tulis dalam Buku Panduan Pelajar Baru, jadi tolong take note.

Q: Mak ayah saya tak ikut, orang lain yang hantar saya masa daftar. Jadi macam mana dengan IC original mak ayah tu?
A: Pinjam la kejap IC tu. Nanti lepas selesai pendaftaran, kirim dekat orang yang datang hantar awak tu suruh bagi balik IC tu dekat mak ayah. Akak dulu pun buat macam tu sebab kakak sulung yang hantarkan masa daftar. Mak ayah tak ikut sebab sakit :(

Q: Parents saya dah bercerai. Saya duduk dengan mak je dan ayah duduk jauh/lost contact. Macam mana kalau takde IC & suat beranak sebenar ayah yang dah bercerai tu?

A: Boleh bawa IC sebenar mak dan juga surat perakuan cerai ibu bapa masa hari mendaftar. (Atau kalau duduk dengan ayah, bawa IC & suat beranak ayah & surat cerai tu k)

Q: Surat beranak mak ayah saya dah buruk/lusuh/koyak/hilang. Pihak kolej akan terima ke sebagai bukti yang sah?
A: Untuk kes surat beranak rosak ni, elok bawa surat beranak tu pergi ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terdekat untuk buat permohonan surat beranak baru. Takut nanti akan bermasalah masa nak daftar pulak

Q: Salinan yang disahkan tu macam mana?
A: Fotostat semua salinan sijil atau dokumen yang dia suruh bawak tu, pastu minta la ok penghulu, pengetua sekolah, kakitangan kerajaan, peguam, akauntan etc untuk sain dan cop salinan fotostat tu bagi tujuan pengesahan

Q: Medical checkup boleh buat di klinik swasta tak?
A: Boleh, dik. Tapi kena redha la bayar mahal sikit berbanding klinik kerajaan.

Q: Masa daftar kena bawa sekali ke gambar X-ray tulang rusuk tu?
A: Tak bawa pun takpe. Bukan ada orang mintak pun. Buat penuh tangan masa beratur je -..-

Q: Kalau saya reject tawaran KPM, tapi lepas reject tu saya ubah fikiran nak masuk KPM balik, boleh ke?
A: Selepas tawaran ditolak, tawaran tu akan dikira batal. Kalau nak masuk semula ke KPM, perlu tunggu intake seterusnya untuk buat permohonan baru. Wallahualam. Boleh hubungi bahagian BPT MARA untuk penjelasan lanjut.
p/s: Tapi kau jangan main kejap tak nak masuk, kejap nak masuk gitu. Ingat KPM ni hotel ke.

Q: Betul ke elaun akan diberi kepada semua pelajar?
A: Ya, betul
(walaupun macam tak aci anak orang kaya pun dapat padahal diorang dah banyak duit huhu bertabah la sayang rezeki memasing)

Q: Saya dengar tempoh proses elaun pelajar baru tu lama. Agak-agak lama mana?
A: Dalam 2 bulan lebih gitu. Masuk bulan ketiga camtu baru dia bagi lumpsum melalui cek atau bank-in terus ke akaun Bank Rakyat kita. So untuk 3 bulan pertama tu, parents kena standby duit sendiri dulu untuk kegunaan pelajar.

Q: Betul ke kalau kita keluar dari KPM kita kena bayar balik semua elaun yang kita dah dapat? Buruk siku betul MARA ni.
A: Buruk siku atuk kau. Dia bagi elaun pun dah cukup bagus tau dengan yuran belajar free lagi. Kena la bayar balik biar duit tu boleh bagi kepada pelajar lain yang lebih memerlukan pula. Sebab tu kena fikir masak-masak sebelum terima masuk KPM ni. Jangan main nak masuk tak nak masuk.

Q: Masuk KPM ni ada peluang yang cerah tak nak sambung ijazah kat universiti awam yang lain? Ke boleh sambung di universiti swasta je?
A: Kalau result diploma maintain bagus dari sem 1 sampai habis, Insya ALLAH cerah peluang untuk sambung di mana-mana universiti awam. Cuma pastikan check dulu kelayakan yang diperlukan oleh universiti tu sebelum apply. Tapi KPM ni ada pengiktirafan yang sah oleh Malaysia Qualification Agency (MQA) so Insya ALLAH takde masalah :)

Q: Kawan saya berminat nak masuk KPM tapi dia tak dapat apply sebab tarikh tutup permohonan dah lepas. Ada harapan lagi ke dia dapat masuk KPM?
A: Insya ALLAH masih ada harapan. Ada dua cara nak masuk ke KPM walaupun tempoh nak memohon dah tamat. Pertama, boleh tunggu tarikh temuduga terbuka yang akan dijalankan di HQ MARA di Kuala Lumpur. Kedua, boleh pergi terus ke mana-mana cawangan KPM yang anda berminat dan buat walk-in interview dengan pihak kolej tu sendiri. Pastikan bawa semua sijil dan dokumen yang diperlukan. Tapi permohonan diterima atau tidak tu bergantung kepada kekosongan tempat yang ada di kolej tersebut. Wallahualam.

Q: Macam mana nak daftar masuk program Certified Accounting Technician (CAT)?
A: (Update Jun 2021) Bermula tahun 2021, tiada lagi program CAT di KPMAM tetapi sudah digantikan dengan program baharu iaitu Foundation in Accounting (FIA). Pelajar FIA hanya ambil masa setahun sahaja untuk ke Program ACCA di Universiti bertaraf Platinum di dalam/luar negara berbanding CAT setahun setengah.
Soalan lanjut pasal ni, kena tanya pihak KPM Ayer Molek sendiri la. Aku pun tak tahu sangat sebab bukan course aku dan aku cuma sampaikan maklumat yang diperoleh melalui kaunselor sahaja ✌

PROGRAM ORIENTASI
Q: Kod pakaian masa program orientasi macam mana?
A: Masa majlis rasmi - Lelaki pakai kemeja, seluar slack, tie, dan kasut hitam. Perempuan pula baju kurung, bawal/shawl hitam, dan kasut hitam jugak. 
Masa riadah/sukan - Lelaki pakai tshirt berkolar, tracksuits, dan sport shoes. Perempuan tshirt lengan panjang, tracksuit dan sports shoes masa riadah. 

Q: Buku peraturan kata baju riadah kena ada kolar. So kena beli baju baru la?
A: Kalau perempuan pakai baju takde kolar pun takpe kot sebab hak alah bukan dia perasan pun. Kita kan pakai tudung. Tapi kalau pelajar lelaki digalakkan la beli yang ada kolar at least dua helai.

Q: Kak, betul ke pelajar baru kena pakai tudung putih selama dua bulan?
A: Siapa cakap ni lol. Tudung masa orientasi kat KPMAM adalah warna hitam. Tapi tu pun masa orientasi je la. Lepas dah habis orientasi tu kau pakai la tudung warna-warni pelangi pun pergi kelas. Takde orang kisah asalkan labuh tutup dada dan tak jarang ;)

Q: Shawl dah dibenarkan pakai, kan? Kalau pakai shawl hitam masa orientasi boleh?
A: Shawl kalau pakai pergi kelas takpe. Tapi kalau masa orientasi tak boleh.
**dengar cerita kebenaran pakai shawl ni mungkin ditarik balik tak lama lagi. Doa la biar tak jadi sbb akak malas iron bawal T_T

Q: Orientasi selalunya berapa hari?
A: Selalunya start malam Selasa, habis Jumaat. So dalam 4 hari la kot.

Q: Lepas habis orientasi, boleh balik tak?
A: Bergantung pada keadaan. Kalau tak ada program lain lepas orientasi tu, boleh la balik. Tapi kalau ada program, tak boleh la.

Q: Di KPMAM ada sistem homeroom?
A: Ya, ada. Masa pendaftaran nanti, nama korang akan main sebat je dimasukkan dalam mana-mana kumpulan homeroom. Kumpulan ni la yang akan jadi geng korang sepanjang hari orientasi nanti dan akan kekal jadi family angkat korang sampai habis belajar di KPMAM ni. Oh dan biasanya ahli homeroom tu ada yang akan jadi roomates korang jugak.

Q: Satu homeroom berapa orang? Campur course ke sama course?
A: Depends kepada jumlah pelajar dalam intake batch tu. Kalau batch tu ramai, ramai la satu homeroom. Kalau sikit, sikit la. Pelajar course DBS dan DIA akan bercampur dalam satu homeroom.

Q: Orientasi di KPMAM ada ragging ke?
A: Jenis suruh buat aktiviti berat-berat yang tak berkaitan dengan pembinaan sahsiah/jati diri tu takde sebab kolej pun larang. Tapi kalau denda sesikit macam half stand, lompat bintang, tu normal. Mohon sadokan stamina fizikal dan mental sebelum masuk

ASRAMA
Q: Asrama berapa tingkat dan satu bilik berapa orang?
A: Asrama perempuan - ada 4 tingkat, semua bilik boleh muatkan 4 orang pelajar.
Asrama lelaki - 4 tingkat jugak, tapi ada bilik 2 orang dan ada bilik 4 orang.

Q: Pembahagian bilik macam mana? Pelajar boleh pilih sendiri nak duduk bilik/aras mana?
A: Bilik dibahagi secara random. Pelajar tak boleh pilih nak duduk bilik mana atau aras mana. Bergantung pada kekosongan asrama dan budi bicara kolej. So nanti akan ada yang duduk aras bawah, ada yang duduk atas.

Q: Roommates nanti sama course dan batch dengan kita ke? Ke campur-campur?
A: Roomates tak semestinya sama course sebab bilik ditetapkan secara random kan, so roommates pun random la. Jadi dalam satu bilik tu ada yang bercampur dengan budak course lain. Tapi, semua roommates biasanya memang akan sama batch.

Q: Asrama disediakan untuk semua pelajar atau ada yang kena duduk luar?
A: Kemudahan asrama diwajibkan kepada semua pelajar semester 1 dan pelajar yang dapat kelayakan istimewa* sahaja. Bagi pelajar semester 2 dan ke atas, boleh pilih nak stay asrama atau tinggal di luar.

*KELAYAKAN ISTIMEWA 
1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
2. Seketeriat Tindakan Kolej ( STK / Ahli Jawatankuasa Asrama)
3. Seketeriat Pembangunan Insan ( SPI)
4. AJK Kelab dan Persatuan
5. Unit Beruniform
6. Orang Kurang Upaya (OKU)

Q: Kalau saya nak stay duduk asrama masa semester 2 dan ke atas tu, macam mana?
A: Pelajar perlulah cemerlang dalam pelajaran, aktif dalam aktiviti kolej untuk kutip markah merit banyak-banyak, ada rekod disiplin bersih, dan takde hutang tertunggak dengan kolej. Tapi in the end dapat asrama ke tak bergantung pada kekosongan jugak. Doa la bebanyak.

Q: Barang saya banyak. Kalau parents atau adik-beradik saya tolong hantarkan ke bilik boleh?
A: Hari pertama masa daftar tu, boleh dimaafkan. Tapi lepas tu tak boleh dah, terutamanya bagi pelajar perempuan. Memang DILARANG BAWA SAUDARA MARA LELAKI NAIK KE ASRAMA walaupun cuma nak tolong hantar barang. Malah kalau mak atau adik kecik yang naik pun, tak boleh jugak demi menghormati privasi student lain. Harap maklum dengan perkara ni okey.

Q: Kat asrama selalu jadi kes curi tak?
A: Asrama perempuan jarang-jarang. Tapi asrama lelaki ada la beberapa kes. Dinasihatkan agar selalu simpan barang berharga di tempat selamat dan kunci pintu loker dan bilik setiap kali keluar. Jangan percaya sangat kat member kau tu.

Q: Katil single ke katil dua tingkat?
A: Katil single. Setiap student akan dapat satu katil. Siapa yang gayat tu tak payah bimbang masalah berebut katil bawah, k.

Q: Tandas bersambung dengan bilik ke jauh dari bilik?
A: Akak tergelak bila dapat soalan ni haritu sebab kau ingat ni rumah sendiri ke dik tandas nak bersambung bagai hahahah. Tak, dia tak bersambung. Tandas ada di setiap penjuru bangunan di setiap aras. Kiranya setiap aras ada empat tandas.

Q: Di asrama ada dobi tak? Ke semua kena basuh tangan?
A: Ya, KPM kita ada dobi. Bayar RM70 je per semester. Kalau tak nak ambik dobi, kita ada mesin basuh layan diri di asrama, RM2 sekali cuci. Atau kalau anda jenis suami/isteri mithali, basuhlah pakai tangan.

Q: Tempat cucuk plug dalam bilik banyak tak?
A: Asrama perempuan, satu bilik ada empat tempat plug. Satu untuk setiap pelajar kat bawah meja study masing-masing.
Asrama lelaki satu bilik satu tempat cucuk plug je rasanya. Sebab tu lelaki boleh bawa extension, perempuan tak boleh. :(

Q: Bangunan kelas jauh ke dari asrama/asrama jauh ke dari kolej?
A: Dekat gila. Kelas 8.30 tapi kau bangun 8.25 pun sempat lagi sampai kelas on time.

Q: Di asrama KPM wajib turun riadah petang setiap hari ke?
A: Tidak, dik. Ni bukan sekolah asrama penuh lagi dah tiap-tiap petang wajib turun riadah. Dia optional, maksudnya bergantung atas kerajinan nak turun atau tidak. Tapi hari Khamis selalunya pelajar semester 1 wajib turun la sebab ada aktiviti koku.

Q: Setiap hujung bulan kita boleh balik rumah ke?
A: Jangan kata setiap hujung bulan, setiap hujung minggu pun korang boleh balik jika takde program wajib.

Q: Kalau naik public transport balik ke rumah, student kena cari sendiri atau MPP uruskan? 
A: Sebab balik ke rumah kita, maka kita la yang kena uruskan sendiri cari kereta sewa, beli tiket bas semua. MPP selalunya tolong bila waktu-waktu genting saja.

Q: Di Melaka ada airport dengan stesen keretapi tak?
A: Airport ada, tapi khusus untuk international flight je kalau tak salah. So kalau nak naik flight, kena naik bas/teksi dari Melaka Sentral pergi KLIA2. Stesen keretapi di Melaka takde. Paling dekat pun yang di Tampin punya. Tapi jarak stesen Tampin tu dengan kolej agak jauh.

Q: Di asrama ada masalah monyet tak?
A: Monyet takde, Alhamdulillah. Tapi masalah serangga macam natang Charli tu banyak terutamanya di asrama lelaki. Pastikan tingkap sentiasa ditutup pada waktu malam untuk elakkan kes tak diingini. Sayangi kulit anda <3

Q: Sem berapa baru pelajar dibenarkan bawa kenderaan ke asrama?
A: Motor, semua pelajar dari semua semester boleh bawa. Tapi kalau kereta, hanya pelajar semester 3 dan ke atas sahaja dibenarkan. Semua pelajar perlu daftar kenderaan masing-masing dan beli stiker kebenaran untuk elakkan kenderaan anda disita.

Q: Kalau sakit, nak pergi klinik macam mana?
A: Waktu siang, ambik surat di pejabat asrama, nanti van kolej akan hantarkan ke klinik. Kalau emergency waktu malam, warden bertugas akan uruskan.
**pastikan sentiasa alert dengan jadual warden bertugas okey

Q: Kat kolej wajib solat berjemaah ke?
A: Wajib, tapi ada sistem giliran mengikut course dan cuma kena turun waktu Maghrib dan Isyak saja. Waktu-waktu solat yang lain tak diwajibkan berjemaah tapi sangat digalakkan untuk menghidupkan surau kita :)
**btw kalau turun jemaah di surau nanti boleh dapat cop merit haaa saja bagitahu XD

Q: Hari Jumaat, macam mana pelajar lelaki nak pergi solat Jumaat?
A: Kolej ada sediakan bas kolej dan juga sewa bas dari luar untuk ambil pelajar-pelajar lelaki ke masjid. Kalau tak nak naik bas, bersahabat la dengan senior yang bawa kereta, boleh tumpang dia ke masjid lol

Q: Line telefon apa yang okey kat kawasan kolej?
A: Terus-terang cakap, semua tak okey. Susah nak dapat full connection kat sini. Tapi so far akak guna Celcom, laju jugak la tengok YouTube. Kalau Umobile memang nokhorom takde line. Untuk Maxis dan Digi, member akak pakai kata not bad tapi tak tahu la hakiki dia macam mana. Kena datang dan buat eksperimen sendiri.

Q: Kalau semua lelaki telco tak berguna, habis tu kalau ada assignment yang nak pakai internet macam mana?
A: Well takde la tak guna sampai layak buang tong sampah. Susah dapat line internet + slow nak mampus je. Tapi kalau betul perlukan internet untuk assignment (kononnya), boleh lepak library untuk wifi percuma dan laju (kalau tak ramai orang). Untuk wifi peribadi, boleh contact student yang kerja ejen wifi, bayar RM10 dapat 2GB kuota untuk seminggu. Atau kalau mampu, beli la portable wifi yg kena bayar bulan-bulan tu.

KELAS
Q: Laptop kena bawak ke/ Pelajar semester 1 dah pakai laptop ke/Budak bisnes kena bawa laptop macam budak akaun ke?
A: Ni soalan paling annoying dalam entri asal sebab dah banyak kali jawab pun ada lagi yang tanya. Jawapan dia: Tak kisah kau course DBS, DIA, CAT, PIP, atau sem berapa pun, kalau ada laptop, bawaklah sebab laptop memang penting di kolej ni. Majoriti assignment kena siapkan secara bertaip, bukan tulis tangan macam kat sekolah menengah lagi dah. Faham ya.

Q: Buku kena bayar atau kolej sediakan?
A: Yuran dah bagi free, maka buku semestinya kena beli sendiri lol 

Q: Angggaran duit buku untuk pelajar baru berapa?
A: Bab ni tak pasti sebab dah lupa. Tapi dalam buku panduan pelajar ada cadangkan untuk standby RM600+ untuk bayaran buku termasuk beberapa bayaran lain. Jangan bimbang kalau terlebih bayar sebab hujung sem nanti kolej akan bagi refund. Kalau nak buku secondhand, boleh tanya senior-senior sem lepas kot-kot diorang ada nak jual ke.

Q: Kalau nak beli buku sendiri kat luar boleh?
A: Tak digalakkan, sebab silibus dalam buku yang dijual di kedai tak sama dengan silibus dalam modul yang diajar di KPM. Plus harga buku luar pun lagi mahal daripada modul kolej. Tapi kalau nak beli jugak sebagai buku rujukan tambahan, boleh je.

Q: Kelas biasanya dari pukul berapa sampai pukul berapa?
A: Paling awal kelas start pukul 8.30 pagi, dan paling lambat habis pukul 5 petang.

Q: Minimum nak dapat pointer dekan di KPM berapa?
A: Sekurang-kurangnya 3.50 dan ke atas.

Q: Waktu malam ada kelas prep atau tutorial ke?
A: Takde. Kelas malam cuma ada bila lecturer nak buat kelas tambahan, kelas ganti atau test.

Q: Kod pakaian pergi kelas macam mana?
A: Sama macam kod pakaian masa orientasi. Lelaki pakai kemeja, seluar slack, tie, dan kasut kulit/PVC hitam. Perempuan pula pakai baju kurung/jubah, tudung bawal/shawl (pastikan labuh tutup dada), dan kasut hitam jugak. Wajib pakai kad ID okey adik-adik.

Akak cakap awal-awal, kasut korang mestilah:
* Daripada jenis kulit atau PVC
* Warna hitam atau kalau tak pun, biru gelap
* Dipakai dengan stokin atas daripada buku lali

** Untuk perempuan, kasut baldu, kanvas, high heels warna warni tu memang lawa tapi pakai masa outing boleh la. Tak boleh pakai ke kelas.
** Untuk lelaki, kasut kulit coklat memang nampak stailo tapi bukan di mata lecturer. Beli warna hitam okey, dan please la pakai stokin.

Bab pakaian ni memang banyak percanggahan sebenarnya. Nak-nak bila junior baru tengok ramai je senior pakai tak ikut peraturan. Automatik junior pun tak nak ikut juga kan? Tapi nasihat akak, jangan terpengaruh dengan senior. Biar dia mati sorang, jangan kau mati sekali. Dibuatnya kena saman sebab salah etika pemakaian, bukan setakat rugi duit, tak pasal-pasal boleh kena demerit sekali. Dah buruk rekod disiplin ╮(╯▽╰)╭

Q: Perempuan tak boleh pakai kemeja ke pergi kelas?
A: Tak boleh. Satu-satunya kemeja yang dibenarkan untuk perempuan adalah baju korporat. Itupun hari Selasa je boleh pakai (dengan seluar slack/skirt hitam). Hari lain WAJIB pakai baju kurung atau jubah sahaja.

Q: Kenapa KPM lain boleh pakai baju biasa pergi kelas tapi KPM Ayer Molek kena pakai baju kurung?
A: Dah peraturan kolej macam tu nak buat macam mana. Kalau tak suka pakai baju kurung, pindahlah ke KPM lain yang benarkan awak pakai baju biasa tu.

Q: Di KPM Ayer Molek wajib pakai tudung ke? (O_o)"
A: Ya, rasanya semua KPM memang wajibkan pelajar Islam pakai tudung sepanjang belajar. Jadi walaupun di rumah awak bebas free hair, tapi di KPM ni sila ikut peraturan ya. Beli la siap-siap tudung yang perlu sebelum masuk.

Q: Pakai mekap pergi kelas boleh? 
A: Boleh tapi mekap basic macam BB cream, compact powder, blusher cukup la. Lipstick pun kalau boleh jangan terang sangat. Kalau heavy make up yang lengkap dengan contour bagai tu, masa ada event besar boleh la pakai.

Q: Betul ke tudung bawal kena pin ke bawah? Shawl tak boleh pakai?
A: Tudung dulu memang wajib bawal yang pin ke bawah sahaja dan tak boleh pakai shawl. Tapi sekarang tudung bawal dah dibenarkan pin silang ke bahu dan shawl pun dah dibenarkan pakai dengan syarat tidak jarang dan kena labuh tutup dada.

Q: Boleh pakai kasut flat?
A: Boleh, takde masalah. Tapi seeloknya pakai yang bertumit 2 inci sebab nampak profesional sikit. Tapi kalau jenis tumit 4-5 inci, tu tak boleh. Pakai tinggi-tinggi nak gi mana karang tergolek jatuh tangga tak tahu XD

Q: Course DBS ni belajar apa je?
A: Ni pun ramai orang tanya. Akak pun tak pasti nak jawab apa. Tapi setakat tiga sem belajar ni, boleh dirumuskan yang kos ni banyak berasaskan teori. Jadi memang kena rajin membaca untuk ingat semua teori yang ada. Ada juga subjek kira-kira macam akaun tapi tak terperinci macam akaun budak DIA la. Kita belajar akaun basic je.

OUTING
Q: Masa outing boleh pakai baju biasa tak? Ke kena pakai baju kurung?
A: Pelajar perempuan - Pakaian outing sama macam pakaian pergi kelas. Maksudnya: pakai baju kurung/jubah, tudung, dan kasut bertutup.
Pelajar lelaki - Pakaian smart casual dan  juga kasut bertutup. Jeans tak dibenarkan.

Q: Kenapa pelajar lelaki boleh pakai baju smart casual tapi perempuan tetap kena pakai baju kurung atau jubah? Tak aci!
A: Sebelum ni pernah ada kebenaran untuk pelajar perempuan pakai baju biasa masa outing. Tapi ada yang salah guna pakai baju lengan pendek, legging ketat, baju jarang, so kebenaran tu ditarik balik. Sadis, kan? :(

Q: Jarak bandar dengan kolej dekat ke jauh?
A: Sedang-sedang je. Dalam 20-30 minit camtu untuk ke bandaraya Melaka. Bandar yg memang terdekat is Duyong, ada Klinik Kesihatan Ayer Molek kat situ. KFC paling dekat pula ada di bandar Semabok. (motif bagitahu pasal tu XD)

Q: Macam mana nak outing ke bandar?
A: Dulu-dulu seksa kami nak panggil bas Panorama. Tapi sekarang ni ramai je student yang buat khidmat sewa kereta. Uber/Grab pun dah berlambak sekarang. Asal ada duit, semua beres.

KEMUDAHAN
Senarai kemudahan yang ada kat asrama dan tak perlu student susahkan diri nak fiki r:

Bilik menggosok - Ada iron board je. Iron kena bawak sendiri. Dulu ada iron free disediakan tapi dah ditarik balik sebab student ni ramai yang bongok pergi terbakarkan span iron board hahahah
Water cooler - Coway nyah. Tapi ada kemungkinan next intake tak sempat guna kot sebab dengar cite dia nak tarik balik
Mesin air Dr. Sukida - Ni jenis mesin air yang 1 liter =10 sen tu. Tapi cuma ada 1 mesin je di kafe jadi kalau nak isi dalam tong air bawak naik asrama, sado la kau kejap
Water heater - Asrama perempuan sahaja. (Kalau tak rosak)
Pembakar roti (toaster) - Asrama perempuan sahaja. (Kalau tak rosak)
Microwave - Asrama perempuan sahaja. (Kalau tak rosak)
Mesin basuh layan diri di asrama - RM2 sekali guna. Tapi takde dryer yg keringkan baju sampai betul punya kering tu. Dia ada fungsi spin je.
Kedai koperasi - Macam 7-E la. Jual jajan, alat tulis, keperluan diri, dan paling penting, TOP UP!!
Kedai dobi - Sebelah koperasi, haaa kat sini ada mesin dryer baju tu. Baju rasa panas je lepas ambik. Bau pun wangi. Cuma kedut tu tahap Nauzubillah hahahah
ATM Bank Rakyat - Betul-betul depan pagar kolej. Terima apa-apa jenis kad MEPS.
Surau - Betul-betul dekat dengan asrama lelaki. Tapi kuantiti lelaki yang berjemaah kat sana macam dah pupus. Pelik.
Kafeteria - Western, masakan panas, makanan ringan, kedai fotostat, even mamak pun ada kat sini. Ada TV jugak.
Bilik TV – Kemain TV LCD tapi sayang Astro cuma jenis Njoi sahaja. Kalau nak tengok Sports, HBO, KBS, AXN, sila lepak di kafe atau library.
Gymnasium – Walaupun tak besar, tapi banyak la juga kelengkapan untuk akak dan abang yang suka sadokan otot tu. Ada jadual giliran untuk lelaki dan perempuan.
.
.
.
Okey tu dia senarai soalan-soalan yang selalu bakal student duk tanya di blog, Twitter dan Instagram. Harapnya berguna untuk sesiapa yang memerlukan. ❤

Sebelum berpisah, nah hakak payung satu gambar pasal asrama. Tapi asrama perempuan je la haha

Bilik kediaman, bilik menggosok, bilik pantri ;)
**gambar bilik kediaman tu kredit to one of my friends :)
.
.
.

Jemput baca juga pengalaman hidup di KPM Ayer Molek yang lain πŸ˜„

That's all for now. Sayangnya kita takleh jumpa di masa depan sebabnya akak dah grad. Alhamdulillah maintain 4.00 hahah. Goodluck semua. 

Assalamualaikum babai.
SHARE 129 comments

Add your comment

  1. Cadar kena bawa sendiri ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, cadar, bantal, sarung bantal semua kena bawa sendiri. Elok bawa penyapu dgn karpet @ alas getah sekali sbb kat lantai bilik tu simen kosong je. Mudah berhabuk

      Delete
  2. Saya ada baca dekat buku panduan pelajar baru.. Dia ada tulis pasal elaun.. Dekat situ kata " pelajar hanya layak menerima elaun 10 bulan pada setiap tahun"???.. Maksudnya..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak explain ni. Tp ada jadual bahagi elaun kan bawah statement tu. Tengok part bayaran separuh. Masa cuti sem dua bulan tu kita dapat half je dpd elaun sepatutnya. Cuti sem pula dua kali setahun. So (1/2 elaun x 4 bulan cuti + 8 bulan belajar) jadi la 10 bulan hah tu dia equation maths keluar

      Delete
  3. Kak, line umobile dgn celcom slow dia tahap macam mana eh? Nak reply ws pun susah nak hantau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slow tahap bar network tu selalu kosong dan ada simbol pangkah. Kadang² takde line terus sampai jd emergency call only. πŸ˜’ Boleh reply WhatsApp tp ambik masa sikit la nak send.

      Delete
  4. Kak, kena bawa sndiri ke lampu utk study table? Sbb nti kalau nak belajar memalam menganggu roomate tidur pulak😞 dan minggu ulangkaji tu minggu takde kelas eh? ulangkaji sndiri dlm bilik/library? Hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lampu meja kena bawa sendiri. Minggu ulangkaji biasanya tetap ada kelas. Tp lecturer akan lebih tekankan utk buat latihan atau ajar bab yg ramai tak faham.

      Delete
  5. kak, saya nak tanya kalau kita ada hal emergency nak balik rumah waktu weekdays boleh tak?
    and kalau nak balik kolej tapi mcm mana dgn transport yg boleh hantar kita ke kolej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebarang urusan emergency boleh buat surat dan dapatkan tandatangan warden utk kebenaran balik. Kalau nak balik kolej kena cari sendiri teksi atau kereta sewa. Bas awam tak lalu sana.

      Delete
  6. as salam Dik.....auntie nk tanya.. anak auntie ni spm tahun 2014,agak2 le kalau dia mohon masuk kpm utk DIA dia org layan tak? Tq in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Had umur utk apply KPM rasanya max. 23 tahun. Jd lepasan SPM 2014 pun masih blh mohon. Tp kena direct dgn pihak KPM la. Pasal layan ke tak layan, tu bergantung pd kekosongan tempat. Klu ada, mgkin pihak kolej blh pertimbangkan utk terima prmohonan tu. Boleh call terus pihak kolej atau HQ MARA utk details lanjut.

      Delete
  7. Salam . Saya baru je abis A-level bulan 6 haritu n skrg ni sedih sbb yela kena start dr awal. Tsk tsk. saya nk bertanya,kalau kita amik kpm,cerah x peluang nk smbung degree kat ipta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Nasib kita sama. Mungkin belum sampai masa kita utk ke luar negara dan ada yg kita kena improve dulu dlm diri kita haha :) By the way, students yg masuk kpm boleh je sambung kat mana-mana ipta, sbb kpm memang kolej yg diiktiraf MQA. And kalau result diploma bagus, ada peluang utk sambung degree di luar negara juga (tp kena cari sponsor lain la huhu)

      Delete
  8. salam akak...biasanya bila permohonan buka utk pljr thun nie spm? means thun dpn msuk...lps dpt result spm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya lepas dapat result spm. Dalam bulan Mac-April tu.. Kena alert selalu la dgn pengumuman di website MARA

      Delete
  9. So yg SPM 2014 akan dipertimbangkan dulu la yer..,? hurmm , alahai hidup ,. Kalau x leh., rezeki kt tmpat lain lh tu., Berehat la dulu camtu., dh lama x study business ni.. Thanks for all the info!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya yg SPM 2014 akan diketepikan, yg SPM 2016 akan didahulukan. Sy SPM 2011 elok je diterima masuk tahun lepas πŸ˜… Semua permohonan akan dilayan sama rata. Jadi klu serius nak belajar, apply je dulu utk next intake Januari ni Mana tahu ada rezeki :)

      Delete
  10. Assalam akak . Nak tanya ,duit buku tu boleh ke bayar sikit dulu ? Kalau 600 ringgit mcam mahal sangat bagi saya . Harap balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Jangan bimbang. Duit buku boleh dibayar secara ansuran, tak semestinya kena bayar sekaligus masa daftar. Cuma pastikan jumlah tertunggak tu dihabis bayar sebelum exam, klu tak nanti tak boleh masuk exam :)

      Delete
    2. Serious ah yuran koperasi boleh bayar time daftar? Baru teringat...nak bank in mestilah ke counter bank je kan?😧

      Delete
    3. Selain kaunter, bank in boleh dibuat di cash deposit machine (CDM) Maybank atau secara online. Sebaiknya bank in la sbb nnt proses daftar akan lebih cepat sbb cuma ambil resit kolej je nnt. Klu nak bayar cash, mgkn akan ambil masa lama.

      Delete
    4. Aha.CDM pun acceptable? Ok thanks!

      Delete
    5. Ye resit CDM diterima. Pastikan simpan resit tu dan tulis nama, IC & no. telefon di belakang dia utk bagi di kaunter muafakat nnt. Klu hilang akan dikira belum bayar so hati² 😊

      Delete
    6. **kaunter koperasi/muafakat

      Sebaiknya fotostat la resit tu buat back-up plan :)

      Delete
  11. Salam kak..cmne kalau masa pndaftaran akaun bank tk buat lg ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Bg pelajar yg belum buka akaun Bank Rakyat, pihak kolej akan suruh pelajar segera ke bank jugak sebelum 5pm hari pendaftaran tu. Dan pelajar perlu bagi nombor akaun kpd pihak kolej secepat mungkin sblum pendaftaran SPUPIM dilakukan semasa orientasi.

      Klu tak, proses pendaftaran pelajar blh tergendala sekiranya tak dapat masukkan nombor akaun dlm sistem kolej, dan ni blh sebabkan proses pengagihan elaun pelajar tertangguh sekali.

      Jadi pelajar dinasihatkan utk buka akaun bank tu sebelum hari pendaftaran bagi memudahkan urusan :)

      Delete
    2. Oh yeke kalau mcm pendaftaran dtg lmbt tkapa ke?

      Delete
    3. Lambat yg macam mana tu?

      Klu pd hari pendaftaran, paling lambat pelajar blh datang mendaftar adalah sebelum pukul 5pm.

      Klu nak datang lebih lambat drpd hari pendaftaran contoh hari Rabu/Khamis/etc..., perlu ada sebab kukuh dan mesti call pihak kolej utk maklumkan lebih awal.

      Tel: 06-2695881/882

      Delete
  12. Kak, nak apply cat kat kpm ayer molek tp takde option cat kat upim. Mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut maklumat lecturer, buat masa skrg CAT hanya ditawarkan kpd pelajar lepasan MRSM. Wallahua'lam.

      Utk maklumat lebih lanjut, blh hubungi pihak KPM Ayer Molek di talian 06-2695881/882

      Delete
  13. No acc yg nak di bank in bayaran koperasi apa semua tengok kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Download buku panduan pelajar baru KPM di website UPIM. Dlm tu ada semua info

      Delete
  14. No acc yg nak di bank in bayaran koperasi apa semua tengok kat mana?

    ReplyDelete
  15. salam kak , sandal mmg tak digunkn langsung ke ? kasut bertutup tu mmg kasut hitam pvc/kulit je ke ? sory klau soaln ni akk dh jwb tpi mohon pencerahn ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Sandal cuma digunakan masa waktu santai. Pd masa kelas, kelas malam, program rasmi & outing, kena pakai kasut bertutup. And yes kasut bertutup yg dibenarkan cuma jenis pvc/kulit & berwarna hitam shj. Canvas dll tak dibenarkan.

      Delete
  16. cadar warna putih je ke atau tak kesah ?

    ReplyDelete
  17. Nak tanye kalau medical check up tak sempat nak buat tak bawak tak ape ke? Sbbnya dpt call harini suruh masuk lusa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Medical checkup wajib jd memang kena bawa. Tp kalau tak sempat nak buat, biasanya pelajar akan diberi masa lepas daftar tu utk lengkapkan semua dokumen. Jadi boleh la buat medical checkup tu lepas daftar dan serahkan kpd admin secepat mungkin.

      Delete
  18. Assalamualaikum, untuk pelajaran cat tu kan, masa mula2 dua mnggu prtama agak2 selalu tak ada quiz ? Atau hny pembelajaran introduction sje dlu ? And selalunya brp rmai pelajar utk pengambilan cat kat kpmam ye ? Tq

    ReplyDelete
  19. Kelas ade aircond tak?

    ReplyDelete
  20. How to apply CAT at KPMAM eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye. nak apply CAT dekat KPMAM ni dekat laman web MARA. tapi ada ura-ura mengatakan MARA taknak ambil intake untuk CAT dekat KPM after this. not sure about that anyway. apa apa pun up-to-date je dekat laman web MARA right after you get the spm's result

      Delete
  21. Assalam kak, laptop memang diperlukan sangat ke? Boleh tak saya beli selepas 2-3 bulan memandangkan saya nak kena kumpul duit dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Laptop mmg perlu tp tak dipaksa beli terus sebelum masuk sbb setengah orang mmg belum mampu kan. Boleh je beli kemudian :)

      Delete
  22. Salam, haritu sya come across satu website KPM ni with all the list things to pay (byrn hari orientasi, cenderamata, internet, mkml komputer bla bla), tapi saya dh taktau mna pergi website tu cos cari2 balik x jumpa. I was hoping yg akk boleh bntu sya dgn listkan benda2 yg perlu dibayar tu (dengan bayarannya), thank you so much.

    P/S: Kalau takde org mcm akk m'jawab segala soalan2 ni, mmg t'pinga2 bakal2 pelajar. Once again, thank you for your dedication spending time to answer our questions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Adik boleh google 'Panduan Pelajar Baru KPM' atau copy&search link bawah ni utk download buku panduan tu. Dalam tu nnt akan ada semua syarat kemasukan, senarai dokumen yg perlu dibawa & senarai bayaran + no. akaun kolej.

      http://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruKPM.pdf

      And you're welcome. Haha takde masalah la, dik. Dah mmg hobi menulis & tahu info camni mmg penting utk pelajar baru. Jadi tak salah berkongsi ilmu kan :)

      Goodluck masuk KPM ;))

      Delete
  23. Saya bakal student sana tapi tak sure, saya dapat mesej suruh jelaskan yuran rm320 sebelum 20/4(harini). Kalau saya bayar masa hari pendaftaran boleh tak? Sebab saya tengah menunggu result upu keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh dik sbb yuran ni menentukan samada jadi terima tawaran atau tak. Lepas bayar yuran ni baru akan dapat akses borang² lain yg perlu utk proses pendaftaran di kolej nnt. Klu tak bayar, nnt tak dapat borang & dokumen perjanjian so automatik tak dapat daftar.

      Delete
    2. Tapi harini deadline bayar πŸ˜ͺπŸ˜“ takda cara lain ke.........

      Delete
    3. Hmm tak pasti la tu. First time gak jumpa kes camni. Klu tanya awal² boleh pesan awal² πŸ˜…

      Kena try call BPT Mara la kot tanya cemana

      Delete
    4. Baru jumpa page ni harini 😭😭 mana nak dapat contact eh??

      Delete
    5. Cuba semak semula keputusan kpm harini,sebab semakan dibuka 24-30 haribulan ni,kalau still ada tawaran untuk awak,kira rezeki la tu

      Delete
  24. salam. baju kurung moden or kurung pahang memang tak boleh pakai time kuliah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kurung jenis apa² pun boleh asalkan labuh dan longgar tutup aurat. Not recommended klu baju kurung kedah atau apa² je yg singkat & ketat atau kain terbelah

      Delete
    2. kak, dengarnya baju kurung moden tak boleh pakai yaa? kena pakai baju kurung pesak je? cemana tu? baju kurung cotton pun tak boleh ke? tudung pulak kalau pegi class memang kena pakai colour hitam je eh? colour lain tak boleh?

      Delete
    3. Dengar dari mana pulak tu? πŸ˜… rasanya takde perubahan pun dari segi pakaian tu. Material apa² pun boleh asalkan baju kurung yg longgar dan tutup aurat betul². Paling² jubah lycra atau jubah dress yg ketat je dilarang sbb ikut bentuk badan. Tudung pun bebas je warna apa², bukan wajib hitam je.

      Delete
  25. Nak tanya boleh tak kalau nak minta transfer ke kpm lain?Contohnya saya dapat bandar penawar tapi nak tukar ke ayer molek,so boleh ke?Kalau boleh,macam mana caranya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar dulu di kolej yg first dapat tu pastu buat surat kpd pengarah utk minta pindah. Kena nyatakan sebab yg kukuh la kenapa nak pindah tu. Keputusan bergantung atas budi bicara pengarah dan juga samada kolej baru tu ada kosong ke tak.

      Delete
    2. Kalau saya nak minta transfer sebelum hari pendaftaran tak boleh ke?Sebab lecehla bila dah masuk nak kena transfer ke tempat lain,dah satu hal nak kena kemas barang semula hm

      Delete
    3. Permohonan kena melalui pengarah sbb pengarah yg akan ajukan hal tu kpd Bahagian Pengajian Tinggi (BPT) MARA. Klu BPT luluskan, boleh la pindah. Klu tak, tak boleh la. Try call BPT MARA utk info lanjut. Klu dia ada kata boleh pindah sebelum daftar, tanya la cemana proses dia

      Delete
    4. Boleh saya tahu nombor telefon BPT Mara tu?

      Delete
  26. kalau buat kad bank selain bank rakyat seperti RHB ke boleh? lagi satu,bayaran elaun tu dia masuk akaun kita atau cash bayar dekat kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank Rakyat saja boleh. ATM kat situ pun cuma ada Bank Rakyat je. Setiap hujung bulan elaun akan auto-debit dlm akaun, sbb tu semua kena guna bank sama utk mudahkan kolej pantau

      Delete
  27. kalau dah masuk kpm lepastu dapat tawaran upu.ade effect ke kat name kalau nk tuka pergi ke upu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut prosedur yg betul sebelum keluar dan pastikan rekod bersih tak ada masalah disiplin, InsyaAllah takde apa²

      Delete
  28. tiap2 sem mmg kena byr 600 ratus utk buku teks ka ? Duit elaun tk semua org dpt ke ? mkanan ataupun rumah sewa kat sana mahal tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tulis kat atas, SEMUA akan dapat elaun. Buku biasanya lebih kurang 200++ je. Lebih tu buat backup. Makanan harga biasa², rumah sewa tak sure. Klu sewa ramai² murah la kot

      Delete
  29. dekat kpm aymo ade wataniah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wataniah tak sure masih ada ke tak. Kesatria ada

      Delete
  30. Salam kak kalau mcm nk pegi makan dekat kafe lepas waktu kelas means mcm mlm kene pakai baju kurung n kasut kulit/pvc jugak ke atau pakai biasa je??

    ReplyDelete
  31. Kalau kite nk keluar mlm nk mkn at kedai luar baju kurung jugak ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak keluar memang kena pakai baju kurung tapi kat sana tak boleh keluar malam, ya. Limit outing kena balik kolej sebelum 7 petang. Kalau tak, nama merah.

      Delete
  32. Peraturan pasal rambut panjang pendek ni ketat tak??

    ReplyDelete
  33. Rambut x boleh lebih dari telinga utk lelaki x silap aku kalau perempuan tu nak afro pun boleh cuma pelik sikitlah bila pakai tudung tu dia nampak mcm kepala alien kan hm..

    ReplyDelete
  34. Kak nak tanya sport shoes boleh pakai buat outing x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua jenis kasut boleh asal bukan sandal/selipar. Benda ni dah ada dalam buku panduan pelajar yg korang kena download tu. Baca & take note ya

      Delete
  35. assalam kak, saya bakal student CAT di kpm ayer molek, saya daftar 30/5 nanti, saya kena bayar jugak ke RM320 tu ? sebab saya under ytp mara(young talent development), and satu lagi, biasanya student CAT berapa org ye hehe maaf banyak tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran 320 tu termasuk kos orientasi tp bebudak cat ni tak pasti pula ada orientasi ke tak. So tak tahu la korang kena bayar ke tak πŸ˜… student cat selalu tak ramai mana. Satu batch biasa tak sampai belas² pun huhu

      Delete
    2. Student cat punya homeroom campur dengan bebudak dia and dbs ke, sebab tak ramai kan ?

      Delete
    3. So far tak campur. Korang masuk pun tarikh lain² kan so dbs + dia tp cat dgn cat je

      Delete
    4. thanks a lot kak! blog ni sangat membantu lagi lagi untuk bakal student. may Allah bless you and happy ramadan :)

      Delete
  36. salam kak, saya tersilap bayar yuran kpm tu ke no akaun yang lain, boleh ke saya dapat balik duit tu? :(

    ReplyDelete
  37. Hi kak saya nk tnya, roommate nnti stay sama atau random ye? ke sape cpt dia dpt?

    ReplyDelete
  38. hi saya nak tnya untuk kemasukan kedua 2018 . bila ye tarikh permohonan dibuka? boleh tk share link latest update kpm

    ReplyDelete
  39. aslm kak , nak tanya memang kene bukak akaun bank rakyat ke untuk dapat duit elaun tu ? kalau macam maybank tu takboleh eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ye klu kpm ayer molek kena buka akaun bank rakyat sbb bayaran semua akan dibuat secara serentak melalui bank rakyat. So klu ada apa² masalah dgn pembayaran, senang kolej nak semak gitu. Plus ATM kat sana pun cuma ada bank rakyat je.

      Delete
  40. To sister Nadzirah Salahuddin..TQ for all this info..kindly comment by new intake student that will be joining on this 14 may 2019 :)

    ReplyDelete
  41. Assalam kak, nak tanya
    1) untuk orientasi kan, kalau ikutkan kena pakai baju tanpa corak.Memang kena plain betul ke?
    2)pasal dokumen yang kena print, ada satu tu dia suruh tulis educational back ground, ada suruh tulis pasal kelab dengan sukan, tu kena rujuk pada koko tahun akhir sekolah je ke?
    Saya harap sangat akak menjawab persoalan ini, sebab takut tak lengkap dokumen tu dan pasal baju

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum kak apa beza kolej pro mara dengan kolej mara ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kolej MARA untuk pra-universiti. Kolej Profesional MARA untuk kursus diploma :)

      Delete
  43. berapa RM elaun yang akan diberikan kepada setiap pelajar KPM setiap bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM300 masa bulan belajar, RM150 masa cuti semester.

      Delete
  44. Nak masuk kpm ni results spm kena gempak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Result gempak dialu-alukan. Tp minima kelayakan adalah sekurang-kurangnya lulus SPM dan dapat kepujian dalam BM, BI, Matematik dan satu subjek lain bergantung kpd course yg pelajar mohon :)

      Delete
  45. Kak, boleh ke straight A masuk sini? Ke overqualified sgt? Saya pernah kena tolak masuk kolej sebab result terlalu bagus. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je rasanya asal cukup syarat. Akak dulu pun 11A jugak. Masuk sini tak kena tolak pun. Lecturer siap suruh tukar course ambik accounting lagi sbb dia kata ada potensi ahaha

      Delete
  46. Ramai tak pelajar sabah sarawak? Masa cuti sem pelajar2 ni boleh stay kat kolej tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi kadang tak ramai mana. Biasanya diorang ni tumpang rumah saudara masa cuti sbb kolej memang tutup. Kafe pun tak buka πŸ˜…

      Delete
  47. Roomate kekal ke dari semester 1 hingga habis diploma.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum, course DIA belajar in english or malay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Mainly in english tp ada je lecturer explain dwibahasa in malay

      Delete
  49. Sy nk tanya kalau umur 22 boleh msuk lg ke kpm ni?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum akak,for accounting students, is there any software yang akan digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Rasanya software UBS kot. Tapi tak pasti la sbb bukan budak account

      Delete
  51. Hi akak saya nak tanya, iron board dengan iron boleh bawa sendiri punya tak?

    ReplyDelete
  52. asslm saya nk tanya kalau pemphonan tak berjaya n buat rayuan...bila ye kita nak semak semula untuk tau dapat kpm ke tidak. harap dapat mbantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk intake Jun 2020 kali ni, semakan rayuan boleh dibuat bermula 3 Julai 2020.

      Sumber: Twitter BPT MARA https://twitter.com/Hi_EduMARA/status/1268431383539613696?s=19

      Delete
  53. Nk tanya syarat surat perjanjian kena berwarna apa ye?maaflah sbb dlm fail tu x jumpa plk syarat2 utk print surat perjanjian.trimas

    ReplyDelete
  54. Hi, klu pas settled daftar 1st day tu bole ke parents bawak pelajar keluar? Dinner misalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu musim pendaftaran yg biasa, lepas daftar boleh keluar tp petang tu pelajar dah kena berkumpul semula sbb orientasi akan start. Tp dgn situasi covid ni tak tau la pula ada orientasi ke tak.

      Tapi klu takde orientasi pun, sebelum 7 malam pelajar memang dah kena ada dalam kawasan kolej sbb curfew start time tu

      Delete
  55. Cadar, selimut & sarong bantal warna apa?

    ReplyDelete
  56. assalam kak nk tanye betul ke lelaki sem 1 kene botak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Baca buku panduan pelajar, dik. Ada tulis rambut lelaki tak boleh melepasi telinga dan leher ke apa tah. Takde kena botak pun

      Delete
  57. assalam kak line kat sana ape yg paling kuat?? digi ke celcom??

    ReplyDelete
  58. Assalm..mesin basuh dan drayer ada masalah tak kat kpm ayer molek? Liputan internet 2020 ni dah oke ke? Terima kasih ya..

    ReplyDelete
  59. Hai sis, sis masuk dulu umur berapa ya? Umur 22 pun still boleh masuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur boleh masuk KPM adalah 18-35 tahun. asalkan dalam jurang tu boleh je

      Delete
    2. Ralat - Maksimum umur untuk memasuki institusi KPM yang terkini adalah 30 tahun. Harap maklum.

      Sumber: https://ayermolek.kpm.edu.my/images/eupweb/AcademicRegulation11.pdf

      Delete
  60. Hi, how about student yang dri sabah? I mean ada ka student dri sabah zaman akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ramai je dari Sabah dan Sarawak sbb KPM utk pelajar bumiputera

      Delete
  61. Assalamualaikum, saya nak tanya. Kolej mara ada tak bagi kelonggaran untuk bawak elektrik cooker ke asrama sebab sekarang ni kang tengah pkp mco semua tu. Pastu, yang pasal elaun tu, dia bagi pada bulan ketiga tu dia bagi Rm 300 ke atau Rm 900? Pastu, yang kerja tu...tak boleh ke ambik parti time Nak kerja hari Sabtu dengan ahad? Lagi satu, pasal bank rakyat tu...tak boleh guna Maybank ke??? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. kolej mara dan kolej profesional mara adalah 2 tempat berbeza ya. klu singkatkan mcm tu taktau awak refer kpd institusi mana.

      tp utk KPM, cuma iron je yg dilonggarkan boleh bawa setakat ni. alat eletrik lain tak tau la pula. lgpun masa PKP ni belajar online. cuma student yg kekurangan alat/tempat belajar je boleh tinggal di kolej.

      di atas dah tulis bayar lumpsum ye. jadi memang dia kumpul nilai semua 3 bulan bayar sekaligus. dan pelajar tak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh belajar sama ada part-time atau sepenuh masa. cuma klu jadi dropship or online seller biasa ada je orang buat

      bank lain tak boleh ya. KPM Bandar Penawar guna Bank Islam sahaja, semua KPM lain Bank Rakyat sahaja. kena buka akaun ikut bank yg ditetapkan KPM sbb senang mereka nak selaraskan urusan deposit elaun utk semua pelajar

      info penuh boleh rujuk di page KPM yang ni. https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/borang/PanduanPelajarBaruKPM.pdf

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS