Review: Evening Primrose Oil Untuk Kebaikan Wanita | NaSa
Assalamualaikum

Apa khabar warga maya? Harap anda semua sihat. Kalau tak sihat, makanlah ubat agar cepat sihat.

Harini aku rajin sikit nak menaip. Jadi hajat di hati macam nak bersembang ala-ala ilmiah berkenaan satu makanan tambahan a.k.a supplement a.k.a vitamin(?) yang aku dah makan selama hampir 2 tahun ni. Namanya, Evening Primrose Oil (EPO). Bagi yang kenal tu, kenal la. Bagi yang tak kenal, haa ayuh kita berkenalan.

Nama Evening Primrose ni dalam bahasa Melayu aku tak tahu apa. Tapi yang pasti ianya adalah sejenis bunga. Macam mana rupa bentuk bunganya? Boleh tengok kat bawah.

Credit: Newsborough Anglesey
Selalunya gambar bunga Evening Primrose yang aku tengok macam ni la, warna kuning. Tapi bila ditanya kepada Encik Google, oh rupanya ada warna lain juga macam pink/violet gitu.

Untuk pengetahuan bersama, biji benih bunga Evening Primrose ni ada banyak khasiat. Daripada biji benih bunga ni la, minyak bunga Evening Primrose a.k.a yang kita biasa sebut Evening Primrose Oil (EPO) tu dihasilkan dan dibentuk menjadi kapsul. Kapsul EPO tu la yang bila makan, boleh membantu kesihatan rambut, badan, kaki, tangan, kulit, luar, dalam, dan macam-macam lagi.

Khasiat utama dalam EPO ni mengikut pembacaan aku adalah lemak asid omega-6. Lemak ni adalah salah satu khasiat penting yang tubuh kita perlukan tapi tak boleh hasilkan sendiri maka kita kena ambil daripada makanan. Banyak kegunaan omega-6 ni as a whole tapi sebagai seorang gadis, aku fokus pada khasiat dia yang mengandungi linoleic acid (LA) dan gamma-linonelic acid (GLA).


Kenapa?


Sebab dua benda ni ada kelebihan untuk bantu para wanita kawal masalah hormon yang tak stabil. Aku sebagai salah seorang manusia yang ada masalah tersebut harus la ambil kesempatan ini untuk tingkatkan kesihatan aku kan 😉


Apa masalah hormon yang aku selalu kena hadap?

My skin masa tengah praktikal 11/10/2017. Literally why aku semangat nak cari something untuk hormonal acne sebab stress weh nak jumpa customer dalam keadaan muka pecah :'(
Well, macam biasa JERAWAT. Everyday, everytime, ada je dia naik. Kalau orang lain cuma naik jerawat masa nak/tengah period, aku ni naik sebelum period, semasa period, dan selepas period. Muka memang tak clear langsung. Pipi penuh. Dahi bertompok. Jawline pun berderet siap pakej gatal-gatal lagi. Tak selesa langsung. Babi punya hormon tak stabil 😑

Selain tu, aku juga ada masalah senggugut. Tak teruk macam sesetengah gadis yang sampai muntah-muntah atau pengsan, tapi cukup sakit untuk buat aku berjalan membongkok je hari pertama dan kedua period tu. Masa tu memang malas nak pergi mana-mana. Rasa nak bergulung je atas katil sehari semalam tekap botol air panas atas perut 😢

That's why aku banyak buat research di internet pasal cara yang boleh kurangkan 2 masalah ni secara semulajadi. Aku malas dah nak bazir duit beli ubat jerawat tapi mostly tak jadi pun. Pastu kalau makan ubat untuk senggugut macam panadol pink dan ponstan pun, tak berkesan langsung. Bazir duit satu. Bahaya pun satu sebab risiko overdose.

Makanya bila aku jumpa maklumat pasal kapsul EPO ni, I excited nak try. Mana tau inilah jawapan kepada soalan yang aku miliki selama ini cewahh.

Ada banyak jenama EPO di pasaran ni. Blackmores, Bio-Life, Appeton, Naturalle, macam-macam la. Tapi atas faktor harga dan kuantiti, aku pilih untuk beli jenama Blackmores. Lagipun nama Blackmores ni memang aku dah familiar sebab sebelum ni dah biasa makan vitamin C dia.


Tengok description dia. Provides GLA for the benefits of women's health and wellbeing uwu.
Sebotol ni ada 100 kapsul. Kalau ikut arahan asal, kena makan 1-3 biji sehari untuk kesan lebih jelas. Tapi masa memula beli dulu aku tengah pokai waktu praktikal untuk diploma. Almaklum elaun RM250 je. So aku makan sebiji sehari untuk tahan 3 bulan lebih. Tapi sekarang dah up dosage jadi 2 biji sehari sebab Alhamdulillah ada duit PTPTN lol.

Aku biasa makan kapsul ni masa tengah ambil makanan berat macam lunch atau dinner sebab nak mudahkan penyerapan khasiat ke dalam tubuh. Tengah-tengah makan nasi, stop kejap telan benda ni pastu sambung makan nasi. Gitu.

Setiap botol ni ada tempoh expiry selama 3 tahun. Produk Blackmores ni memang diiktiraf halal oleh persatuan Islam di Australia dan ye kita ada stiker hologram dan QR code juga untuk memudahkan nak certify produk original atau bukan.

Macam ni la rupa bentuk kapsul EPO Blackmores. Setiap biji kapsul ni panjang dia 2.5cm. Dia punya panjang tu kalau aku telan dalam posisi yang salah, tercekik la aku kejap di situ sebab dia akan melintang dalam saluran tekak lol. Alhamdulillah tak terjadi lagi kes yang menggugat nyawa setakat ni 😂

Kalau hidu dari dalam botol, EPO ni ada la bau macam tengik sikit. Maybe sebab dia minyak kot? Tapi masa pegang kapsul tu sebiji-sebiji takde bau pun. Rasa pun takde. Cumanya kapsul EPO ni tak boleh terdedah kepada panas. Nanti coating di luar kapsul tu cair dan rasa dia masa cair tu sangat laaaaaa tak sedap. Aku pernah ambil kapsul ni letak atas bubur yang aku tengah makan sambil buat assignment. Sekali aku terlupa yang kapsul tu masih ada dalam mangkuk tu so hambik kau!! Cair kapsul tu. Terus rasa lain bubur aku 😂

Kesan makan EPO ni selama setahun, aku boleh kata ada perubahan positif la. Pertama sekali dari segi pembentukan jerawat.

My skin on 16/10/2018


There's literal improvements kan sebab kurang dah merah-merah biji-biji 😍
Jerawat aku berkurang. Dia masih naik tak kira masa, tapi kurang. Kalau sebelum ni dia banyak berkampung di jawline (jerawat hormon memang suka duduk kat situ), tapi lepas makan EPO kawasan rahang aku dah kurang jerawat. Paling-paling pun naik di dahi sebab tak cukup tidur dan pipi sebab tak reti-reti nak cuci mekap dan sunblock elok-elok lepas balik kelas haha.

Selain tu, dari segi senggugut juga ada pengurangan. Kalau dulu bila period rasa macam ada orang duk berlatih simpulan tali pengakap dengan usus perut aku, tapi lepas amalkan EPO ni rasa sakit perut tu kurang. Dia rasa cam senak perut sikit-sikit je tapi masih boleh berdiri dan berjalan la. Kalau tak, memang kerja sapu minyak panas je la kat perut sambil meringkuk atas katil.

Tapi pernah sekali aku terputus bekalan EPO ni sebab takde duit, haa senggugut tu datang balik. Dan dia macam balas dendam sebab dah lama tak senggugut sebab cis sakit lain macam. Tapi sekali tu je la senggugut tu buat teruk. Lepas tu bila sekali sekala aku tak makan EPO ni ikut jadual, time period dia tak sengugut teruk pun. Perut dah biasa kot haha 😅

EPO Blackmores ni ada banyak variasi. Ada yang botol 30 kapsul, 60 kapsul, 100 kapsul, hatta 360 kapsul pun ada. Nak buat bekal setahun pun cukup. Masa mula-mula berkenalan dengan EPO, aku beli yang 100 kapsul je dulu sebotol sebab macam just nice untuk makan beberapa bulan nak tengok berkesan ke tak. Karang kalau beli 30 atau 60 kapsul je cam  sekejap sangat. Takut tak jelas pula berkesan ke tak, kan?

Tapi lepas makan 3 botol selama setahun dan nampak kesan-kesan positif ni, haa aku tak main dah beli sebotol sebotol ni. Rugi. So aku kumpul duit PTPTN dan terus beli pek 3 botol sekaligus 🤣

My stok untuk setahun 😅
Tips untuk beli EPO ni pada harga yang tak koyak poket: BELI DI SHOPEE!!! Serius sebab even yang aku beli ni pun RM98 untuk 3 botol. Sayangnya seller tu dah takde stok sekarang 😅 Tapi memang banyak farmasi yang jual di Shopee ni pada harga yang lagi murah daripada farmasi offline.
Contohnya Hing Pharmacy ni
Bayangkan level jimat di Shopee ni aku boleh dapat 1 botol 100 kapsul pada harga RM39-RM40. Time waktu promosi aku pernah dapat offer RM31 je. Kalau farmasi luar atau drugstore macam Guardian dan Watsons, pehhh botol 30 kapsul je pun dah cecah RM60, apatah lagi botol 100 😱

Harga Watsons untuk pek 3 botol je dah dekat RM150 huhuhu
Jadi untuk kesejahteraan poket anda, shopping la di Shopee 😂 Nampak over kan beli banyak-banyak tapi better beli masa ada duit so nanti tak payah bimbang stok terputus ke apa. Lagipun aku punya penyakit "just in case" ni teruk sikit. Ada je benda yang aku overthink. Just in case nanti takde duit. Just in case nanti Shopee dah takde kod diskaun. Macam-macam hahaha.

By the way, dalam sedap duk puji benda positif, ada juga benda negatif yang kena ambik tahu. Ada orang kata makan EPO ni sama bahaya macam makan supplement kecantikan sebab dia makanan tambahan yang redundant or berlebihan. Tak payah makan pun takpe sebab amalkan makanan seimbang dah cukup nak dapat all the necessary nutrients untuk atasi masalah luaran dalaman ni semua.


Tapi tu la masalahnya aku ni memang senang pun nak cari makanan yang betul-betul ada sumber omega-6 kan. Banyak pula duit aku nak keluar beli makanan organik kan 🤧


Tak semua orang ada kemampuan untuk all the makanan seimbang shit so yeah I'll stick to my EPO je untuk dapatkan sumber omega-6 aku buat masa ni. Daripada takde langsung kan. At least membantu. InsyaAllah aku kaya nanti aku beli banyak-banyak sumber organik semua tu hehehe

Overall, nak rumuskan yang EPO ni membantu aku atasi masalah hormon tak stabil aku ni sikit demi sikit. Penting untuk aku tulis "sikit demi sikit" tu sebab tak nak la sesiapa yang baca ni macam terus berharap kalau makan EPO nanti masalah jerawat dan senggugut hilang. Lain orang, lain reaksi EPO ni kat badan dia jadi aku nak cakap, try at your own risk. Kalau okey, Alhamdulillah. Kalau tak, cari ikhtiar lain. Don't give up k.

InsyaAllah aku akan teruskan makan sampai stok tu semua habis dan tengok la kalau aku rajin nak update apa jadi lepas habis semua pek 3 botol tu. Harap-harap aku dapat khabar yang indah-indah saja haha.

Setakat tu je dulu buat masa ni. Thank you for reading. Assalamualaikum 😁
SHARE 51 comments

Add your comment

  1. Boleh sy mcm mana nk telan kapsul ni..try telan bnyk kali pn tak boleh masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telan macam makan ubat biasa je. Kapsul dia memang besar so sy banyakkan minum air nak kasi mudah masuk perut hehe

      Delete
    2. Tips saya, kalau makan pil sambil dongak. Kalau makan kapsul sambil tunduk. Selamat mencuba :)

      Delete
    3. Meh nk share sikit tips yang akak selalu buat.. which is ambil sebiji kapsul n sapukan dekat muka.. amalkan setiap masa.. kulit muka jd moisture and soft. 1 kapsul boleh guna hingga 3 hari.. x perlu nk pakai cream pelembab bagai.. cukup guna epo dh cantik dh kulit..bebas kimia yang pasti

      Delete
  2. Saya mmemang dah lama amalkan EPO dari zaman anak dara lagi dan still makan hingga kini.
    Untuk wanita yang tak malu saya declare sudah menopause mmg tiada masalah pening kepala dll.Usia sebegini kulit cepat kering so EPO melembapkan dari dalam. Akhirkata amalkan EPO sampai bila2 ok...

    ReplyDelete
  3. Makan EPO ni boleh naikkan berat badan tak?..teringin nak mencuba sebab period tak normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah so far takde naik berat badan sbb dia takde tambah selera makan pun.

      Delete
  4. Sis saya pernah try consume yg EPO jenama sama dgn yg sis consume tapi botol biru yg + fish oil tu ...consume 3 bulan period pain makin teruk and jerawat naik jadi saya stop dh...hmm should I just try yg only EPO sbb saya pun ada period pain & hormon tak balance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye it's okay tak salah pun klu nak cuba yg EPO sahaja. Tp klu masalah yg melibatkan period pain teruk ni, sy suggest jumpa doktor terus sbb mungkin ada masalah lain mcm cyst ke apa. Klu takde masalah apa², kemudian baru try EPO 🙏🏼

      Delete
  5. Hi sis.. Klau period boleh telan tak EPO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..mana-mana pun takpe . Nak teruskan makan masa period boleh. Nak stop sampai period berhenti pun boleh.

      Delete
  6. Hi sis, kalau saya nak ambil 2 dose sehari tu saya boleh ambil dua-dua biji dalam satu masa atau sya kena makan time lunch sebiji n dinner sebiji?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia recommended maksimum 3 biji sehari so kalau nak makan 2 kali sehari, boleh ambil sebiji lunch & sebiji dinner

      Delete
  7. Sis, supplements nih boleh jadi tak punca kepada cyst?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far yg saya baca pasal EPO ni, takde pula jumpa pasal dia jadi penyebab cyst. Tp boleh buat research sendiri lebih lanjut sbb sy pun tak pakar sangat.

      Delete
    2. Haiii kakkk . Hari ni first time sy cuba EPO ni . mmng payah tul nak telan smpai termuntah balik kapsul tu 🤣 rsa dia aduh . sy makan ni pun sbb lama da xperiod . risau pulak . ni yg bru nak Cuba EPO ni 🙇

      Delete
    3. Period dah ok ke mkn yg ni

      Delete
    4. Hai.. skrng ni sy bru nk try cobsume EPO + fish oil.. baru hari ketiga.. jerawat dh mula naik kt muka sy.. sy consume sbb period xteratur.. what should i do

      Delete
    5. Hi dear. Saya pun consume EPO ni sbb period tak teratur, saya consume sebulan then muka breakout :( Lepastu saya stop sbb tak sanggup muka breakout hahahaa. Tapi alhamdulillah period mmg dtg setiap bulan lepas consume Blackmores EPO tu. Bila stop skin pun dah okay balik. Now saya sambung balik consume tu and skin pun tak breakout dah✨

      Delete
  8. Ada aunty Chinese yg Sy kenal..umur dh dkt 70..sgt cntik kulitnya n happy ja dia..rahsianya dia amlkan epo..that's why Sy cnsume balik epo yg dh ditinggalkan bertahun lama🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khasiat dia memang bagus tp tu la nak istiqamah tu yg payah. Dah la pil besar² nak telan pun tercekik 😂😂

      Delete
    2. Betul ke epo ni mencerahkan kulit?

      Delete
    3. Setakat yg baca ni epo takde bahan yg boleh cerahkan kulit pun. Setakat pudarkan parut/pigmentasi tu mungkin ada tapi tu pun kesan dia tak ketara sangat

      Delete
  9. Untuk yang period tak stabil macam berbulan tak period ok ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je cuba tp kalau period tak stabil ni eloknya jumpa pakar sakit puan. Mungkin dia boleh rekomen pil hormon yg lebih berkesan utk kawal hormon. Sy pernah try haritu sbb period tetiba pendek & senggugut makin teruk. Alhamdulilah now period dah ok balik

      Delete
  10. Cara makan macam mana ya? Lepas makan atau semasa makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halfway masa makan boleh. Lepas makan pun boleh

      Delete
  11. Assalamualaikum..sejak berkahwin haid dah xteratur..kdg2 1 tahun 1kali..skli period nk 2mggu bru kering..drh pun ketul besar Kuar..bole tak Sya try mkn EPO untuk lancarkan kmbli period Sya?..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. EPO lebih kepada kurangkan sakit PMS masa period dgn kebaikan kulit dan jerawat je. Klu utk masalah period tak keluar ni tak tahu berkesan ke tak. Klu lama sangat tak period elok jumpa doktor sakit puan terus sbb bila lama darah tak keluar ni boleh jadi punca benda lain jgk

      Delete
  12. Sy pernah amal ini selama 3bulan dan haid jadi teratur. Sbp sy biasa tdk tentu dtg haid, kdg awl bulan kdg hujung bulan. Tp lps konsume epo. Mmg teratur. Sy mkn yg jenama seven seas. Sy brhnti mkn selama 1tahun alasan sbo saja tukar produk lain. Tiba2. Umur mkin meningkat ni biasalh jerawat mula timbul, kulit kering. So teringat nak cuba balik.

    ReplyDelete
  13. Nak Tya masa awal mkn ada effect macam cirit birit ke apa ke x?

    ReplyDelete
  14. Boleh consume dgn vitamin c tak? Maksud amek vitamin c lepas tu amek evening primrose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Tapi vitamin C ni elok makan 30 minit sebelum makan atau 2 jam lepas makan sbb dia serap better masa perut kosong. Evening primrose oil tu kena ambik dgn makanan. So kalau jarakkan makan 2-2 tu waktu berlainan rasanya lagi efektif kesan dia.

      Delete
  15. Ive tried EPO sebiji sbb menstrual cramps teruk kalau period, lps tu it triggers my gastric quite badly hahah sebiji je makan T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye orang yg ada certain medical condition ada yg tak sesuai dgn epo sbb dia boleh trigger sakit tu. hope you find better cure for the cramps sis ✊🏼

      Delete
  16. untuk umur 40 tahun ke atas, apa kesan terbaik jika ambik primerose

    ReplyDelete
    Replies
    1. antaranya katanya membantu utk masalah osteoporosis (tulang reput) dan menopause sekali. tapi dalam komen sebelum ni ada orang kata bila makin berusia kulit maintain cantik hehe

      Delete
    2. bila dah berumur 40 tahun ke atas period pun macam tak berapa lancar, adakah pengambilan primerose boleh melancarkan lagi period dan boleh tak juga untuk melambatkan menopause hehehe

      Delete
  17. kalau dah consume primerose oil perlu tak consume minyak ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak consume dua-dua pun boleh sbb badan kita perlukan zat omega 3 dan omega 6. cumanya primrose oil hanya ada omega 6 je, takde omega 3. tp minyak ikan ada omega 3. so macam saling melengkapi gitu

      Delete
    2. ok noted. maksudnya omega yang terdapat dalam primerose tak sama dengan omega yang terdapat dalam minyak ikan ye. Tq for the info

      Delete
  18. Boleh ke saya sapu vitamin ni pada wajah?

    ReplyDelete
  19. i baru try dua bulan, alhamdulillah period i teratur. sebelum ni 3 bulan sekali baru period, now dah ok. senggugut kurang, kulit pun makin glowing. Syukur. kalau jenis asyik lupa nak consume, letak kat meja office. confirm tak lupa! 😉

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum 14th nov 11pm minggu lalu saye masuk emergency sebb 1st time kena penyakit dysmenorrhea
    Dia mcm sejenis penyakit cramp masa 1st day period dtg... sakitnya hanya Allah yg tahu... saye sekarang sibuk cari supplement yg bole kurangkan sakit klo dtg period nti... InsyaAllah nak try epo dlm masa terdekat ni belum pernah pun ambil epo sebelum ni... thanks your entry full of information. Semoga Allah merahmati.

    ReplyDelete
  21. Klau tak ada masalah period just jrwat je ok tak klau ambik?

    ReplyDelete
  22. Hai sis Klau amalkan supplemen ni kena banyak minum air tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minum air seperti yg biasa diperlukan badan antara 2-3 liter je. kandungannya cuma ada minyak bunga evening primrose. bukan jenis "suplemen" lokal banyak gula yg founder suruh minum banyak air tu 👀

      Delete
  23. Ada org suggest epo ni utk kulit gatal yg lead to kudis/ezcema. Cuma tak sure berapa mg yg diperlukan. 😅 Saya anak dara umur 20 tahun. Dah pernah makan mcm2 supplement sebelum ni aka shaklee. Boleh sis bantu untuk saya pilih epo yg sesuai? 😬❤

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS