Prosedur Transfer Kredit Di UUM | NaSa

Prosedur Transfer Kredit Di UUM

in , by NaSa, January 27, 2020
Assalamualaikum

[Revamped entry sebab penulisan sebelum ni aku menulis macam tengah mabuk 😂]

Ini adalah entri emergency hahahahahaha

Sumpah aku lupa nak update entri pasal cara transfer kredit masa memula masuk UUM dulu. Lepas student baru UUM hantar DM di Twitter baru teringat “laaaa aku tak tulis cerita pasal tu…”

Padahal tu antara cerita yang aku excited nak up di blog sebab havoc nak mampos kisah kami nak transfer kredit lepas habis orientasi di UUM dulu. Rasa nak menangis hari-hari repeat refresh portal tengok kredit dah transfer ke belum pastu ulang-alik pergi HEA lagi 😂

Alkisahnya…

Pelajar diploma yang sambung degree di UUM ni bernasib baik tau sebab kebanyakannya tak perlu guna silibus dari IPT lama untuk transfer kredit (compared to other universities). Lepas sahkan terima tawaran daripada UUM, pelajar akan dapat softcopy Buku Kriteria Pemindahan Kredit dan Buku Panduan Akademik (untuk pusat pengajian masing-masing).

Dalam Buku Kriteria, ada senarai nama IPT dan subjek diploma IPT tu yang UUM bagi transfer kredit.

Kalau IPT pelajar ada dalam senarai tersebut, dan subjek diploma mereka dikira setara dengan subjek degree UUM, mereka boleh terus isi nama subjek tu dalam borang untuk transfer. Asalkan dapat minima Gred B (3.0) ke atas. Lagi tinggi gred, lagi cerah peluang untuk permohonan transfer diluluskan.

Kalau nak tahu sama ada IPTA/IPTS dan kursus diploma korang ada peluang untuk transfer kredit di UUM, boleh download Buku Kriteria Pemindahan Kredit terbaru di HEA UUM. Borang yang perlu diisi pun ada jadi boleh semak sendiri subjek mana yang layak untuk diisi dalam borang tu.

Dalam Buku Akademik, ada senarai subjek untuk setiap course degree bawah pusat pengajian tersebut. Kena cari la nama course korang dalam tu.

Bakal pelajar UUM yang nak tahu buku panduan untuk course semua pusat pengajian, boleh cari "Academic Handbook" di laman web HEA UUM. Boleh la tengok subjek apa kena belajar masa degree dan subjek apa yang sama dengan diploma masing-masing untuk transfer kredit.

CARA MOHON TRANSFER KREDIT DIPLOMA DI UUM

Untuk mohon pemindahan kredit di UUM ni, ada 2 jenis borang iaitu Borang A (normal case) dan Borang B (special case). Dan terkini dah ada jugak Forbidden Case lol

NORMAL CASE: BORANG A
Ni untuk IPT dan subjek yang UUM dah senaraikan siap-siap dalam Buku Kriteria. Borang A ni hanya perlukan salinan transkrip yang dah disahkan, tak perlu salinan silibus subjek diploma di IPT lama.

1) Semak senarai subjek untuk degree korang di UUM dalam Buku Akademik
2) Cari dalam Buku Kriteria jika subjek degree tu ada subjek setara yang korang dah ambik masa diploma
3) Kalau ada, highlight nama subjek tu dalam salinan transkrip diploma yang dah disahkan, dan isi nama subjek tu dalam borang A
4) Hantar Borang A dan salinan transkrip tu kepada UUM

Borang A ni boleh guna untuk SEMUA subjek setara dalam Buku Kriteria. Tak kisah subjek tu bawah pusat pengajian mana pun. Kalau senarai tu ada nama subjek ABC dari pusat pengajian XXX, dan kau ambik subjek ABC tu masa diploma, BOLEH TRANSFER subjek tu walaupun kau pusat pengajian ZZZ. Sebab ada orang ingat cuma boleh transfer kredit untuk subjek bawah pusat pengajian sendiri je 😅

It's not ye. Bukan nama pusat pengajian tu yang penting. Tapi nama subjek tu dalam Buku Kriteria. Kalau ada dalam transkrip diploma memasing, kau transfer je semua.

SPECIAL CASE: BORANG B
Guna kalau nama subjek diploma korang tak ada dalam senarai UUM, tapi isi subjek diploma tu rasa macam sama dengan subjek degree korang dalam Buku Akademik. So boleh cuba fight untuk transfer kredit tu melalui Borang B. Tapi kena lampirkan sekali salinan silibus subjek diploma tu.

HEA UUM akan review silibus diploma tu. Kalau persamaan antara 2 subjek tu tinggi lebih 80%, boleh la transfer. Tapi kalau HEA rasa tak sama, korang kena la belajar balik.

1) Isikan nama subjek diploma dan subjek degree tu dalam Borang B
2) Highlight nama subjek diploma tersebut dalam salinan transkrip yang dah disahkan
3) Sertakan salinan silibus subjek diploma yang dah disahkan oleh pensyarah subjek @ pegawai kerajaan Kumpulan A
4) Satu Borang B untuk satu pusat pengajian. Kalau ada 4 subjek nak fight mohon tapi semua dari 4 pusat pengajian berlainan, kena guna 4 helai Borang B. Jangan gabung dalam satu borang
5) Hantar Borang B dan salinan transkrip + salinan silibus tu kepada UUM

Pesanan daripada kawan aku.
Dia tertukar syllabus dengan syllables tu tapi faham kan arahan di sini kena buat apa?

Contoh silibus subjek @ course outline @ scheme of work @ anything your IPT may call it.
Basically dokumen yang ada nama subjek, learning outcomes, content, etc.

FORBIDDEN CASE: SUBJEK TIDAK SETARA
Buku panduan kredit UUM sekarang ada jugak senarai subjek tidak setara. Maksudnya, ni subjek yang pelajar dulu-dulu dah mohon untuk transfer kredit melalui Borang B, tapi UUM reject sebab isi silibus tak sama. So subjek ni dah tak payah try isi dalam Borang B la sebab memang takkan diterima.

Contoh kursus yang UUM pernah review tapi rasa tak setara dengan subjek dia. Ni kau tanya aku 10 kali pun, subjek yang dalam jadual merah macam ni memang tak boleh mohon transfer 😅

ADA FAHAM?

Anywayyyy... Pastikan korang check betul-betul senarai subjek dalam Buku Kriteria UUM dan transkrip diploma untuk pastikan tak terlepas pandang subjek setara yang boleh dimohon. Sebab permohonan transfer kredit hanya boleh dibuat sepanjang TIGA MINGGU PERTAMA SEMASA SEMESTER 1 SAHAJA.

Habis tempoh yang diberi masa semester 1 tu, korang dah tak boleh mohon dengan mana-mana borang. Padahal boleh jimat lagi banyak masa untuk degree tu. Tak ke melepas?

JADI PASTIKAN HANTAR SEMUA BORANG TRANSFER KREDIT TU SEBELUM TARIKH TUTUP TAU!

PENGALAMAN AKU TRANSFER KREDIT

Macam aku dari Kolej Profesional MARA (KPM) kan dan Alhamdulillah KPM tersenarai antara IPT yang UUM iktiraf. Dan diploma aku iaitu Business Studies ada banyak subjek setara dengan subjek degree aku di UUM yakni International Business Management (BIBM).

Jadi aku boleh terus isi nama subjek tu dalam Borang A dan highlight dekat transkrip.

Contoh subjek diploma KPM yang aku boleh mohon untuk transfer kredit.

Kalau korang pelajar KPM jugak, kena check elok-elok senarai Buku Kriteria UUM tu sebab lain KPM, lain nama subjek (ada yang nama dekat-dekat tapi isi subjek tak sama). Jadi kena pastikan subjek yang UUM terima tu memang sama dengan subjek yang korang ambik di KPM masing-masing.

Haritu ex-student KPM cawangan lain ada DM tanya sama ada subjek diploma dia boleh transfer atau tidak, sebab nama diploma hampir sama sebijik dengan nama subjek UUM tapi kod subjek KPM dia tak sama dengan kod yang UUM terima. Kalau kes begini, kena cuba mohon guna Borang B la.

Subjek dalam course BIBM yang setara dengan subjek diploma aku

Mula-mula tu, aku highlight subjek diploma KPM yang sama dengan subjek degree aku je. Tapi menurut Aimi, roommate aku yang dah senior sem 4 masa tu, boleh je mohon SEMUA subjek diploma kita yang ada dalam Buku Kriteria, tak kisah sama ada subjek tu berkait dengan degree kita atau tidak.
Contoh:
Subjek Fundamental Business English dalam transkrip aku tu tak ada kaitan dengan degree aku pun sebab tak boleh ganti apa-apa subjek yang aku akan belajar di UUM nanti.

Tapi sebab subjek tu bawah pusat pengajian SLCP, bukan SOIS (pusat pengajian aku), so boleh la aku guna subjek tu untuk isi slot free elective. Jimat masa sebab dah tak payah belajar subjek lain untuk slot tu ✨
So kalau nama subjek tu ada dalam DUA-DUA Buku Kriteria dan transkrip diploma korang, TERUS ISI SEMUA SUBJEK TU DALAM BORANG A. Biar transfer lebih subjek daripada transfer tak cukup 😂

Penuh 2 helai borang lol

Aku tak guna borang B sebab takde keperluan dan leceh. Member yang ambik Business Admin je ada guna sebab course mereka ada Mandarin 1-3 as core subjects (wajib ambik). Masa di KPM dulu pun dah belajar Mandarin kan so berulang la. Jadi mereka isi borang B untuk Mandarin dan sertakan silibus sekali. Sayangnya Mandarin 1 saja boleh transfer. Mandarin 2 dan 3 kena belajar semula huhu

Tapi sekarang KPM dah rombak subjek Mandarin jadi 2 subjek je so aku tak tahu subjek Mandarin baru tu diterima atau tidak di UUM untuk transfer kredit 🤷🏻‍♀️

CARA HANTAR BORANG PERMOHONAN TRANSFER KREDIT DI UUM

Untuk hantar borang permohonan transfer kredit UUM ni, ada DUA (2) cara.
1) Hantar by-hand ke pejabat HEA UUM lepas daftar masuk UUM dan habis orientasi
2) Hantar secara pos ke pejabat HEA melalui kurier sebelum masuk daftar ke UUM

Pesanan ikhlas aku, ELOK HANTAR SECARA POS. Sebab nak tunggu transfer kredit tu lulus, LAMA sebenarnya. Lepas habis tempoh add/drop subjek dalam jadual pun belum tentu lulus lagi. Aku tak tahu dulu sebab tu aku hantar by-hand lepas masuk UUM. Pastu kan, trauma aku 😭

Lihatlah lambakan manusia di bus stop depan sana tu.

Tarikh bersejarah 10 September 2018, belum pukul 8 lagi aku dah menapak ke bus stop nak pergi ke U-Assist. Saja gerak sekali dengan Aimi yang nak pergi kelas (sebab dia nak usya lecturer best ke tak best). Aimi la yang tunjuk jalan nak berhenti di mana untuk pergi ke U-Assist. Tapi awal sangat aku sampai.

Ye? Nak apa datang pepagi sangat ni?

Pintu gril U-Assist tu pun tutup lagi haha. Hampir 8.30 camtu baru U-Assist buka. Ada staff tanya nak buat urusan apa, aku kata la nak hantar borang transfer kredit. Dan-dan juga dia kata untuk batch aku masa ni, bukan U-Assist yang proses permohonan kredit. Kena pergi ke pejabat HEA. Pulekkkk…

Satu kerja kena menapak ke bangunan HEA. Nasib baik dekat depan tu je. Tapi signboard HEA tu serupa nak bagi kuman baca. Dah la aku masa ni belum buat spek. Melilau aku depan bangunan tu.

Brader ni tengah cuci tangga sebenarnya tapi nampak macam dia posing depan kamera aku lmaoo

Datang-datang je dah ramai...padahal aku dah gerak awal tadi...

Ramainya kanak-kanak diploma~
Btw sorry kalau gambar ni nampak pelik. Aku ambik gaya paparazzi sebab tu gelap and bila edit terus jadi kelakar 😂

Dalam pukul 9 macam tu, kawan-kawan aku pun sampai juga ke sini. Tu pun meriah group whatsapp minta location, pastu sesat pula cari tangga sebab tangga dah serupa laluan rahsia Harry Potter 🤣

Awal-awal taknak isi, kat HEA juga baru semua nak conquer satu meja hahaha

Lepas sekian lama buat meja di HEA ni macam hak milik sendiri, kami pun hantar la borang ikut nombor giliran masing-masing. Dan masa ni baru timbul erti penyesalan tak buat proses transfer kredit awal-awal. Baru rasa rugi tak isi borang dan hantar melalui pos sebelum hari pendaftaran 😢

Aku ingatkan lepas hantar borang, HEA proses tekan-tekan key-in data gitu je dan terus lulus. Tapi mungkin sebab pelajar ramai, nak proses sorang-sorang tu makan masa especially kalau ada guna Borang B. So lama la nak tunggu subjek yang dah transfer kredit tu masuk dalam portal pelajar UUM.

Dan benda ni jadi masalah sebab selagi kredit subjek belum dipindahkan, pelajar ex-diploma ni tak dapat add subjek lain dalam jadual kelas. Nanti sistem add/drop online UUM tu tendang sebab "tak cukup prasyarat." Dah la kebanyakan subjek teras yang kami nak add tu memang ada prasyarat.

Contoh:
Aku nak add: International Business Policy (core subjects for my BIBM degree)
Prasyarat: International Business (dah belajar di KPM)
……tapi sebab kredit International Business di KPM belum dipindahkan ke UUM, aku tak boleh la add subjek International Business Policy tu 😗

Nak add subjek lain yang tanpa prasyarat (macam subjek English), mostly dah penuh pula. Bila tak boleh add subjek, jam kredit untuk lulus semester pun jadi sikit (minimum 12 jam, maximum 21 jam). Tak nak ah belajar sikit-sikit dalam satu sem. Nanti grad lambat.

Pada masa sama, takkan nak redah ambil subjek yang dah belajar masa diploma dulu semata-mata nak cukupkan jam kredit kan? Rugi la slot kelas yang patutnya boleh ambil kelas lain tu kalau repeat belajar benda sama. Tujuan orang transfer kredit diploma ni sebab nak jimat masa dalam degree tau.

Jalan terakhir, kami try add secara manual di pusat pengajian untuk cuba masuk ke mana-mana kelas.

Dekat pukul 1 baru kami blah dari HEA.
And aku nak ambil gambar fountain depan tu tapi Aiman pula ter-photobomb luls

Nak buat add/drop manual ni, kena pergi ke pusat pengajian yang offer subjek tu. Contoh, kalau nak add subjek berkaitan bisnes, kena pergi ke School of Business Management (SBM). Untuk subjek logistik, kena pergi School Of Technology Management & Logistic (STML). Macam tu la.

Ataupun boleh terus ke pusat pengajian kita sendiri. Pegawai di sana boleh juga tolong kita add subjek dari pusat pengajian lain tapi untuk subjek yang masih ada kekosongan je. Kalau kelas subjek tu penuh, kena pergi mohon sendiri jugak di pusat pengajian yang offer subjek tu.

Tapi pusat pengajian aku di SOIS tu jauh pulak dan dalam geng kami, aku sorang je sesat situ. Malas bhai gerak solo. Jadi aku ikut member yang Business Admin dan Marketing pergi ke pusat pengajian diorang di SBM. Alang-alang ada subjek bisnes yang sama dalam course kami, boleh apply sama-sama.

Jauh kami datang UUM ni dari kolej di Melaka, dah dia suruh balik ke Melaka lagi.

Sesi petang start 2.30.....

Sampai-sampai je, staff tengah rehat. Kemain lama gila tunggu staff buka pintu tau. Tapi keputusan sama je hampeh. Lepas isi borang add manual dan sekian lama beratur, akhirnya staff SBM kata apa? 

"Selagi permohonan transfer kredit belum diluluskan, awak add manual pun sama je tetap tak boleh.” Lmao kecewa aku masa tu. Tak tahu la nak nangis ke nak apa. Mujur aku jumpa pegawai tu bukan melalui beratur sendiri tapi menyibuk masa turn Aiman sebab nak tahu pegawai tu cakap apa.

Elok dapat tahu pasal tak boleh add tu, memang terus balik la. Buat apa lagi aku nak sambung beratur kan. Qila je rasanya yang dapat tambah satu subjek melalui add manual tu. Masa ni rasa cam mujur la aku tak naik bas pergi SOIS. Nanti buat penat je travel jauh-jauh tapi hasilnya hampa lol

(Actually boleh je pergi pusat pengajian lain untuk add subjek yang takde prasyarat macam SLCP untuk subjek English @ Mandarin, CAS untuk subjek university core. Tapi sebab kami dah spend masa seharian di HEA dan SBM, dah tak larat nak pergi pusat pengajian lain. So redha je balik inasis memasing 😢)

Penantian itu satu penyeksaan. Masa tunggu keputusan transfer tu, meriah group WhatsApp kami tanya "kredit kau dah transfer ke belum?" Kejap orang tu, kejap orang ni kata dah pergi HEA untuk follow-up tapi staff kata masih dalam proses. Sedih. Mujur berjaya jugak kami add subjek lain untuk cukupkan 18 jam kredit. Dapat kelas TITAS paling petang pukul 4.00 dan paling jauh di DKG 7 (SOIS) pun redha je.

Nak tahu bila keputusan transfer kredit tu masuk dalam portal UUM aku?
SEMINGGU kemudian. Sesi add/drop subjek online dan manual pun dah habis masa ni 😑

Tapi waktu kelulusan ni mungkin berbeza bagi setiap orang tau. Ada yang dapat cepat, ada yang lambat. Kawan aku yang senior 2 sem daripada aku dulu katanya hujung sem baru dia dapat keputusan transfer kredit tu. Naya huhu

Hantar borang 10/9, keputusan lulus 18/9 lol
Penuh suka duka perjalanan nak transfer kredit ni nye punnnn aduiiii

Total subjek yang berjaya dipindahkan: 13
Total subjek yang dikira untuk course BIBM:  9
Dah jimat satu semester lebih kat situ 🎉

Ada orang tanya "Kalau pelajar Diploma in Accountancy (DIA) KPM sambung di UUM, berapa banyak subjek dia boleh transfer kredit?" Bernas soalan tu hakhakhak. Aku pun tak terlintas nak masukkan sebab aku cerita dari POV aku sebagai student Diploma in Business Studies (DBS)  je 😅

Anyway, ni contoh subjek-subjek yg pelajar DIA dari KPM boleh transfer di UUM.

Kredit: Abang Aminuddin my pren.
Tengok tarikh dia lulus tu 13/9 pulak, awal 5 hari daripada aku. So queue lulus tu memang ada yang cepat dan lambat

Kawan aku ambik Degree in Accountancy kot? Dan ada dalam 10 subjek yang related dengan degree dia so sama macam aku la jimat 1 sem. Kalau dia sanggup sumbat 6-7 subjek dalam jadual setiap sem, boleh je habis lagi cepat. Tapi dia bagitau "aku nak rilek-rilek je" so dia habis la dalam 7 sem 😂

**Aku tahu jumlah subjek untuk diploma Akaun ni pun sebab kawan aku yang bagitau. Program diploma selain Business Studies dan Akaun KPM + untuk course degree lain, aku tak tahu.

Untung kan pelajar diploma sebab boleh transfer kredit dan jimat-jimat semester. Tak pun boleh rilek je sepanjang degree ambil 5-6 subjek je setiap sem sebab dah tak banyak baki subjek kena ambik di UUM. Sesuai la dengan effort kena naik turun tangga HEA banyak kali tu huhu

Tapi penat tetap penat. Bukan setakat badan, emosi dan mental sekali sebab nervous takut tak cukup jam kredit sebelum add/drop habis. Dan hati tak rela nak add subjek yang dah ambik masa diploma haha. Sebab tu kalau korang tanya, aku akan suggest buat permohonan transfer ni SEBELUM daftar.

Boleh je isi borang tu siap-siap dan highlight semua subjek yang nak transfer di transkrip pastu pos ke alamat Jabatan HEA UUM. Nanti lepas daftar, InsyaAllah semua kredit dah dipindahkan dan korang tinggal add subjek dalam jadual je. Doa la bebanyak agar cepat setel.

Alamat HEA UUM in case you need it. Tapi dah tukar kepada UNIT PENJADUALAN.
Ni boleh dapat dalam Buku Kriteria tu berserta tarikh last korang boleh pos borang tu ke UUM.

Serius cakap kalau aku tahu pos lagi cepat siap, baik aku pos. Alang-alang abang ipar aku posmen 😂

Then again, ni bukan paksaan untuk anda hantar secara pos. Aku faham yang lain orang, lain preference. Suka hati la nak hantar secara pos atau nak hantar sendiri di UUM. Aku bagi ni sebagai cadangan la sebab sis trauma and kalau boleh, aku nak elakkan orang lain daripada terkena juga.

Sebab lepas jadi senior ni, masa add/drop manual selalu terjumpa adik-adik yang senasib iaitu tak boleh add subjek online sebab baru apply transfer kredit, pastu nak try add manual pun tak boleh jugak. Kesian. Dah la ada pusat pengajian yang suruh print borang sendiri untuk add manual. Imagine dah penat cari kedai print, pastu beratur lama gila, tapi akhirnya tetap tak boleh add. 2 kali ganda kesian 😌

FAQ BERKAITAN PROSES TRANSFER KREDIT DI UUM

Q: Berapa semester aku jimat lepas transfer kredit?
A: Alhamdulilah jimat 2 semester sebenarnya. Selain sebab dah banyak transfer kredit, aku ambik 6-7 subjek setiap sem jugak. Jadi lagi cepat habis la. Daripada 4 tahun tempoh pengajian (8 semester), aku berjaya pendekkan jadi 3 tahun (6 semester) termasuk tempoh untuk praktikum.

Aku sepatutnya habis kuliah masa sem 5 dan habis praktikal masa sem 6. Tapi sebab aku tangguh semester 3 untuk jaga mak sakit, aku habis kuliah masa sem 6 dan habis praktikal waktu sem 7. Jadi tempoh belajar aku sama je seperti anggaran mula-mula iaitu 3.5 tahun (jimat satu semester).

Tak apa la. Benda kecemasan tak dapat dielakkan 😌

Q: Saya lepasan diploma dari *MASUKKAN NAMA IPT*. Kalau nak masuk UUM, boleh ke transfer kredit?
A: Tengok gambar bawah. Kalau ada nama IPT korang dalam jadual tu, ada la peluang subjek diploma korang pun ada dalam senarai setara yang diterima UUM untuk transfer kredit.

Klik untuk besarkan.

Q: Kalau diploma *XXX* ambil degree *000*, berapa subjek boleh transfer kredit? Jimat berapa sem?
A: Depends pada course degree dan juga subjek diploma korang.

Honestly soalan ni kalau kau tanya pegawai HEA UUM pun belum tentu dia tahu, apatah lagi aku lol. Mana la kami tahu korang belajar apa masa diploma, akan ambik apa masa degree, dan berapa subjek diploma IPT korang tu yang UUM bagi transfer kredit 💆🏻‍♀️ Semua bergantung atas individu tu sendiri.

PERLU INGAT, lain course, lain tempoh belajar (3 tahun, 4 tahun, 4.5 tahun). Dan lain course, lain jugak jumlah subjek boleh transfer kredit. Kalau degree bidang hampir sama dengan diploma, banyak la subjek setara. Hasilnya, makin pendek tempoh dia belajar. Tapi kalau sikit je subjek setara, lama la belajar.

Macam kawan aku Fatin diploma Business Studies dan sambung degree Business Admin, dia jimat 2 semester sebab subjek diploma tu banyak yang setara dengan subjek degree dia. Tapi kawan aku Aqilah walaupun diploma Business Studies juga, degree dia Marketing. Jadi dia jimat 1 semester je sebab degree tu ada banyak subjek baru yang tak ada dalam diploma dan dia kena belajar semua.

Selain tu, gred masa diploma pun mainkan peranan. Kalau subjek boleh transfer untuk degree tu banyak, tapi gred diploma korang bawah daripada B, tak lulus jugak. Jadi tak perlu compare tempoh korang belajar sebab subjek diploma, course degree, dan gred kita dengan orang lain berbeza-beza.

In fact, kalau korang ada kawan dari diploma sama, masuk degree sama, transfer kredit utk jumlah subjek yang sama pun, belum tentu grad sama-sama. Mungkin sorang ni kental belajar 7 subjek setiap sem untuk habis cepat, tapi sorang lagi takleh pressure tinggi so dia relaks je ambik 4-6 subjek. Belum masuk kemungkinan kena repeat lagi. Siapa tahu 🤷🏻

Q: Macam mana nak guna subjek diploma sebagai free elective supaya tak perlu belajar masa degree?
A: Isi borang Elektif Bebas dan hantarkan ke Jabatan HEA UUM untuk mereka majukan kepada dekan Pusat Pengajian anda.

Macam ni borangnya.

Kenapa kena isi borang? Sebab HEA tak boleh terus alihkan subjek yang kita transfer tu ke slot free elective. Mereka kena hantar kat Dekan dulu. Kalau Dekan luluskan, baru HEA boleh bertindak. Borang ni elok hantar guna emel pelajar kat Microsoft Outlook UUM tu. Senang dia nak sahkan identiti kita.

Ke kalau guna emel biasa pun boleh. Masukkan la maklumat diri dalam intro tu cakap nak request apa.

Borang Elektif Bebas ni boleh download dari website HEA. Cuma isi bahagian A dan B, pastu emel kepada hea@uum.edu.my. Lepas Dekan luluskan, HEA akan kemaskini data subjek kita dalam portal.

Contoh permohonan aku diluluskan haritu dan slot free elective dah dikemaskini dalam portal UUM

Nota: Permohonan ni boleh buat LEPAS dah transfer kredit. Pastikan subjek untuk free elective tu dari pusat pengajian lain. Macam aku kan dari School of International Studies (SOIS), boleh la guna subjek Statistics ni untuk free elective sebab tu subjek bawah School of Quantitative Sciences (SQS).

Q: Subjek diploma 2 jam kredit, tapi subjek setara di UUM 3 jam, boleh ke mohon transfer? Kata nak 3.0?
A: Yang UUM tulis 3.0 dalam Buku Kriteria tu merujuk kepada gred, iaitu Gred B. BUKAN pasal jam kredit.

Part ni aku rasa ramai keliru sebab sama-sama nombor 3 kan. Tapi yang UUM tekankan 3.0 tu adalah nilai gred. Kalau Gred A orang panggil 4.0, so 3.0 tu merujuk kepada Gred B. Tengok jadual bawah ni.

Hanya Gred B dan ke atas saja diterima untuk transfer kredit. Kalau dalam sebutan nombor, hanya gred 3.0 ke atas la.

Lagi sekali sis ulang: Kalau nama subjek diploma korang ada dalam senarai subjek setara Buku Kriteria UUM, maksudnya BOLEH mohon transfer kredit. Sebab UUM dah review silibus subjek diploma tu dan rasa setara dengan subjek dia. Tak kisah walaupun berbeza jam kredit waktu diploma.

Keyword di sini, SILIBUS TU DAH DIKIRA SETARA OLEH UUM. Kalau UUM tak terima subjek 2 jam kredit, mesti dia tak letak dalam jadual setara tu kan. Dah la kebanyakan subjek UUM tu memang 3 jam kredit.

So, abaikan nama pusat pengajian, abaikan nilai jam kredit waktu diploma, dan tak kisah kalau degree korang tak sama aliran dengan diploma pun, kalau nama subjek tu ada dalam jadual setara UUM dan transkrip diploma korang, dan korang dapat B ke atas untuk subjek tu, ISI TERUS DALAM BORANG A.

Ni kalau dah berapa kali ulang pun tak faham dan tanya soalan sama lagi kat DM media sosial aku, siap.
Aku block hahahahahah okbai

Tu je la kot cerita pasal transfer kredit diploma di UUM ni. Harap-harap isi yang dah dikemaskini ni lagi mudah difahami berbanding cerita aku dulu haha. Akhir kata, semoga entri ni membantu serba sedikit untuk korang yang nak masuk UUM tu.

Paling penting, ni prosedur transfer kredit di UUM sahaja, berdasarkan pengalaman aku masa tahun 2018, daripada Diploma in Business Studies KPM, untuk degree International Business Management.

Diploma IPT lain mungkin lain jumlah subjek yang diterima untuk transfer di UUM. Universiti lain pun aku tak tahu proses transfer kredit dia macam mana; nak silibus ke tak, banyak subjek yang diterima ke tak, etc. Kalau tanya aku pun jawapan aku akan mostly "tak tahu" atau "tak pasti".

Eloknya benda camni tanyalah wakil MPP di IPT anda. Biasanya diorang ada IG atau FB MPP so try la cari.

*Untuk lebih banyak cerita aku masa bergelar pelajar UUM dulu, boleh singgah Pengalaman hidup di UUM. Selamat belajar, semua ❤️

That’s all for now. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 114 comments

Add your comment

  1. haii, saya nak tanya sikit.. boleh ke kalau kita transfer credit but mase dkt dip jam kredit dia 2.0 je tp kat uum ni 3.0 , so lulus ke nk transfer credit tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii. My friends pernah try buat camtu & isi je subjek tu walaupun bawah 3.0 tp tak lulus pun utk transfer kredit. Memang yg 3.0 ke atas je UUM terima 😅

      Delete
    2. Kejap macam ada salah faham pula 😅 Kalau jam kredit antara subjek IPT lama & UUM tak sama tapi subjek tu ada dalam senarai yg UUM benarkan, boleh la transfer. Kalau tak, boleh try apply guna borang B.

      Untuk gred, hanya subjek yg dapat 3.0 (B) ke atas akan dipertimbangkan untuk transfer kredit. Kalau bawah dpd tu (C ke bawah), biasanya tak dapat. 🙏🏼

      Delete
    3. memang gred B ke atas je yg boleh ke? kalau B- boleh tak?

      Delete
    4. Ya hanya gred B dan ke atas sahaja dibenarkan utk apply transfer. B- dan ke bawah tak diterima

      Delete
  2. Hi nak nak tanya, adakah semua IPTA sama? Boleh ke kalau nak transfer credit dkat UPM,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua IPTA sama. Kalau macam UiTM, pelajar diploma yg bukan dari UiTM takleh transfer kredit. IPTA lain pula maybe benarkan transfer kredit tp kena bagi sekali salinan silibus subjek masa diploma dulu. Proses setiap IPTA lain² so kena check requirement dgn IPTA tu sendiri

      Delete
  3. Hi assalamualaikum nak tanya duration untuk habiskan degree dekat uum berapa tahun yea jika kita dah transfer credit (untuk budak kpm)? Another question is,macam dekat kpm kita short sem (7 weeks) and long sem (14weeks) dekat uum macam mana yea duration sem dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tempoh lain² tak kira la utk budak kpm or kolej lain. Depends kpd berapa banyak subjek related dgn course yg transfer & berapa tahun tempoh course tu kat UUM sbb ada course yg 4 tahun, ada yg 3 tahun lebih. Dan depends jgk kepada cara student susun jadual utk setiap sem. So klu transfer kredit banyak, tempoh course pendek, gand ambik maximum 7 subjek setiap sem, boleh la habis cepat, and vice versa. Kat sini ada 2 long sem (14 weeks each) and cuti 3 bulan. Short sem mungkin ada jgk masa cuti panjang tu tp rasanya optional kpd student yg nak je.

      Delete
  4. SALAM.. SYA NAK TNYA.. MCM SYA DARI DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN NAK SAMBUNG KE BACHELOR IN INTERNATIONAL BUSINESS RELATED dgn transfer credit.. yg pertama sebab nk singatkan tempoh pengajian la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak Transfer Credit ke IIUM lebih kurang sama kan Cik?

      Delete
    2. Lain-lain IPT tak sama proses dia. Kawan pun ada kata IIUM tak banyak yg boleh transfer kredit diploma sbb content subjek kat sana lain dgn diploma so kena belajar semula.

      Delete
  5. Maknanya kalau sem 2 nak transfer kredit tak boleh lah kan? Dah nak habis sem 1 baru perasan ada subjek yang boleh transfer kredit :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh rasanya sbb dalam buku panduan utk transfer kredit tu pun ada tulis boleh mohon masa sem 1 je.

      Delete
  6. Hi, nak tanya sikit kalau politeknik masuk ke UUM boleh transfer credit?Adakah murid politeknik boleh masuk UUM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je masuk, takde masalah. Politeknik pun termasuk juga dalam senarai IPT yg UUM benarkan utk transfer kredit so kalau student politeknik tu lulus dalam gred minimum utk transfer, boleh je mohon.

      Delete
    2. Ok terima kasih ya

      Delete
  7. Kakak nak tanya perisitiwa yang luar topik sikit.Adakah Kakak ada kawan yang sebelum tu belajar dalam politeknik diploma logistik dan dapat UUM ? Bolehkah kakak berkongsi pengalamannya (pointer berapa boleh masuk) untuk mencapai ke UUM atau universiti lain sebab saya sangat risau tak boleh dapat😣😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la pula kawan dari poli so taktahu la pasal pointer etc tp klu result ok InsyaAllah boleh je masuk

      Delete
  8. Kak. Saya student kemasukan bulan 10 ni 😭 nak tanya, betul ke boleh pos dulu sekarang ni? Sebab saya cari juga alamat yg macam akak send tu kat doc, tapi takde pulak.

    And, transkrip tu akak minta pengesahan gred A ke? Sekarang punya dia minx pengesahan pegawai IPTA/IPTS masing2. Cemana ea kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sem yg lepas-lepas tanya ex-roommate dan kawan² yg senior, semua kata mereka boleh mohon secara pos 🤔 batch akak dulu dapat alamat tu dalam lampiran utk borang A dan borang B. Nama dokumen "MAKLUMAN DAN BORANG PERMOHONAN". Try check ada tak awak dapat dokumen tu?

      Ye dulu kami kena minta pengesahan pegawai gred A je takde pula dpd pegawai IPT. Tak tahu la kot sistem dah berubah. Ni elok tanya MPP or senior yg handle inasis/orientasi. Boleh ajukan di FB MPP atau masuk group intake/course/inasis. Selalunya ada group ws yg mereka buat utk bakal junior setiap sem

      Delete
    2. Okay kak! ^^

      Kak nak tnya, kursus setara tu x bole letak byk ea? Means cth 'principle of marketing' di ipt lama tu kita nak letak dalam 2 @ 3 subjek lain lain di uum.. Di borg B

      Delete
    3. Semua subjek yg nak transfer tu kena ada kod yg setaraf di UUM. Mcm contoh principle of marketing tu cuma dianggap setaraf utk satu subjek je di UUM so cuma boleh mohon utk subjek tu sahaja, tak boleh mohon utk subjek lain dah

      Delete
  9. assalamualaikum kak, saya nak tanya. Dulu saya ambil business accounting and saya nak transfer credit untuk degree nanti tapi kod subjek ipt dulu tak sama dalam buku panduan. Jadi saya kena isi borang B ye? and kalau macam silibus tu nak dptkan dekat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ya klu ada masalah nak transfer kredit tp kod tak sama boleh try guna borang B. Silibus kena dapatkan dari IPT lama masing-masing. Boleh try minta drpd lecturer yg ajar subjek tu

      Delete
  10. Adakah pointer akan terjejas kalau kita transfer credit? Contoh kita transfer credit untuk subjek fundamental of accounting sem 1 tapi subjek tu kita dapat B time diploma. Adakah kita akan dapat B juga untuk subjek tu di UUM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan terjejas. Pointer di UUM hanya utk subjek yg belajar di UUM je. Bila transfer kredit, subjek tu akan terus ditanda dah lulus & takkan keluar dalam transkrip degree sbb dia dah ada dalam transkrip diploma.

      Delete
  11. Hi sis, sorry tanya soalan tiba-tiba je. hehehe, tapi saaya nak tanya biasanya berapa lama ye HEA proses borang A dengan borang B tu? Sebab saya still menunggu untuk transfer beberapa subjek lagi. Thank you in advance sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk borang A, klu macam kes kami ni paling cepat keputusan transfer keluar lepas seminggu. Tp klu macam my friend yg senior, paling lambat ada keputusan yg keluar masa hujung sem 1 tu.

      Borang B biasa ambil masa lagi lama sbb HEA nak kena check dulu silibus IPT lama tu sebelum decide boleh transfer ke tak.

      Tp dengan keadaan covid sekarang, mungkin dua² borang lambat sikit la sbb UUM dah start work from home so kot la ambik masa nak baca emel setiap pelajar utk transfer tu.

      Delete
  12. kak nk tnya klau dlm sistem transfer kredit yg kita mohon dh ada dlm sistem,kiranya itu bukan lulus lagi ya.Kita kna tunggu tgok credit application status la ya kak nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada senarai subjek tu dalam tab "Credit Transfer", kira dah lulus la tu. Boleh pergi ke [Academic > Course Listed per Program Structure > Program Structure] utk tengok senarai penuh subjek yg dah transfer dan baki subjek yg tinggal.

      Kalau subjek tu ada tulis "KP" dan kotak hujung dia ada "PASS" warna hijau, dah selamat lulus la tu

      Delete
  13. Hi nak tanya. Apa beza pengecualian pemindahan kredit dgn gred/pemindahan kredit tanpa gred ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em tak pasti la pula. First time dengar 😅

      Delete
  14. Hi assalamualaikum nak tanya, kalau subjek umum uni boleh transfer ke? Contoh masa diploma saya belajar bahasa arab 1 & 2. nnti sem 3-4 degree, di ipt saya kena belajar bahasa asing lagi (which is boleh pilih arab, jepun...). Lagipun jam kredit pun sama. Rasanya Boleh ke tak eh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sebelum tu, ni soalan utk transfer di UUM atau general utk mana² IPT? Sbb lain² IPT lain cara dia.

      Klu UUM ada subjek umum yg boleh transfer, ada yg wajib belajar. Utk subjek bahasa pun depends pada course masing². Ada yg wajib belajar bahasa asing based on 2 keadaan:
      1) bebas pilih mana² bahasa
      ---boleh try transfer kredit bahasa masa dip tu guna borang B. Tp tengok atas budi bicara HEA. Ada yg dibenarkan transfer bahasa 1 je pastu 2&3 kena belajar balik

      2) wajib belajar Mandarin je.
      ---Yg ni wajib belajar la. Dan masih boleh transfer kredit subjek bahasa masa dip tu & masukkan di bahagian elektif bebas. Jimat 1 subjek

      Delete
  15. Salam kak,nak tanya lah. Saya nak cuba transfer credit dari ipt lama. Cth saya dari diploma animasi. Tp nnti start sem 3 saya perlu pilih kursus elektif. jika saya taknak ambil elektif animasi tp saya ambil elektif lain, macam mana dengan subjek yg saya nak transfer tu ye? Sbb nnti masa sem 3 akan ada iv utk kursus elektif tu. Pastu, Kalau saya pilih elektif animasi pun tp cth iv saya failed, saya akan diletakkan di mana mana elektif oleh fakulti. Adakah subj yg saya transfer tu akan burn mcm tu je ke? So apa pendapat akak kalau kes saya ni hahah saya confuse kak. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Akak pun keliru soalan ni sbb 1st time pula kes ada iv 😅 tp utk course creative industry UUM yg ada animasi etc tu bukan iv before masuk je ke? Taktau pula ada iv juga utk elektif.

      yes kalau ada transfer subjek diploma tp subjek tu tak boleh guna utk ganti mana² subjek degree, kredit yg transfer tu kira tersadai camtu je la. Unless klu ada subjek tu yg under fakulti lain, boleh isi utk elektif bebas.

      Tp utk elektif/minor ni rasa tak banyak pun subjek yg boleh transfer sbb kod dia banyak yg start dgn 3000. Utk transfer kredit ni subjek yg kod 2000 ke bawah je. So either way sama je kena belajar semua

      Delete
  16. saya pun dari KPM. saya nak confirmation, apa yang saya faham kalau kos saya di kpm same dgn kos di uum jadi saya boleh transfer dan saya boleh jadikan subjek tersebut menjadi free elective kan?

    sec quest: mmg boleh apply for credit transfer even before the day of registration ye? means bende ni boleh buat online?

    third: if dah transfer credit n then subject for that sem tak cukup quota minimum means pointer akan jadi teruk la kann (in case of tak dapat apply add sub)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) ya kalau ada lebihan subjek yg transfer tu, boleh isi free elective asalkan subjek tu tak termasuk dlm core degree yg dipilih. Contoh degree finance tp subjek tu bawah fakulti statistik, boleh la guna as free elective.

      2) memang boleh apply sebelum daftar masuk. Prosedur biasa, student kena pos borang dan salinan transkrip ke UUM. Cuma masa COVID ni je dia buat semua online sbb staff kerja dari rumah. Tp utk intake seterusnya tak pasti la pos ke online, tengok kampus buka ke tak klu COVID dah kurang.

      3) rasanya takde kes tak cukup subjek. Setiap awal sem akan ada proses add subjek secara manual di setiap fakulti. klu ada ramai student mohon nak masuk kelas tu, lecturer akan consider buka kelas baru atau masukkan je dlm kelas sedia ada

      Delete
  17. saya dari KPM jugak,, nak tanye.. let say di kpm saya amik sub islamic financial system and capital market tapi bila kat uum sub ni pecah dua jadi islamic financial system dan satu jadi islamic capital market. means sub jd 2 bila dekat uum, jd bole transfer jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm utk transfer kredit ni, rules dia mudah je. Kalau dia letak kod subjek yg diterima utk transfer tu sama dgn kod subjek yg belajar masa di KPM, boleh la transfer. Kalau tak sama, tak boleh transfer atau kena apply asing. Tu je. Tak kisah la utk subjek apa pun.

      Contoh: kod dia terima untuk transfer subjek islamic capital market tu ABC123, dan yg awak belajar di kpm tu pun ABC123, maka boleh transfer. Tp klu kod yg awak belajar tu nama subjek dah sama tp kod pula lain XYZ456, tak boleh transfer sbb tak sama kod.

      Delete
    2. So if anything, rujuk pada kod
      subjek tengok sama ke tak dgn yg uum nak. Ada kes junior sebelum ni nama subjek yg dia belajar tu dah sama dgn yg uum terima, tp kod subjek dia tu lain so tak boleh transfer. Tapi tak tau la dia buat rayuan asing ke macam mana sbb nama subjek pun memang sama kan so mungkin isi pun sama. Klu buat rayuan, kena sertakan dgn silibus subjek la utk dinilai layak transfer ke tak. Tp rule utama dia kod la.

      Delete
  18. Hi Kak, saya ada a few questions:

    1) UUM boleh terima pelajar daripada UiTM ke, untuk transfer credit?

    2) Untuk Degree International Business Management di UUM berapa tahun ya?

    3) Biasanya di UUM satu tahun ada berapa semester?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) ya. uitm, politeknik, kpm, kptm, terima je.

      2) untuk international business tempohnya 4 tahun

      3) setiap tahun ada 2 semester

      Delete
  19. assalam kak,

    sy nk tnye kalau dpt transfer kredit n ad subjek yg x brkaitan dgn core.. so, subjek tu nk guna sbgai subjek elektif/minor..kena contact unit mne??hea ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. ya rasanya kena contact hea sbb mereka yg uruskan pasal akademik

      Delete
  20. Hai, nak tanya kalau kita berjaya transfer kredit dan dapat jimatkan satu semester, so untuk semester yg kita dapat jimatkan tu punya yuran tak perlu bayar atau still kena bayar jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bayar yuran untuk semester yg kita belajar je dik. kalau dah jimat satu semester dan tak belajar, tak perlu la bayar.

      Delete
  21. Based on ur story, u tak amik free elective la dekat uum sbb dah transfer dr subject kpm kan? Mcm mane nak jdkn subject yg dh belajar sebagai free elective?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No, I said boleh transfer tapi i tak transfer pun haha. Masa sem 1 ambik subjek lain jugak untuk free elective. Tapi kalau sesiapa nak guna subjek yang sedia ada dari diploma untuk isi slot free elective tu rasanya boleh request dekat Jabatan HEA.

      Delete
    2. Thank u so much

      Delete
    3. I dah proceed to transfer kredit and what if sub sem 1 I tak penuh.. Sslunya add and drop subject akan open bila?

      Delete
    4. sebelum sem baru start akan ada sesi add drop lagi. tp klu utk sem 1 ni biasa tarikh lambat sikit so mungkin masa minggu pertama kelas baru dapat. and kena alert sesi add drop manual

      Delete
  22. Hai, nak tanya kalau untuk subjek minor boleh dapat transfer kredit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sbb kod untuk subjek minor semua bermula dengan 3000 (kecuali subjek prasyarat). Syarat UUM, subjek kod 3000 tak boleh transfer kredit. Hanya subjek kod 1000 dan 2000 je dibenarkan.

      Delete
    2. Jika subjek minor tersebut kod 1000 dan 2000 adakah boleh? Ataupun sebaliknya?

      Delete
    3. based on my own minor, biasanya subjek prasyarat utk minor tu je yg kod 2000, dan tu pun satu je subjek ada. yg lain semua kod 3000. jadi klu pernah belajar subjek yg setara dgn prasyarat UUM tu masa diploma dan subjek tu ada dlm buku kriteria yg dibenarkan transfer oleh UUM, boleh je transfer.

      Delete
    4. lupa nak tambah, minor perlu dipilih dari kursus yg ditawarkan oleh pusat pengajian lain. contoh kalau degree course bisnes admin, tp ambil minor course banking. yg tu takpe

      jadi klu nak transfer kredit utk subjek minor ni, ia mungkin boleh terjadi klu ambil course degree yg lain dpd course diploma. contoh, diploma banking, tp ambik degree in bisnes admin, kemudian pilih minor banking yg ada subjek setara dgn subjek masa diploma. klu camtu maybe boleh la transfer

      tapi klu course diploma dan degree sama, kemungkinan nak transfer utk subjek minor tu mungkin tipis atau tak boleh, sbb minor tak boleh ambil dari pusat pengajian sendiri. faham tak agak-agak? haha

      Delete
  23. Hi akak. Saya nak tanya saya pelajar dari kpm ayer molek dbs jugak. Dan saya bercadang untuk sambung dalam course pendidikan perniagaan/perakaunan. Boleh saya tahu boleh ke nak transfer credit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan ada subjek dari KPM tu dalam senarai yg UUM benarkan, boleh je transfer

      Delete
  24. Hai kak. Kalau habis dip kat kpm then nak sambung degree kat mna2 ipta pun boleh kan..

    ReplyDelete
  25. macam mana kalau diploma marketing nak smbung degree in marketing jugak di uum, brapa subjek boleh transfer credit? sbb saya ada rujuk kriteria pemindahan kredit uum tu dalam 3 subjek ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma dari mana? tak pasti la pula berapa subjek. sebagaimana yang ada dalam buku kriteria tu, itu la yg boleh transfer

      Delete
  26. Salam kak.nak tya, apa syarat layak utk mohon uum drpd diploma KPM? mesti pointer 3.5 ke atas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tak pasti berapa minimum tapi seeloknya maintain 3.0 ke atas. bergantung kpd rezeki dan persaingan untuk course yg minta tu juga. pointer tinggi tp ramai yg mohon pun ada yg mungkin tak dapat

      Delete
  27. Mak macam kaunter pertanyaan dh blog ni lmao

    ReplyDelete
  28. Hi , ini blog yang sangat manfaat. Nak tanya transfer kredit tu dia akan jejas CGPA x ? Mcm time diploma subjek tu dpt b lepas saya tranfer dia akan transfer kredit tanpa gred ke macam mana ?

    Dan kalau dah tranfer credit xpi x nak cepat habis nak chill jerr boleh ke? Still 4 tahun xpi riles sikit setiap sem

    Keliruh sikit pasal gred dan fungsi tranfer kredit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. CGPA degree cuma kira subjek yg belajar masa degree sahaja. lepas transfer kredit diploma, dia cuma akan kira sebagai kita dah lengkapkan jam kredit utk subjek tu bagi degree. jadi gred A/B masa diploma tak dikira pun dan takkan jejaskan CGPA degree.

      boleh je klu taknak habis belajar cepat pun. transfer kredit ni cuma nak elak belajar benda sama masa degree je. utk yg nak pace lebih tenang & tak banyak kerja, boleh susun jadual degree ambik 4-5 subjek setiap sem utk habis lambat (asalkan habis dlm tempoh asal degree). yg nak habis cepat boleh ambik 6-7 subjek setiap sem. ikut kemampuan masing². at least ada kelebihan kurang beban kerja @ tempoh belajar lebih singkat dpd yg tak transfer kredit

      Delete
    2. Terima kasih reply !(∩_∩)

      Delete
  29. Haii. Saya baru dapat tawaran uum. Lepas dapat tawaran apa step pertama saya kena buat untuk proses transfer kredit. Dah 2 hari saya masih blur. Proses pendaftaran online akan bukak lagi 2 hari. Adakah saya perlu bertindak dari sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello. Selamat datang ke UUM :)

      Perkara pertama perlu dibuat, compare subjek dlm transkrip diploma awak dgn subjek yg UUM terima utk transfer dari IPT awak dlm buku kriteria pemindahan kredit. Buku tu ada dlm set dokumen yg UUM bagi lepas pelajar sahkan terima tawaran UPU.

      Tulis je semua nama subjek yg sama antara diploma dgn degree tu, tak kisah sama ada belajar atau tidak dlm course awak. Mana² subjek yg related dgn course, akan jimatkan masa belajar. Mana² yg tak related boleh isi free elective guna borang dalam link kat atas. Elok sediakan awal-awal la sbb boleh compare betul² dan sempat cari semua subjek yg boleh transfer. Klu buat lambat, takut ada yg tertinggal atau terlupa sebelum tamat tempoh mohon transfer tu. Nanti rugi la.

      Delete
  30. salam nak tanya
    kalau subjek yang kita nak transfer kredit itu credit hour nya 4 di UUM
    sedangkan waktu diploma credit hour nya 3
    adakah permohonan transfer credit itu diluluskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. saya tak pernah ada pengalaman transfer subjek yg ada 4 jam kredit jadi tak tahu.

      tapi general rulenya, kalau subjek tu ada tersenarai dalam buku kriteria UUM dan sama nama dan kod dgn subjek yg belajar masa diploma, boleh la transfer asalkan subjek tu dapat gred yg UUM nak (B ke atas)

      Delete
  31. Kak, "senarai kursus tidak setara" tu maksudnya boleh transfer kredit gak ka,ataupun kena ambik dari list "senarai kursus setara" je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam borang tu dah tulis cuma terima kursus setara je.

      "Kursus tak setara yg pernah dinilai" tu maksudnya subjek yg pelajar sebelum ni pernah request guna borang B tp UUM tak terima sbb isi tak setara dgn silibus UUM. Jadi bakal pelajar lain tak payah mohon dah subjek-subjek tu sbb memang tak diterima

      Delete
  32. Kak, kalau pusat pengajian berbeza boleh ke mohon. Macam saja ambil diploma IT(digital technology) tapi degree education (IT). Kiranya cam kalau ikut pusat pengajian tu saya patut mohon yg kt 'soe' tapi kebanyakkan subject yg saya ambik tu kt 'soc'. Tapi subject yg akan saja belajak tu sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cakap kat atas kan asalkan subjek tu ada dalam transkrip pelajar & ada dlm buku kriteria UUM, transfer je semua. Tak kisah la berkait dgn course atau dari pusat pengajian lain pun asalkan ada dlm 2 benda tu

      Delete
  33. Kak,kalau nk transfer kredit untuk kokorikulum ngan internship boleh dak,dan kena isi dlm borang A ke B.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh klu lulus syarat.

      Kokurikulum klu betul² ada kemahiran tinggi dlm bidang kokurikulum yg ada di UUM. Kena mohon direct dgn Pusat Kokurikulum

      Praktikum klu pernah kerja 6 tahun dlm sektor perkhidmatan & ambik degree yg ada "Kepujian". Tp bergantung kpd program yg UUM tetapkan kot. Ni elok refer HEA terus. Saya marhaen kongsi pengalaman transfer yg biasa je 🤷🏻

      Delete
  34. Hi nk tanya, sy nk kerja dlu kemudian bru nk ambil degree. Ada tempoh tertentu ke yang membolehkan sy untuk transfer kredit dri subjek di diploma ke degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya untuk UUM atau untuk uni lain?

      Sebab kalau di UUM, subjek diploma yg nak guna tu tak boleh lebih daripada 5 tahun masa tarikh nak mohon transfer kredit. Kalau uni lain, saya tak tahu.

      Delete
  35. Kak,nk tanya camna nk tau klau dah berjaya transfer kredit. saya tk pasti kena tekan butang apa lam portal pelajar tu. saya blur sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat "Home" tu ada butang "View all" di petak profile yg ada gambar masing². Tekan view all tu akan keluar banyak information tab. Cari tab "Credit Transfer". Nanti klu dah selamat transfer, nama subjek semua akan keluar kat situ.

      Delete
  36. Kak saya nk tanya tentang add/drop kursus. kalau cam dah berjaya transfer kredit untuk subject di sem 1 pastu klau nk nak add subject dari sem 2 untuk isi kekosongan tu boleh dak ataupun kena ikut gak structure programme yg diberi oleh pusat pengajian.Sebab maksimum jam kredit adalah 19 utk sem nie dan saya hanya daftar sebanyak 12 jam kredit sebab yg lain dah transfer kredit,tu yg nk add subject dari sem 2 bole tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Struktur program tu cuma cadangan sahaja sbb disusun ikut tahap senang-susah selari dgn peningkatan semester. Sbb biasanya makin tinggi sem, subjek pun makin susah. Tp pelajar (especially diploma) bebas je nak add subjek dari sem mana² asalkan dah lulus semua prasyarat utk subjek tu. Tp jangan add subjek dari sem atas sangat la sbb takut terlalu susah dan belum mampu nak carry masa sem awal² ni

      Delete
  37. Salam kak. Saya dapat tawaran degree in HR di UiTM and saya pun dah terima tawaran tu. Tapi disebabkan saya lepasan diploma Politeknik tak dapat nak buat transfer credit langsung. Boleh ke kalau nak tukar ke UUM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Soalan luar bidang pengetahuan ni. Saya pun tak pasti. Eloknya tanya HEA UUM terus sbb proses tukar IPT ni akan melibatkan banyak pihak.

      Tp tempoh degree in UiTM biasa memang singkat je (dalam 3 tahun) walaupun tak transfer kredit. My friend masuk UiTM pun grad lagi awal dpd kami di UUM. Takde beza dgn yg transfer kredit cuma UiTM mungkin ada kena belajar beberapa subjek sama je la

      Delete
  38. Assalamualaikum, saya pun belajar di KPM, course islamic banking & finance dekat KPM Bandar Melaka. Saya nak tanya kalau transfer credit untuk course saya ni dapat jimat berapa semester ya? Thank you in advance! 🤍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. saya mana tahu course lain boleh potong subjek apa dan berapa haha

      boleh download buku panduan akademik untuk course di website HEA UUM di sini 👉🏻 http://hea.uum.edu.my/index.php/academic-handbook

      lepas ada buku tu, boleh compare dgn transkrip diploma utk potong subjek yg boleh transfer dan tengok berapa banyak masa jimat

      Delete
    2. apa maksud prasyarat kursus?

      Delete
    3. ada subjek XYZ yang ada syarat kena belajar dulu subjek ABC baru boleh ambik subjek tu, atau kena cukup jam kredit sekian sekian baru boleh ambik. kalau tak cukup syarat tu, dikira belum layak utk ambik

      Delete
  39. kalau subjek yang kita ambik time diploma dulu ada dekat berlainan pusat pengajian boleh ke transfer kredit? contohnya saya punya course under IBS, dan ada subjek lain pernah belajar dulu under SEFB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tulis kat atas transfer je SEMUA subjek yg sama dan layak transfer. tak kira la bawah pusat pengajian mana pun asalkan ada dalam buku kriteria tu. sbb masa degree nanti kita ada je belajar bawah pusat pengajian lain jugak

      Delete
  40. kalau subjek yang tak ada dalam buku pemindahan kredit tu boleh je kan nak transfer kredit yang penting kena kemukakan silibus. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. cuma keputusan layak transfer atau tidak tu bergantung kpd orang atas

      Delete
  41. Hi kak nak tanya, kalau nak transfer credit yg borang free elective tu bahagian maklumat kursus tu nak tulis kod kursus yang pernah diambil waktu diploma dulu ke atau uum punya course sebab dia minta nyatakan grade

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu terus letakkan kod dan nama kursus UUM, dan gred letak yg masa diploma. Sebab lepas kita dah apply transfer kredit tu, dalam sistem portal akan auto update lebihan kursus yg kita dah transfer dpd diploma (tp dalam kod UUM). Jadi HEA pilih dari situ je utk masukkan dalam slot free elective.

      Delete
  42. Kalau degree in accounting di UUM berapa tahun biasanya ?? Sebab dekat U lain 4 tahun, tapi dekat web UUM kata 3 tahun . Betul ke 3 tahun ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok buku akademik UUM terkini utk accounting, silibus dianggarkan 8 semester so 4 tahun. Kawan kolej yg masuk batch sama ambil accounting haritu pun memang kena belajar 8 sem. Cuma dia transfer kredit dapat potong 1 sem so habis 3.5 tahun je termasuk intern

      Delete
  43. Bagus sangat blog ni, sangat membantu. Terima kasih adik NaSa, walaupun di tanya berkali2 soalan yang sama, tanpa jemu2 memberi response yang baik. Banyak pahala ni. Antie ucapkan selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  44. Saya nak tanya, lepas kita dah transfer credit, macam mana kita nak kira tempoh belajar berapa lama lagi ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kira jumlah baki subjek di uni
      >Bahagi ikut semester yg ada kecuali intern (min 4 subjek per sem, maximum 7)

      Lagi banyak subjek ambik setiap sem, lagi pendek tempoh belajar

      Delete
  45. Hi akak. Saya nak tanya beberapa soalan.

    1) Akak boleh tolong explain tak tentang free elective course ni apa? Sebab saya tak faham.

    2) Akak boleh ajar tak macam mana nak isi borang free elective course ni? Yang bahagian C pada borang tu (dean/head of department school) tu kita nak kena isi apa?

    3) Kalau diploma in busines, degree in education, stil boleh credit transfer kan even subject time diploma dan degree tu lain langsung, tak belajar langsung. Jadi, jika saya nak isi semua kod yang sama tu, masih isi di borang A kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Free elective, atau elektif bebas, bagi peluang utk pelajar ambik 1 subjek yg bukan dari pisat pengajian sendiri utk luaskan pengalaman. Boleh la nak try subjek yg jauh dari bidang sendiri macam media ke, logistik ke.

      2) Bahagian Dean/HOD tu untuk Dekan pusat pengajian isi. Pelajar isi personal info dengan maklumat subjek yg nak mohon tu je

      3) Iye

      Delete
  46. Hi kak, untuk free elective punya borang bahagian b untuk course information tu. Bahagian grade tu kena tulis apa sebenarnya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gred yang kita dapat untuk subjek tu sama ada B, B+, A-, A, A+.

      Boleh refer balik gambar atas. Dah tukar kepada gambar borang yg akak isi haritu. Harap membantu

      Delete
  47. Assalamualaikum,saya ade soalan,if pelajar tu die dapat TISSA dekat UUM,but dia nak transfer credit, cuma subjek yang dia dah belajar tu di bawah Pusat pengajian SQS,boleh jugak ke untuk di transfer?Contohnye pelajar tersebut mengambil MAT112 semasa diploma,but saya dah cek subjek tersebut berada di bawah pusat pengajian SQS sedangkan dia dapat pusat pengajian TISSA,boleh jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sila rujuk bahagian FAQ. Saya dah explain terang-terang dekat situ. TQ

      Delete
  48. Salam kak, saya nak tanya , dalam blog akak ada tulis proses pindah kredit tu agak lama, tak boleh add/drop mana-mana subject secara manual ... jadi sementara tunggu proses pindah kredit tu, akak tak pergi kelas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ada je subjek core lain yg boleh add tanpa tunggu result transfer kredit so kitorang ambik subjek² tu dulu utk cukupkan jam kredit. Sistem baru sekarang ada subjek yg dia auto letak dlm jadual pelajar ikut kesesuaian so takde la jadual tu kosong

      Delete
  49. Hi nak tanya, awak habis belajar awal kan? Sebab dah transfer credit. Jadi awak graduate awal jugak tak? Atau kena ikut batch?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya habis belajar awal (Senat April 2022) tp graduate lambat dgn batchmate lain yg tak transfer kredit jugak (Julai 2023). Sebabnya UUM bagi laluan Konvo 2022 utk batch-batch yg tertunda PKP dulu. Special case covid memang lari jadual camni la

      In normal cases, klu habis belajar & dapat tarikh kelulusan Senat awal, boleh la join konvo awal. Tp klu dapat Senat awal tp UUM buat konvo lambat mcm saya jugak, nasib la huhu 😂

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS