Review: Pelekat Kalis Air Untuk Catheter Dialisis (IJC) | NaSa
Assalamualaikum

Masih ingatkah anda tentang kewujudan makhluk ini?

Kalau tak ingat, dalam Diari Dialisis Part 4 sebelum ni aku pernah tulis pasal benda ni iaitu IJC, atau nama penuhnya Internal Jugular Catheter.

Ringkasnya, IJC ni alat yang dicucuk ke dalam urat darah pesakit buah pinggang (biasanya di leher) untuk tujuan haemodialisis atau bahasa mudah, cuci darah. Ia adalah temporary solution untuk membolehkan pesakit buah pinggang menjalani rawatan sekiranya mereka masih belum mempunyai AV fistula yang lebih kekal (AV fistula tu apa benda pulak? Lain kali aku cerita sebab ni cerita pasal IJC hahaha)

Mama start pasang IJC masa rawatan susulan pertama (19 Ogos 2019) atas saranan doktor. Antara kelebihan IJC, ia lebih mudah untuk diguna. Sekali pasang, boleh guna sampai maksimum 3 bulan. Wayar mesin dialisis pun cucuk di IJC je bukannya cucuk di kulit. Dan sebab pasang di hospital kerajaan, kosnya adalah percuma (aku tanya tau doktor tu “kena bayar ke?” dia senyum je kata free lol)

Tapi sebab manfaat IJC ni banyak, maka risiko dia pun tinggi. IJC sangat PRONE TO INFECTION. Sebab IJC cucuk di urat besar yang bersambung terus ke jantung, kalau darah dijangkiti kuman, Wallahua’lam apa jadi.

Sebab tu doktor suruh pantau IJC selalu untuk pastikan dressing sentiasa kering. IJC tak boleh kena air sebab keadaan lembab akan galakkan kuman membiak. Kalau kawasan exit IJC nampak bernanah, kena terus pergi ke hospital. Scary tapi nak buat macam mana tu je jalan terbaik buat masa tu kan.

Lepas pasang IJC, memang selesai masalah nak cuci darah. Tapi timbul pula masalah lain.
MACAM MANA NAK MANDI?
Ini masalah ya. Kalau cuci darah guna fistula takpe la sebab fistula tu dalam tangan. Tapi IJC ni tergantung di luar leher so nak elakkan kena air tu susah.

Dan aku ngeri sebab masa kami dekat wad, ada je kes pakcik kena transfer ke hospital Kota Bharu sebab anak dia mandikan dia tanpa tutup IJC tu dan tak tukar pula dressing IJC tu lepas basah. Akibatnya, infection. Ada pula makcik yang takde orang boleh pantau IJC dia so untuk elakkan IJC tu kena tukar-tukar, dia tak mandi terus sepanjang pakai IJC. Yang tu mama pula ngeri sebab tak mandi for months? Mana dia maunyaaa 😳

2 minggu pertama lepas pasang IJC tu, aku guna plastik empat segi yang kita biasa isi lauk tu dan gunting bahagian tengah. Wayar yang tergantung tu aku masukkan dalam plastik melalui lubang tu dan balut guna selotep biar air takleh masuk. Bahagian atas plastik tu pula aku tampal di dressing IJC di sekitar leher mama. Pandai-pandai la korang bayangkan macam mana haha

Tapi of course taktik ni kurang berjaya. In the end dressing tu tetap kena air. Bila dah basah, kena la tukar dressing dia ye dok? Masalahnya, gam di pelekat dressing tu ya Allah kuat gila. Gam dia melekit sampai kulit pun tertarik sekali. Bulu roma takyah cakap memang tercabut. Kita pula mandi setiap hari so kau imagine macam mana sakit dia kalau setiap hari kulit kita kena tarik? Tak ke nak tercabut kulit?

Sis fedap. So aku google kot-kot ada produk yang boleh protect IJC ni masa mandi. Macam-macam keyword guwe cari dan akhirnya aku jumpa. Cantik fungsi dia. Saiz pun besar untuk cover seluruh kawasan IJC masa mandi. Tapi dia dijual di Amerika la pulekkk.

AquaGuard Moisture Barrier Dressing
Photo credit: AquaGuard's website (tapi aku edit sendiri jadi collage)
Mahal ni kalau nak beli guna matawang dollar. Sekeping je dah 7 dollar. Kalau nak guna untuk tempoh lama, kena beli banyak-banyak lagi. Sekotak dia bagi 98 keping untuk bulk buy tu 200 dollar lebih. Convert kepada ringgit campur shipping lagi, dah seribu lebih huhu

Namun bak kata Rentap pahlawan Iban, “agi idup agi ngelaban.” Ingat aku nak give up semudah itu? Tettt. Aku save gambar AquaGuard ni dan buat sesi memburu di beberapa farmasi. Mana tau kot-kot ada produk seakan-akan sama yang available locally.

Produk pertama aku jumpa, BIOPAD Wound Dressing (RM2.90): Sejenis pelekat waterproof yang transparent dan ada pad dressing di tengah so tinggal tampal je di tempat yang kita nak. Ada ciri-ciri kalis air tu. Tapi saiz yang aku jumpa (9cm x 10cm) ni kecik. Buat tampal betis calar tergores jalan tar boleh la.

Ni jumpa di Kian Pharmacy yang besar di Kota Bharu
Pad kapas dia lembut. Tapi sayangnya saiz tu kecik 😗
Next, OPSITE POST-OP (RM23-RM25 for 1 box). Ni pun transparent, waterproof, dan ada pad dressing di tengah. Saiz paling besar dia lebih kurang macam BIOPAD. Kechiks. Sekotak ada 3 keping. Aku beli 2 kotak tapi try sekali je tampal atas IJC mama 😅 Dia muat-muat cover exit tempat jarum IJC tu cucuk di leher je. Wayar yang tergantung tu tetap takde protection so aku balut dengan plastik isi lauk macam haritu lol.

Opsite ni tahan 3 hari sebelum pelekat dia mula tunjukkan tanda perlu ditukar. Tapi aku tak tukar pun sebab kulit mama gatal lepas lama tertutup dengan pelekat waterproof tu. Tak sesuai la kiranya. Dan aku tetap nak yang pakai buang macam Aquaguard tu. Tapi tu la bila google, keluar result entah apa-apa. Cari blog yang share pasal pengalaman dialisis pun tak jumpa sobs. Last sekali aku guna kuasa viral rakyat Twitter lol

Thanks Rakyat Twitter!! ❤
Memula aku tweet tu takde respon. Mujur lepas minta tolong seorang saudari yang agak dikenali dalam kalangan skincare Twitter, ramai yang RT dan reply (termasuk akaun porn kahkahkah babi la) sampai orang-orang yang arif pasal topik dialisis dan IJC ni pakat DM aku. Antara yang DM tu termasuklah pesakit dan bekas pesakit buah pinggang serta nurse yang bekerja di pusat dialisis wow!! Alhamdulillah and thank you to kak @_syazahamid sebab tolong RT tweet aku masa tu.

Photo credit: Walmart
Produk yang boleh dikatakan hampir semua yang respon tu rekomen kat aku: 3M Tegaderm Film. Ada macam-macam saiz dan yang ni saiz dia 25cmx10cm!! Sesuai untuk cover seluruh exit IJC dan wayar yang tergantung tu sekali. Dan dia jenis “film” bukannya “waterproof dressing” so lepas guna, boleh tanggalkan secara berasingan daripada dressing di IJC. Tak payah biarkan dia melekat di kulit lama-lama la. Dan nurse dialisis yang DM aku tu kata kalau tak jumpa di farmasi, boleh beli di pusat dialisis terdekat.

Menarik, menarik. Tapi biarpun Tegaderm dah ada ciri yang aku nak, aku lebih tertarik kepada produk lagi satu yang orang ramai suggest iaitu…
DERMASEAL TRANSPARENT FILM ROLL.

Photo credit: @springhealthrx from Shopee Malaysia
Kalau Tegaderm jenis sekeping dan kena beli banyak-banyak, Dermaseal ni jenis segulung. Sekali beli, ikut suka hati kau la nak potong panjang mana masa nak guna. Yang ni boleh cari di Shopee dengan keyword “transparent wound dressing” atau boleh klik je link di gambar tu. Kami beli kat situ :3

Aku maklumkan pasal pelekat ni kat kaklong dan beberapa hari kemudian, tadaaa!!

Berkotak-kotaks
Dua jenis terus kaklong beli. Non-woven fabric dressing tu pelekat untuk tampal atas gauze IJC. Waterproof film pula untuk tampal atas pelekat non-woven tu masa mandi. Seller Shopee tu bagi pilihan antara 1 atau 10 meter tapi kaklong pilih sekotak terus yakni 10 meter (almost RM50). Saja buat stok bebanyak sebab pelekat yang aku guna untuk tampal dressing IJC mama sebelum ni nurse yang bagi. Tu pun dah tinggal sikit sebab ye la dah hampir setiap hari duk tukar dressing kan.

The rolls are thicc
Look at their texture~
Yang waterproof tu transparent la. Non-woven pula ada lubang-lubang untuk kulit bernafas. Dan aku perhati gam pelekat non-woven dari Shopee ni agak berbeza dengan pelekat yang hospital guna. Yang Shopee ni gam dia tak kuat sangat tapi tak mudah tercabut. Dia macam just nice gitu. Lepas tanggalkan, tak banyak sisa gam yang tinggal di kulit.

Pelekat yang hospital guna pula, gam dia jenis melekit dan bergumpal atas kulit. Nurse pula suka tampal bebanyak sampai tegang. Mama kata leher dia rasa keras macam leher biawak lmaooo nak berpaling dari kiri ke kanan pun susah. Sebab tu setiap kali lepas balik dari hospital, mama akan suruh aku buang dressing hospital dan tenyeh dulu gam dari pelekat hospital tu dengan minyak zaitun sebelum tukar dressing lain guna pelekat yang kaklong beli.

Pelekat waterproof tu nipis sangat sampai ikut kedut kulit haha
Apa guna review kalau tak try sendiri, ye dok? Biarlah walaupun aku tak ada luka apa-apa pun hahahaha. Saja je nak try lekatkan pastu tanggalkan balik sebab nak tahu sakit ke tak bila kita cabut tu. For me, aku takde rasa apa pun. Tapi mama still kata sakit juga. Mungkin sebab kawasan yang ditampal tu berbeza kot iaitu lengan dan leher so sensitiviti untuk rasa sakit pun berbeza hehe

Q: Berapa lama masa yang diambil sebelum setiap roll ni habis?
Jawapannya, bergantung pada kadar penggunaan kita sendiri.

Macam pelekat non-woven tu, aku guna 10-15cm setiap kali tukar dressing dalam lebih kurang setiap 1-3 hari. Tak guna banyak sangat sebab cover dressing di bahagian exit tempat jarum tu dicucuk dalam leher je. Wayar yang tergantung tu cuma kena balut dengan gauze dan tape. Sebab tu sampai sekarang masih banyak lagi baki pelekat non-woven ni.

Pelekat waterproof pula lagi cepat habis. Sebab setiap kali mandi, dari bahagian exit IJC saammmpai la ke hujung wayar yang tergantung tu  kita kena cover. Mandi pula setiap hari kan. Ni pun nasib mama mandi sehari sekali sebab nak limitkan masa IJC tu terdedah kepada risiko air. Ada juga hari yang tak dapat mandi sebab hampir setiap minggu, ada hari mama demam dan tak boleh kena air. Kalau mandi 2-3 kali sehari, mau bergulung-gulung aku rasa kami guna 😅

Q: Kenapa masa mandi tu okey je tarik pelekat waterproof tu hari-hari? Kata masa tanggalkan pelekat, kulit sakit sebab tertarik?

Sebabnya... Pelekat waterproof ni nipis yang amat. Bila tampal, dia tak rasa ada pun di kulit. Dan masa nak tanggal, basahkan bucu dia dengan air sikit pun boleh ditarik dengan lembut. Lain la pelekat yang macam non-woven tu sebab yang tu tebal.

Kami berulang tukar-tukar dressing IJC ni sampailah pertengahan November. Tempoh masa: hampir 3 bulan sebab start 19 Ogos 2019 kan. Ngam-ngam sebab doktor sendiri kata IJC ni tahan maksimum 3 bulan.

Satu je yang kelakar, kami tak tanggalkan IJC tu dengan bantuan doktor atau nurse. Tak sempat. Satu pagi tu tahu-tahu IJC dah tercabut. Bising mama panggil aku suruh tengok kot-kot leher dia berdarah (luckily takde). Pelik juga sebab mama kata dia takde buat aksi lasak pun sebelum tu. Baru habis solat Subuh je. Tengok-tengok IJC dengan dressing sekali jatuh padahal aku rasa dressing tu masih baru lol

Kalut juga mama call pusat dialisis bagitahu nurse “IJC tercabut!” Aku syak nurse pun hairan masa tu hahaha. Kami tak buang IJC tu sebab nurse suruh bawa ke pusat dialisis untuk mereka tengok. Maybe nak tahu keadaan jarum tu untuk buat report. Tapi aku rasa tu perfect timing sebab masa tu mama memang dah start cuci darah guna fistula di lengan. Doktor je belum bagi tanggalkan IJC sebab takut fistula tu bagi reaksi buruk lepas cuci. So IJC tu kira backup la.

Penghujung kata, Alhamdulillah kami akhirnya bebas daripada dugaan IJC. Sebab cuak woi. Aku bukannya nurse terlatih yang tahu cara betul untuk tukar dressing. Aku buat lepas tengok nurse hospital buat je. Asalkan nampak sama. Dah la kawasan rumah tak sterile. Penyumbang risiko jangkitan semua tu. Mujur semua berakhir tanpa masalah.

Semoga entri blog ni berguna kepada sesiapa yang membaca, terutamanya mereka yang tengah cari pelekat waterproof untuk dialisis atau tujuan perubatan lain tapi tak jumpa tu. Aku tahu frust tu macam mana bila tak jumpa review produk yang kita nak sebab tu aku tulis entri ni hahaha. Harap-harap entri ni boleh la beri cadangan kepada anda sikit-sikit 😉

Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Hi boleh saya tahu nama kedai di shopee yg jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. link shopee ada di gambar roll tu. tp banyak je kedai jual kat situ. boleh cari guna keyword "dressing roll"

      Delete
  2. Terima kasih dik..entry ni betul2 membantu saya. Suami baru pasang ijc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, kak. Alhamdulilah berguna entri ni. Semoga akak & suami sihat selalu ☺️

      Delete
  3. Assalamualaikum dik
    Ada x video cara nk guna

    ReplyDelete
  4. Sangat membantu entry nie sis.. Terima kasih byk2

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS