NaSa: Giveaway
Showing posts with label Giveaway

Giveaway Contengan Cuya

in , by NaSa, October 07, 2022
Assalamualaikum

Sampai undangan daripada Cuya haritu, maka jom le kita memenuhi jemputan dan memeriahkan giveaway anjuran Cuya ni. Lagipun dah lama tak nampak cekmek molek sorang ni. Katanya dah terjebak dengan TikTok sebab tu dah jarang menaip haha kemain

Tapi bagus le reti main TikTok. Aku ni nak edit buh perkataan dalam tu pun cemuih. Payah benor 😂

GIVEAWAY BZ SATU 2022

in , by NaSa, August 08, 2022
Assalamualaikum


Alhamdulillah demam dah kebah sepenuhnya dan selsema pun dah hampir pulih semula. Maka kita sambung aktiviti blogging ni dengan join giveaway la kejap. Minggu lepas dah nampak ada kawan blogger yang pos banner ni tapi tak ingat nak jengah sebab tahu-tahu terlantar 4 hari dalam bilik haha

Giveaway Ombak Bergigi Dot Com

in , , by NaSa, November 05, 2021
Assalamualaikum


Ayuh meriahkan satu lagi segmen giveaway anjuran rakan blogger, kali ni Om dari laman Ombak Bergigi. Mudah sangat peraturan yang ditetapkan. Jadi mari cuba rezeki mana tahu menang perfume hehe

Giveaway berjalan selama satu bulan bermula 2 November hingga 2 Disember 2021. Lama kan tapi takpe kita join awal biar tak kalut. Bertangguh kang akhirnya lupa pula. Aku la tu.

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

in , by NaSa, October 29, 2021
Assalamualaikum


Join segmen jommm~

Selamat hari lahir in advance kepada Mummy Ayu yakni penganjur giveaway kali ini bersempena bulan hari lahir beliau bulan depan. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. 

Kawan-kawan yang nak join boleh la klik banner di atas atau klik link blog Mummy Ayu. Giveaway akan tamat pada 8 November ni jam 12 tengah hari tau.

Selamat maju jaya kepada semua 😊

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
Assalamualaikum

Alhamdulillah. Tempoh hari ada rezeki dipilih sebagai pemenang dalam book giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger, sis Fariha Jafri, sempena ulangtahun pertama penubuhan kedai Shopee beliau. 3 judul di atas ni la hadiah yang aku terima. Dapat juga aku tambahkan koleksi dalam rak buku tu lepas sekian lama tak usha buku kan.
Assalamualaikum

Beberapa hari lepas masa tengah blogwalking, ada nampak banner tentang giveaway buku yang dianjurkan oleh saudari Fariha Jafri. Sempena ulangtahun pertama beliau buka kedai buku preloved di Shopee rupanya. Menarik sebab hadiah yang ditawarkan juga berbentuk buku. Syarat penyertaan pun mudah. Jadi ayuh la kita masuk menempel sekali hehe

Untuk giveaway ni, peserta dikehendaki cerita pasal 2 buku yang terbaik pernah mereka baca. Emmm termenung juga nak fikir memula tu sebab aku dah lama juga tak baca buku sebenarnya. Masa sekolah dulu rajin la beli siap family beli 1 almari besar untuk letak semua buku aku. Sekali tahun 2014 masa banjir besar tu sebahagian almari tu dan bukunya tenggelam. Jadi lepas tu aku pun dah jarang baca buku sebab serik buku rosak sobs. Baca manga dan webtoon dalam phone je rajin sebab takde buku fizikal kan haha

[REPUBLISH] Giveaway by Shida Radzuan

in , , by NaSa, September 20, 2021
Assalamualaikum
Klik sini untuk join.

Another giveaway hendak disertai. Dah nampak penyertaan dibuka sejak hari pertama lagi. Awal dah aku buat draft siap tempek banner pastu sambil cari isi sambil melencong ke tempat lain maka akhirnya kekal menjadi draft. Pasrah dah dengan perangai tak reti fokus ni hahaha

Kali ini giveaway dianjurkan oleh kak Shida Radzuan dengan penawaran hadiah misteri buat para pemenang. Ewah curious pula hadiah apakah yang menanti itu?

Syarat penyertaan giveaway ini, kena nyatakan apakah yang menarik minat anda tentang blog kak Shida. Emm banyak benda boleh cerita. 

[REPUBLISH] GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

in , by NaSa, September 14, 2021
Assalamualaikum

Klik sini untuk join 😀
Aku ada masa terluang sikit jadi saja jalan-jalan singgah blog yang tak pernah ditemui sebelum ni. Mana tahu ada kenalan baru kan. Sambil berjalan tu, masuk blog saudari Aisyah Nizam ni dan nampak beliau ada anjurkan satu giveaway. Macam menarik hadiah yang ditawarkan kepada pemenang sebab yang bertuah akan dapat Ikan Bilis Salted Egg.

Selama ni aku pernah dengar pasal salmon skin je yang ada perisa salted egg. Viral kan sebelum ni sebab sorang selebriti jual, habis selebriti lain pun berlumba keluarkan produk salmon skin salted egg masing-masing, belum termasuk peniaga lain lagi. Tapi aku tak pernah cuba pula produk salmon skin tu sebab bagi aku agak mahal. Jadi mampu tengok iklan je la walaupun terliur haha
Assalamualaikum

Hari ni hari hujung minggu. Maka jom kita rajinkan jari jemari sikit untuk sertai giveaway anjuran Aienienka ini. Siapa tahu ada rezeki menangi surprise box? Hehe
Untuk sertai, boleh klik banner atau TEKAN SINI.
Salah satu syarat yang ditetapkan untuk giveaway ni, kena ceritakan pasal surprise paling best yang pernah aku dapat ye. Well, dalam hidup aku ni jarang la aku dapat kejutan apa-apa jadi tak banyak nak kena fikir pun.

Maka dengan mudah, the best surprise yang aku pernah dapat adalah masa kawan-kawan diploma gigih sediakan kek dan hias foyer blok asrama untuk sambut hari jadi aku dan dua kawan lain sebab birthday kami bertiga di bulan yang hujung tahun.
Assalamualaikum

Click banner to join 😁

Yehho akhirnya baru berkesempatan join segmen giveaway yang dianjurkan oleh Cuya. Thank you Cuya sebab alert awal-awal haritu. Dah simpan dalam kepala nak join lepas Cuya komen haritu sebab giveaway Cuya yang pertama tahun lepas tak sempat nak join. Soalnya tak sempat nak buka blog pun gara-gara busy dengan kelas. Tahu-tahu giveaway Cuya dah tamat.
Assalamualaikum

Wah agak lama tertunggak entri ni. Padahal niat hendak mendedikasikan entri ni dah ada sejak senarai pemenang sudah diumumkan sejak minggu lepas lagi 😅

Semuanya gara-gara keadaan yang tidak dapat dielakkan. 2 minggu yang lalu, keluarga kami agak sibuk dengan urusan perkahwinan kakak kedua aku. Tak besar sangat majlisnya. 
Jemput waris terdekat dan jiran-jiran sebelah saja. Maklumlah terikat dengan peraturan PKP. Tapi tetap jenuh nak masak dan hidang makanan pastu bantai basuh pinggan mangkuk pula sebab kami tak upah servis katering.

[REPUBLISH] thes's Love Giveaway

in , , by NaSa, February 09, 2021
Assalamualaikum

Click on banner to join :D

Bismillah.

Joining another giveaway segment since i have plenty of free time so why not hehe

Giveaway kali ini dianjurkan oleh sis Suraya in her blog itsthesuraya dan akan berlangsung sehingga 28 Februari 2021. Hadiah yang menanti peserta bertuah tu macam comel je tau sebab akan dapat keychain resin berbentuk alphabet dan juga bookmarks. 

[REPUBLISH] Giveaway Sii Nurul

in , , by NaSa, February 08, 2021
Assalamualaikum


Bismillahirrahmanirrahim...

Ni segmen pertama tahun 2021 yang aku akan join sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger Saudari Nurul hehe. Kalau check senarai entri aku, boleh tengok yang aku memang jarang sikit join segmen kan. Almaklum ada kekangan sikit nak aktif dalam blogging dan nak blogwalk jengah blog kawan-kawan blogger. Sebabnya takde internet di rumah kecuali mobile data yang agak terhad.
© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS