Assalamualaikum
Kuali...satu alat memasak yang jarang la diganti sebab tahan lasak kan. Jangan kata boleh buat memasak, baling kat penyamun pun sodap. Tapi tu la kuali yang ada di rumah ni kalau jenis yang telinga dua kiri kanan tu, tahan lama la. Masalah terletak pada kuali jenis yang ada tangkai pemegang tu.
Bahagian besi kuali tempat memasak tu takde apa pun. Pemegang tu je yang lepas lama-lama kan, skru dia tu jadi longgar dan kuali tu jadi tak stabil je bila memasak. Nak pegang pun tak selesa sebab bergerak-gerak. Mama duk bimbang kot kalau masa sedang atau lepas masak tu, pemegang kuali tu mahu tercabut dan kuali tu jatuh. Tak pasal-pasal jadi risiko kecederaan kan.
So haritu alang-alang aku nak pergi klinik lepas mama balik dari pusat dialisis, sempat la bawa anak buah 2 ketul tu sekali pergi melencong ke Kota Bharu. Saja nak bawa budak-budak tu berjalan walaupun destinasi akhir tu cuma la kedai jual kuali.
So haritu alang-alang aku nak pergi klinik lepas mama balik dari pusat dialisis, sempat la bawa anak buah 2 ketul tu sekali pergi melencong ke Kota Bharu. Saja nak bawa budak-budak tu berjalan walaupun destinasi akhir tu cuma la kedai jual kuali.
Dapat 3 biji haha |
Niat asal nak beli 1-2 biji kuali ada pemegang tu je untuk ganti yang lama. Tapi aunty Cina tu punya marketing, terbaikkk boh. Tahu-tahu je tersangkut sekali ambil kuali telinga tu 2 biji berlainan saiz. Kuali ada pemegang tu pula dikempennya suruh ambik yang jenis perut dalam tu. Kalau pernah tengok video Uncle Roger kan, ni kuali yang dia kata kalau goreng nasi boleh dapat wok hei tu.
Harga ketiga-tiga kuali? Cuma RM95.
Kurang RM5 daripada bajet RM100 yang mama standby haha. Tapi termasuk dengan penyapu, penyodok dan penyapu daun bentuk cakar yang tadi takde sebut dalam list pun, jadi juga RM125. Emm biasa dah.
Sebelum balik, sempat singgah kedai makan sebelah tu beli nasi sebab bau ayam madu bakar dia tu fuhhh kemain semerbak menyinggah ke hidung. Lapar berkeriuk perut jadinya. Terus mama suruh beli 5 bungkus terus untuk makan tengah hari kami sebab balik pasni dah malas nak masak.
Pergh aneka lauk-pauk dia. Menggoda betul. |
Ayam madu semua besar-besar. |
Mama nak ikan keli goreng. Aku, abah, dan 2 beradik tu ambil ayam madu. Best ayam madu dia sebab tak perlu risau dapat bahagian isi. Dia buat 2 jenis bahagian ayam je iaitu paha dan sayap. Aku ambil paha belaka. Senang tak payah berebut lepas balik rumah. Ikan keli dia pun boleh tahan besar.
Sayang sikit kami datang ni masa rush hour tengah hari. Jadi ada lauk yang high demand dan lama kena tunggu contohnya ikan keli salai percik. Ikan keli yang ni kan, besar seekor ikan tu sama dengan lengan aku. Sedap je tengok dia susun ikan tu salai atas bara api pastu celup kuah percik. Tapi laku sangat sampai kena buat ikut tempahan. Yang mana dia siap buat tu semua dah ada orang cop.
Terliur memang terliur tapi aku malas nak tunggu so takpe la. Ambik ayam madu je la dulu. Sedap juga la ayam tu cuma kurang pedas dan rasa serai dia tu terlebih kuat pula haha. Harga untuk 5 bungkus nasi dan sebungkus kuah gulai, RM42. Terlebih bajet RM30 tapi not bad la kalau tengok kat saiz lauk yang besar dan kuantiti nasi yang dia bagi tu banyak.
Nama kedainya, TAUFIK KATERING di Kota Bharu. Mama kata lepas ni nak bawa kaklong datang cari kuali lagi di kedai aunty Cina ni dan boleh la kot kalau nak borong makanan lagi di kedai makan ni. Cadangnya nak cuba lauk lain la pula. Selain ikan keli percik dia tu, gulai kawah dia pun mengancam tu. Dah la memang kawah betul dia susun atas meja hahaha
Bye dan Assalamualaikum.
sedapnya tengok gulai kat tepi tu haha mesti ramai yang beli dekat situ sebab sedap kan. ayam madu memang sedap buat bahagian tulang je.
ReplyDeleteAmmi ada 3 kuali ngan 1 pan je. Duduk rumah kecik..tak cukup ruang nak parking kuali2 kalau banyak.
ReplyDeletelauk dia bersusun..geram pulak
Akak pula yang terlebih happy tengok 3 kuali tu. :)
ReplyDeleteOkey, lauk-lauk kat kedai tu memang nampak tempting. Terus jadi lapar!
kalau kuali zaman dahulu lagi tebal dan berkualiti..
ReplyDeletesekarang sudah kurang dan tidak begitu power
biasalah tu marketing kena bagus tahu2 je dah terbeli sampai 3 kuali. time nak bayar baru perasan..haha
ReplyDeleteShopping kuali
ReplyDeleteJangan percaya dengan shopping list mak-mak haha...
ReplyDeleteAkk selalu je camtu. Nak beli penyapu sebatang konon, keluar kedai kang berjinjing-jinjing barang :D
Ye, yg ada tangkai pemebang tu senang sikit...
ReplyDeleteMacam lah uncle ni masuk dapur.... hehehehe