Cara unik bakar roti pandan kelapa Gardenia | NaSa

Cara unik bakar roti pandan kelapa Gardenia

in , , by NaSa, November 11, 2021
Assalamualaikum

Salam "sebelas.sebelas". Kalau kat Tanah Besar China, hari ni adalah hari sambutan untuk orang-orang single seperti saya. Bercampur baur rasanya uhuks. Di mana jodoh sayaaa? 😂

Apa-apa pun, Alhamdulillah lepas sekian lama dalam misi mencari roti Gardenia perisa pandan kelapa tu, akhirnya sis berjaya juga dapatkannya. Kemain beria-ia haritu jenguk pasar raya besar-besar kan. Tapi tak jumpa pun roti tu walau cuma bayang. Sampai I meroyan kejap di blog sebab frust betul hahahah

Dan siapa sangka? Di kedai runcit tepi jalan juga yang terselit rezeki aku untuk cuba roti ni. Tu pun tinggal bungkusan roti terakhir dah. Mujur la terlintas nak masuk dengan anak-anak buah haritu.

Ibarat menjulang kemenangan

Seperti yang digembar-gemburkan oleh pengguna, roti pandan ni memang wangi ya. Walaupun belum buka dan diletak dalam jarak hampir semeter dengan aku, terbayang-bayang je bau pandan tu masuk dalam hidung. Elok-elok rasa kenyang tetiba rasa nak mengunyah pula. Bahaya betul. Mujur belum diet.

Macam butterscotch tapi versi mak dia hijau

Rotinya memang lembut. Bintik-bintik gula melaka tu pun tak terlalu manis. Secukup rasa je bila kunyah dengan roti. Tapi aku perasan la masa makan tu akan ada part yang crunchy sikit. Ngap ngap halus je bunyinya. Rupanya bila baca senarai bahan, itulah cip kelapa yang menyumbang kepada nama "Pandan KELAPA" roti ni. Aku pun macam "Oooo..." sebab ingatkan isi kelapa tu campur dalam tepung 😂

"Lebih enak apabila dibakar"

Kalau roti gardenia dikatakan "enak dimakan begitu saja", roti pandan dan basically roti Toast'em ni katanya lagi sedap kalau bakar dalam oven atau toaster. Banyak la aku baca review kata baunya lebih naik dan rasanya jadi lagi sedap. Aku pun teringin juga nak cuba kan tapi masalahnya malas nak ulang-alik ke dapur. Jadi... adakah anda nampak kelibat apa benda di belakang tu? hehehe

Shortcut untuk bakar roti 😌

Ye sis bakar guna mini waffle maker yang beli dari Shopee haritu. Alang-alang memang ia dah ada atas meja tu kan. Alkisahnya sebab toaster kat rumah ni dah lama tak guna dan entah berfungsi ke tidak. Nak bakar dalam oven, leceh pula. Guna kuali? Sis malas nak berdiri di dapur. Jadi inilah cara paling mudah.

Terkeluar-keluar pula bucunya

Kelakar sikit sebab waffle maker saiz mini jadi sekeping roti tu tak muat untuk dibakar. Ada bucu roti terlebih sikit dari acuan. Nak buat cemana dah roti pun bentuk petak kan hahaha

Memang naik la bau wangi roti pandan tu masa sedang ditekap oleh waffle maker tu. Rasa kecur liur sekejap. Untuk bakar roti ni, aku tak tunggu lama macam masa buat waffle haritu sebab yang tu kan tepung belum masak. Kena tunggu lampu hijau padam 3-4 kali baru waffle rangup. Yang ni roti dah siap, jadi cuma tunggu lampu hijau padam kali kedua je untuk tahap rangup yang sesuai.

Lagipun roti ni mahal kan sebab RM4.70 untuk pek saiz kecil dalam 12-13 keping roti kot? Kang kalau roti rangup sampai hangus, rugi la saya. Dah la roti ni pun payah nak jumpa 😌

Dah siap~~

Kesan petak-petak daripada acuan waffle tu memang tak boleh elak la kan. Dengan lingkaran bulat di kawasan lebihan roti tu lagi. Estetik kelaut hahaha. Tapi takpe la yang penting rasa roti tu rangup seperti yang dikehendaki. Krup krap krup krap aku makan. Tak perlu sapu bahan tambahan seperti kaya, jem, Nutella, etc pun takpe sebab tu pun dah cukup sedap. Kurang kalori juga.

Secara keseluruhan, sis suka roti ni. Tak sia-sia la usaha duk mencari roti ni merata-rata haritu kan. Akhirnya hasrat tercapai dan rasa roti pun tidak mengecewakan. Tidaklah saya rasa down sebab kalau tidak, buat penat je hahaha. Lagipun roti ni agak mahal jadi pasni kalau nampak roti pandan kelapa ni lagi tapi tak dapat beli, at least tak kempunan la sebab dah pernah merasa kan.

Tapi kalau ada orang nak belanja, sis akan ambik je sebab bak kata pujangga, "rezeki jangan ditolak" 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Tak sempat bakar, dah ghaib :p
    Dapat rasa pun jadi la kan, tidaklah sampai menunggu-nunggu setiap Rabu.
    Malas nak stress2 kalau tak dapat haha...

    ReplyDelete
  2. Di mana jodoh sayaaa?

    Jodoh awak tengah kat Little Caliph tu..sabar sikit

    ReplyDelete
  3. Sumpah uncle tak pernah perasan dia tulis Lebih Enak Bila Dibakar... huhu

    ReplyDelete
  4. mesti bau dia wangi je semerbak 1 rumah kan

    ReplyDelete
  5. Pandan kan bau wangi tapi belum pernah cuba bakar roti pandan dulu sebelum makan.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS