Lanjutkan tempoh sah kredit Tune Talk lagi setahun | NaSa
Assalamualaikum

Kredit aku kini tamat tempoh tahun 2022 yee. Sengaja aku extend awal biar tak kalut haha

Aku kan sekarang pakai Wi-Fi Maxis bayar RM140+ setiap bulan. Jadi phone jarang la topap sebab sebarang komunikasi dengan sesiapa saja dibuat melalui medium Whatsapp dan emel, selain media sosial. Jadi kalau nombor takde kredit pun, aku masih boleh berhubung dengan orang lain. 

Tapi masalah kalau tak topap lama sangat ni, ada risiko nombor kena terminate pula. Aku tak nak la nombor ni kena potong sebab sayang woo. Aku dah pakai sejak tahun 2009 lagi. Lebih 10 tahun aku setia tau. Memang nombor family, kenalan sekolah, kolej, universiti semua ada dalam ni.

Tahun lepas aku dah extend sekali tempoh sah kredit masa Oktober 2020 untuk jimatkan bajet since baru lepas langgan WiFi dan baru start makan Yasmin. Takut takdan nak topap kredit sekali. Alang-alang dah tamat tempohnya bulan lepas, kita langgan lagi la untuk extend sampai tahun depan pula.

Telco lain pun ada juga khidmat extension untuk lanjutkan tempoh sah kredit ni. Yang aku tahu, Tune Talk dan Hotlink akan caj RM35. Telco lain aku tak tahu la pula kosnya. Mungkin sama atau lebih. Untuk lanjutkan tempoh sah Tune Talk ni, aku buat melalui aplikasi sahaja. Mudah saja langkahnya.

Mula-mula kena pastikan baki kredit mencukupi untuk bayar caj extension tersebut iaitu RM35.

Tekan simbol (+) di bahagian bawah skrin untuk pilihan perkhidmatan lain. Pilih SUBSCRIPTION.

Untuk lanjutkan tempoh sah kredit, pilih khidmat VALIDITY.

Ada 2 pilihan untuk tempoh sah kredit ni.
365 Validity untuk aktifkan nombor sahaja, Extended Validity untuk dapatkan basic internet sekali.

Aku ambik 365 Validity yang aktifkan nombor sahaja sebab basic internet Tune Talk di kampung serupa takde internet je 😂

Nanti akan dapat pengesahan untuk pembayaran melalui kredit kita yang sedia ada.

Akhirnya, selesai!
Boleh enjoy tempoh sah sampai tahun depan.

Bagi aku, convenient ya bila extend tempoh sah kredit ni. Tak ada la terbeban nak topap setiap minggu atau bulan semata-mata nak aktifkan nombor je. Aku bukan guna pun kan jadi kalau topap dan kumpul kredit banyak-banyak buat apa. Lebih berbaloi kalau bayar je RM35 untuk dapat tempoh sah sampai setahun. Nanti ikut suka kita je nak topap bila-bila ada duit. Takde la risiko nombor kena terminate.

Tahukah anda? Asalnya nombor yang aku guna ni adalah nombor Celcom yang dibeli melalui plan University of X (UOX) yang jadi kegilaan pelajar dulu-dulu. Biasa la pelajar kan ramai yang bergantung kat duit sekolah je, tak mampu nak topap selalu. Apabila plan UOX yang tawarkan harga murah untuk SMS dan call kepada pelajar ni muncul, pastu dapat pula tempoh sah yang lama, menarik la kan.

Ada yang ingat lagi tak plan ni? Aku sepatutnya daftar bawah School of X (SOX) tau sebab masa tu baru sekolah menengah. Tapi untung member ada kabel tolong adjust untuk daftarkan kami dalam plan UOX lol. Jadi dapat la tempoh sah kredit sampai umur 25 tahun instead of 18 tahun.

Berbaloi dah tempoh sah kredit dia tu. Tapi masa tahun 2019 waktu aku tangguh semester jaga mama di rumah, aku buat keputusan nak hijrahkan nombor tu kepada Tune Talk. Sebabnya nak jimatkan duit PTPTN dan tak mampu nak tanggung kos pakej internet Celcom yang bagi aku terlalu mahal untuk kuota yang sedikit. Berbeza dengan Tune Talk yang agak murah dan kuota pun banyak.

Lagipun dari segi kelajuan internet, takde beza pun sebab Tune Talk tumpang pencawang Celcom juga. Kat kampung aku ni pula line Celcom takde la kuat mana. Cap ayam je. Jadi aku fikir alang-alang dua-dua line telco tu dah hauk, lebih baik aku ambik telco hauk yang murah kan 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. dulu ms pakai topap sllu susah ati psl kredit expired ni..
    lepas tu tukar pakai bil.. dh xpk psl expired..
    rupanya baru tau blh extend.. hihikk..

    ReplyDelete
  2. setakat ini saya guna 3 nombor telefon sekaligus..

    ReplyDelete
  3. MY pun jenis tak tukar nombor telefon. dah 16 tahun guna nombor yang sama.

    ReplyDelete
  4. boleh ye terus topup utk setahun..
    nak check fon anak2 ammilah. dorang guna Digi. Kat rumah mmg guna Unifi je..lama dah tak top up

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS