Selesai dos booster untuk mama abah | NaSa

Selesai dos booster untuk mama abah

in , , , by NaSa, December 24, 2021
Assalamualaikum

Baru-baru ni diumumkan bahawa individu yang dah cukup tempoh 6 bulan divaksin daripada tarikh dos pertama kena ambil dos penggalak kan. Oleh sebab mama abah haritu dapat vaksin sekitar bulan Mei, jadi dah layak la untuk dapat booster tu. Mujur kalini tak perlu pergi jauh macam dos 1 dan 2 haritu sebab dah makin banyak klinik termasuk swasta yang buka untuk walk in.

Macam abah dapat di Klinik Primer dekat rumah ni je. Mama dapat di klinik kesihatan area yang sama. Senang tak perlu redah jem. Tambah pula musim hujan sekarang kan. Takut terkandas kalau air naik je.

Tarikh abah haritu sepatutnya 16 Disember (Khamis), tapi masa pergi klinik yang ditetapkan tu, eh eh stok vaksin habis. Kena pergi minggu depan lepas stok sampai. Ikut kata nurse, hari Ahad (19 Disember) lepas pukul 11 pagi baru stok vaksin sampai. Haa takpe kita jumpa kemudian.

Tapi ramai ya Allah yee masa pergi minggu depan tu haha. Ada yang nak dapatkan vaksin untuk remaja, ada yang baru nak cucuk dos 1@2, dan ada yang walk-in booster. Orang ramai campur social distancing, jenuh ya kena beratur sampai selang 2-3 buah kedai dari klinik sebenar lol

Cumanya aku la yang beratur tu bagi pihak abah. Aku minta dengan nurse untuk abah standby duduk di kerusi dekat meja nurse je sebab kaki abah tak kuat sangat. Tempang sikit lepas baik dari strok dulu. Mujur nurse bagi. Suka juga dengan khidmat di klinik ni. Friendly je semua staff.

Klinik tu sebelah kedai yang shutter besi tertutup tu ye. Jauh beratur

Tapi beratur ni cuma untuk isi borang dan dapatkan kad vaksin sebelum check tekanan darah je tau. Untuk key-in data dalam MySejahtera, kena beratur lagi di tangga ke tingkat atas klinik. Ah, sudah!

Social distancing atas tangga pun boleh

Mujur la aku datang sekali. Sis memang lupa betul yang ada bahagian key-in data tu. Klinik ni pula sewa lot rumah kedai jadi space tingkat bawah memang tak muat la nak muatkan orang ramai-ramai macam PPV. Warga emas memang elok anak-anak temankan la. Biar mak ayah tunggu kat bawah je.

Untuk individu yang tak boleh naik tangga tinggi macam abah ni, klinik ni ada sediakan kerusi di hujung tangga tu. Lepas selesai key-in data kat atas, pengiring boleh bagitahu staf kat situ yang individu yang nak dicucuk tu tunggu kat bawah. Nanti mereka inform kat doktor untuk pergi cucuk kat situ.

Tengok selipar abah bunga-bunga haha

Lepas cucuk, Alhamdulillah takde kesan apa-apa sangat dan boleh la balik.

Pastu hari Khamis, kami bawa mama pula ke klinik ni. Walaupun aku kata MySejahtera tetapkan klinik kesihatan kan, tapi tarikh yang diberi 20 Disember (Isnin) tu bertembung dengan hari dialisis. Biasa lepas balik dari pusat dialisis tu mama pening lalat dan badan lemah sikit sebab penat jadi kami cancel dalam MySejahtera dan datang walk-in je di Klinik Primer ni.

Untuk kes mama lagi special. 

Kaki mama kan ada tulang retak jadi tak berapa gagah sangat la nak jalan. Biasa kena guna wheelchair kalau jalan jauh. Tapi kebetulan masa bawa abah ke klinik ni haritu, aku tengok ada makcik ni yang doktor pergi cucuk di kereta sebab dia tak boleh jalan. Jadi aku cakap kat mama tak payah turun pun. Tunggu je dalam kereta, nanti aku cakap kat staff nak cucuk ala drive thru. Lagi mama suka haha

Check tekanan darah pun buat di kereta. Untung ada mesin portable sekarang kan.

Tadaaa vaksin drive thru. Senang kan golongan warga emas nak dapatkan vaksin sekarang

Respek kepada kakitangan Klinik Primer ni atas kecekapan dan keramahan dalam urusan pemberian vaksin ni. Walaupun lokasi agak sulit sedikit sebab ruang yang agak sempit, tapi proses cucuk vaksin ni pun kejap je kan jadi tak kacau sangat pun. Harap-harap aku pun dapat booster kat sini je la pasni.

Oh ya alang-alang masa datang dengan abah haritu awal daripada waktu yang ditetapkan kan, sempat la aku suruh abah berdiri di photobooth depan klinik ni. Saja nak ambil gambar kenangan lepas divaksin.


Steady kan abah aku. Mujur tak reti buat mini love je hehe. Dan mujur juga masa tu orang belum ramai lagi datang ambik borang tunggu giliran vaksin. Kalau tak, aku pun segan nak berdiri situ ๐Ÿ˜‚

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. ala comel je props bergambar tu. Alhamdulillah both dah settle booster

    ReplyDelete
  2. ada photo booth...klinik yg ammi pegi utk booster satu hapah pun takde..nak parking jenuh sbb depan clinic ada construction (standardlah KL...celah mana je yg takde construction)..dengan jamnya. Masuk dlm klinik seat pun takde. Ala ala ala

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya ๐Ÿ˜˜

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then ๐Ÿ˜˜

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS