Saya belum meninggal tau | NaSa

Saya belum meninggal tau

in , by NaSa, December 29, 2021
Assalamualaikum

Alkisah tersebutlah suatu kisah kelakar (bagi aku)...

Tahun ni aku sebenarnya ada ambil kelas memandu tau. Sekian lama baru nak belajar drive ye. Selama ni selalu duduk rumah, bukan jenis kaki merayap dan keluar berjalan pun. Keluar pun dengan parents atau adik beradik je sebab tu malas nak belajar drive lagi. Tapi dah nak grad dan nak kena cari kerja ni elok la kita belajar drive sendiri kan. Senang nak bergerak.


Kelas memandu ni faham-faham la ada sesi kelas dan ujian yang pelbagai sebelum boleh buat test dengan JPJ tu kan. Pertama, kena pergi kelas teori 6 jam. Pastu buat ujian komputer. Lepas dapat lesen L, complete latihan litar dan jalan raya baru boleh buat ujian JPJ tu.

Jadi kisah kelakar ni terjadi masa hari sebelum nak pergi buat ujian komputer tau.

Kakak aku suruh buat gambar passport background putih siap-siap sebab lesen L nanti dia guna gambar macam tu. Tapi sebab masa tu bulan Mac 2021, PKP keberapa entah, aku pun tak tahu kedai gambar buka ke tidak. Nak pergi pun, macam tak sempat je sebab aku setiap hari ada kelas.

Mujur ada printer sendiri dan teringat kaklong ada beli glossy paper untuk print gambar haritu. Jadi kita fikir mudah, "buat apa bayar lebih kalau boleh buat sendiri?"

So aku ambik glossy paper di rumah kaklong dan gigih la aku buat photoshoot sorang-sorang dalam bilik. Nasib la beli ring light haritu jadi cantik sikit la lighting. Dan untung dinding bilik aku tu baru cat dan warna cat pun putih. Tak payah cari spot lain sekitar rumah atau nak kena edit background.

Tapi masalahnya aku masa tu tak reti tukar setting printer untuk print gambar guna glossy paper tau. Ingatkan print biasa macam selalu print assignment gitu je. Sekali dakwat mudah comot pula sebab glossy paper tu licin dan dakwat tak lekat. Dah la dakwat printer especially yang warna tu mahal. Membazir wei banyak kali print tak jadi.

Tengok dakwat dia mudah pudar kalau print gambar macam print dokumen biasa.

Jadi masa duk test segala option untuk print gambar dengan elok tu, aku tukar la setting guna dakwat hitam sahaja. Baru la tak bazir dakwat warna kan. Begitu begini begana aku cuba, akhirnya jumpa la setting yang sebenar untuk print gambar pada glossy paper biar nampak HD dan dakwat lekat elok.

TAPI.............................

Sebelum print gambar yang elok tu, aku lupa nak tukar setting dakwat hitam kembali kepada warna tau.

MAKA JADILAH GAMBAR PASSPORT AKU MACAM NI.....................

Takziah...?

Hahahahahah memula tu aku rasa macam "YA ALLAH MEMBAZIR DAKWAT HITAM AKUUUUUU!"

Tapi pastu rasa macam lawa pun ada hitam putih gitu. Kemudian lama sikit baru terfikir "wehhhh macam gambar orang letak kat ucapan takziah je..." You know kalau ada orang meninggal kan dia buat gambar hitam putih gini, letak nama arwah, siap tarikh lahir dan tarikh arwah meninggal tu 🥺

Saja-saja la aku share gambar ni di Twitter kan pastu memang mendapat la kena gelak dengan member. Biasalah manusia. Bab membahan orang laju ye kahkahkah 

Pengajaran di sini, kalau baru nak buat sesuatu untuk pertama kali, Google dulu cara-caranya atau rujuk pakar yang dah biasa buat benda tu sebelum kita palatao sendiri. Takpun suruh pakar buat terus. Lagi elok. Ni dah la terbazir dakwat printer, terbazir kertas, pastu free-free kena bahan dengan member 😂

Salah aku jugak la sebab elok kakak aku pesan awal untuk ada gambar tu. Tapi malam sebelum ujian komputer tu baru aku nak ambik gambar dan print. Kalut campur tak cukup tidur, memang kalut la jadinya. Tak pasal-pasal gambar aku nampak macam almarhumah. Padahal aku hidup lagi la!

Apa-apa pun, mujur ujian komputer aku cemerlang juga akhirnya. Dapat la aku lesen L tu hehe

Ada 1 jawapan je salah dalam setiap seksyen.

Tapi dah lama tak sambung kelas memandu ni sejak lockdown bulan Jun haritu. Aku pun busy intern dan buat report lagi, memang takdan nak pergi akademi memandu tu lagi. Lesen L expired pun tak sempat renew. Pasni la kot dah habis intern dan submit report aku pergi sana lagi huhu

Semoga aku lulus ujian litar dan jalan raya dengan lancar sebab aku memang tak minat nak memandu sebenarnya. Ambik lesen ni pun sebab kena paksa 🤧

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Takpe, next time dah tahu nak adjust tang mana kan...

    ReplyDelete
  2. Ok je Mrs. A tengok macam amik gambar kat kedai gambar

    ReplyDelete
  3. Memang perlu ada lesen memandu sendiri

    ReplyDelete
  4. Dh dpt lesen jgn jadi mcm Ammi tau..perap

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS