Kalau dah tak ada rezeki... | NaSa

Kalau dah tak ada rezeki...

in , by NaSa, December 14, 2021
Assalamualaikum

Ini adalah sebuah kisah kesedihan pendek huhuhu~

Bak kata mat saleh kan, "What is meant to be, will be." Jadi kalau not meant to be tu, sampai bila-bila pun tak akan jadi la. Sama la kalau tak ada rezeki, tak ada la kan.

Kaitan dengan kisah aku ni pula, haritu kan masa last aku buat takoyaki untuk hari jadi sendiri tu, stok sos takoyaki yang beli dulu tu dah habis. Jadi kami makan gitu-gitu je la dengan sipi-sipi rasa sos sebab tak boleh nak tuang banyak-banyak kan. Tapi tepung takoyaki tu ada lagi tau dalam 500gm. Tarikh luput pula hujung bulan 12 ni. Jadi rasa macam sayang la kalau tak habiskan.

Maka aku pun usha la lagi dalam Shopee cari seller yang jual sos takoyaki dalam kuantiti lebih banyak tapi pada harga mampu milik. Biasanya sos camni jenis homemade la. Ye la kalau beli sos takoyaki yang pure dari Jepun tu, mahal tapi sikit. Maleh ah kan sebab makan ramai-ramai ni mesti pakai banyak sos.

Cari punya cari jumpa la seller dari Kedah ni yang jual sos takoyaki homemade 1 liter pada harga kurang RM11. Tepung takoyaki pun dia ada jual dalam harga kurang RM6. Penghantaran pula percuma kalau beli lebih RM15 kan. Maka aku on la beli dua-dua sos dan tepung tu sekali sebab kalau sos ada banyak, perlu banyak tepung juga kan. Dalam kepala dah set nanti boleh buat stok sampai tahun depan.

Beberapa hari tunggu, sampai la parcel tu ke rumah. Tapi.........

Ateee apa ternganga luas bebenor plastik parcel aku ni, yong????

Pastu masa aku angkat tu kan, rasa ringan betul. Padahal kalau ikutkan tepung sekilo dan sos botol 1 liter, mesti la berat kan. Tapi ni rasa serupa ada tepung je? Dan lepas aku unbox tu, ternyata....

Memang ada tepung je dalam parcel tu...sos entah ke mana....

Sos takde dalam parcel tu dah satu hal kan. Tapi plastik tepung pecah sampai isi tepung tu berterabur dalam parcel lagi satu hal. Abih bertepung meja aku. Sampai terbang ke atas laptop dan katil.

Nahhh tengok tepung banyak mana yang tumpah dalam plastik parcel tu sahaja. Ni kalau guna untuk bancuh jadi bater ni, dah boleh dapat berapa biji takoyaki agaknya hahaha

Tengok pada cara bungkusan plastik tepung tu, dah agak secure sebab bubble wrap tu agak tebal juga. Tapi tu la kalau dah Allah tetapkan takde rezeki kan, dah takdir tepung tu nak pecah, memang dia pecah juga la walaupun dah balut secure ketat-ketat pun.

Sekali pandang seolah-olah bubble wrap tu la yang bungkus terus tepung tu kan. Tapi lepas aku buang balutan bubble wrap tu, sebenarnya memang ada plastik lain dalam tu haha


Seller ni guna plastik jenis ziplock yang resealable tu. Molek juga ideanya sebab tak payah cari botol kosong untuk isikan tepung tu. Takde juga risiko tepung masuk angin atau kutu bubuk yang suka makan beras dan tepung tu. Tapi tu la mungkin sebab jenis 
bahagian sisi plastik ziplock ni dikepit dengan sealer pastu seller tu pula lipat ketat dalam bubble wrap tu, maka sisinya pecah.....

Mujur aku selalu rekod video unboxing kalau beli barang di Shopee. Maka boleh la aku hantar video tu kepada seller melalui chat dan dia kata boleh refund sebab bukti jelas sangat. Dah la sos pun entah ke mana pergi kan. Tak tahu la sama ada seller lupa masukkan atau sos tu jatuh sebab plastik parcel tu kan terbuka luas gitu. Tapi aku malas nak persoal lebih-lebih. Dia nak bagi balik duit tu, kita ambik la.

Kalau ikutkan, aku sebenarnya taknak refund sebab malas nak cari seller lain. Rasa nak je tanya kalau dia hantar balik sos yang takde tu tak boleh ke? Sebab aku dah terguna free shipping voucher kan masa beli tu. Kalau nak beli balik, kena cari voucher lain pula. Dah la Shopee sekarang kedekut voucher hahah

Tapi takpe la. Nak buat cemana kan tak ada rezeki kami nak berjualbeli. Nanti la kalau ada kesempatan lain, aku beli semula daripada seller tu. 

Buat masa ni, baki tepung dalam plastik tu aku bubuh dalam botol tau. Tapi kan, aku was-was pula sama ada tepung tu boleh diguna lagi atau tidak sebab bimbang ada cross-contamination. Ye la kalau tepung tu tumpah dalam plastik parcel je, okey lagi. Tapi sebab plastik parcel tu terbuka luas gitu masa sampai, tak tahu la ada benda apa dah masuk dalam tu masa kat warehouse, dalam kereta kurier, etc...

Pada pendapat anda, patutkah aku simpan tepung tu atau buang saja sebab risau dah tercemar? Tapi kalau nak buang, sayang pula. Dilema la sister huhuuuu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Kalau tengok bungkusan macam orang buka.
    Rasa jangan guna tepung sebab takut ada benda lain masuk dalam tepung.

    ReplyDelete
  2. Alahai....nak buat macam mana...memang dah takde rezeki kan....

    ReplyDelete
  3. Kalau brother penghantar yg buat onar mmg sengaja je dia tu.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS