Pertama kali cuba kek tapak kuda Nutella | NaSa

Pertama kali cuba kek tapak kuda Nutella

in , by NaSa, December 23, 2021
Assalamualaikum

Beberapa bulan lepas masa blogwalking ada la aku terbaca entri salah seorang rakan blogger ni pasal beliau beli kek tapak kuda inti Nutella kan. Macam terliur je aku tengok sebab sis kan peminat kek dan peminat Nutella. Apabila kedua-duanya digabungkan, haruslah aku curious tentang rasa kek tu.

Jadi kebetulan masa aku nak restock Nutella dan beli Ovomaltine haritu, aku usha Shopee katanya ada voucher khas untuk produk berasaskan coklat iaitu MYChocolate Fest. Masa tu kalau guna voucher ni nanti dapat diskaun RM2, jadi aku pun usha la ada produk apa yang layak guna voucher tu kan.

Di situlah aku jumpa seller @bakesbysnf ni. Memula belum rasa nak beli pun sebab harga satu kek tapak kuda ni RM25 tau so rasa macam agak mahal. Tapi ternampak pula seller ni bagi diskaun RM6 untuk belian melebihi RM15. Jadi kalau campur dengan diskaun RM2 atas tadi, dah jimat RM8. Maka aku pun terpengaruh dan beli juga akhirnya sebab harga akhir kan dah turun jadi RM17 je hehe

Tapi kena tunggu beberapa hari la sebab kek ni pre-order dan seller buat ikut tarikh orang beli. Biar fresh. Homemade kan. Sis pun redha je tunggu biar kek tu nanti buat sesurpris je bila sampai.

Nama glamour, Nutella Roll.
Dan memang sesurpris ya sebab Poslaju tetiba je betul-betul laju penghantarannya. Harini seller pos, esok dah sampai. Jadi aku dapat kek tu dalam keadaan masih rasa sejuk-sejuk dari peti tau. Happy seller masa aku chat dia kata dah selamat sampai dan masih sejuk elok lagi.

Tapi belum boleh terus makan lagi. Seller kata better simpan dulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Aku nak simpan la kan tapi peti takde ruang. Dibantainya aku letak dalam freezer. Sepatutnya kena kurangkan masa la kan sebab freezer sejuk berganda tapi aku boleh pula pergi makan nasi dan lek-lek dulu. Akhirnya keras bak batu kek aku. Kalau dah bodoe memang begini 😂

Dah kena jemur depan kipas dulu kejap untuk lembutkan sikit kek tu kahkahkah. Tapi tu la walaupun kek dah lembut, inti Nutella tu pula agak keras. Malas aku nak tunggu lebih lama so aku teruskan juga potong kecik-kecik. Tak sabar nak makan kononnya.

Dari segi rasa, Nutella tu rasa Nutella la. Takde nak berubah rasa jadi Cadbury ke apa kan. Tapi bahagian kek span tu memang sedap. Lembut macam kek chiffon dan tak muak sangat. Tak terlalu manis juga sebab dah ada Nutella tu kan. Aku potong dalam lebar 1-inci gitu dapat dalam 13-15 keping gitu kot. Takdan nak kira sebab awal-awal potong tu lepas ambik gambar terus masuk mulut hehe

Kek ni katanya tahan 1 bulan kalau simpan dalam peti dan 2 bulan dalam freezer. Tapi hakikatnya takkan sempat tahan selama tu la. Sebabnya aku 3 hari je dah habis. Tu pun aku bubuh dalam tupperware letak dalam peti dan sehabis mungkin makan jimat-jimat je sehari. Memula macam nak kongsi dengan orang lain tapi pastu eh sayang pula sebab sedap 😂 

In shaa Allah nanti la kalau ada rezeki lebih kita beli banyak sikit. Boleh semua pakat rasa sikit sorang. Anggaplah ni aku try test dulu nak tahu kualiti. Survey, survey hehehehe

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. menarik jugak ni. nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  2. nampak menarik..kena cai dan order jugak ni...akak bab macam ni memang senang terjebak

    ReplyDelete
  3. pernah beli kek nutella ni. sedap juga rasa dia sebab ada nutella kan..hehe

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS