Talian 3G Maxis sudah ditutup di Kelantan | NaSa
Assalamualaikum

Ingat lagikah cerita talian WiFi Maxis bermasalah sampai aku tak boleh menulis haritu?

Masalah masih belum selesai ya. Dari awal bulan Mac sampai harini dah 31 Mac, sama je masalah dia. Dah sebulan ni aku sabar je belum buat aduan apa-apa kat SKMM sebab dia kata tengah baiki. Tapi takde pembaikan pun??? 🙄

Bil bulan Februari tu aku belum bayar lagi sebab gila ke 2 minggu takde line tapi masih nak aku bayar full? Aku report kat customer service Maxis, dia kata "Maaf atas kesulitan yang dialami" je. Setakat maaf je dapat apa? Orang bayar pakai duit, bukan daun. Ah panas hati I la.

Ingat dengan perkataan maaf tu boleh selesaikan kerja aku yang tertunggak atas talian sebab takde line ni ke?

Menyampah aku. Emel suruh bayar tu hantar on-time. Jumlah suruh bayar pun nak penuh. Tapi line serupa haram. Bila buat aduan, dilambung ke sana sini reply orang lain-lain macam bola.


Tengok. Takde maaf, takde ampun. Nak jugak suruh bayar RM146. Padahal line WiFi dia kat sini mengalahkan simkad yang takdak kredit dan guna basic data. Bukak Chrome pun loading je manjang, pastu kata takdak line.

Fed up dengan bil Maxis padahal takde line tu, masa 19 Mac 2022 aku tukar la kejap "preferred network type" tu daripada 4G kepada 3G. Sebab line 4G tu yang sangkut kan. Pastu anak buah aku kata kalau guna 3G, line okey je.

Aku try buat, memang jadi. Walaupun 3G dan simbol H+ je, tapi talian WiFi tu stabil. Takde dah la WiFi tu kejap "Connected", kejap "No internet". Maka boleh la aku update blog macam biasa selama beberapa hari sebab boleh sambung wifi tu ke laptop. Aku nak edit gambar guna Canva pun laju. Mohon sijil SSM percuma untuk pelajar pun lancar.

Tapi tu la. Talian 3G tu sempat guna 10 hari je dari 19-28 Mac. Pastu kan telco Malaysia ni bercita-cita nak kembangkan 4G dan seterusnya 5G. Pastu talian 3G tu katanya dah outdated dan akan ditutup secara beransur-ansur.

Sebab tu tahu-tahu je, 29 Mac tu talian 3G dah tak boleh guna. Simkad WiFi tu dah jadi line E je manjang. Bila dah E, line mobile data pun slow apatah lagi kalau nak buat hotspot kan. Memang kelajuan serupa siput la.

Bila aku tanya lagi customer service Maxis, dia kata memang talian 3G Maxis di Kelantan pun dah ditutup. Sebab haritu Maxis start tutup talian 3G di Malaysia ni bermula dari Terengganu.


Masalahnya kalau tukar balik kepada talian 4G yang asal tu, jadi la takde line balik. Nayaaaa weyyy.


Ni 29 Mac masa lepas aku tukar balik network type tu kepada 4G. Sepanjang hari ye jadi macam tu. WiFi merah sebab takde line. Prompt "This WiFi network has no access to the internet" tu pun duk menebeng je di notification bar. SEPANJANG HARI MACAM NI YA!

Pastu ni sebab makhluk lain pulak di customer service Maxis tu yang reply soalan aku, dia duk bagi lagi la nasihat suruh restart phone, bukak airplane mode, cabut simkad etc tu. Eh berbulu la mata nak baca. Sebelum dia cakap tu, aku dah buat dulu kot. 2-3 orang staff kat atas tu pun duk repeat benda sama je.

Masalahnya bukan isu di phone aku. MASALAH KAT MAXIS TU SENDIRI!


Dah aku keluar nada ayat menyampah masa reply tu 😑

Customer service tu pun menyampah agaknya nak baca komen panjang-panjang aku. Last sekali dia buka nombor kes baru je. Padahal dah ada nombor kes haritu aku sebut sebagai rujukan.


"Maaf"
"Akan disemak"
"Akan disiasat"

Tu je la modal ayat dia bagi untuk sejukkan hati kononnya. Masalahnya kalau dah sebulan benda ni jadi, pastu dah komplen banyak kali pun takde perubahan, dan masih jugak demand kena bayar bil penuh, tak sejuk pun hati aku ni.

Dah la cuaca Kelantan ni sekarang pun panas merembang cecah 33-34 Celsius sehari. Panas naik sampai ke kepala wey. Memang makin mudah la jadi baran. Ni nasib fikir bulan depan dah start puasa je so aku duk buat tarik nafas panjang-panjang untuk tahan sabar awal-awal. Kang kalau masalah ni bersambung sampai bulan puasa, mau menipis pahala sebab duk maki Maxis je.

Memang sayang la Maxis bermasalah macam ni. Sebelum ni okey je takde isu. Kalau hari normal yang 4G elok tu, kelajuan internet Maxis ni boleh cecah 45-55 Mbps kot.

BAGI BALIK KELAJUAN NI KAT AKU!!!

Tapi sekali dia bermasalah, eyyy aku nak bukak Google Chrome pun tak lepas. Telco Malaysia ni pun, gedik nak tutup talian 3G buat apa la kalau talian 4G tu pun belum elok dan stabil di semua kawasan 😒

Yang peliknya, kampung aku je yang bermasalah ni. Sebab duduk kampung sebelah-sebelah, line Maxis tu elok. Masuk parking depan rumah sendiri, kurang dari masa seminit terus takdak line. Ada aku rekod video tu untuk bukti. Pelik bin ajaib betul.

Aku duk sabar lagi ni daripada buat aduan kat SKMM. Nak tengok dulu progress macam mana. Lagipun haritu center Maxis tu ada call untuk feedback tapi aku tak dapat nak angkat sebab nombor tu masuk list scammer kat Truecaller dan kena block. Kang Maxis kata aku yang tak bagi kerjasama pulak kan (padahal aku pun tak perasan nombor tu kena blok hahah) 
Tu la kuat sangat call customer promote benda yang orang tak nak. Memang la orang label nombor tu jadi scammer.

Ni aku dah unblock nombor center dia tu so InsyaAllah kalau dia call lagi, aku sempat angkat la (berbanding haritu berdering sekali terus padam sebab masuk blocklist).

Tu pun kalau dia call. Kalau Maxis tak call, tak update progress, dan masih tak ada sebarang peningkatan jugak dari kualiti talian 4G tu, pastu bill untuk bulan Mac ni pun dia nak caj penuh, memang Maxis ni minta dimaki.

Aku nak tunggu sampai 7 April. Kalau takde perubahan jugak WiFi Maxis ni, hilang pahala puasa masa tu pun hilang la. Sis nak babap.

Sekian daripada saya yang membebel panjang berbekalkan line 4G Tunetalk yang berkelip antara 1 bar, takde bar, dan E 🙃

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS