Talian Maxis bermasalah punca saya cuti menulis | NaSa
Assalamualaikum

Lama tak jumpa kan. Padahal niat nak menulis tu hari-hari ada je. Tapi tinggal niat je la eheh. Tak kesampaian nak direalisasikan sebab banyak pula dugaan Mac 2022 ni. Tak pasal-pasal sis kena cuti menulis tanpa sengaja.

Dah la Bulan Februari haritu pun aku tak menulis sangat. Sempat update blog 2 kali je kot aku rasa. Tu pun update gambar makanan untuk slot Juadah Jumaat je. Caption pun pendek. Takdan nak tulis sebab tak tau nak tulis apa pasal juadah tu. Ye la dah bukan aku yang masak, aku tukang makan je hehe

Masuk bulan Mac, awal-awal tu ada niat nak tulis pos ala-ala "Selamat Menyambut Bulan Mac" gittew. Tapi tak jadi. Sampai dah masuk tengah bulan pun, tetap tak dapek nak tulis "Eh dah nak habis 3 bulan la 2022 ni."  Sebabnya WiFi Maxis ni baik hati nak buat perangai dari awal bulan sampai sekarang. Memang menyirap bandung je darah aku dengan isunya.

Isu apa?

"This WiFi network has no access to the internet."

Ni masa awal bulan Mac

Ni kejadian terkini harini, 17 Mac 2022 🙄

Dalam sehari, ada la dalam 15-20 jam aku kena hadap benda ni. Entah la pelik bin ajaib sungguh. Walaupun signal bar Maxis tu penuh, line pun 4G LTE, tapi line internet tak masuk. Buka Google Chrome pun tak lepas. Tu yang kalau buka hotspot sambung WiFi kat phone utama yang aku guna, selalu keluar benda alah tu.

Dulu ada juga kes takde akses internet ni terjadi tapi sekejap-sekejap je la. Biasa kalau line WiFi terganggu, aku buka airplane mode kejap di phone yang ada kad sim WiFi tu, pastu buka hotspot macam biasa, line dah elok balik. Tapi ni bukan setakat airplane, jenuh aku restart semua phone berkaitan pun, takde line juga.

Dalam 24 jam tu, ada 2-3 jam je WiFi elok boleh guna. Pastu memanjang takde line. Bukan setakat WiFi Maxis je, nombor Hotlink pun sama takde line. Dan bukan aku seorang yang kena tapi adik beradik aku yang guna Maxis/Hotlink pun sama terjejas. Maksudnya line Maxis di tempat kami ni memang ada masalah.

Tak memasal aku kena beli data Tunetalk pula untuk backup. Berapi la juga hati i kan. Dah bayar WiFi dekat RM150 bulan-bulan tapi tetap kena beli data juga. Elok-elok aku nak jimat duit bayar 1 WiFi boleh guna untuk semua nombor, ni dah kena keluar duit ekstra pula. Dah la line Tunetalk ni tumpang Celcom yang memanjang 1 bar je line 4G di kampung ni. Paling kuat pun 2 bar. Kadang-kadang line G atau E terus huhu nangis 🥲

Sekali datang mood line G Tunetalk ni, mampus la tunggu gambar sekeping nak loading 🥲

Memula husnudzon line Maxis problem sebab hujan, sebab masa awal bulan Mac tu kan tetiba je jadi musim hujan kat Kelantan sampai ada kawasan naik air banjir kan. Tapi tanya customer service Maxis, katanya takde kerja maintenance pun di Kelantan sampai line boleh terganggu macam tu.

Dah buka kes siap 2-3 kali follow up dengan staf customer service Maxis tu tapi tu la belum selesai juga masalahnya. Dah la Maxis ni selalu bertukar-tukar orang yang layan kita tu. Aku reply staf A, yang reply balik tu staf B, C, D. Penat la sis nak kena repeat benda sama je cerita masalah apa yang jadi. Panas je guwe ngadap orang lain-lain duk bagi nasihat sama "Dah cuba on off router? Cuba buh kad sim dalam phone. Dah restart phone? Cuba airplane mode." 🙂

Koleksi staf customer service Maxis yang layan kes aku ni

Ada beberapa lagi nama lain kalau diikutkan. Gamaknya nak tunggu kes ni selesai, mungkin aku dapat berkenalan dengan satu jabatan customer service Maxis agaknya hahahah

Tapi sekarang aku lebih fikir kat bil je. Bil wifi aku ni kena bayar setiap pertengahan bulan. Biasa 16hb tapi sebab Februari haritu kan ada 28 hari je, jadi bulan Mac ni dia drag sikit la dan kena bayar 19hb Mac ni. Masalahnya walaupun aku dah 2 minggu takde line dan tak dapat guna wifi dengan elok, mana dia kisah kan. Mesti dia caj bayaran penuh juga. Mana nak refund nyeee

Padahal aku dah 2 minggu tak dapat guna wifi dengan elok. Kuota wifi pun masih banyak. Sebab bil start tengah bulan, biasa data usage yang dikesan dalam statistics phone tu cecah je 150GB aku guna setiap 2 minggu akhir bulan dan awal bulan. Tapi sepanjang 2 minggu awal bulan Mac ni, tak sampai 25GB pun aku guna.

Dah manjang wifi takde line je, memang nak guna di laptop pun tak dapat la. Kejap-kejap connection is disrupted, pastu unexpectedly closed the connection, pastu IP address could not be found. Aduhh membazir betul kena bayar mahal untuk servis yang kurang berkualiti.

Setakat ni, belum ada tanda Maxis tahu kenapa masalah ni jadi di kawasan kami. Maka belum ada tanda ia akan berakhir. Aku ni nak tukar provider wifi dah la susah. Ye la duduk kampung kan. Mana ada provider nak masuk buh pencawang elok-elok pun. TIME yang orang kata murah dan laju tu pun tak wujud kat sini. Telekom pun memilih letak fibre connection Unifi sikit-sikit je. Harapkan Maxis ni je la yang line 4G elok di kampung ni tapi kalau signal je penuh tapi takde line, buat apa juga.

Nak tak nak, redha je la dulu aku untuk bulan Mac ni dengan talian WiFi yang teruk sebegini. Tapi kalau masuk bulan April pun masalah sama duk berulang, siap la. Ada aku buat aduan kat SKMM ni karang 👀

MACAM NI MALAYSIA KATA NAK MENUJU KE ARAH WAWASAN 5G? 

Dalam mimpi 😑

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Sini pun line tak elok juga.

    ReplyDelete
  2. Sama lah bulan lepas pun problem dengan Maxis sampai seminggu tak ada internet kat rumah. Kata nak bagi rebate tapi haram takde. TErus tukar pergi TIME. Kalau kawasan kampung memang payah sikit tak banyak pilihan. Buat je aduan tiap hari dekat SKMM tu

    ReplyDelete
  3. mmg maxis problem lah sekarang. saya pun dh nak 2 minggu tak dpt akses mobile data kt opis. peliknya kat luar opis elok plak linenya. aduii..

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS