Review: Minuman coklat Aik Cheong dan Cadbury, yang mana lebih sedap? | NaSa
Assalamualaikum

Aku ni kalau ikutkan, bukanlah peminat minuman manis sangat. Kalau yang kenal aku masa zaman belajar dulu, tahu la yang aku ni banyak minum air masak je. Tu pun bukan atas alasan jaga kesihatan sangat. Cuma dari zaman sekolah lagi memang berkira nak beli minuman berperisa sebab mahal haha

Almaklumlah orang susah. Duit sekolah aku dulu RM3-RM4 je. Duit tu la untuk beli makanan masa rehat dengan makanan untuk kelas tambahan petang. Pepandai la bajet. Sebab tu kena catu menu hari-hari kat sekolah. Dah teh o beng ikat tepi tu RM1, ais kosong 20 sen. Mesti la pilih yang murah kan 😂

Lepas merantau sambung belajar, baru reti sikit-sikit expand citarasa minum air pelbagai perisa. Dapat elaun lebih kan. Boleh la beli jenama yang disukai. Jumpa pula pelbagai jenis orang yang ada citarasa lain-lain jadi dapat la kenal jenama dan nama minuman baru, termasuklah minuman coklat begini. Tidaklah saya ni asyik taram Milo, teh serbuk, atau kopi cap Badak sahaja.

Minuman coklat pertama aku pernah try, jenama Cadbury. Tu pun kali pertama dan terakhir aku minum masa tahun 2013 di KYUEM lepas Narfa bagi kat aku 1 peket untuk cuba. Pastu salah bancuh terlebih air pulak sebab tawar bebenor. Terus cop dalam kepala "Minuman coklat memang tak sedap ke?"

Ye la dah biasa makan coklat Cadbury tu manis, sekali minuman coklat dia macam tahpape. Kecewa sis.

Tahun lepas baru la aku beli balik serbuk minuman Cadbury tu sebab tetiba mengidam? 😂


Sebungkus 15 peket terus ye aku kaut. Beli masa borong stok biskut timbang tahun lepas untuk buat kudap-kudap tu. Pastu minumnya jarang-jarang sekali sebab malas nak bancuh ahahahah

Masuk awal bulan April haritu, viral pula di Twitter pasal satu lagi jenama minuman coklat yang katanya lebih sedap daripada Cadbury. Keluaran Aik Cheong namanya.


Masa mula-mula viral haritu, aku takde rasa nak beli pun. Tapi kebetulan masa pergi pasar raya beli barang stok puasa dan raya, ternampak pula satu rak yang penuh dengan pelbagai serbuk minuman Aik Cheong ni. Terus teringat pasal pos viral pasal minuman coklat dia tu maka aku pun ambik la satu.

Dan alang-alang ada serbuk minuman coklat Cadbury tu, sengaja la sis bancuh dua-dua terus minuman coklat ni haritu untuk buat perbandingan antara kedua-dua jenama dan kenalpasti perbezaan mereka.

Saiz dan Berat



Bila banding sebelah-sebelah macam ni, dah jelas satu perbezaan kan? Kemain tinggi Aik Cheong tu 😂

Selain tu, Aik Cheong ni peketnya lebih berat sebab mengandungi 40 gram serbuk minuman. Manakala Cadbury pula ringan sedikit ada 30 gram sahaja.

Tapi kalau Aik Cheong tu buat saiz peket sama besar macam Cadbury pun takpe kot. Muat je. Jimat pembungkus pun ye juga. Besar tapi tak penuh buat apa. INI SEMUA TAKTIK PEMASARAN! hahahah

Warna dan Rasa Serbuk 




Warna serbuk coklat Aik Cheong tu gelap sedikit daripada Cadbury dan kandungan serbuk krimer dia . Sebab Aik Cheong guna coklat dari Belgium kot? Nama pun kemain Belgian Indulgence kan 👀

Perbezaan warna dia tak jelas pula daripada cawan ni. Aku pun malas nak cari angle lain untuk gambar ni so kau percaya je la cakap aku yang warna dia lain. Siapa tak nampak, tak lama dah tu.

Sekali try serbuk dua-dua jenama ni, takde rasa sangat pun. Tapi baunya mengingatkan aku kepada lolipop susu 90an masa kecik-kecik dulu yang kita celup dalam serbuk koko tu. Ada yang pernah makan?

Macam ni lolipop dia

Dan tolong bagitahu aku lolipop ni memang wujud di Malaysia duluuuu 😭 Sebab ada banyak jenama lolipop celup serbuk koko ni tapi aku yakin yang aku makan dulu plastik warna pink gelap dan lolipop tu warna susu. Tapi jenuh aku google, ni je satu-satunya gambar yang sama macam memori aku 🤧

Rasa macam kenangan palsu pulak sebab tak jumpa gambar tu. Aku terbeli produk alam lain ke? hahaha

Rasa minuman


Untuk bancuhan, arahan kedua-dua jenama adalah berlainan.
🔸 Aik Cheong - campurkan 180ml air panas
🔸 Cadbury - campurkan 200ml air panas

Tapi cawan aku guna untuk Cadbury tu bontotnya lebih tebal daripada cawan Aik Cheong walaupun dua-dua sama je cawan kedai RM2. Aneh. Maka jadilah dua-dua minuman tu macam sama tinggi walaupun tak sama sukatan air.

Ketulan jerawat apakah itu, wahai Cadbury?

Ni salah satu benda yang aku menyampah dengan serbuk koko Cadbury tau. Walaupun air panas mendidih dan dah kacau lama dalam cawan tu, serbuknya tak mudah larut semua. Mesti ada yang berketul-ketul di atas. Dah satu kerja nak kena tenyeh dengan sudu biar pecah dan larut dalam air.

Aik Cheong tu elok je mudah larut. Kacau kacau, atas tu akan terbentuk lapisan buih yang halus dan lembut. Saya suka sebab kalau hirup buih tu, dapat rasa coklat yang smooth je.

Untuk rasa minuman, kedua-dua jenama ada perbezaan agak ketara.

Aik Cheong - Rasa coklatnya lebih pekat dan ada hint pahit. Tak mudah muak sebab aku kalau pahit mesti minum slow-slow untuk lebih menikmati. Bila coklat mendap, di dasar cawan ada serbuk coklat yang warnanya gelap. Tanda kandungan coklat yang tinggikah itu?

Cadbury - Rasa minumannya lebih manis tapi coklatnya jauh di hujung lidah. Tak kesampaian. Ni sukat air ikut arahan tau, bukan terlebih macam dulu. Jadi memang Cadbury la kot tak sedap bagi aku haha. Bila mendap, di dasar cawan ada kelompok putih. Aku syak krimer, sebab tu kot dia manis terlebih.

Aku ada suruh kakak aku dan anak buah (Amir) try sekali dua-dua minuman tu. Saja nak tau pandangan orang berlainan. Tak nak la pendapat aku bias Cadbury tak sedap sebab pengalaman minum Cadbury dulu tak best kan. Dan pendapat lidah mereka berbeza mengikut tahap kematangan usia ya hahaha

Kakak aku sama macam aku, rasa lebih suka pada minuman coklat Aik Cheong sebab lebih pekat dan terasa coklatnya. Pahit tu macam just nice je bergabung dengan krimer dan gula dalam tu. Sesuai dengan citarasa lidah orang tua dewasa.

Amir pula kata dia lagi suka yang Cadbury sebab manis dan senang diminum. Ala b
udak-budak kan. Majoriti memang mana maunya minum atau makan benda-benda pahit. Nak yang manis aje. Sebab tu kot rasa Aik Cheong tu macam kuat sangat untuk dia 😂

Konklusi

Kalau ikut lidah aku, Aik Cheong la yang lebih sedap. Patut pun viral haritu sampai ramai berebut kejar diskaun dalam Shopee haha. Jadi walaupun aku tak minat minuman coklat sebab trauma dengan Cadbury tu, pasni boleh la tukar beli Aik Cheong pula sebab Alhamdulillah kena dengan citarasa.

Harga Aik Cheong pun lebih murah daripada Cadbury sebab 1 pek (x15 peket) dalam RM11-RM12. Berat peket tu pun 40 gram jadi lebih berbaloi la. Cadbury 1 pek (15 peket x 30 gram) kat Shopee dalam RM14-RM18. Yang aku beli haritu RM15.50, tu pun kena tebus coin Shopee sebab nak murah lagi 😂

__________________

Masa beli Aik Cheong ni haritu, ada promosi percuma sampul duit raya tau sebab bulan puasa kan. Cantik sampulnya warna holografik gitu. Tapi aku simpan je la sebab takde duit raya pun nak isi dalam tu untuk budak-budak. Kewangan belum stabil haha. Sayang nak guna pun ya juga.


Promoter yang bagi sampul ni kat aku nampak tau aku duk tercegat ambik gambar rak tu. Tak memasal dia minta nak ambil gambar aku dengan produk tu suruh posing dengan sampul duit raya tu sekali. Rasa popular kejap. Rugi pula tak suruh dia snap gambar dengan phone aku jugak. Boleh acah selebriti 😂

Ada yang pernah cuba jugak ke minuman keluaran Aik Cheong ni? Sedap ke tidak? Kawan aku suggest suruh cuba yang Teh Tarik dia sekali sebab sedap katanya. Tapi tu la aku tak minum teh tarik huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. tak tahu pulak air coklat aik cheong tu viral. Tapi kalau ikutkan pada kuantiti coklat memang berbaloi lah beli aik cheong sebab banyak coklat dari krimer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral dalam kalangan twitter je la kejap haritu sbb bising sale kat shopee haha. Tu la baru tau jenama lokal pun ada minuman coklat sedap. Selalu orang kempen Cadbury je

      Delete
  2. aik cheong coffee pernah lah minum, tapi coklat belum lagi. sedap ye..hurm, boleh cuba ni. cadbury tu manis sangat pada pendapat akak.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS