Kenapa Adabi patut tukar botol Sos Korea mereka? | NaSa
Assalamualaikum


Berdasarkan 2 entri aku yang lepas iaitu ayam goreng Korea Adabi dan sambal tumis sos Korea Adabi, aku ni boleh dikatakan peminat sos Korea keluaran Adabi ni la. Sampai tak cukup makan sos peket, aku beli yang jenis botol terus sebab lagi puas hati dapat kuantiti yang lebih banyak kan.

Tapi lepas guna sos Korea Adabi dalam botol ni selama sebulan, sis jadi menyampah pula ya. Bukan dengan sos tu. Sebaliknya dengan botol sos Adabi tu. Dan aku rasa Adabi perlu tukar botol tu lepas ni.

Kenapa?

BENTUK BOTOL SOS YANG PANJANG TU TAK SESUAI DENGAN JENIS SOS.


Ada dua ciri-ciri sos Korea Adabi ni yang jadi punca kenapa botol panjang Adabi tu tak sesuai.
1) Isi sos mengandungi kuantiti MINYAK yang banyak
2) Sos perlu disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka


Kalau tengok pada gambar ni, nampak kan sos Korea Adabi ni memang mengandungi banyak minyak. Minyak ni pula akan naik terapung ke bahagian atas apabila dibiarkan pada suhu bilik. Apabila dituang ke dalam bekas untuk dimakan, minyak tu yang keluar dulu dari botol, bukan sos.

Cara untuk selesaikan masalah ni, eloknya kena kacau sampai minyak tu sebati dengan sos kan.

Tapi dah mulut botol tu kecik, nak kacau macam mana? Jadi kena la goncang botol sos tu.

Hasilnya, satu lagi masalah akan berlaku iaitu minyak akan bertakung di bahagian penutup sos. Lepas sos tu ditutup semula, lebihan minyak tu akan meleleh ke luar botol dan bertakung di bawah botol 🙃

Tengok sticker di botol tu ada comot-comot warna oren gitu kan? Itu la minyak yang meleleh tu.

Akibatnya?


Okey salah aku masa ni, mula-mula buka botol tu aku tak baca arahan yang sos Korea ni kena simpan dalam peti sejuk. So aku letak je sos tu sebelah kicap atas rak kayu ni. Dan aku tak perasan minyak sos tu meleleh ke luar dan mengalir sampai ke bawah botol kicap tu. Sebab tu ada 2 lingkaran minyak di sini.

Tak memasal rosak rak aku huhu insaf sisterrr

Tapi tu la kalau aku simpan dalam peti sejuk lepas goncang sos Korea ni sekalipun, nanti minyak tu akan meleleh keluar dan comotkan rak peti kan? Jadi level leceh nak kena bersihkan minyak tu, sama banyak.

Tambahan pula, ada satu lagi masalah berkaitan minyak bila simpan sos Korea ni dalam peti sejuk. 

Lumrah kalau minyak duduk dalam tempat sejuk, mesti la minyak tu jadi keras (dan sos tu pun).


Apabila sos dan minyak tu keras, dia jadi 2 kali ganda ya masalah di sini.

🔸 Sebab mulut botol tu kecik, tak boleh nak kacau sos tu dengan sudu agar cepat cair ikut suhu bilik.
🔸 Sos pun jadi pekat apabila sejuk maka tak boleh nak goncang botol sos tu macam sos biasa.

Nak tahu aku kena guna apa untuk kacau sos dalam botol tu untuk jadi sebati sebelum boleh makan?

LIDI SATAY! 😩


Sebab memang lidi satay tu je benda yang cukup kurus dan panjang yang aku ada untuk masuk dalam botol sos Korea Adabi tu. Itu pun sipi-sipi je boleh pegang lidi tu di muncung mulut botol.

Tahu tak betapa leceh nak pusing lidi satay tu melalui mulut botol yang kecil dan dalam sos yang keras? 

Sangat leceh. Sebab kebiasaannya lidi tu tak boleh berpusing lancar pun sebab sos tu pekat ngat lol

Nak tunggu sos Korea Adabi tu jadi suhu bilik, leceh sebab perut dah lapar. Nak keluarkan sos tu awal-awal, kita ni kadang-kadang lepas makanan dah hidang baru teringat nak makan dengan sos kan. Dan kalau teringat nak keluarkan sos tu awal pun, kena goncang botol tu maka nanti minyak meleleh juga.

Sebuah rantaian masalah yang tak pernah selesai lol

Nak cadangkan Adabi untuk tukar resepi sos Korea mereka biar boleh simpan dalam suhu bilik macam sos biasa, susah sebab sos Korea memang banyak minyak. Kalau simpan di luar, nanti minyak tu tengik.

Jadi yang aku boleh cadangkan di sini, Adabi patut tukar botol sos Korea tu kepada botol yang mulut jenis luas. Contoh botol tak perlu cari jauh-jauh. Botol pes perencah oden Adabi ni pun lawa dah.

Tengok saiz botol tu dari atas ke bawah semua sama besar. Ni bukan setakat sudu je boleh masuk dalam botol untuk kacau isi dalam tu, entah-entah senduk pun boleh masuk dalam botol tu hah.

Jadi kalau sos Korea Adabi tu bungkus dalam botol saiz macam ni juga, kan lagi senang pengguna nak kacau sos tu kalau minyak terpisah di atas atau kalau sos tu keras sebab simpan dalam peti. Nanti kurang la masalah berkaitan sos Korea Adabi macam yang aku ceritakan kat atas tu.

Apa pendapat anda?

Merapu ke cadangan aku? Atau memang ada logik yang boleh difahami di sebalik penceritaan ni?

Sebab aku sejak jadi masalah di atas, sos Korea Adabi tu dah terbiar mengeras dalam peti sejuk. Sis jadi tak selera nak makan sebab malas nak tunggu cair, malas nak kacau, malas segala-gala. Nyampah 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Saya selalu beli sos Korea Adabi ni. Setakat guna, tak pernah jadi macam ni. Tak berminyak macam tu. Dan bila letak dalam peti ais, sos tak keras sebab takde minyak macam tu.

    Kalau tengok dari tekstur sos tu, tak pasti sos tu ori atau dah rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan sebab suhu panas jugak tak? 🤔

      Sepanjang bulan lepas tu memang suhu hari-hari repeat 32° panas. Lepas keluar botol tu dari peti, mula-mula ok. Tp lagi lama duduk luar masa makan tu, memang minyak tu selalu naik ke atas. Kalau tuang sos tambahan pastu akan cicah minyak je huhu. Sebab tu rasa lagi mudah kalau botol mulut luas

      Delete
    2. Mungkin jugak. Setakat ni memang tak pernah muncul minyak macam tu. Terkejut saya tengok. Dah macam sambal penyet pulak. 😅

      Delete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS