Rancangan piknik yang tersakiti | NaSa

Rancangan piknik yang tersakiti

in , by NaSa, June 18, 2022
Assalamualaikum

Ceritanya, semalam Jumaat (17 Jun 2022), kaklong ajak pergi ke Pantai Geting, Tumpat sebab dia plan nak bawa anak-anak tekak buah tu piknik. 2-3 minggu sebelum tu mereka dah pergi dengan kakak aku tapi aku sorang je tak ikut. Jadi kalini aku join la sekali untuk ambil angin berjalan kejap.

Cumanya semalam ni, kami bertolak lambat dari rumah. Lepas Asar baru semua bersiap biar tak kalut nak solat. Lagipun petang-petang takde la matahari panas sangat kan. Tapi lambat tu lambat sangat la pula. 5 petang baru jalan sedangkan jarak ke pantai tu ada dekat sejam juga. Tu dah red flag pertama 🚩

Red flag kedua 🚩, jalan nak ke pantai tu kena melencong lintas rel kereta api Wakaf Bharu sebab jalan utama tengah busy bina flyover. Dan-dan pula masa tu, ada kereta api baru bertolak kauuu. Lambat la nak tunggu semua gerabak kereta api tu lepas.
 Kenderaan pun banyak. Dah makan masa kat situ lol

Red flag ketiga 🚩, tak terlintas pula nak check aktiviti yang ada di pantai tu sebelum pergi sebab biasanya walaupun kami pergi lambat, masa kat sana tu tak ramai sangat pun orang. Sempat je la sampai awal tengok air, makan-makan. Sekali... ada Festival Kesenian Rakyat tengah berlangsung ye.


Tarikh yang kami pergi tu hari kedua festival berlangsung, hari kemuncak gitu la kan. Jawabnya, ooiii jem yang amat sangat la jalan menuju ke pantai tu. Dari pukul 6 petang, 6.30 tu kereta kami masih sangkut sebab kenderaan dari dua-dua laluan kiri dan kanan banyak duk beratur nak masuk ke pantai.


Selain kereta berderet, khemah jualan pun banyak di kiri kanan jalan belah sana. Sebab tu kereta tak boleh memotong. Haa memang TIDAK la kalau nak tunggu sampai giliran kami boleh masuk jalan tu.


Dari jauh sebelum sampai ke simpang nak masuk ke pantai pun dah nampak barisan khemah tu. Kat luar pantai pun dah penuh. Apatah lagi kalau dalam kawasan pantai. Mau lagi jem dengan kereta bersesak nak parking dan orang lalu lalang. 

Semangat betul rakyat Kelantan serbu festival ni lepas sekian lama pantai tutup masa PKP dulu. Kami yang masih dalam kereta ni je makin lama makin patah hati haha. Memang tak sanggup nak redah uuiii. Maka semua pun sepakat "kita datang pantai lain kali je la."

Asalnya kami bergurau "nak pergi tengok pasir pantai je" sebab pergi lambat kan. Biasa waktu macam ni orang lain dah balik. Kami ni baru nak sampai. Ingatkan sempat lepak makan keropok lekor tengok matahari terbenam je. Hakikatnya, bukan setakat pasir, pintu gerbang pantai pun tak dapat tengok 😂

Tapi dah jalan jauh-jauh ni, rugi pula kalau terus balik kan. Dah la semua lapar. Anak-anak buah pun dah kebuluran sebab lama sangat dalam jem. Kebetulan Amirah bawa bekal maggi goreng, dia dengan Amir piknik dulu dalam kereta sementara kakak aku google kedai makan dekat-dekat pantai ni.

Siap dengan mangkuk dan garpu sekali haha takpe la asal kenyang

Dah nama pun kawasan pantai, besar la harapan nak jumpa kedai makan yang ada jual makanan laut kan. Kakak aku siap cari keyword "kedai makan viral" lagi. Sedap juga kan kalau dapat tomyam seafood ke, ikan bakar ke. Tapi red flag keempat 🚩, KAMI DATANG HARI JUMAAT!

Jumaat kan cuti di Kelantan. Waktu pula dah dekat 7 petang. Banyak kedai makan tutup la jawabnya hahahahah. Lagi sekali tak kesampaian hajatnya. Pehh banyak betul dugaan kami nak piknik kali ni.

Aku bergurau suruh cari kedai fast food je sebab sah-sah buka walaupun hujung minggu. Tapi dengan waktu dah gelap dan semua pun lapar, tu adalah cadangan yang bernas berbanding cari kedai makan yang entah tutup atau buka. Maka baliklah kami ke kampung sendiri singgah McDonalds di sana 😂

Destinasi akhir yang tidak diduga haha

Rasa kelakar pula sebab sebelum bertolak ke pantai tu, kami ada singgah sekejap di Petronas sebelah McDonalds tu untuk isi minyak. Kalau tahu awal-awal pantai jem macam tu, baik kami masuk McD ni terus, order, dan dine-in. Dapat juga pengalaman makan di luar dan tak perlu redah jem kan 😂

Pilih jangan tak pilih.


Beli bukan setakat untuk yang rombongan pergi piknik ni tapi termasuk orang lain yang ada di rumah. Upgrade pula air macam-macam. Jadi la jumlah bil melebihi RM200. Tudia dekat 10 kali ganda lagi mahal daripada kos makanan gerai di pantai huhu. Tapi rezeki big order, dapat 1 set McChicken percuma ✌🏻

Bungkusan paper bag dan tray air berderet yang adik-adik ni duk tenung, tu semua kami punya 😂

Nak tunggu makanan siap je dah lama, nak tunggu giliran pick up lagi lama sebab staf duk double check semua makanan dah siap atau belum. Sampai manager McD pun gigih duk tanda dengan pen di bil tu untuk check satu-satu menu yang dipesan.

Kesudahannya, balik je dari McD, kaklong hantar kami balik ke rumah, bahagi makanan yang masing-masing pesan pastu dia pun balik ke rumah sendiri. Jadilah piknik kami ni makan McD di rumah berasingan. Kesian tak kesampaian niat nak makan bersama sambil tengok pemandangan lol

Macam tu lah rancangan Tuhan ya. Kita plan macam mana sekalipun, kalau dah takde rezeki, takde la. Tapi hikmahnya diganti dengan hikmah lain boleh makan lagi sedap daripada makanan pantai tu 😅

Satu benda kelakar pasal piknik kali ni, masa kaklong pergi pantai 2-3 minggu lepas yang aku tak ikut tu kan, mereka lupa bawa tikar piknik tu tau walaupun dah beli. Tak memasal kena redha duduk atas pasir. Kalini semua tikar dah siap bawak dalam kereta, tak sangka akhirnya tak sempat jejak pantai pun.

Drama betul 😂😂😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. heheehe... kesian anak anak buah... tapi takpe..nasib baik ada mekdi sebagai pengubat hati

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS