Lulus ujian JPJ dalam cubaan pertama! | NaSa

Lulus ujian JPJ dalam cubaan pertama!

in , , by NaSa, July 26, 2022
Assalamualaikum


Tak ada kena repeat.

Tak ada kena belanjakan lebih duit.

Alhamdulillah urusan di akademi memandu berjalan dengan sangat lancar. Lepas setahun tertangguh, akhirnya aku berjaya lulus ujian JPJ dan bestnya, hanya dalam cubaan pertama sahaja!

Macam-macam perasaan berbaur dalam hati masa dapat slip tu. Rasa tak percaya ada, nak nangis pun ada. Nervous nak mampos kan masa drive atas litar dan jalan raya tu. Dah la ambik kereta manual. Hati runsing takut sangkut tapi hasilnya, dah tak perlu ke akademi memandu lagi sebab sis lulus! 🎉

Berbaloi la seminggu straight aku ulang-alik ambik kelas memandu tambahan di akademi tu. Naik cramp kaki sebab hari-hari repeat tahan clutch masa latihan litar. Mujur masa ujian sebenar kaki tak lemah 😂

ALKISAHNYA...


Lepas selesai buat penilaian pra-ujian masa 3 Julai (QTI) haritu, kan cikgu memandu aku tempah slot untuk ujian JPJ bertarikh 25 Julai. Tapi cikgu kata nak adjust nama aku untuk sesi tengah hari sebab kot la pegawai JPJ macam lenient sikit sebab dah penat dengan sesi pagi kan.

Sekali lepas senarai nama keluar, sis dapat sesi 1 seawal-awal hari ye. Pukul 7.45 pagi! 😂

Nama aku duduk di nombor 30.

Awal sangat waktunyeee. S
erba salah aku nak tidur malam tu. Nak tidur awal, takut terlupa step Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan Rutin Sebelum Memandu (RSM). Tapi kalau repeat tengok tutorial RPK dan RSM di Youtube, takut tidur lambat dan tak terjaga pulak esok. Ghisauu!

Mujur aku tak overslept pagi tu. Lepas hantar Amirah ke sekolah, kereta abah terus pecut ke Tumpat. Jalan jem sikit sebab pagi hari minggu, ramai orang pergi kerja dan hantar anak sekolah. Mujur ngam 7.40 pagi dah sampai di akademi. Berjemaah la geng calon ni duduk bawah khemah menunggu.

Bahagian khemah menunggu untuk calon ujian kereta

Tapi kalau sampai lambat sikit pun takpe je. Kereta rombongan JPJ tu pukul 8 lebih baru sampai. Staf baru tengah susun barang-barang yang diperlukan untuk pendaftaran dan makan pagi untuk pegawai JPJ. Cikgu-cikgu pun baru duk parking kereta bawah garaj untuk ujian RPK dan RSM.

Datang awal ni memang jadi manusia panggang je la sebab matahari terbit di timur tu betul-betul mengadap bahagian kiri khemah. Walaupun awal pagi, bahang baqhang. Aku pakai blaus moss crepe nipis pun berpeluh rupa air terjun. Ada pulak calon tu pakai knitted sweatshirt tau. GGWP la dia... 


Sebelum ujian bermula, setiap calon diberikan tag nombor giliran ni untuk dipakai sepanjang sesi ujian. Nombor aku 30 cantik just nice sebab di tengah-tengah antara 50+ calon dalam sesi pagi tu. Kurang la nervous sebab bukan calon terawal untuk ujian, dan tak tunggu lama sangat untuk giliran aku.

Lepas dapat tag nombor giliran masing-masing, semua calon diarahkan duduk ikut turutan. Pastu ada pegawai JPJ datang bagi taklimat tentang turutan ujian, lokasi ujian, dan beberapa rules lain. Sporting je pegawai tu bagi pesanan. Pakej pandai buat lawak jugak jadi kurang sikit tension pepagi tu.

Habis taklimat, calon-calon kena beratur pula ikut turutan untuk masuk bilik JPJ ambil borang penilaian dan tandatangan di senarai nama untuk tanda kehadiran. Pastu kena tunggu lagi untuk RPK dan RSM.

Proses masa ujian JPJ ni memang dipenuhi penantian je sebab ramai orang. Calon kereta yang first time ambil ujian, calon ulangan, campur calon motor, semua bergabung meletop di garaj depan litar tu.

Checkpoints pun banyak kena singgah. Jenuh pindah dari satu tempat ke satu tempat. Dari khemah ke dewan, pastu ke garaj untuk RPK/RSM, pastu ke litar, balik ke garaj semula tunggu giliran jalan raya, akhirnya ke dewan semula untuk serahkan borang dan ambil slip lulus/gagal. Mujur dekat-dekat je 😂

Borang penilaian ujian JPJ.

Borang penilaian JPJ ada dua: Biru untuk ujian bahagian litar, pink untuk ujian jalan raya.

Setiap bahagian ada markah berbeza: litar ada 75 markah, jalan raya 80 markah. Tapi dua-dua nak percentage lulus 80%. Jadi minima markah lulus test JPJ untuk ujian litar 60/75 dan jalan raya 64/80.

Untuk ujian litar, Alhamdulillah dapat 64 markah. Lebih 4 markah daripada minima lulus 60/75 tu.

Lulus ujian litar dengan markah 64/75 🎉

RPK takde hal sebab tawaf kereta je kan untuk sentuh dan sebut keadaan semua part yang ada. Hasil repeat tengok YouTube, ingat la hampir semua benda "tak kemek, dalam keadaan baik, tekanan angin mencukupi" tu. Tapi tu pun pegawai JPJ tu suruh aku check belah kanan kereta je. Pastu kan, dia terus suruh buka but belakang. Habis check tayar spare, dia suruh aku check enjin pulak.

Sis pelik sikit sebab takpe ke skip belah kiri? Tapi dah dia sendiri suruh, aku buat je la. Jimat masa i.

Part enjin tu aku paling nervous sebab takut ada part yang lupa nak sebut. Sipi-sipi je aku berjaya ingat semua dari bateri ke tali sawat. Paling berdebar, masa check minyak hitam. Ketar tangan time tarik tolok penanda dan lap dengan tisu sebelum masukkan semula dalam tu. Padahal takde apa pun 😂

Tisu tu memang aku dah standby dalam poket siap-siap. Tapi kalau tak bawa tisu sendiri pun takpe. Ada je tisu disediakan di tempat ujian JPJ tu. Masa kami duduk bawah khemah sebelum ujian tu pun, ada staff yang edarkan siap-siap tisu kepada semua calon. Nak mintak tisu lebih pun boleh kot-kot nak lap peluh nervous ke, nak lap air mata lepas habis ujian ke haha

RSM pun aku kurang yakin. Tapi atas budi bicara pegawai JPJ tu, aku sebut ala kadar je pasal signal dan stereng, pun dia kata dah cukup. Pastu terus boleh ke tempat ujian litar. Gamaknya dia pun jemu nak dengar benda sama. Lagipun masa ujian jalan raya nanti kena buat RSM jugak kan.

Dah la masa RPK/RSM tu calon semua pakai mask dan bunyi kipas di garaj tu kuat gila. Cakap kuat-kuat pun memang bunyi muffled je. Nak bukak mask, langgar undang-undang KKM pulak. Nak tutup kipas, panas weh kat situ. Sebab tu kot tak lama pun sesi RPK/RSM kami. Cepat je dia bagi lulus semua.

Jadi first stage RPK and RSM, SUCCESSFULLY CLEARED!

Beralih ke ujian litar, kami ikut turutan Bukit - Parking sisi - Tiga penjuru - Selekoh S - Selekoh Z. Kalau lulus semua, kena pusing dan hantar semula kereta ke bukit tadi untuk calon seterusnya. Kalau gagal di mana-mana, kena keluar dari kereta dan cikgu yang akan drive hantar kereta tu ke bukit.

Masa tunggu ujian litar ni la yang nervous makin tinggi. Awal-awal lagi aku dah berat kaki nak ke sana.

Sebab laluan pejalan kaki nak ke litar kena lalu sebelah bukit tau. Waktu aku lalu tu, ada budak perempuan ni dah gagal 2 kali atas bukit tu pastu terdengar dia tanya pegawai JPJ "Kalau try lagi sekali tak boleh ke?" Memang pegawai tu kata CANNOT la sebab limit cubaan bukit 2 kali je kan.

Dan masa aku menunggu tu pun, memang nampak depan mata ramai yang gagal di bukit sebab kereta terundur dan tayar terkeluar lebih 50% dari line kuning. 2 kali tak jadi, terus pegawai JPJ suruh undur ke bawah bukit. Tengok sorang abang ni keluar kereta dan geleng kepala lepas gagal tu, kesian pulak.

Nyaris jugak aku kena panic attack sebab satu tubuh seram sejuk. Aku dah la banyak kali gagal bukit masa latihan sebab waktu nak turun tu, kaki tak cukup lepaskan clutch so kereta terundur. Tak pun terlebih lepas clutch so pakej kereta terundur + enjin mati. Seram la kan takut awal-awal dah gagal.


Cikgu memandu aku yang turut bertugas pantau kawasan litar tu ada tanya kalau aku nak tunda giliran dan pergi lambat sikit (kuasa kabel haha). Mana tau kalau aku belum ready. Tapi sis tabahkan hati nak ikut giliran asal sebab takut makin lambat giliran, makin berdebar pulak. Baik siapkan cepat-cepat.

Alhamdulillah berkat trick cikgu ajar lepaskan clutch dan pijak minyak kuat-kuat sebelum jatuhkan handbrake, kereta aku tak terundur. Sebaliknya terus maju ke depan waktu turun bukit. Aku lega sangat sebab berjaya maju ke peringkat kedua. Kalau sangkut pasni pun tak kisah sebab at least bukit lulus! 😂

Cikgu ajar pijak minyak tu pun last minute masa hari last kelas tambahan tau. Dulu suruh lepas clutch sampai kereta bergegar je. Dah esok test JPJ tapi aku duk repeat enjin mati atas bukit lagi, memang dia suruh pijak minyak la. Kereta laju ke depan boleh brek. Kalau kereta slow dari awal? Naya terundur.

Turun bukit, aku signal ke kanan pergi parking sisi pulak. Di sini ada 2 kotak parking. Aku pilih Kotak 1.

Masa kereta beratur tunggu giliran parking tu, aku perhati je kereta depan buat apa. Dan ternampak la calon depan aku ni tak luruskan tayar masa reverse atas line putih. Jadi kereta dia parking separuh di luar kotak, separuh dalam kotak. Half-half. Pastu dia kalut nak betulkan semula kereta tu, tahu-tahu terlanggar bumper jalan yang betul-betul depan pondok kawalan JPJ.

Kat sini, pondok kawalan JPJ untuk bahagian-bahagian lain lepas bukit tu duduk di tengah litar, antara kotak parking sisi 1 dan lorong 3 penjuru. Kalau langgar bumper jalan di situ memang takleh sorok. Nampak jelas depan mata pegawai JPJ huhu 🥲

Pegawai JPJ dalam pondok tu keluar tercegat di tangga sambil geleng kepala tau. Pastu dia suruh calon tu keluar dan panggil cikgu untuk alihkan kereta. Aku dalam kereta belakang ni nak tergelak tapi rasa macam nak tumpang menangis jugak. Dah la giliran aku lepas tu. Risau terjadi benda sama 😭

Mujur kereta aku masuk elok. Cuma kelakar sikit sebab pegawai JPJ dalam pondok tu tak cakap yang kena tunggu arahan dia sebelum bergerak. Sekali kereta aku dah reverse cantik dan tayar belakang dah elok duduk atas line putih, dia suruh berhenti dan "Tunggu arahan saya kejap lagi." Masalahnya bukan sekejap kena tunggu sebab dia tengah isi markah calon yang gagal tadi tu.

Aku serba salah nak freekan gear dan tarik handbrake sebab kang tetiba je dia suruh gerak, aku gelabah tertekan benda lain pulak. So the whole time tu aku pijak je clutch dan brek. Ya Rabbi menggigil-gigil kaki aku haha. Mujur lepas tu kereta elok je masuk dalam petak dan keluar pun tak langgar line. Fuhh~


The next parts pun lancar.

3 penjuru, kereta aku tak terlebih pergerakan atau langgar line. Syukur sebab ni pun antara part yang aku lemah. Waktu latihan, banyak kali kereta aku macam terlalu perlahan sampai enjin tersedut nampak macam nak mati. Risau la takut pegawai JPJ ingat kereta aku berhenti sebelum siap kan.

Dan ada adik ni dia terlebih 3 kali pergerakan tau. Katanya, "Ingatkan enjin mati" so dia berhenti la untuk hidupkan balik. Padahal enjin tu memang hidup, cuma kereta Axia yang kami guna tu jenis enjin silent takde bunyi. Aku faham sebab aku pun selalu keliru masa latihan. Tapi pegawai JPJ tu tengok berhenti lebih 3 kali, takde ampun la. Auto suruh tarik handbrake dan keluar. Kesian member gagal 🤧

Selekoh S, ni favourite part aku sebab tak susah sangat. Mudah je nak maintain duduk tengah jalan tak terlanggar divider. Cuma di selekoh Z markah kena potong sebab aku berhenti setiap kali nak kona. Dalam borang penilaian, kereta kena bergerak secara berterusan ke depan baru markah penuh.

Orang yang power kawal stereng tu boleh la gerak berterusan. Masalahnya aku ni selalu terlebih ke mana-mana sisi dan akan terlanggar line kalau buat macam tu. Cikgu sendiri pun suruh aku berhenti-henti sebab lebih selamat. So aku ikut je la. Yang penting, enjin tak mati dan selamat keluar simpang 😌

Elok je keluar dari selekoh Z, waktu berhenti depan line putih sebelum kona masuk jalan utama litar, aku hon dan angkat tangan kat pegawai JPJ dalam pondok. Pegawai tu angguk tanda boleh jalan, aku pun drive semula ke bukit untuk bagi kereta tu kepada calon seterusnya.

Masa ni, slow-slow rasa berdebar aku berkurang. Sebab pegawai JPJ yang bagi taklimat tadi tu dah cakap, kalau calon berjaya habiskan selekoh Z tu, most likely tandanya dah lulus ujian litar. Kurang satu kerisauan aku sebab memang tak sanggup dah nak jumpa litar ni tau.

FAQ: Masa ujian litar tu, ada pegawai JPJ di kerusi penumpang?
Tak ada pegawai JPJ dalam kereta. Aku drive sorang je. Memula hairan juga sebab lepas RSM, cikgu terus suruh aku gerak padahal kerusi sebelah kosong. Ni mungkin berkait dengan pelaksanaan e-Testing di mana waktu ujian litar, pegawai JPJ cuma pantau dan bagi arahan dari pondok kawalan.

FAQ: Memang akan guna kereta yang sama ke di semua bahagian ujian litar?
Bergantung kepada akademi masing-masing. Ada yang kena tukar kereta lain lepas buat ujian bukit. Di akademi aku ni, sepanjang ujian litar tu kami drive kereta sama. Tak kena tukar pun. Dan di sini semua kereta Axia. Rezeki la tak perlu runsing masa latihan Axia, masa ujian tetiba sesat Kancil, Viva etc huhu

Anyway, lepas sah lulus ujian litar, maka tenanglah sis masuk ke bahagian ujian jalan raya pulak.

Langit mula menggelap waktu tunggu giliran ujian jalan raya.

Waktu jalan raya, kami duduk depan garaj tunggu kereta yang dah selesai ujian balik ke akademi. Masa ni duduk ikut turutan random sebab mostly yang gagal ujian litar tadi dah beratur awal, yang berjaya buat litar sampai habis tu datang kemudian. So siapa cepat, dia dapat dulu la kereta jalan raya tu.

Dalam banyak-banyak kereta, rasanya ada seorang pegawai JPJ perempuan, 3-4 orang pegawai lelaki. Aku berharap sikit nak dapat pegawai lelaki. Sekali rezeki badan, dapat pegawai JPJ yang perempuan tu haha. Berdebar jugak la sebab orang kata pegawai perempuan ni lebih cerewet.

Buka pintu kereta, aku bagi salam tapi pegawai tu diam je. Lagi berdebar aku. Pastu masa tu dah start hujan rintik-rintik pula. Aku buat RSM tapi tak complete sebab tak buka tingkap check cermin sisi. Takut basah pegawai tu huhu. Aku explain apa yang ada dalam kereta je.

Tu pun tak tahu la aku meraban apa. Mana yang tangan aku sempat capai macam lampu, wiper, isyarat belok, handbrake tu, aku sebut. Lampu isyarat di panel kereta aku redah je sebab enjin dah hidup so aku tak nampak haha. Pastu tahu-tahu aku dah pakai tali pinggang keledar dan cakap "Kereta ni bersedia untuk mulakan perjalanan." Betul punya nervous sampai rasa kosong gila kepala.

Dah la masa perkenalkan diri aku tersebut nama penuh dan nak sambung NOMBOR MATRIK. Sebab dah terbiasa buat presentation di UUM sebut nombor matrik lepas nama. Mujur betulkan balik sebut IC lol

Untuk jalan raya, ada 3 jalan ABC yang kami belajar, tapi cikgu kata 2 je jalan yang diguna masa ujian iaitu A dan B. Aku dapat Jalan A yang lebih mudah sebab jarak lebih pendek. Tapi ada 1 tempat yang aku agak lemah di Jalan A ni iaitu lorong susurSelalu sangat enjin aku mati di lorong susur tu.

Sebabnya aku keliru nak pijak clutch atau minyak, dan selalu terlepas timing. Cikgu selalu marah sebab aku lambat buat keputusan nak terus masuk jalan tu slow-slow atau nak berhenti dulu. Kadang tu takde kereta pun dari belakang, tapi aku berhenti lama sangat pastu tahu-tahu ada banyak pulak kereta.

Dan masa ujian JPJ ni pun, enjin tu mati nyahhh masa berhenti di lorong susur tu. DUA KALI pula tu 😭

Aku dalam hati 💀

Aku dah risau takut gagal. Tapi pegawai tu tak cakap apa pun. Takde pula dia suruh aku keluar kereta untuk tukar tempat duduk, takde juga tulis apa-apa di borang penilaian aku. Masih selamat la kot?

Cuma dia tengok 2 kali aku kena start enjin tu, pastu teragak-agak nak terus ke depan atau tunggu kereta belakang lalu, pegawai tu sound "Pastikan betul-betul niat awak nak buat benda apa dulu." Lepas berjaya kona masuk jalan utama, aku slow sangat pulak. Lagi sekali dia sound "Pijak minyak kuat sikit!"

Suara dia dah la kuat. Sis pulak hati tisu. Mujur pakai mask so dia tak nampak la muka cuak aku tu 😂

Tapi ujian ni jadi lebih mencabar sebab cuaca yang panas nak mampos waktu pagi tu berubah hujan ya. Kalau waktu buat RSM tadi hujan rintik-rintik, atas jalan raya tu hujan tetiba lebat sampai tak nampak jalan. Wiper yang test saja-saja masa RSM tu tiberr la kena buka kelajuan maksima.

Pastu aku pakai spek pulak masa tu. Hujan + mask + spek + aircond = BERKABUS. Lagi la tak nampak 🤣

Lepas keluar dari kereta dari jalan raya tu. Rasa serupa baru lepas keluar dari peti sejuk.

Sebab jalan tak jelas, aku jadi berbelah bahagi nak tekan minyak dan tukar gear. Kereta dari arah bertentangan tu pun samar-samar, inikan pula line divider jalan. Aku takut terbabas masuk jalan sebelah jadi slow je la aku naikkan kelajuan dan tukar gear tu. Sekali mendapat, enjin tersedut-sedut.

2-3 kali kereta tersengguk, nampak la dari ekor mata pegawai tu tulis something atas borang aku. Haa sudah. Terus aku redha je kalau dia potong banyak markah sebab kawalan kenderaan tak smooth 🙃

Lepas sampai semula di akademi dan pegawai JPJ tu pulangkan borang, takut-takut sikit aku nak check markah yang ditulis di belakang tu. Tapi Alhamdulilah jalan raya pun lulus!


Markah jalan raya aku ngam-ngam 64/80. Walaupun enjin mati 2 kali, atas budi bicara pegawai tu kot dia luluskan. Mana tau dia kesiankan aku kalau nak repeat. Mungkin sebab aku pun tak ada kesalahan mandatori lain yang boleh sebabkan Gagal Serta Merta (GSM) dan keadaan masa tu pun tetiba hujan.

Hujan ni kan fenomena di luar kawalan kita. Waktu latihan dulu tak hujan dan aku biasa lancar je drive di jalan raya. So bukan salah aku sepenuhnya la kereta tersengguk waktu ujian JPJ tu 🤭 (alasan)

Mujur tau jalan raya tak gagal. Kalau tidak, aku rasa mungkin nangis woh. Sebab jalan raya ni aku lebih yakin daripada litar. Dah la tarikh ujian JPJ ni bertembung dengan tarikh start period. Hormon tak stabil la ceritanya. Kalau tak pass tu mau mood swing datang dan tumpah air mata drama.

Dan mujur jugak senggugut tak kuat masa ujian tu so tak ada la aku drive sambil tahan rasa tak selesa. Tapi tak tahu la kot-kot aku yang tak perasan perut aku sakit sebab rasa nervous tu lagi kuat haha

Cikgu memandu aku lepas dengar aku lulus ujian JPJ tu dalam cubaan pertama, dia dah tepuk tangan. Katanya takpe markah atas pagar asalkan lulus. Hilang la sorang beban dia lepas setahun lebih hadap muka aku ni lol. Tinggal kakak aku sorang je pasni nak habiskan kelas sampai test JPJ dengan dia.

Celebratory lunch sementara tunggu abah datang ambik sebab pergi ujian pagi-pagi tu tak makan pun.
Takut cuak nak termuntah atau sakit perut.

Keadaan awan masa tengah hari tu. Dah lagi gelap daripada waktu aku buat ujian.

Tapi dalam kesian-kesian kat aku sebab hujan tu kan, kesian lagi kat calon ujian motor.

Kami calon kereta ni at least duduk bawak garaj yang teduh masa tunggu ada kereta kosong. Tapi calon motor tu dah pakai baju reflective dan helmet sambil standby atas motor. Basah kuyup diorang sebab tak boleh tinggal motor untuk berteduh since motor tu dah elok beratur tunggu giliran keluar 😅

Cikgu-cikgu kat situ be like "aduhh demam la korang lepas balik test motor ni" huhu

Waktu dalam perjalanan balik dengan abah

Abah yang veteran dalam bab memandu pun slow je drive masa hujan sebab pandangan tak jelas. Apatah lagi aku yang noob baru nak ambik lesen ni? 😌

Apa-apa pun, selesai satu wish list sebab dah settle ujian JPJ. Dah tak perlu la aku mengadap anxiety mencanak setiap kali ada kelas memandu sebab aku takut tak boleh drive dengan elok. Sekarang tinggal dapatkan lesen P je (dan cari kerajinan nak drive kalau nak keluar sebab honestly, aku malas huhu)

Pegawai JPJ kata 3 hari bekerja lepas dapat kelulusan tu baru boleh pergi apply lesen P tu. Cikgu dah ambik duit RM60, salinan IC, dan gambar aku untuk tolong buatkan. Lepas siap nanti, dia akan call so kita tunggu je la. Pasni 2 tahun kena asah skill dengan lesen P tu dulu sebelum boleh tukar lesen besar.

UPDATE: LESEN P SAYA DAH SIAP!


Macam tak percaya je aku kini dah jadi pemandu bertauliah yang layak memandu di jalan raya haha

Terima kasih kepada yang doakan agar aku lulus ujian JPJ haritu. 
Terima kasih juga kat kakak aku sebab sponsor lesen ni. Asalnya aku nak ambik di UUM sebab ada akademi berdekatan UUM yang adjust kelas memandu ikut jadual pelajar. Tapi sebab COVID belajar di rumah, lesen pun kena la ambik di rumah.

Selamat maju jaya kepada bakal calon ujian JPJ nanti, sama ada yang cubaan pertama mahupun yang akan mengulang. All the best! 💪🏼

By the way, semua cerita pasal lesen kereta ni dah dikumpulkan dalam page di bawah. Jemput baca:

PENGALAMAN MOHON LESEN KERETA MANUAL 2021-2022


Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 3 comments

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS