Perbezaan antara KM, KPM, dan KPTM | NaSa

Perbezaan antara KM, KPM, dan KPTM

in , , , by NaSa, July 11, 2022
Assalamualaikum


Sembang IPT kejap. Macam biasa, brace yourself sebab aku nak bebel panjang nak mampus.

Aku duk perhati yang salah satu keyword yang popular di blog ni adalah orang cari perbezaan antara beberapa institusi pendidikan MARA tau, iaitu Kolej MARA (KM), Kolej Profesional MARA (KPM), dan Kolej Poly-tech MARA (KPTM). Berapa banyak MARA daaa 😂

Mentang-mentang blog aku ada cerita pasal KPM. Ramai la masuk sebab ingat ada info perbezaan tu 😅

Fenomena orang tertukar-tukar antara 3 institusi ni memang benda biasa dah bagi kami alumni KPM, termasuklah dalam perbualan harian. Terutamanya dulu-dulu masa zaman KPM masih belum dikenali ramai. Biasa kalau cerita kat orang yang kami belajar di KPM, mesti mereka kata "Ooo KPTM..."

KPM ya, KPM. Aku sebut 3 huruf je tu. Mana datangnya huruf T pulak? 😂

Jadi untuk jelaskan isu kesalahfahaman ni dan bagi lebih pemahaman pasal beza antara 3 institusi di atas, mari saya jelaskan dalam entri ni dalam ayat yang dah diproses daripada ayat rasmi MARA.

KOLEJ MARA (KM)


Kolej MARA adalah institusi untuk belajar di PERINGKAT PERSEDIAAN ATAU PRA-UNIVERSITI. Ada 4 cawangan KM di Malaysia dan ada 5 jenis program yang ditawarkan iaitu Asasi, Matrikulasi, Pra-U USM, International Baccalaureate (IB), dan A-Level. Pecahan lokasi setiap program seperti di bawah:

NOTA: Program IB, A-Level, Asasi Sains YTP, dan Pra-U USM cuma boleh dimohon melalui Young Talent Program (YTP), iaitu program tajaan Pinjaman Boleh Ubah MARA kepada pelajar cemerlang SPM yang mendapat minima 6 hingga 8 Gred A- dalam SPM tahun semasa. 
Generally kalau ambil A-Level atau IB, pilihan course degree adalah lebih luas. Tapi kalau sambung degree bawah pinjaman pelajaran MARA, ada senarai course dan universiti tertentu sahaja yang MARA benarkan kita pilih. Jadi bergantung kepada tawaran MARA la kita boleh pilih apa.

IB ada 6 subjek wajib, A-Level ada 3 subjek, dan dua-dua ada beberapa subjek tambahan lain. Aku tak tahu banyak pasal IB tapi dari pengalaman belajar A-Level sebelum masuk KPM dulu, silibus setiap subjek memang advanced. Sebab tu walaupun ambil 3 subjek je, makan masa sampai 2 tahun 🙃

Yuran exam IB dan A-Level mahal wohh. Campur yuran IELTS lagi 😳 MARA bayar kos semua tu masa pertama kali tapi kalau gagal atau tak capai gred yang MARA nak, good luck la repeat bayar sendiri.

Asasi pun ada senarai IPT dan course yang MARA bagi pilih untuk degree (mostly di IPTS, ada beberapa IPTA). Kelebihan Asasi ni, tempat pelajar di universiti yang dipilih tu adalah DIJAMINSyaratnya, kena grad di KM with at least CGPA 3.00. Pastu confirm boleh masuk universiti yang pelajar tu dah cop.
Contoh: Ahmad ambil Asasi Perniagaan di KM Kuala Nerang, dan pilih course Bachelor of Accounting di UniKL untuk degree. Ahmad grad dari KM dengan CGPA 3.00, dan dia confirm boleh masuk UniKL untuk course yang dia minta sebab lulus syarat minima MARA.
Matrik pula sebab bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), boleh mohon ke mana-mana IPTA (melalui UPU) atau IPTS. Tapi matrik special sebab boleh guna untuk sambung degree di luar negara. Dalam artikel After School ni ada senarai universiti luar negara yang terima sijil matrikulasi Malaysia.

Pra-U USM pula kerjasama antara MARA dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pelajar yang lulus boleh sambung di USM dalam Sains Hayat (medicine, dentistry, pharmacy) atau Sains Fizikal (sains kesihatan, teknologi, engineering, architecture, etc). Boleh baca info penuh pasal Pra-U ni di laman web USM.

Ambilan baru KM ni sekali setahun sahaja. Dan tawaran hanya dibuka kepada pelajar SPM tahun semasa yang baru ambil SPM pertama kali. Contoh nak masuk KM tahun 2022, mesti guna result SPM 2021. Kalau guna result SPM beberapa tahun lepas atau baru repeat SPM tahun 2021, tak layak.

KM pun nak yang muda remaja je gittew~ Semua program KM dibuka kepada pelajar yang belum cecah 18 tahun pada 31 Disember tahun mereka ambil SPM (pelajar peralihan: 19 tahun). Matrikulasi je had umur boleh tak melebihi 20 tahun (tapi tetap kena ambil SPM first time pada tahun semasa).

Kelebihan masuk Kolej MARA:
🔸 Yuran penginapan dan pengajian percuma (MARA tanggung Asasi, KPM tanggung Matrikulasi).
**Cuma kena bayar yuran pendaftaran setiap sem sahaja.
🔸 Pelajar dapat elaun bulanan - RM100 untuk Asasi KM, RM250 untuk Matrik KPM (B40 & M40 only). Program bawah YTP ikut nilai dalam perjanjian PBU MARA.
🔸 MAKANAN PERCUMA DISEDIAKAN UNTUK PELAJAR SEBANYAK 5 KALI SEHARI! 🎉

Cara mohon masuk ke program tawaran Kolej MARA ada 3 jenis mengikut jenis program:
- Asasi Sains YTP, A-Level, IB, Pra-U USM 👉🏻 Sistem MyEduloan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
- Semua Asasi KM 👉🏻 Sistem UPIMOnline Bahagian Pendidikan Tinggi MARA
- Matrikulasi KPM 👉🏻 Sistem Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia


KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)


KPM pula adalah institusi yang tawarkan PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN SEMI-PROFESIONAL. Dulu ada 6 cawangan KPM di Malaysia tapi MARA dah bina kampus KPM baru di Beaufort (Sabah) jadi kini ada 7. Setiap kampus KPM ada program berlainan yang aku pecahkan kepada 3 jadual.

Program Diploma KPM

KPM ada 14 program diploma, mostly dalam bidang perniagaan, logistik, dan grafik/teknologi. Yang nak belajar medic, law, engineering, etc tu tak boleh masuk KPM la sebab tak ada program yang sesuai.

Had umur untuk diploma KPM lebih luas berbanding KM sebab permohonan dibuka kepada sesiapa yang berumur antara 18 hingga 35 tahun. So korang umur 27 nak guna sijil SPM 10 tahun lepas pun takde hal. Asalkan lulus syarat SPM yang diminta untuk setiap program diploma tu.

Berbanding tempoh 3 tahun zaman aku dulu, sebahagian diploma KPM sekarang 2 tahun je sebab praktikum dah dimansuhkan. Sesetengah je diploma yang masih ada praktikum dan belajar 2.5 tahun.

Cuti semester pun potong jadi 2-3 minggu sebab nak sumbat 3 semester setahun haha. So padat sikit la budak-budak nak perhabis semua subjek dalam 2 tahun tu. Tapi mereka jimat masa sebab cepat grad. Nak sambung degree atau terus kerja pun laju. Dah la takde hutang pengajian 🎉

Diploma KPM boleh dimohon melalui sistem UPIMOnline sekali dengan Asasi Kolej Mara di atas.

Program Profesional KPM

Program profesional ni antara program baru KPM yang dijalankan dengan kerjasama badan profesional yang specialised dalam accounting. Setakat ni, ada 2 program profesional di KPM iaitu Foundation in Accountancy (FIA) dan Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB).
(FIA tu dulu dipanggil program Certified Accounting Technician (CAT) tapi dah upgrade silibus jadi FIA)

Lepas dapat sijil 2 program ni, boleh sambung belajar di universiti tempatan atau luar negara untuk ke peringkat profesional; ACCA untuk FIAAssociate of Accountant (ACA) untuk CFAB. Katanya mahal gaji kalau join badan profesional akaun ni. Tapi tu la gaji banyak, kerja dan stress pun banyak 😂

Tawaran 2 program ni cuma dibuka bagi pelajar cemerlang SPM sahaja melalui program YTP, sama macam IB dan A-Level di KM. Sebabnya course sambungan ACCA dan ACA tu workload agak berat berbanding Diploma Perakaunan biasa. Silibus lebih deep dan exam pun lebih complicated.

Macam ACCA tu ada 13 exam tau. Batchmate aku di KPM Ayer Molek yang ambil Diploma in Accountancy pastu sambung ACCA, setiap kali exam je stres. Walaupun markah purata lulus cuma perlu 50%, susah ye nak dapat. Sebab tu kalau ada pelajar Malaysia dapat markah ACCA 70% ke atas, siap masuk berita tau. Pastu berjemaah pelajar ACCA lain jeles sebab makan apa la pandai sangat ni 😭

Program Khas
Maklumat terkini setakat Pekeliling MARA 2022

Gred Bahasa Inggeris (BI) SPM yang minimum untuk masuk KPM adalah Gred C (Kepujian). Tapi MARA ada bagi kelonggaran kepada pelajar yang dapat paling minimum gred D dalam BI untuk masuk KPM.

Syaratnya, kena masuk Intensive English Programme (IEP) ni selama 2 bulan bagi tingkatkan kemahiran BI dan dapatkan sijil kelulusan BI yang baru. 8 minggu kena belajar 4 komponen iaitu Reading, Writing, Grammar, dan Listening/Speaking. Pastu 1 minggu terakhir, kena jawab final exam.

Pelajar yang lulus IEP dengan minima gred C boleh mohon masuk ke mana-mana diploma KPM (kecuali Diploma in English Communication). Tapi kalau gagal jugak IEP ni, dah tak boleh masuk KPM la.

PERINGATAN: HANYA GRED D SAHAJA BOLEH MOHON MASUK KE PROGRAM IEP MELALUI UPIMONLINE!

Aku pernah dapat DM budak ni merungut "Saya ada 5 subjek A, BI je E. Takkan tak boleh mohon jugak?" 

Most ayat dia dalam DM tu macam nada marah kat aku tau hahahahah maaf laaa. Bukan aku yang buat rules MARA. Nak bising kat aku, bukannya aku boleh ejas kabel fiber optik untuk kau masuk KPM 😭

Kebanyakan IPT guna BI sebagai bahasa pengantar sebab tu banyak yang letak minima gred C untuk BI SPM. Jadi tak kisah la SPM kau 10 A pun. Kalau gred BI rendah daripada yang IPT tu nak, tipis la peluang masuk. Sebab tu korang masa SPM, usaha dapat gred tinggi untuk BI dan semua subjek wajib tau!

Bak kata Usop Wilcha:

Sebab setahun ada 3 semester, ambilan baru KPM pun dibuka 3 kali setahun. Kelebihan belajar di KPM ni macam yuran free, dapat elaun, boleh sambung IPTA/oversea etc tu aku dah senaraikan panjang di LIMA kelebihan belajar di Kolej Profesional MARA. Jemput la baca di situ ya.


KOLEJ POLY-TECH MARA (KPTM)


KPTM ni adalah kolej swasta yang dimiliki oleh anak syarikat MARA, Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. Tapi walaupun nama semua sama-sama ada MARA, KPTM berbeza daripada KM dan KPM sebab:
  1. KPTM tawarkan pengajian di semua peringkat tinggi iaitu ASASI, DIPLOMA, SIJIL PROFESIONAL, DEGREE, MASTER, DAN PHD (tapi sesetengah pilihan bidang agak terhad)
  2. Yuran pengajian dan penginapan di KPTM ditanggung oleh pelajar sendiri. Takde free-free 🙃
Cawangan KPTM ni ada 7:


Bidang pengajian KPTM ada 8 kategori besar daripada pelbagai jenis bidang dan peringkat kursus. Aku malas nak tulis semua so boleh baca
senarai program KPTM ni. Basically semua cawangan KPTM ada program diploma. KPTM Bangi ada sekali Foundation & Bachelor in Accounting. KUPTM KL paling luas pilihan sebab ada juga program peringkat degree, sijil profesional, masters, dan PhD.

Salah satu kelebihan KPTM, syarat kemasukan adalah rendah dan terbuka kepada lebih ramai pelajar.

Syarat diploma, perlu lulus SPM dengan sekurang-kurangnya Kepujian dalam TIGA (3) mata pelajaran. Tapi bergantung kepada course, ada la syarat subjek lain macam Kepujian (C) Matematik dan Lulus (E) BI. Untuk Asasi, kena ada sekurang-kurangnya LIMA (5) Kepujian.

So kes macam budak kat atas yang SPM ada 5 A tapi dapat E dalam BI tu, boleh cuba mohon KPTM.


🔸 Manfaat Ahli Keluarga Pelajar - 10% diskaun yuran pengajian semester pertama kepada pemohon kalau ada ahli keluarga yang alumni atau sedang belajar di KPTM.
🔸 Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda KUPTM Kuala Lumpur - Alumni asasi atau diploma KPTM yang sambung degree di KUPTM KL, akan dapat diskaun yuran pengajian sebanyak RM1,000.
🔸 Insentif Pelajar Cemerlang - Kalau dapat GPA 4.00 masa diploma @ degree, dapat cash RM300.
🔸 Hadiah Siswa KPTM/KUPTM - Hadiah RM5,000 kepada pelajar baru yang memenuhi syarat.

Ambilan KPTM dibuka 3 kali setahun iaitu pada April, Julai, dan November. Pelajar boleh mohon direct di website KPTM, pejabat KPTM sendiri, booth KPTM di karnival pendidikan, ejen staf KPTM, etc.

So far so good. Cuma yuran KPTM yang agak Astaghfirullah bila sekali tengok. Dua kali tengok, rasa nak tutup laptop haha. Yuran diploma range antara RM18,000-RM23,000, yuran degree antara RM30,000-RM60,000++. Program profesional dan master/PhD pun sama juga la puluh-puluh ribu gitu.

Kuss semangat.

Kalau tak ada tajaan PaMa, pelajar boleh buat pinjaman PTPTN atau lebih berbaloi, pinjaman MARA.

PINJAMAN PELAJARAN MARA


Pinjaman pelajaran MARA ni berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU)Yang best PBU MARA ni, pinjaman tidak dikenakan caj faedah. Berbanding dengan PTPTN yang ada takaful dan upah pengurusan pinjaman. Aku pinjam RM25,000 tibahh kena bayar RM28,000++ huhu

Tapi walaupun nama "boleh ubah", PBU MARA tak boleh convert kepada biasiswa selepas graduate. Kalau PTPTN, boleh je nak convert. Yang MARA ni pelajar cuma boleh mohon pengurangan bayaran semula, bergantung kepada result graduasi. Lagi tinggi CGPA, lagi banyak diskaun.
  • 3.50 ke atas: bayaran balik 15% dari total pinjaman
  • 3.00-3.49: bayaran balik 20% dari total pinjaman
  • 2.50-2.99: bayaran balik 25% dari total pinjaman
  • 2.00-2.49: bayaran balik 30% dari total pinjaman
PBU MARA khusus untuk pelajar yang lanjutkan pengajian di Institut Pendidikan MARA (IPMa) atau IPT yang ditetapkan oleh MARA, sama ada IPTS atau IPTAAda 3 jenis PBU bagi 3 peringkat berlainan:

🔸 Persediaan/Pra-universiti - Young Talent Development Programme (YTP)

Yang aku dapat tawaran ke New Zealand lepas grad dari KPM dulu, tu tawaran bawah IESP yang khusus untuk alumni IPMa dengan CGPA 3.90 ke atas. Dah aku grad CGPA 4.00, layak la. Universiti yang aku pilih dalam senarai MARA masa tu, Auckland University of Technology (AUT), Tengok ranking dia tinggi juga top 1-2% in the world. Gituh MARA nak universiti top-top je ye.

Dan berbalik kepada kisah PBU MARA untuk tanggung yuran di KPTM tadi, pelajar boleh mohon PBU bawah TESPYang ni ada 2 jenis pinjaman mengikut kelayakan pendapatan bercukai keluarga pelajar:

Pinjaman PenuhUntuk pendapatan bercukai tahunan RM150,000 ke bawah. MARA akan bayar yuran pengajian dan elaun bulanan kepada pelajar (RM500~600+ untuk diploma, RM600~700+ untuk degree).

Jumlah elaun sara hidup tu berbeza mengikut lokasi kampus. Yang duduk di area bandar tertentu, akan dapat lebih. Elaun MARA ni pun termasuk dalam pinjaman jadi perlu dibayar semula lepas grad.

Pinjaman Separuh - Untuk pendapatan bercukai tahunan antara RM150,001 hingga RM250,000. MARA bayarkan yuran pengajian sahaja, tak ada elaun bulanan.

Pendapatan bercukai tahunan RM250,001 ke atas, TIDAK LAYAK mohon PBU MARA.

Ada staf KPTM kata kalau tak nak bayar PBU tu, boleh kerja dengan MARA atau anak syarikat MARA sebagai ganti. Sounds interesting. Cuma tak pasti kena ikat kontrak berapa tahun dengan MARA kalau nak kerja tanpa bayar balik pinjaman tu. Mungkin lagi banyak baki hutang, lagi lama kontrak?

Anyway... tu je kot maklumat pasal KM, KPM, dan KPTM yang aku rasa perlu tahu. Walaupun entri ni tak mampu cover semua aspek penting, tapi boleh la buat tambah pengetahuan pasal 3 institusi tu kan.

Ringkasan perbezaan antara KM, KPM, dan KPTM sebelum kita berpisah:
1) Kolej MARA - Untuk program persediaan dan pra-universiti. Yuran pengajian, penginapan, dan elaun sara hidup adalah percuma. Bonus, pelajar dapat makanan percuma 5 kali sehari.
2) Kolej Profesional MARA - Untuk peringkat diploma dan sijil profesional (in accounting) sahaja. Yuran pengajian, penginapan, dan elaun sara hidup juga adalah percuma.
3) Kolej Poly-Tech MARA - Ada program dari asasi sampai PhD dan Profesional. Semua kos sepanjang pengajian perlu dibayar sendiri oleh pelajar. Pelajar mungkin perlu buat pinjaman pelajaran.

Ok dah. Tu je.

Semoga entri ni membantu bagi sesiapa yang tengah keliru nak pilih institusi MARA yang mana untuk sambung belajar. Dan kalau ada salah silap dalam informasi di atas, boleh maklumkan di ruang komen untuk aku betulkan. Aku pun dah jem otak ni baca website banyak-banyak nak kumpul info 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. sangat2 inforamtif. terimakasih adik.

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS