Cara kira baki semester selepas pindah kredit di UUM | NaSa
Assalamualaikum

Oleh sebab kanak-kanak riang UUM ramai yang singgah di entri cara pindah kredit diploma di UUM, banyak kali jugak la aku dapat soalan "macam mana nak kira baki semester?" Jadi ni tutorial secara bergambar la biar mudah nampak dan faham. Biar korang tambah ilmu pasal portal UUM sekali 🤭 

Seperti yang sedia maklum, fungsi pindah kredit lepas sambung degree ni adalah untuk kecualikan kita daripada belajar semula subjek diploma. Contoh diploma dah belajar Ekonomi Asas, masa degree boleh drop subjek tu dan terus ambil Ekonomi Advanced. Maka jimat la waktu dalam degree kita.

Tapi tu la ada sesetengah pelajar yang tak tahu macam mana nak kira baki sem yang ada lepas tu.

Basic pengiraan mudah je:
🔸 Kira jumlah subjek yang perlu diambil untuk graduate
🔸 Tolak jumlah subjek yang berjaya dipindahkan kredit
🔸 Bahagikan subjek mengikut bilangan subjek yang nak diambil setiap semester (asingkan satu sem untuk praktikum, kalau adal)

💡 Hasil yang dapat tu boleh dianggarkan sebagai tempoh bila degree masing-masing akan habis.

Untuk pelajar UUM, boleh rujuk portal untuk dapatkan maklumat yang diperlukan. Dan langkah pertama, semestinya kena pindahkan kredit diploma dulu la. Lepas tahu berapa subjek yang diluluskan untuk pindah kredit, baru boleh tahu berapa baki subjek yang perlu diambil waktu degree.

Senarai subjek yang berjaya dipindahkan kredit tu boleh akses di Profile > View All > Credit Transfer.


Macam yang aku dapat pindahkan dari Diploma Business Studies di KPM Ayer Molek ni, 13 subjek.

Tapi tak semua subjek ni akan terus potong jumlah subjek dan kurangkan baki semester aku. Sebab ada je subjek yang tak berkaitan pun dengan degree aku. Sebab tu perlu rujuk Course Review pula.

Course Review boleh akses di Academic > Course Review > Course Listed per Programme Structure.


Nanti akan keluar page bawah ni. Course Review ni macam panduan gitu untuk tengok progress degree kita setakat sem terkini dan rancang sem seterusnya nak ambik subjek apa waktu sem mana.


Ada 3 tab jadual kat sini, Programme Structure, Summary, dan Grading System.

Yang Programme Structure tu penting untuk proses kira baki semester. Ia senaraikan setiap komponen dalam course kita dan ada juga semua nama subjek dalam komponen tu. 

Dalam ni, semua jam kredit yang dipindahkan akan ditanda dengan KP dalam kotak Credit Transfer.

Untuk subjek yang berkait dengan degree kita, KP tu akan masuk dalam komponen University Core dan Programme Core. Jadi kurang la subjek wajib kena ambik (biasanya subjek asas prasyarat je). Boleh fokus kepada subjek wajib lain, subjek elektif, dan subjek minor yang lebih advanced atau sukar.

Subjek yang tak berkait dengan degree kita akan masuk komponen Additional Courses (jadual paling bawah). Kat sini la boleh pilih nak guna subjek lebihan mana untuk isi free elective. Jimat satu subjek.

(Jadual bawah ni mengikut susunan dalam portal)

Untuk University Core, aku boleh skip Malaysian Nationhood Studies (Kenegaraan Malaysia).
Kurang waktu sejarah haha

Kelas asas yang wajib dalam Programme Core macam Principles etc tu pun skip. Boleh terus ambik subjek advanced.




Daripada 13 subjek yang aku pindahkan kredit, 9 subjek sahaja relevan dengan course aku. 4 yang tak berkaitan tu masuk Additional Courses, tapi 1 subjek tu aku minta HEA alihkan ke slot free elective huhu

So...di sebelah nama setiap komponen tu, ada bilangan jam kredit yang kita kena ambik sebelum komponen tu dikira completed. Tolak kokurikulum dan praktikum, biasanya setiap subjek ada 3 jam kredit so bahagi jumlah jam kredit semua komponen dengan 3 untuk kira jumlah subjek dalam course tu.

Lain course, lain jumlah subjek. Contoh course aku International Business Management, ada 39 subjek.
(Ni tak termasuk kokurikulum/praktikum).


Tolak baki subjek diploma yang dah pindah kredit tu, dapat la baki subjek masa degree yang kena ambil.
Jumlah subjek untuk course BIBM: 39
(-) Subjek pindah kredit berkaitan: 09
Baki subjek yang perlu diambil: 30
Seterusnya, bahagi baki subjek dengan jumlah subjek yang nak ambil setiap semester untuk tahu total semester yang akan diguna untuk habiskan semua subjek. Basically kalau ambil banyak subjek setiap sem, lagi cepat habis belajar. Vice versa, kalau ambik sikit-sikit je subjek satu sem, lambat la habis.

Di UUM, minima jam kredit yang pelajar perlu ambil setiap semester adalah 12 jam (4 subjek) dan maksima 22 jam (7 subjek + 1 kokurikulum, kalau ada).

Biasanya student akan ambil 5 atau 6 subjek which is paling ideal. Sebab 4 subjek sikit sangat dan rugikan jadual kosong. 7 pula banyak sangat dan agak struggle nak carry semua assignment.

Untuk mild load (5 subjek): Bahagikan 30 subjek dengan 5, dapat 6 semester je kena belajar degree. Kalau ada praktikum, tambah 1 semester ekstra dan belajar la 7 semester sahaja.

Untuk medium load (6 subjek): Bahagikan 30 subjek dengan 6, dapat 5 semester degree. Tambah 1 sem praktikum, boleh complete degree dalam 6 semester sahaja.

Akhirnya, tolak anggaran semester tu daripada jumlah semester yang diperuntukkan untuk course tu untuk tahu korang jimat berapa sem. Boleh la adjust plan nak sumbat jadual macam mana kalau nak habis lagi cepat. Mana tahu jimat 1 sem dan sipi-sipi nak jimat 2 sem, pulun la ambil 7 subjek setiap sem.

SELESAI! 🎉

Pengalaman aku, course BIBM aku ada 8 semester (4 tahun). 7 semester akademik, 1 praktikum. Hampir setiap sem aku ambil 6 subjek jadi dalam 5 sem aku dah habis part akademik. Ikut logik, boleh habis praktikum dalam 6 semester (3 tahun) dan jimat 2 sem daripada 8 sem yang UUM yang bagi.

Tapi sebab aku tangguh satu sem, jadi lepas campur sem praktikum, aku betul-betul habis lepas 7 sem (3.5 tahun). Lambat setengah tahun daripada rancangan asal aku tapi takpe sebab tetap jimat 1 sem.

Cuma kes aku agak bertuah la sebab banyak subjek yang pindah kredit tu relevan dengan course. Baki subjek pun genap 30. Mudah nak bahagi average 6 subjek setiap sem. Sesetengah orang mungkin tak banyak subjek boleh transfer dan susah nak bahagi baki subjek tu untuk habis awal.

Banyak faktor yang boleh influence sama ada boleh jimat semester banyak atau tidak lepas pindah kredit ni. Course lain, jumlah subjek lain, nature dan result diploma kita pun semua lain-lain kan.

Sebab tu jangan duk tanya aku "Untuk course XYZ kalau pindah kredit boleh jimat berapa sem degree?"

Memang sis tak tahu jawapannya sebab semua bergantung atas individu. Even kalau kita belajar diploma sama dan ambil degree sama pun, baki semester tu tak semestinya sama. Oleh itu, check la portal masing-masing dan kira macam kat atas sebelum decide nak ambil berapa subjek setiap sem.

Rule of thumb, ambik la jumlah subjek ikut kemampuan diri. Kalau tahan dengan beban tekanan assignment dan kuat hadap perangai manusia, ambik 6-7 subjek. Tapi kalau tak tahan tekanan dan lebih selesa dengan pace belajar yang santai, ambik 5 subjek je pun takde masalah.

Asalkan boleh habis semua subjek dalam tempoh degree yang diberi untuk course tu. Jangan la dah habis semester 8 pun ada lagi 1-2 subjek tak ambik. Satu kerja nak kena extend semester pula.

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Perkongsian yang membantu mereka yang tercari2 caranya

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS