Roti Butterscotch Gardenia dah beralih kepada Toast'em rupanya | NaSa
Assalamualaikum

Ingatkan Gardenia ada roti perisa baru dalam siri Toast'em lepas keluarkan roti Pandan Kelapa viral haritu. Tapi bukan rupanya. Dia ambik roti butterscotch lama dan ubah imej masuk siri Toast'em sahaja.


Aku je la kot yang baru tahu ni sebab baru terjumpa. Waktu roti baru Gardenia tengah naik musim PKP dulu, memang yang biasa nampak dalam siri Toast'em tu cuma roti pandan dan yang plastik purple (Butter Raisin) je. Roti Butterscotch masa tu aku nampak masih dalam plastik lama macam bawah ni.


Sebelum ni Butterscotch ada dalam siri Delicia atas ni. Tapi sekarang Gardenia gabungkan dalam siri Toast'em la kot sebab perisa roti Delicia yang lain iaitu Choco Raisin dan Raspberries pun dah tukar imej. Di website rasmi pun takde dah nama roti Delicia. Semua duduk setempat dalam page Toast'em.


Cuma mungkin pelaksanaan belum meluas lagi kot sebab kakak aku beli roti Choco Raisin di kedai runcit haritu masih dalam plastik Delicia lama. Tapi kami pergi Lotus's semalam aku tengok dah tukar plastik Toast'em. Ke Gardenia tengah perabih stok pembungkus roti yang design lama? Boleh jadi jugak kan 😂

Ni kan kalau dapat kat orang tak cakna sangat dengan nama perisa roti, mungkin mereka akan ingat ada 2 perisa roti berlainan. Padahal benda sama je hahahahah


Lagi-lagi kalau tengok cantik je roti packaging baru tu duduk berderet banyak-banyak macam ni di kedai kan. Mesti rasa tertarik ingatkan Gardenia ada roti baru. Padahal masih roti butterscotch yang sama 😂

Plastik yang baru, roti yang dulu.

But one good thing sejak Gardenia tukar Butterscotch masuk Toast'em dan cakap "Lebih enak apabila dibakar" ni, aku jadi terlintas la pula nak try bakar atas kuali sampai rangup crispy. Sebelum ni aku tak pernah try cara macam tu sebab sis biasa makan roti tu kosong je.

Almaklum la roti Butterscotch tu kan dah lembut dan ada perisa. So dah cukup rasa dan macam tak perlu la bakar roti tu dengan butter dan sapu dengan sebarang jenis lepa. Lain la kalau roti putih biasa.


Tapi ternyata roti ni memang lagi sedap ya apabila dibakar tu.

Kalau roti pandan tu naik bau pandan lepas dibakar, roti butterscotch ni semerbak bau lemak manis butter. Kenapa la Gardenia tak promote roti ni macam tu dulu. I felt so missed out 😂

Memang nice strategy la Gardenia tukar packaging ni.

Aku daripada tak tahu sekarang dah jadi tahu dan suka pulak bakar roti butterscotch ni.  Rangup di luar, lembut di dalam, semerbak bau butter, dan lemak manis pula rasa rotinya. Memang sis relakan la pejam mata bayar RM5 demi sebuku kecil roti butterscotch tu.

Musibah betul la zaman inflasi harga barang naik ni ye. Terbantut hobi makan roti aku huhu

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Baru lepas makan. Sedap. Flavour pink tak nampak lagi kat kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti Gardenia jarang tak sedap kan hehe. Yg packaging baru ni kalau di pasar raya besar memang banyak. Kedai runcit biasa jarang jumpa

      Delete
  2. Menarik juga packaging baru butterscotch ni

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS