Kisah Hidup di KPM Ayer Molek (3): KELAS | NaSa
Assalamualaikum

AMARAN: Entri throwback bergambar yang sangat panjang 😂

Dah habis kisah masa orientasi lepas daftar di KPM Ayer Molek, dah cerita juga pasal rutin hidup di asrama Tun Teja. Seterusnya kita sembang pasal kelas la pula. 

Berbeza dengan bilik dan homeroom yang diberi random, kelas ni dah ditetapkan sebelum daftar lagi. Lepas habis MISRA, boleh check senarai nama di papan kenyataan tepi tangga makmal komputer tengok dapat kelas apa. Zaman kami, ada 4 kelas ABCD untuk setiap kursus DBS dan DIA. Aku dapat kelas B dan sepanjang di Aymo tu aku kekal dalam kelas B setiap semester sampai habis belajar hehe #sissetia
DBS 1B
DBS 3B
DBS 4B
**Gambar kelas yang rasmi untuk sem 2 dan sem 5 takde sebab memang takde dalam stok gambar haha.

Setiap kelas ada 20-30 pelajar. Paling ramai masa sem 1 kelas kami ada 30 orang. Tapi pastu berkurang sikit-sikit sebab ada pelajar tarik diri dari KPM lepas dapat tawaran UPU tempat lain. Ada juga yang minta pindah ke KPM cawangan lain. Jadi akhirnya kami biasa ada 25-28 orang je dalam satu kelas.

Walaupun aku kekal kelas B sampai habis, tak bermaksud yang kelas ni tak boleh tukar. Gambar atas tu ada je muka-muka baru lepas sem 1 kan. Sebelum masuk sem baru, akan ada sistem untuk daftar kelas dan pelajar boleh pilih nak masuk kelas mana. Yang nak masuk kelas lain, mereka tukar la. Tapi kami ramai yang stay sebab dah biasa dengan classmates lama. Dah masak dengan perangai memasing. Kalau masuk kelas lain kang kena cari geng baru pula kan. Malas la pula hahaha
Contoh jadual masa sem 1.
Setiap sem kami belajar 6 atau 7 subjek, tidak termasuk kelas kokurikulum. Dan semua subjek untuk setiap kelas dan semester tu dah disusun siap-siap oleh kolej jadi tak ada la add/drop macam sesetengah IPT lain. Best juga bila dah ditetapkan macam ni sebab less stress. Berbanding sistem add/drop degree aku di UUM, ya Allah setiap sem nak mengalir air mata sebab subjek yang aku nak tu selalu je penuh huhu

Tempoh belajar setiap subjek adalah 4 jam seminggu. Ada yang sesi 2 jam (2 hari), ada yang pecah 2-1-1 jam (3 hari). Kelas bermula seawal 8.30 pagi dan habis 4 petang. Siapa yang kelas dia banyak tamat lepas rehat 1 tengah hari tu adalah sangat dicemburui tau. Sebab kami yang perempuan ni lepas dah balik bilik untuk lunch dan solat Zohor, nak pakai tudung balik pergi kelas petang tu rasa amat malas ye. 

Tapi sebab jarak asrama dengan blok akademik tu dekat, keluar bilik 10 minit sebelum kelas pun sempat aih sampai kelas on time. Tapi kalau kelas pagi kena kental la takut kena tahan dengan Pengarah. Sebab 8 pagi ada aktiviti Kerohanian di surau (waktu kami, baca Quran ramai-ramai 2 muka surat sehari). Lepas habis Kerohanian, Pengarah biasa tunggu di tangga menuju ke blok akademik pantau budak-budak pergi kelas. Siapa yang pergi kelas pagi lambat tu kantoi la ponteng Kerohanian haaaa ayokkkk
Contoh sesi Kerohanian.
Setiap hari minggu berkumpul camni la kat surau sebelum pergi kelas.
Sistem belajar kat sini lebih kurang sekolah je sebab satu kelas tu akan belajar semua subjek bersama-sama. Kalau IPT lain maybe ada yang boleh pilih sem ni nak belajar subjek apa, hari apa, pukul berapa, etc so classmates setiap kelas pun berubah-ubah. Tapi di KPM, dari Isnin sampai Jumaat, tak kira subjek apa pun, memang jumpa muka sama je. Sebab tu aku kata dah masak dengan perangai masing-masing 😂

Cuma lokasi kelas je la berubah-ubah walaupun untuk subjek yang sama. Kejap aras 1, kejap aras 2, kejap underground. Tak tetap pendirian. Setiap kali aku masuk sem baru, sesat cari kelas masa beberapa minggu pertama tu normal walaupun dah jadi senior. Lama-lama lepas dah pro jalan dan kenal perangai classmates, dengar member gelak dari jauh pun boleh tahu kelas wing kiri ke kanan hahaha
Contoh kelas di blok akademik.
Kalau tengok buku teks atas meja, ni masa kelas Business Law yang Miss Hanaq ajar. Tapi aku tak ingat apa yang berlaku masa ni dan kenapa muka aku macam serius sangat padahal orang lain tengah gelak. Budak lelaki pun kemain duk posing. Gambar ni ada di IG Najwan dan caption dia "kumpulan kena denda dengan Miss Hanaq" tapi Wallahua'lam denda pasal apa. Sis dah lupa.

Waktu ni blok akademik belum upgrade. Zaman dinding ada bekas tapak kasut dan lantai simen ada yang pecah berlubang. Jika dibandingkan dengan kelas sekarang, jauh beza sebab kelas baru ni dinding warna warni, lantai mozek, siap ada aircond. Rezeki budak-budak baru. Member aku kata kalau dah upgrade macam-macam ni tapi pelajar tak cemerlang juga tak tahu la 😭 Jadi harap pelajar baru lepas ni semua rajin-rajin la belajar. Kami dulu ada kipas siling je tau. Tu pun tak rasa so kena pasang kipas berdiri di depan dan belakang kelas untuk angin ekstra (standard ayat mengungkit senior lol)
Contoh kelas di dewan kuliah.
Dewan kuliah di Aymo ni ada dua, Dewan Hang Tuah dan Dewan Hang Jebat (nama nak yang tokoh-tokoh sejarah Melaka aje haha). Lokasinya di tepi blok akademik. Tapi kelas yang dibuat di dewan kuliah ni adalah kelas yang tak berapa digemari bagi aku. Bukan sebab subjek tak best tapi dewan tu yang tak best.

Pertama, kerusi plastik tu sempit dan tempat menulis tu kecik. Jangan kata orang kidal, aku yang right-handed pun benci tempat menulis dia tu. Buat kuiz di sini paling tak selesa sebab tak muat kertas soalan dan kertas jawapan. Kedua, apa yang lecturer tunjuk di layar putih atau tulis di whiteboard tak jelas sebab dua benda tu jauh. Ketiga, SEJUK GILA. Aircond dia semua auto suhu 16°C. Kalau aku tinggikan, tak lama pastu suis dia tertendang dan termostat tu akan restart jadi 16°C semula. Aku dah la tak tahan sejuk lol

Tapi elok lepas kami grad, kolej dah upgrade kerusi plastik tu kepada kerusi span. Duduk confirm tak sakit bontot. Layar putih untuk projektor tu pun nampak yang besar dan jenis tekan butang dia turun sendiri. Dah macam panggung wayang aku tengok. Sampai hati tak tukar masa kami masih kat situ 😂

LIHATLAH PERBEZAANNYA!!
Lawa wuuuu~
Gambar daripada Instagram MPP KPMAM
Contoh kelas di surau kolej, Surau As-Solihin.
Biasa surau ni guna untuk subjek agama. Aku suka kelas kat sini sebab surau ni tepi kafe dan ustaz biasa bagi kelas habis awal. Mudah la nak beli makanan. Rushing pakai kasut takut orang dari blok akademik sampai kafe dulu adalah lumrah hahaha. Kucing di kafe pun banyak dan masa kelas, akan ada yang masuk surau join belajar sekali macam kucing atas ni. Aku panggil dia Makcik Surau sebab hobi dia pun memang lepak di surau. Masa Maghrib dan Isyak jemaah selalu dia melenggang masuk macam surau sendiri.

Sayangnya sekejap je Makcik Surau ni teman aku masa kelas di surau sebab masa cuti midsem ke raya entah, Pengarah panggil orang untuk tangkap kucing liar di kolej. Lepas habis cuti, kucing ni dah takde 😢
Memori kelas surau bersama Ustaz Wan
Masa ni kelas tunda kepada waktu malam sebab ustaz ada hal kot masa petang tu. Best kelas tunda camni sebab boleh pakai kasual biasa je. Dan alang-alang masa tu dah dekat waktu raya, satu kelas ramai-ramai cucuk ustaz untuk rekod video ucapan raya buat kenangan. Yang bagusnya, ustaz pun melayan 😂

Penilaian untuk kelas ada pelbagai cara selain kuiz, test, dan final exam. Nama pun kolej jadi pelajar tak dinilai melalui hafal nota macam sekolah la. Dan nama kursus kami kan Business Studies, jadi banyak la penilaian tu dibuat melalui aktiviti berasaskan perniagaan, event management, etc. Tapi program macam tu nanti aku tulis dalam entri asing sebab banyak sangat haha. Selain tu, cara penilaian di bawah pun ada.
Pembentangan berkumpulan.
Tapi gambarnya solo kahkahkah
Tugasan video lakonan.
Yang kelakarnya ni bukan group aku pun. Jadi pelakon tambahan group Shikin je 🤣
Ada je tugasan video untuk kelas Principle of Marketing yang kami rekod antara aku, Syera, Rahmah, dan Syazwan. Tapi tak sampai hati nak tunjuk sebab aku yang berlakon ni pun rasa cringe ya Allah hahahahah. Masa berlakon pun dah gelak tak ingat dunia. Biarlah ia menjadi kenangan bagi kami yang terlibat je lol

Selain akademik, pelajar juga dinilai melalui kelas kokurikulum iaitu badan beruniform dan kelab sukan yang diadakan setiap petang Rabu. Badan beruniform waktu tu ada 2 pilihan, JPAM dan Wataniah. Kalau masuk Wataniah, kaya sikit sebab dapat elaun. Tapi sebab fungsinya sebagai askar simpanan kan, latihan semua bersifat ketenteraan la. Siap kena masuk hutan. Dah la latihan 2 sem. Sis lembik so memang awal-awal lagi tak sanggup lalu kita ke JPAM sahaja sebab tak seberat Wataniah dan tempoh pun cuma 1 sem.
Last day of JPAM! (Muka Atul takde!)
Waktu ni senior acah-acah prank sembur air macam masa MISRA tapi tak surprise pun 🙄
Tapi nak perhabis JPAM ni tersangat la hambar bagi aku. Sebab platun bahagi ikut homeroom dan dalam geng kami yang join JPAM, aku je homeroom lain. Syera, Atul, Rahmah, dan Zati semua homeroom sama. Maka terasing la aku dalam homeroom sendiri sebab ahli perempuan lain dalam tu semua DIA. Aku sorang je DBS. Krik krik rasa sebab takde mutual topic haha. Pastu senior yang handle JPAM tu ada segelintir yang terlebih acah. Tahap setiap kali mereka bercakap aku akan rasa "pebende do kau?" Benci lol

Seriously, my best memories pasal JPAM adalah bila JPAM tamat. Tu je hahahah. Tapi sekarang JPAM dah tak ada dan dah digantikan dengan KESATRIA. Wataniah tak pasti la pula masih ada ke tidak.

Untuk kelas kokurikulum kedua masa sem 2 pula, kena pilih satu kelab sukan. Aku pilih bola tampar sebab masa di KYUEM dulu biasa main dengan roommates. Tapi sebab masa tu main suka-suka je, kalini besar la harapan nak belajar cara sebenar. Sekali... harapan tinggal harapan. Kelas sama ada start lambat habis awal, atau cancel terus. Tahu-tahu sem dah habis dan result pun dapat A. Like whaaaaat?? 😂

Kalau ikut jadual di atas, hari Jumaat ada slot "homeroom" kan. Haa di sini la kita bertemu lagi dengan kanak-kanak homeroom masing-masing setiap minggu. Aktiviti ada pelbagai. Kadang-kadang dalam kelas. Ada waktu kena join jadi peserta pertandingan program kolej. Yang aku ingat macam Hari Hijau ke apa entah kena buat produk daripada bahan yang dikitar semula. Jenuh member fikir nak buat apa. Last sekali buat bunga daripada bekas kotak telur je. Gigih pergi minta kotak telur lebih di kafe kedai Kak Fiza.

Jumaat juga sebab pelajar lelaki wajib pergi solat Jumaat (di masjid luar sama ada dengan bas kolej atau kenderaan sendiri), yang perempuan ni pula semua kena berkumpul di surau untuk sesi Fiqh Wanita. Biasanya dengar ceramah pelbagai topik berkaitan wanita daripada ustazah Aymo sendiri, dan ada juga ustazah dan penceramah yang dijemput dari luar. Lepas ceramah akan solat Zohor jemaah sama-sama dan akan tamat dalam tempoh yang hampir sama dengan pelajar lelaki balik semula ke kolej.

Bergantung kepada penceramah dan topik, Fiqh Wanita ni boleh jadi best dan boleh jadi mengantuk juga. Tapi sebab masa ni boleh duduk dalam surau bebas ikut geng sendiri, tak perlu duduk ikut kelas atau homeroom, jadi tolerable la sebab takde la yang bosan makin bosan kan. Biasa struggle masa Fiqh Wanita ni adalah berebut ambil wuduk sebelum Zohor sebab biasa la perempuan kan ramai sangat ahahaha

Selain tu, dalam topik kelas, antara soalan yang biasa sis terima adalah "kelas di KPM ni ajar dalam bahasa apa?" Sebab ada yang agak lemah bahasa Inggeris dan risau tak faham pelajaran dalam kelas kan.

Tapi tak perlu bimbang pun sebab subjek English je yang banyak speaking. Untuk subjek lain, walaupun bahasa pengantar tu bahasa Inggeris, pensyarah akan ajar dwibahasa dan terjemah kepada BM. In fact, pensyarah sangat sangat baik hati. Kalau ada bab yang tak faham, boleh pergi jumpa pensyarah di bilik mereka dan mereka akan ajar one-on-one. Nak bergosip pun on!! 😂 Ada juga pensyarah yang buat kelas tambahan percuma untuk pelajar yang lemah. Yang tak lemah nak join buat latihan ekstra pun boleh. Jadi dalam satu kelas, tidaklah pelik bila beramai-ramai cemerlang dan dapat anugerah dekan.
Contoh dekan bersama classmates sem 1.
Masa ni adalah kali pertama dan terakhir kami dapat merasa sambut majlis anugerah dekan di hotel.
Masuk sem seterusnya, majlis AKK dibuat di Dewan Kasturi je iaitu dewan terbuka kolej sendiri. Jimat bajet lol
Hasil didikan tak jemu pensyarah dan suasana yang membina di KPM Ayer Molek ni juga, dapatlah saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam 10 kursus teras DBS sepanjang tempoh 5 semester 😊
Semester 4 aku tibai 4 subjek kot hehehe
Alhamdulillah rezeki.
Serius bila nama disebut sekali sebagai pelajar terbaik sesuatu kursus masa majlis anugerah dekan tu (Anugerah Kecemerlangan Kolej atau AKK), rasa berbunga juga la hati saya hahaha. Dan yang best pasal AKK di Aymo ni, setiap semester pelajar akan dapat plak pelbagai bentuk sebagai cenderamata.
Penyeri bilik saya 💖
In total, ada 4 plak untuk sem 1-4. Sebab masa majlis untuk raikan keputusan sem 5 dibuat, sis dah cuti di rumah lepas habis praktikal dan tengah tunggu konvo. Takkan nak travel pergi Melaka semata-mata nak ambik plak ni je kan. Dewan Kasturi tu pun belum tentu muat nak letak muka-muka kami ni sekali lol

Menyentuh tentang latihan praktikal/industri, batch kami ke batch selepas kami entah yang terakhir ada syarat kena jalani praktikal sebelum grad. Lepas tu KPM rombak kalendar akademik jadikan ada 3 semester setahun (2 long, 1 short) dan hampir semua kursus dipendekkan kepada 2 tahun tanpa latihan praktikal. Padat sikit belajar tapi sekarang diploma di KPM lebih cepat habis la berbanding kami dulu 3 tahun.
My final assignment for KPM Ayer Molek 😌
Tempoh praktikal tu selama 12 minggu (3 bulan). Proses mencari syarikat memula susah hati juga sebab ada yang reject sebab dia nak budak degree je. Ada yang tak reply langsung. Sedih sis. Dengar member apply guna kabel rasa jeles je sebab elaun kemain tinggi haha. Google sana sini, jumpa la syarikat Giffarine ni. Ofis HQ tak sampai 5 minit pun dengan rumah aku tapi HQ hantar ke cawangan Kota Bharu. Jauh sikit tapi abah boleh je hantar dan ambik. Kadang-kadang kakak aku hantar masa on the way ke ofis dia.

Cumanya mencabar la praktikal tu sebab buat di hujung tahun. Kelantan kan selalu ada musim tengkujuh. Pernah 2-3 hari hujan lebat teruk sampai satu hari tu jalan banyak banjir. Berjam-jam kami tersangkut dalam jem masa nak balik. Jalan kampung aku pun naik air sampai abah kena parking jauh dari rumah dan kami balik jalan kaki redah air. Cuak sis sebab kalau banjir, takkan aku nak naik sampan pergi kerja 🤣
Nampak tak kaki sis tenggelam?
Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dan aku berjaya habiskan praktikal dengan selamat. Skor yang diberi oleh pengurus di Giffarine KB tu tinggi. Pembentangan hasil praktikal dengan Miss Ema comel juga berjalan lancar. MUET pun helok band 5. Maka tamatlah pengajian saya di KPM Ayer Molek 😊

I would belanja my graduation picture kalau ada tapi sayangnya memang takde sebab aku tak pergi konvo. Adalah sebab-sebab dan hikmahnya hehe. Tapi jangan bimbang sebab saya cemerlang je dengan CGPA 4.0 dan dapat la sijil Anugerah Prestasi Cemerlang MARA (MOPA) ni.
Terima kasih kepada Syera dan Affan sebab tolong ambil dan poskan semua sijil sis dari kolej 🙆🏻‍♀️
Selain tu, berjaya juga dapat tawaran untuk ke New Zealand di bawah biayaan MARA. Rezeki kali kedua untuk ke oversea wohh. Walaupun tawaran ditolak atas sebab-sebab tertentu, tapi fakta yang MARA bagi peluang tu pun sedikit sebanyak dah mengubat hati sebab dapat tebus balik kegagalan masa A-Level dulu. Jadi aku tak dapat fly dulu bukan sebab bodo la. Diri sendiri je belum bersedia sepenuhnya. Insya Allah nanti lepas dah cukup matang, kita usaha la jejak negara orang untuk Master ke, PhD ke kan.

Sebelum entri panjang berjela ni diakhiri, mari kita panjangkan lagi dengan sesi throwback bergambar dengan pensyarah KPM Ayer Molek pula hahah. Sekalung penghargaan kepada mereka semua sebab dah banyak membantu saya untuk berdiri di sini sekarang (walaupun taip entri masa baring lol) 🥰
Miss Faiezah: Financial Accounting for Business.
Pensyarah yang kecil molek dan sangat baik. Suka ajak aku keluar jalan-jalan walaupun pergi tempat dekat je. Orang yang paling happy aku dapat anugerah pelajar terbaik bagi subjek beliau hehe. Rindu nak keluar dengan Miss lagi.
Madam Maya Irma: Fundamental & Practical Business English (2 subjek).
Juga bertindak sebagai penasihat kepada homeroom aku. Masa madam kahwin tak dapat pergi sebab jauh di Sarawak maka kita buatkan quilling art sebagai hadiah pengantin baru. Mujur madam suka.
Mr. Yan: Public Communication Skills.
Biggest supporter in encouraging my English skills sebab kalau jumpa Mr Yan selalu kena speaking 😂 Gambar ni masa wakilkan Aymo ke program IMEC dan kumpulan sis jadi juara Spelling Bee hehe
Madam Masnirah: Macroeconomics.
Pensyarah keturunan darah Mahsuri. Awal-awal sem strict bohh. Seram satu kelas jadi tak boleh bising-bising sangat. Hujung-hujung baru la rasa lebih kamceng
 haha tapi beliau baik je sebenarnya. 
En. Victor: Introduction to Business.
Anuar Zain Aymo!! Serius nyanyian beliau sedap. Masa ni "dijemput" jadi MC program sem 3 kelolaan beliau dan aku ajak roommates ikut sebab dapat kupon merit free hehe. Syera kata En. Victor sayang aku lebih sebab asal jumpa di mana-mana, beliau hai kat aku je 😂
En. Fareez: Mandarin 2.
Salah seorang lecturer paling kacak gitu muahahah mau kembang setaman ni kalau beliau dengar. Sebelum cuti raya pernah buat denda apa entah suruh kami menyanyi lagu raya tapi dalam Mandarin 😂
Madam Asnida: Financial Management.
Madam kalau membebel feeling mak-mak sangat tau. Beliau selalu hairan kenapa kelas kami selalu bising 😅 Subjek madam rasanya yang aku minta nak jawab test awal sebab dah beli tiket bas balik kampung awal pastu madam bagi je jawab kat bilik beliau hehe
Madam Zuraidah: E-Entrepreneurship.
Kelas madam ni stress sebab kena meniaga online tapi takde customer. Aku hantar report nipis je sebab customer cuma 8 orang haha mujur madam okey je bagi markah. Bergosip bilik madam best wohhh 😂
En. Ramdan: Microeconomics.
Masa ni kami tengah ambik gambar kenangan lepas habis mock meeting untuk kelas Madam Jujue. Kebetulan En. Ramdan dengan En. Fareez ni lalu maka mereka menjemput diri mereka masuk bergambar sekali. Elok-elok tak pakai blazer, rela pakai sebab nak fit in hahahahah i cannot la
Madam Farakhshima: Banking & Insurance.
Madam yang sweet. Satu kelas pernah terbuat dosa kat madam sebab semua balik cuti midsem awal (yang aku jawab test awal tu) padahal madam tak kata pun takde kelas 😅 Kelas terakhir pun ingat takde juga sebab madam masuk lambat. Mujur sis masih lepak depan foyer pejabat masa nampak beliau menuju ke kelas. Cepat-cepat mesej di group ws suruh siapa yang masih di area blok akademik masuk supaya tak kecikkan hati madam lagi. Maka dapat la gambar tak cukup ahli ni ✌🏻
Madam Fazila: International Business.
Pencetus minat aku sambung degree in International Business Management di UUM sebab alang-alang belajar pasal bisnes lagi, kenapa tidak ke tahap antarabangsa kan? Madam ni separuh garang, separuh kelakar. Memori paling diingati dalam kelas ni, masa 
Najwan terbagi gelaran "Madam Tiger" kat beliau aaaa reaksi madam sumpah kelakar. Asal teringat je aku gelak sorang-sorang 🤣

Ada juga pensyarah lain macam Madam Syirin, Madam Miza, Madam Munirah, Madam Amalina, Miss Ema, Madam Jujue, Madam Faiezah, Miss Pija, Madam Syamila, Miss Hanaq, dan ramai lagi. Tapi ada yang tak sempat bergambar sebelum tinggalkan Aymo, ada juga yang dah bergambar buat kenangan tapi hilang sebab phone dan laptop rosak tahun 2018 tu. Sedih gila. Yang ada ni pun kumpul dari IG dan minta dengan kawan-kawan je. Tapi takpe la. Tak ada gambar tak bermaksud tak ingat dan tak hargai hehe. Terima kasih sekali lagi kepada semua pensyarah di KPM Ayer Molek yang dah ajar kami dari mula sampai akhir 🥰

Terima kasih juga kepada semua classmates DBS sebab sudi melayan karenah sepanjang 5 semester tu. Zeera kata kelas kita paling dramatik sebab dari sem 1 sampai sem 5, setiap kali kena handle program dan buat aktiviti kelas je mesti ada drama bertekak dan bergaduh haha. Ala sebahagian kenangan juga tu. Last sekali lepas habis program, semua berbaik semula macam takde pape pun ye dokk...
Last day in Aymo!!
Sekarang semua dah berjauhan tapi diharapkan agar semua kawan sekelas dan pensyarah KPM Ayer Molek sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi dari sebarang penyakit dan musibah pada waktu mencabar ni. Walaupun ada yang mungkin tak ingat kat saya, tapi Insya Allah saya ingat tentang anda. Stay safe semua 😊

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.
SHARE 1 comment

Add your comment

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS