Donat susu versi tepung beras? | NaSa

Donat susu versi tepung beras?

in , by NaSa, August 15, 2022
Assalamualaikum



Dua tiga hari ni entah kenapa teringin betul nak makan donat. Mungkin sebab dah lama tak buat. Last buat donat pun, tahun lepas. Pastu setiap kali masuk Facebook, ada beberapa kali nampak orang share pasal DONAT SUSU yang viral sakan sebab katanya lagi sedap daripada donat biasa. Lagi terliur.

Mula-mula dulu tak hairan pun dengan donat susu tu sebab ingatkan doh donat yang letak susu, which is common sebab aku pun biasa je masukkan susu tepung dalam adunan doh. Rupa-rupanya bukan.

Salutan donat tu yang unik sebab gunakan gula halus yang dicampur dengan susu tepung.

Tengok orang tunjuk donat susu masing-masing putih gebu ibarat bersalut salji sebab susu tepung tu, makin menjadi-jadi terliur aku. Akhirnya, semalam baru sampai hajat nak buat dan makan 😁


Resepi donat susu ada banyak versi. Tapi aku ambil resepi donat gula yang lama dulu sebab bahan-bahannya mudah dan ada di rumah. Cuma resepi tu ada beberapa benda yang aku ubahsuai.

Antaranya, aku masukkan baking powder dan susu tepung, tambahkan tangzhong daripada resepi pau kedut haritu, uli guna mixer selama 10 minit, dan terpaksa campurkan tepung beras 😂

Kenapa tepung beras?

Sebab sis tersalah yakin ingatkan stok tepung gandum baru masih banyak. RUPANYA TIDAK! Tu rupanya stok tepung pulut dan tepung beras. Tepung gandum ada yang dah buka je, itu pun dalam 600+ gram.

Tapi sebab aku tengok dari tepi je, nampak plastik tepung tu banyak tersusun terus terfikir "Em tepung banyak lagi." Tak check betul-betul pun tu tepung apa haha. Naya Pak Karim.

Kalau ikutkan, tepung gandum 600 gram tu memang dah cukup sebab resepi donat tu cuma nak 500 gram. Jadi ada 100 gram untuk dusting masa uli doh. Masalahnya boleh pula aku tersalah sukat air 😅

Waktu aktifkan yis untuk tengok masih hidup atau tidak (sebab dah lepas expiry date kan), sis terguna air untuk SEKILO tepung. Dah la tangzhong tu pun guna 1 cawan air. Maka lembik la doh tu terlebih air.

Baki 100 gram tepung yang simpan untuk dusting tu pun tak cukup untuk atasi doh lembik tu. Nak tak nak, memang kena buka tepung baru. Haa waktu tu la baru perasan yang plastik putih banyak-banyak atas rak tu BUKAN tepung gandum. Gelabah terus sisterr hahahah

Nak suruh Amir pergi kedai runcit beli tepung gandum baru, member tertidur pula sebab penat balik dari sekolah. Aku pun ambik je la tepung beras baki kuih topi haritu untuk topap dalam doh. DARURAT kan.

Uli, uli, uli sampai 10 minit dengan mixer, Alhamdulillah masih menjadi doh donat tu sebab naik elok je. Tapi tekstur doh tak elastik sangat. Soalnya tepung beras tak ada gluten macam tepung gandum yang akan buatkan doh jadi elastik dan produk akhir lebih gebu dan lembut. Sabor je la.


Hasil daripada 600 gram tepung dan entah berapa gram tepung beras tu, dapat 21 biji donat sebesar tapak tangan. Patutnya boleh dapat lagi banyak kalau buat donat saiz normal. Tapi aku terpaksa buat besar-besar dan kuantiti sikit sebab rumah tak ramai orang.

Nak goreng separuh masak untuk buat stok donat frozen pun, tak ada tempat nak simpan. Freezer rumah ni tengah dalam wad di kedai repair sebab rosak. Jadi 21 biji donat ni kira ngam-ngam dengan 7 orang dalam rumah sebab abah dan mama tak makan banyak pun. Anak-anak buah aku makan 2 biji pun dah kenyang sebab donat besar sangat.


Sekali donat tu naik waktu digoreng, kemain kauuu~

Memang suka betul kalau waktu goreng donat, nampak ada line putih di tengah-tengah donat tu sebab itu tandanya donat kembang dengan elok. Jadi di sini tak terbazir la yis tu sebab walaupun dah terlebih sikit dari tarikh luput, isinya masih elok dan boleh diguna untuk memasak.

Sayang je freezer belum siap baiki. Kalau tak, boleh buat lagi banyak donat dan pau untuk habiskan yis yang lain. Selain tak membazir yis, dapat stok kuih frozen sekali. Sambil menyelam minum air gitu kan.

Macam donat jatuh atas salji haha

Untuk campuran gula dan susu tepung bagi salutan donat, aku guna nisbah 2:1. Gula aising 2 sudu besar, susu tepung 1 sudu besar. Hasilnya, manis gula dan rasa lemak susu tepung tu elok just nice.

Awal-awal tu dah try buat nisbah gula dan susu sama banyak, tapi bau susu kuat sangat. Kena tambah gula baru okey. Tapi part ni boleh diubahsuai ikut citarasa masing-masing. Ada orang suka manis lebih, letak gula lebih. Ada yang minat susu, letak susu lebih. Aku suka rasa yang balanced di tengah-tengah.

Untuk gula, nak blend gula pasir sampai halus pun boleh. Aku kebetulan ada gula aising so guna yang tu je sebab malas nak blend gula lain. Takut membazir kalau ada gula tak habis. Jenama susu tepung pun boleh bebas je nak guna apa. Ada orang suggest Nespray sebab katanya lebih sedap.

Aku pun guna Nespray tapi bukan sebab rasa susu tu pun. Tu susu yang beli masa raya puasa haritu untuk buat popia nestum, pastu tak jadi sebab raya mengejut dan sis tak sempat potong kulit popia. Nak sambung buat lepas raya, sis malas dah. Maka terbiar je susu tepung tu atas rak haha

Taste test: Memang gebu habis!

Suapan pertama, memang puas hati ya.

Tekstur donat yang lembut dan gebu, digabungkan dengan lemak manis daripada gula dan susu tepung, fuhh memang sedap sangat donat susu ni apabila makan panas-panas. Dah la saiz pun kemain besar daripada yang kita beli di kedai. Sedap hingga menjilat jari.

Kakak aku yang tengah pregnant tu, melampau-lampau suka sampaikan dia seorang berjaya habiskan LIMA BIJI DONAT! In normal donut sizes, hampir 8-10 biji! Walhal dulu biasanya dia makan 2-3 biji je.

Amboi berselera betul baby boy dalam perut tu makan donat ya. Haritu buat pau pun habis berbiji-biji juga. Rezeki baby la sebab aku rajin nak menguli kebelakangan ni. Jimat mummy dia tak perlu beli 😄

Pasni kena topap stok tepung lagi banyak, dan kena label betul-betul setiap jenis tepung tu agar tak tertukar. Trauma juga tengah-tengah uli doh ni baru tahu tak ada tepung gandum ekstra untuk backup. Ni pun mujur ada tepung beras. Kalau cuma ada tepung pulut, tak ke lagi melekat doh tu? hahaha

Projek akan datang, aku rasa macam nak buat roti goreng inti kacang merah la. Sebab tu pun kuih kegemaran aku. Resepi pun mudah dan lebih kurang macam donat. Cuma kena cari inti kacang merah pre-made sebab kalau buat sendiri, risau tak jadi. Tak pun nanti tanya mama kot-kot dia tahu.

Anyway, aku perhati kebanyakan entri dalam blog aku sejak kebelakangan ni banyak betul cerita pasal makanan. Kalau bukan makanan buat sendiri, pasal makanan beli. Entri dalam draf yang akan terbit tak lama lagi pun pasal produk makanan. Dah boleh tambah niche jadi food blogger ke ni? 😂

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Sedapnya donut. Lama juga bercita-cita nak buat donut sendiri tapi masih belum terlaksana.

    ReplyDelete
  2. Kreatifnya gantikan tepung gandum dgn tepung beras. Menjadi pulak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab waktu terdesak kan. so memang kena jadi kreatif hehe 🤣

      Delete
  3. dalam byk2 bende, donut la tak pandai nak buat..mesti tak menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, part nak sukat air dan menguli tu la memang banyak tragedi. Macam-macam kena adjust baru jadi

      Delete
  4. makan pulak time petang2 dgn air coffee.. fuhh sedap!

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS