Masak-masak: Murtabak mini kulit popia resepi Khairul Aming | NaSa
Assalamualaikum


Minggu lepas pukul 3 pagi aku tetiba teringat kat murtabak ya. Bahana tidur lambat kan. Perut lapar berkeroncong so memang macam-macam benda kita jadi teringin. Rasa macam selagi tak dapat benda tu, selagi tu tak lena tidur. Asyik terbayang-bayang dalam kepala. Mujur tak masuk mimpi.

Lagipun aku dah lama juga tak makan murtabak. Tambah la jadi makin terliur. Nak beli tapi serba salah pula. Murtabak dah la makin mahal pastu kalau dapat inti bawang lagi banyak daripada daging, nak amuk je rasa haha. Maka dan-dan 3 pagi tu juga aku google resepi murtabak untuk buat sendiri.

Hasil google, tengok resepi untuk inti daging tu agak mudah. Yang masalahnya, kulit murtabak tu. Kalau guna doh tepung macam kedai, leceh juga kena uli, peram dalam minyak, canai nipis untuk bubuh inti, etc. Aku dapat rasa yang aku akan sangat kalut kalau buat murtabak cara tradisional.

Maka sis google alternatif lain dan jumpa la video murtabak Khairul Aming ni. Dengar ayat trademark "Hey, what's up, guys?" dia tu je dah tau yang resepi ni akan mudah untuk diikut. Dan memang mudah pun. Dia ganti kulit murtabak tu guna kulit popia so tak perlu canai dan senang dilipat ✅


Terus set dalam kepala nak buat murtabak mini macam ni dan screenshot gambar bahan-bahan untuk dibeli. Tapi kena tangguh dulu la 2-3 hari sebab freezer rosak kan. Takde tempat nak simpan daging kisar tu. Lepas pomen freezer tu call dan kata freezer dah siap baiki, baru aku pergi beli hehe

BAHAN-BAHAN UNTUK MURTABAK MINI KULIT POPIA

 

Inti daging untuk murtabak



🌕 2 biji bawang holland (potong dadu)
🌕 2-3 biji ubi kentang (potong dadu)
🌕 5 ulas bawang putih (dicincang)
🌕 400g daging kisar 
🌕 4 sudu serbuk kari ayam atau daging (bancuh dengan sedikit air)
🌕 Garam (secukup rasa)
🌕 Gula (secukup rasa)
🌕 Air (secukupnya)
🌕 3 biji telur
🌕 Kulit popia

Kuah cuka bawang murtabak



🔸 1/4 cawan air panas
🔸 1/4 cawan cuka makan
🔸 1-2 biji bawang besar (dihiris nipis)
🔸 3 sudu besar gula pasir
🔸 1 sudu teh garam
🔸 1 sudu teh sirap ros @ 1-2 titik pewarna merah

CARA MEMASAK

 

Murtabak mini kulit popia

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang holland yang dipotong dadu. Goreng seketika dan masukkan ubi kentang.
2. Nampak ubi kentang dan bawang sedikit masak, masukkan bawang putih dan tumis seketika.
3. Tambahkan daging kisar dan gaul sekata hingga daging sebati dengan ubi dan masak sedikit.
4. Campurkan bancuhan serbuk kari dan gaul hingga sebati dengan inti.
5. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Kemudian masukkan air secukupnya.
6. Biarkan inti mereneh hingga kebanyakan air sudah kering dan daging dan ubi kentang sudah empuk. Angkat dan ketepikan seketika.
7. Pecahkan telur ke dalam bekas, dan campurkan inti daging yang sudah sejuk. Gaul sekata.
8. Lapikkan 2 helai kulit popia dan letakkan campuran inti daging dan telur di tengah. Lipat ikut citarasa.
9. Goreng menggunakan sedikit minyak dan sedia untuk dihidang bersama kuah sirap bawang.

Kuah cuka bawang murtabak

1. Campurkan air panas dan cuka dalam satu bekas. Masukkan gula dan kacau hingga cair.
2. Perasakan dengan garam dan masukkan hirisan bawang besar.
3. Titikkan pewarna merah atau masukkan sirap ros. Kacau sebati.
4. Biarkan selama 15 minit atau hingga bawang sudah menyerap rasa cuka dan pewarna merah.
5. Sedia untuk dihidang bersama murtabak mini.

AKU MEMASAK


Oleh sebab kali ni tak melibatkan aktiviti uli tepung, maka proses memasak berjalan lebih lancar. Takde rasa nak bergaduh dah haha. Cuma lama sikit part nak buat kuah sirap bawang tu je sebab cuka habis. Kena tunggu abah balik dari masjid untuk belikan baru boleh masak murtabak tu.

Sebab ngam-ngam murtabak siap digoreng, sirap bawang tu pun dah elok dijeruk dalam cuka 😋

Proses menanti air kering. By the way aku guna 3 biji ubi kentang.

Waktu buat inti daging ni, jenuh ulangkali tambah gula garam untuk sesuaikan rasa sebab aku ni jenis penakut. Orang tak biasa masak kan. Bubuh gula garam tu sikit-sikit je sebab takut terlebih manis atau masin dan risau tak pandai baiki. Pastu mama rasa, katanya serupa takde gula dan garam langsung 😂

Lepas 3 kali adjust tambah gula garam ajinomoto baru la menjadi rasa inti tu. So boleh la kita proceed kepada bab melipat dalam kulit popia pula.

Perlukan sedikit air untuk lekatkan kulit popia yang dilipat tu

Telur tu dalam resepi asal nak 2 biji, tapi aku tambah lagi 1 biji sebab tak cukup untuk campurkan dengan inti daging tu. Tu pun 3 biji telur tak cukup juga ya. Aku rasa dalam 4 biji telur kot baru sesuai. Tapi tu la aku nak tambah lagi pun tak boleh sebab telur habis 😂

Fungsi telur ni macam untuk cairkan dan banyakkan inti daging supaya 1 batch inti daging tu boleh buat lebih banyak murtabak. Kalau guna inti daging semata-mata, mungkin kuantiti murtabak nanti sikit je.

Tapi ikut citarasa masing-masing la kan nak balance dengan telur atau nak banyakkan inti daging. Kalau kami yang family besar ni, memang kena tambah telur. Baru setiap orang dapat banyak murtabak. Selain tu, rasa autentik kedai sikit sebab biasa orang jual murtabak memang tambah telur kan.

Ubi ada, daging ada, bawang ada.

Memula tu mama pelik ya tengok aku masak daging campur ubi dan serbuk kari ni. Sebab nampak macam inti karipap haha. Tapi aku memang tak cakap pun nak buat murtabak. Tunggu inti siap baru bagitahu sebab malas nak layan banyak soalan macam guna kulit apa, tau ke buat kulit murtabak, etc.

Sis tengah nervous takut inti tak jadi pastu nak kena fikir jawapan pula, lagi stres. Lepas inti siap tu baru ada mood nak jawab so bila ditanya nak pakai apa untuk murtabak tu, kata "pakai kulit popia je" haa dah.

Aku kalau waktu buat apa-apa memang tak boleh orang bising-bising. Nak bising bercakap sesama sendiri boleh, tapi kalau bising sebab tuju banyak soalan kat aku tu tak boleh. Sis susah nak fokus 😂

Beza 1 lapis kulit popia dengan 2 lapis.

Khairul Aming kata dia bungkus inti murtabak tu guna 2 lapis kulit popia. Tapi aku curious pula apa jadi kalau guna 1 lapis je? Haa macam ni la jadinya. NIPIS yang teramat hahah. Risau aku takut terkoyak.

Even aku guna 2 lapis kulit popia tu pun, masa masak tu kan, tahu-tahu nampak ada minyak dari inti tu meleleh di tepi sebab kulit popia sedikit terkoyak. Sama ada sebab terkena sudip masa balikkan tu, atau sebab inti dalam tu mendidih sikit sebab haba maka kulit popia tu pecah sendiri. Seram.

Antara barisan murtabak mini yang sudah siap dilipat dan menanti dimasak.

In total, inti murtabak yang menggunakan 400 gram daging kisar dan 3 biji ubi kentang ni berjaya hasilkan 16 keping murtabak mini. Tapi aku rasa boleh je dapat lebih.

Sebab macam aku kata tadi, aku guna 3 biji telur je kan sebab telur habis. Jadi murtabak awal-awal tu balanced daging dan telur, yang hujung-hujung tu terlebih tebal dengan inti daging haha. Kalau ada lebih telur, mungkin boleh spread out inti daging tu dengan lebih sekata dan dapat 20+ murtabak.


Ni aku susun berlapikkan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk dulu sementara tunggu abah belikan cuka untuk cuka bawang tu. Nak terus masak pun, murtabak ni bukan deep fry macam popia simpul yang akan buat kulit tu crunchy. Guna minyak sikit je. So takut sejuk dan liat pula kulit popia tu.

Tips cling wrap ni pun sesuai untuk simpan murtabak ni sebagai murtabak frozen. Sebab kulit popia ni walaupun mudah diguna, tapi risiko tinggi sebab mudah jugak melekat sesama sendiri.

Aku ada goreng 6 keping murtabak tu separuh masak dan simpan dalam freezer sebab adik aku belum sempat makan. Tapi masa tu dah malas nak potong cling wrap lain so aku susun gitu je dalam tupperware. Pastu esoknya waktu nak goreng, of course kulit popia tu keras dan melekat. Mendapat 🙃

Walaupun dah jemur depan kipas untuk lembutkan murtabak tu, tetap juga kulitnya terkoyak waktu murtabak tu dipisahkan. Hah tetiba bersyukur pula yang aku balut guna 2 lapis macam Khairul Aming suruh. Kalau memandai juga guna 1 lapis je kulit popia, memang terburai jawabnya inti tu.

Waktu goreng murtabak, cuka bawang pun on time siap 🎉

Cuka bawang ni aku ubahsuai sendiri ikut citarasa aku lepas tengok resepi-resepi lain. Sebab ada antara resepi cuka bawang tu suruh tambah 1 SUDU BESAR sirap ros tau. Tak sanggup aku. Nanti kuat sangat bau sirap. Sebab tu aku letak satu sudu teh je. Asal ada warna merah pun cukup la.

Tapi cuka bawang ni tak perlu ikut straight macam internet pun. Ikut tekak kita je. Yang suka masam, letak cuka lebih. Nak manis sikit, lebihkan gula. Yang penting, letak garam sikit. Masin tu kena ada 👌🏻

Murtabak mini siap dimasak!

Masa ni aku goreng tak cukup minyak sebab tu nampak pudar sikit kulit popia tu dan agak cepat hangit. Kalau nak nampak macam murtabak kedai, seeloknya goreng dalam minyak yang lebih sikit untuk cover seluruh permukaan murtabak tu dan warnanya jadi lebih kuning keemasan. Baru mantap.

HASILNYA...


Yes goreng murtabak sampai kulit garing keemasan macam ni baru sedap bagi aku! 😋

Ngam-ngam pinggan mangkuk dan prop yang aku beli untuk hiasan gambar blog tu sampai awal, memang seronok la aku susun buat photoshoot hehe. Baru la sedap sikit mata ni nak memandang.

Dan yang pasti, sedap juga murtabak ni apabila makan panas-panas. Tak henti-henti masing-masing menyuap masa sesi minum petang tu. Walaupun saiz murtabak ni kecik mini berbanding kedai, kami tetap kenyang membuntal sebab puas hati isi banyak dan cuka bawang tu pun cukup rasa.

Sayangnya waktu ni Amir Faris tak ada sebab tengah kemas barang. Malam tu kelas dia nak bertolak untuk lawatan ke Melaka. Aku nak hantar ke rumah dia pun, risau sakit perut pula sebab inti daging tu ada rempah kari. Jenuh la cikgu dia nak layan atas kereta api nanti kalau kena repeat pergi tandas.

So nanti kita buat lain kali la. Tunggu Amir dan umi dia balik weekend ni. Alang-alang tu, boleh la buat jamuan makan untuk makhluk rumah ni yang sambut hari jadi bulan 8, termasuklah Amir tu haha

Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Replies
    1. Sama-sama kak Syaz. Boleh la cuba buat nanti.

      Delete
  2. Menarik gambar..nmpk sedap, sedang elok tebalnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih. Berbaloi susun prop bebanyak 😂 ya saiz murtabak ni just nice. Kanak-kanak makan pun boleh habis sekeping, tak membazir

      Delete
  3. wahhh sama la kita sis malas nak uli tepung. cun lah ada resipi guna kulit popia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doh murtabak ni selain kena uli, ada kena peram dalam minyak lagi 5-6 jam. Memang tak sanggup. Pakai shortcut je la kita 😂

      Delete
  4. aduduh sedapnya.. nak yg 2 lapis kulit popiah baru sedap

    ReplyDelete
  5. Resepi Khairul Aming memang sesuai untuk beginner macam saya. Boleh try lah. Rasa nak balut 3 lapis lak sebab takde skill sangat. Huhu

    ReplyDelete

Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘

Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘

Thank you for reading ❤

© NaSa · THEME BY WATDESIGNEXPRESS