Assalamualaikum
Biasanya selalu baca perkongsian di alam maya je pasal orang beli macam-macam menu di Family Mart. Sambil cuci mata, sambil telan liur je kita ni.
Almaklum la Kelantan ni biasanya dipinggirkan sikit daripada ada kedai viral haha. Ada yang takde langsung, ada yang lambaaaat baru nak muncul. Sama la macam Family Mart (Famima) ni. Sebab tu tadi macam tak percaya pula yang dah ada juga satu cawangan kedai serbaneka dari Jepun ni kat sini.
![]() |
Lokasi: Bawah agensi Andalusia Travel & Tours Tunjong |
Ni pun tahu sebab kebetulan harini bawa abah selesaikan urusan visa untuk menunaikan umrah tak lama lagi. Destinasi kami, agensi Andalusia tu. Tak sangka betul-betul di tingkat bawah agensi tu cawangan Famima ni buka. Masa pertama kali datang untuk consult dengan agensi ni, rasanya situ kedai lain. Boleh kata rezeki la ni eh haha
Jadi sementara tunggu kaklong bawa abah naik ke agensi Andalusia tu untuk urusan visa, aku dan kakak aku masuk la ke Famima ni kejap usha apa yang ada.
![]() |
Pandangan kaunter sebaik kita melangkah masuk |
Walaupun dari luar pintu masuk nampak macam sempit kedainya, bahagian dalam sebenarnya luas juga. Siap ada meja untuk duduk dan makan lagi.
Persekitaran bersih dan senang mata memandang. Pekerja ramai jugak, dalam 5-6 orang aku nampak tadi. Taktau la sama ada sebab baru buka dan masih dalam training lagi ke apa. Sebab cawangan lain aku dengar pekerja biasanya seorang dua je huhu. Harapnya berterusan ramai la sebab lagi efisien urusan kaunter oden dan kaunter pembayaran.
Tengok menu di bahagian FamiCafe ni macam terliur tau. Aku dah la karnivor suka betul dengan ayam. Tapi sebab kita datang ni macam terkejut-kejut gitu sebab baru tau ada kedai dia, rasa blur la pulak taktau nak order apa. Yang aku tahu femes pasal Famima ni oden tapi aku tak makan oden haha
Kalau berdiri tenung situ lama-lama takut orang kata "daghak" pulak. Akhirnya kita terus pergi ke bahagian chiller yang ada makanan ready-to-eat. Bahagian ni at least aku tahu sikit sebab pernah masuk Famima di Mid Valley masa intern dulu.
![]() |
Ada pelbagai pilihan makanan ala Jepun dan minuman |
![]() |
Harga semua boleh dikira mampu juga, cuma portion tu ada yang macam kecil sikit lol |
![]() |
Suka tengok sandwich dia tersusun cantik dan banyak pilihan |
![]() |
Bahagian pastri pun ada banyak pilihan juga |
Kalau ikutkan, nak duduk lama sikit sambil belek satu-satu makanan yang ada untuk cari yang kena dengan selera dan citarasa. Alang-alang urusan visa abah ambil masa juga di agensi tingkat atas tu.
Tapi tu la anak buah aku yang toddler ni pulak dah meragam tak nak duduk atas dukung dan nak dilepaskan berlari huhu. Mentang-mentang la kedai tu luas. Makanya tak sempat nak memilih aih. Kita tengok seimbas lalu je apa yang ada dan warna apa yang biasa kita makan. Pastu terus pergi ke kaunter dan bayar.
![]() |
Hasil tangkapan kali pertama masuk Family Mart Kelantan |
Overwhelmed punya pasal, dalam banyak-banyak makanan ala Jepun yang ada kat situ, aku ambik bun pizza dan biskut coklat je, yang harganya cuma RM2.90 setiap satu. Bukan takde duit tapi kita nak ambik yang lagi mahal ni kena la pilih betul-betul biar memenuhi citarasa dan setanding harga kan. Tapi dengan toddler tantrum tu, mana sempat nak memilih dah.
So belum masanya lagi haha. Nanti laa kita mai shopping lagi lepas cari kombo menu yang sedap di Famima ni. Orang kata bagel sedap, famichiki sedap, pan mee sedap. Haa nanti kita susun plan nak order apa.
(Tapi walaupun murah, bun pizza tu sedap jugak lembut gebu walaupun tebal. Bau dan rasa sos pizza tu pun sedap. Cuma soft cookie tu je belum makan sebab nak cicah susu hehe)
Anyway, lepas habis bun tu sebijik, aku join la naik sekali ke agensi Andalusia tu. Saja nak tengok-tengok ruang pejabatnya, tengok wajah siapakah yang menguruskan proses abah nak berangkat ke umrah nanti. Boleh percaya ke idokk kannn
![]() |
Sempat lagi ambil gambar kenangan hehe |
Aku ingatkan luggage yang dia susun depan pintu masuk ni macam merchandise saja-saja je. Rupanya memang dia bagi untuk jemaah umrah ya. Dan oleh sebab nanti abah pergi ke Mekah dengan kaklong dan abang ipar aku, lepas siap urusan visa tadi dapat la 3 biji luggage besar tu. Mujur datang dengan 2 kereta. Muat la nak usung balik. Kalau tak, mau kena ambil esok 😂
Jadi begitu la ceritanya macam mana kami pergi ke Tunjong untuk urusan visa ke Mekah, eh tiba-tiba tersinggah di Jepun pulak ahahaha
Anyway, checklist abah nak pergi umrah nanti mostly dah penuh. Barang kelengkapan umrah dah beli, vaksin dan pasport dah siap, sekarang visa pun dah lengkap. Tinggal siapkan keperluan lain dan tunggu tarikh berangkat je. Mohon doakan sama-sama semoga nanti abah kami selamat pergi dan pulang tau.
Terima kasih kerana membaca.
Bye dan Assalamualaikum.

Add your comment
Sebarang komen akan dinilai dahulu sebelum diterbitkan. Harap bersabar tunggu balasan saya 😘
Your comments will be moderated first before it is published. Kindly wait for my reply till then 😘
Thank you for reading ❤